Khamis, 17 Mei 2012

YANG JAGA KEAMANAN IALAH ALLAH...KALAU ALLAH BAGI GEMPA...PUTING BELIUNG YANG DAHSYAT....BANJIR BESAR BAGAIMANA....BIAR FIKIR PANJANG SIKIT.....MAKA BERTAKWALAH...JANGAN SOMBONG TAK TENTU HALA....AKHIRNYA KAUORANG MASUK KUBUR JUGA...

NGO berkumpul di balai gesa tindakan pada BERSIH
Beberapa NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

NONEPada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.

"Begini caranya untuk kita berhimpun, tidak melakukan kerosakan... Bukan melakukan kekecohan atau rusuhan.

"Kita sokong untuk polis mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa pemandu BERSIH," ucap wakil Pekida daripada cawangan Puchong.

NONEBagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan itu, mereka menolak "rusuhan dan huru-hara" yang boleh menjatuhkan imej negara, tanpa menyebut langsung nama BERSIH.

Kumpulan itu membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menyatakan sokongan mereka terhadap polis menjaga keamanan di negara ini.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "hidup polis".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Umno bahagian mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.
Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'
Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.

Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

NONERadzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.
'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin kunci mulut kes Scorpene
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasskin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada negara ini pada 2002.
Wanita dakwa ditembak gas di paha dari dekat
Seorang wanita muda peserta himpunan BERSIH pada 28 April lalu mendakwa ditembak dengan gas pemedih mata dalam jarak kira-kira 10 meter tepat di pahanya.

Pang Choy Wan, 27, mendakwa polis mensasarkannya sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur selepas bersurai daripada himpunan itu.

Akibat tembakan itu, katanya lagi, meninggalkan kesan lebam kebiru-biruan dengan saiz hampir sama besar dengan kelongsong gas yang ditembak pada paha kirinya itu.

NONE"Ibu saya terpaksa memapah saya berjalan selepas terkena tembakan.

"Kesan lebam juga mengambil masa kira-kira seminggu untuk sembuh," dakwanya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

Turut bersama beliau sewaktu tembakan itu dilepaskan, kata Pang, beberapa orang lagi wanita tua dan juga lelaki tua.

'Dikeronyok' atas motor
Sementara itu, penjaga stor Abdul Razib Abu turut membuat laporan polis di IPD sama, mendakwa "dikeroyok" kira- kira lapan hingga sepuluh anggota polis di hadapan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada hari kejadian.

Razib, 45, mendakwa kejadian berlaku selepas ditahan polis sewaktu bermotosikal melalui depan IPD itu sewaktu mahu pulang ke rumah.

NONE"Mereka (semua) menyerbu saya serentak? Dan seorang polis dipercayai berpangkat sarjan memegang saya dari depan.

"Anggota polis yang lain bergilir-gilir memukul saya dari arah belakang badan," dakwa Abdul Razib sambil menambah beliau belum sempat dari motosikalnya ketika itu.

Dakwanya lagi, begnya turut diselongkar polis dan mendapati cermin sisi motosikalnya patah selepas dipukul.

Pang dan Abdul Razib diiringi ahli jawatankuasa BERSIH Maria Chin Abdullah dan peguam Fadiah Nadwa Fikri ketika membuat laporan itu.
'Senaman punggung' seksis, kritik Ambiga
WAWANCARA Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan mengkritik apa yang dipersetujuinya sebagai gangguan seksual dalam acara "senaman punggung" di depan rumahnya oleh sekumpulan pesara tentera.

NONE"Ia seksis... mentaliti buli," katanya sambil menyifatkan ia dilakukan kerana beliau seorang wanita,

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Ambiga berkata, tindakan itu juga melanggar ruang peribadinya.

"Jika kamu lihat bahagian tertentu dalam video, ia mengganggu. Sepuluh lelaki berdiri di depan rumah seseorang, kamu fikir apa? Saya rasa ia peri laku yang mengejutkan," selar Ambiga.

Kelmarin, sekumpulan 15 orang bekas tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman aneh depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.
Artis: Dakwaan bohong, tak kenal Shafie
Pelakon Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.

NONE"Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

"Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.

"Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.

Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Malaysiakini sudah menghubungi Shafie melalui Twitter semalam dan masih menunggu maklum balas daripadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan