Ahad, 24 Jun 2012

BODEK MANUSIA HINGGA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MUSLIM...SALAH KITA MENYOKONG PIHAK YANG BANYAK BUAT KESALAHAN DAN KESILAPAN....KITA DIANGGAP REDA DENGAN PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARAK.....KELIHATAN MUDA TAK BOLEH MENANGGUH2 KEMATIAN....SAMPAI AJAL KO JUGA...SEDAR2LAH KITA NI MAKHLUK....

Ali Hamsa tidak layak jadi KSN - Bekas Speaker

Harakahdaily, 24 Jun 2012
IPOH: Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan.

Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya.

Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka  membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.

Tetapi, beliau telah membuat  satu kenyataan yang bercanggah dengan  etika penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan  tanggungjawab beliau kepada rakyat.

"Oleh itu, saya menyeru beliau supaya  membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya.

“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner.  This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.

"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.

This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”

Dalam kenyataannya, Ali (gambar) telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

"Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar.

Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah  penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.

Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional.

Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna,"

Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya.

"Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya.

Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan  dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya.

Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang  desakan dan paksaan  daripada mana-mana pihak, tambahnya.

Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional.

"Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya.

Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar,  adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.

Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain.

“Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya.

Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan.

Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya.

"Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

“Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya.

Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang  ‘kurang arif’ itu.

Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.

Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan  melalui mandat yang diberi oleh rakyat.

Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah  membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak  layak memegang jawatan itu lagi.

"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.

PRU 5 tahun sekali lalui perlembagaan

Abdul Aziz Mustafa, 24 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersedia meminda perlembagaan supaya parlimen hanya dibubarkan apabila genap lima tahun demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Langkah sedemikian, katanya, boleh mengelakkan kekeliruan rakyat malah membantu mengurangkan politiking ketika bukan masanya.

Parti yang memerintah juga, kata Mahfuz, tidak lagi boleh memanipulasikan waktu pilihan raya untuk kepentingannya sendiri.

Malangnya, kata beliau, Perdana Menteri nampaknya lebih cenderung kepada amalan hari ini di mana Perdana Menteri seolah-olah dibenarkan membubarkan parlimen pada masa yang beliau rasa memberi kelebihan kepada partinya selagi tidak cukup tempoh lima tahun.

"Kenyataan Perdana Menteri tidak selaras dengan kenyataan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Aziz) di Parlimen yang menyatakan kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang sama ada pilihan raya umum akan hanya diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal," katanya.

Berbeza dengan kenyataan Nazri yang menyatakan kerajaan sedang melakukan gerakan tersebut, Najib masih menekankan kuasa budi bicara Perdana Menteri, kata Mahfuz.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Nazri itu, Najib berkata, perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dalam masa tidak lewat dari tempoh lima tahun.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," kata Perdana Menteri.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib memberikan gambaran  Perdana Menteri sebenarnya tidak bersetuju dengan gerakan yang disebut oleh Nazri itu.

"Dalam Parlimen, Nazri kata gerakan itu berlaku di dalam kerajaan. Perdana Menteri pula terus menekankan soal budi bicaranya untuk menentukan bila Parlimen dibubarkan.

"Persoalannya, adakah benar wujud gerakan yang Nazri kata berlaku di dalam kerajaan itu dan jika benar wujud, mengapa Perdana Menteri seperti tidak tahu gerakan yang Nazri sebut berlaku di dalam kerajaannya sendiri itu?

"Tak mungkin Nazri berbohong salam Parlimen dan tidak menghormati Parlimen," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz berharap rakyat sendiri memperhebatkan tuntutan supaya pilihan raya umum akan hanya diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

"Tidak cukup sekadar gerakan kecil-kecilan di dalam kerajaan seperi yang Nazri kata," kata beliau.

Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis

Khairy Atan, 24 Jun 2012

(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)

KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.

Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.

Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.

Antaranya adalah Pengerusi Himpunan Hijau  Wong Tack, Pengerusi bersama Bersih A Samad Said, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang DatukTuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah.

Ketua Polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof bersama pasukannya kemudian menyekat mereka dan meminta bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis.

Tranformasi Umno hahahaha (gambar)

Kamarul Nawawi,

Bimbang usaha BN swastakan syarikat awam

Mohd Azman,


Tuan,

Saya terbawa untuk menyuarakan kerisauan saya berkenaan perkara di atas.

Seperti yang telah sedia maklum, pihak kerajaan BN sekarang dalam usaha untuk menswastakan beberapa syarikat GLC yang sewajarnya dimiliki dan diuruskan sebaik dan selanjutnya oleh pihak kerajaan Pusat.

Saya berasa curiga seandainya usaha sebegini di buat agar urusniaga seperti UNISEL, SYABAS dan lain-lain seumpamanya akan memberikan keuntungan kepada pihak pemilik BN dan memberikan masalah kepada kerajaan Baru seandainya pihak PR berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

Syarikat-syraikat seperti Penang Port, Felda, MAS dan beberapa lagi yang telah pihak MOF usulkan untuk diswastakan adalah sebenarnya suatu persediaan dan strategi untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersebut daripada diuruskan oleh kerajaan Baru seandainya ianya benar-benar berlaku.

Saya berharap agar pihak akhbar Tuan dapat dan berminat untuk merungkai akan kebimbangan saya ini kerana adakah niat dan asas penswastaan ini sebenarnya telus demi kepentingan rakyat dan syarikat itu sendiri atau pihak yang disebut tadi sememangnya mempunyai niat dan tujuan seperti yang saya fikirkan.

Semoga sebarang kemusykilan dan kemungkinan ini akan dapat dirungkaikan.

Wassalam dan terima kasih.

Masjid diminta dekati saudara baru

Mohd Sabri Said, 24 Jun 2012

KEPALA BATAS:  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Haji Sazali Haji Hussein (gambar) menyarankan semua Jawatankuasa Qariah Masjid seluruh negeri memantau serta mendekati 'saudara baru' supaya kehidupan mereka lebih terbimbing.

Jelasnya, lazim golongan yang baru memeluk Islam memerlukan perhatian secukupnya selain mendapat  bimbingan daripada JHEIPP menerusi lokasi seperti Masjid Negeri, Masjid Daerah serta JHEIPP sendiri.

"Jawatankuasa masjid kena pantau mana-mana saudara baru yang ada di qariah masing-masing.  Jangan biarkan kehidupan mereka terubang ambing setelah mereka terpisah daripada keluarga tersayang kerana cintakan agama yang suci, " terangnya dalam program 'Jalinan Mahabbah Saudara Baru 2012 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pagi tadi.

Menurut beliau, jika mahu mengembangkan syariat Islam, Jawatankuasa masjid kena tunjukan sikap prihatin terhadap golongan berkenaan dengan membimbing mereka mudah-mudahan minat mereka terhadap Islam terus mengembang.

Jika mereka dapat raikan dengan kasih sayang maka tidak mustahil individu yang bernama saudara baru boleh berubah menjadi lebih baik dan akhirnya dapat membentuk jiwa orang lain pula.

"Jika terdapat saudara baru di kampung-kampung Jawatankuasa Masjid kena dekatkan diri dengan mereka.  Apa  salahnya pihak qariah buat majlis raikan mereka untuk menjauhkan diri mereka daripada pada melutut meminta sedekah, " terang beliau.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man menyifatkan,  untuk menarik perhatian saudara baru, orang Islam sendiri kena tunjukan emej yang baik.

(Antara saudara baru yang menyertai program)


Jangan tunjukan emej buruk sambungnya, seperti berseluar pendek, tidak sembahyang, melakukan kegiatan yang diharamkan dan sebagainya.

Sebaliknya seru Saleh, Umat Islam kena mengajak mereka (saudara baru) ke program kebajikan, agama dan  sebagainya supaya mereka dapat merasakan kenikmatan berada dalam Islam yang agung.

"Umat Islam yang baik ialah mereka bertindak sebagai pendakwah.  Sikap mereka boleh dijadikan contoh bukanya meniadakan tanggungjawab bersama untuk mendidik saudara baru ke arah yang lebih baik, " katanya.

Ceramah motivasi diadakan untuk pengisian iaitu Pengerusi Yayasan Kasih Sayang, Negeri Sembilan, Muhamad Adnan Bin Abdullah dan tokoh saudara baru Peringkat Negeri Pulau Pinang, Ustazah Nazirah Nantha Kumari Binti Abdullah.

Gelombang Hijau landa Perlis

Bashir Ishak, 24 Jun 2012


(Rakyat Perlis berikrar untuk menangkan Islam di perhimpunan hijau)

ARAU:  Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.


Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas  PAS tersebut.


Sambutan hangat ini diceriakan lagi dengan kehadiran begitu ramai ahli dan penyokong Umno tempatan dan luar kawasan yang sama-sama ingin mendengar ucapan dari pimpinan khususnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan undangan khas, Tamrin Ghafar.


Program himpunan dimulakan dengan majlis solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Perlis.


Kemudiannya, program kemuncak himpunan dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS dengan diikuti bacaan surah an-Nasr oleh qari jemputan yang mambacanya dalam tiga lagu tarannum.


Pengarah Program, Mohd Anuar Tahir memulakan ucapan diikuti ucapan dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong; Timbalan Ketua Muslimat PAS Perlis, Haton Osman; Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan dan Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

(Ustaz Hashim Jasin berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu dan Tamrin)


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Beliau menggambarkan himpunan yang diadakan pada malam tersebut adalah suatu petanda yang perlu diambil pengajaran oleh Umno/BN yang mana ianya adalah petanda kepada apa akan bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


Program himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan majlis bacaan ikrar dan baiah oleh para peserta himpunan dengan dipimpin oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Semakin ramai orang Umno

Seterusnya Tamrin, tampil menyampaikan ucapan dengan memulakannnya dengan laungan 'takbir'. Ucapannya yang bersahaja menggunakan loghat utara jelas menarik minat orang ramai.


"Saya baru sama-sama dengan tuan-tuan dan Pakatan Rakyat dalam tiga bulan. Saya lihat di manapun saya pergi sambutan rakyat amat baik. Yang menariknya semakin ramai orang-orang Umno yang hadir ke program kita, jangan padang sepi lagi dengan kehadiran mereka.

(Antara orang ramia yang hadir dalam perhimpunan Hijau di Perlis)


"Inilah berkat pengorbanan dan kesabaran pimpinan PAS yang berjuang sejak dahulu lagi, ditohmah, dicaci dan dihina. Saya pun dulu ikut sama. Tapi siapa sangka hari ini, ramai orang termasuk pimpinan Umno telah meninggalkan Umno dan bersama PAS," katanya.

Tawan Johor

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang menggambarkan bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong PAS/Pakatan Rakyat kini semakin memuncak di seluruh negara.


"PAS dan pakatan Rakyat sudah diterima rakyat bukan sahaja di negeri Perlis ini, tapi sekarang ni Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menawan negeri Johor.


"Dulu Tun Daim Zainuddin kata negeri yang selamat untuk BN hanyalah tiga iaitu Johor, Pahang dan Melaka, tapi dengan pergolakan yang berlaku, hari ini kita lihat Pakatan Rakyta juga mampu mengambil-alih pemerintahan di Johor,"katanya.

Kenapa gas Kelantan naik ke Terengganu?

Salmiyah Harun, 24 Jun 2012


(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu)

KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu.

Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan.

Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.

"Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka.

Pihak Royalti mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke negeri Kelantan kerana jarak blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.

Menurut Setiausaha Royalti, Mohd Hishamuddin Ghazali, jarak kawasan carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk pendaratan gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140 hingga 160 kilometer sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 kilometer.

Langkah itu katanya, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.

"Dimana sekiranya gas didaratkan di negeri ini ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi golongan profesional dan juga separa profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan profesional.

Manakala, tambahnya bagi golongan separa profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Sementara itu, Royalti yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (Geram), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (Cabar) dan Cakna UT akan menganjurkan  “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”.

Program tersebut diadakan pada 26 Jun ini bermula jam 9:00 di  Kompleks Darul Naim untuk menyerahkan memorandum tuntutan dan plak royalti yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak kerajaan negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan