Khamis, 17 Mei 2012

ROBOH MARKAS OK LAGI...BAGAIMANA ROBOHNYA AKIDAH BILA MENOLAK HUKUM2 ALLAH...INGAT YANG MENOLAK SERTA MENYOKONG PERKARA BATIL...TUA...UZUR..AKHIRNYA MASUK KUBUR JUGA...


Selepas Ambiga, ‘senaman tarian’ untuk Anwar pula
Posted on Thursday, May 17 @ 03:48:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik ‘senaman punggung’ oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.


“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT. Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.
Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.
“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.
“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.
Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
‘Senaman punggung’
Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.
“Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).
“Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga,” ujar beliau

.DEDAH : Lagi Anak Menteri Dapat Tender RM 30.8 Juta?
Posted on Wednesday, May 16 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: siasahkini

"Skandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah.. 


Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.


Ianya  mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrak yang bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar.  

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham. 

Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000  terhadap aset semasa..   Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
Posted on Thursday, May 17 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: imamsurau

"Sumber Ibnu Hasyim

Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi.

Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

  • Pemimpin yang adil;
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)

Berjubah Dlm Klip Video Di Syria: 

Manusia Atau Malaikat?
Posted on Thursday, May 17 @ 01:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ustaznik

"Malaikat SyriaSatu klip video selama 3.55 minit yang diupload pada 26 Jan 2012 memaparkan tentera Basyar Asad laanahumullah menembak rakyat. Ada yang mati dan luka. Seorang lelaki berjubah dan berserban putih dilihat tenang menuju kepada seorang yang ditembak ketika orang lain begitu kalut, mengangkatnya tanpa ada kesan darah melekat di bajunya.
Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.

Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks.
(Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
 Malaikat Syria
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini. 

Tan Sri Harussani Zakaria 'Berseotak' dengan Ibrahim Ali
Posted on Wednesday, May 16 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Yangretibase

"Tuduhan dan kutukan yang amat dahsyat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap pemimpin dan pengikut PAS sudah melampau dan keterlaluan. Sikap anti-PAS dia membuak-buak sehingga dia tergamak berseotak dengan Ibrahim Ali untuk berikhtiar bagi 'melucutkan' kalimah 'Islam' daripada nama parti PAS.

Dengan kata lain, dia cukup meluat kepada PAS, sebuah parti Islam; namun, pada masa yang sama, dia sanggup bersekongkol dengan UMNO, parti sekular lagi fasiq itu. Saya ingin bertanya Harussani Zakaria, ke mana dia melemparbuang Ayat 44, 45, 47, 48, 49 daripada Surah al-Maidah; dan Surah Ibrahim: 3? Tidak takutkan dia menjadi kafir atau zalim atau fasiq kerana bersekongkol dengan kerajaan UMNO yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT?   

Saya berpandangan bahawa seorang ulama warith Nabi wajib senantiasa bersama-sama dengan jemaah yang jihadnya dan matlamat perjuangannya berasas, berpaksi dan bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Kalau tidak, ulama itu bukanlah ulama warathatulanbia'; lebih-lebih lagi apabila ulama itu memusuhi kumpulan jemaah Islam berkenaan, maka ulama yang sedemikian tidak syak lagi seorang ulama su' atau ulama jahat atau ulama benda.
Atas kapasitinya sebagai Mufti Perak, Harussani Zakaria wajib menumpukan sepenuh perhatiannya pada amanah dan tanggungjawab kemuftiannya secara khusus dalam negeri Perak Darul Ridhwan. Malangnya, dia gagal dalam amanah untuk mamastikan Permaisuri Perak dan keluarga Diraja Perak berpakaian menutup aurat. Tidak bimbangkah dia, suami mereka menjadi dayus, dan dia sendiri mungkin jatuh dayus juga. Sekiranya Harussani ulama Rabbani, dia sudah tentu meletakkan jawatan muftinya. Kalau tidak, nampak sangat malu dia kepada manusia mengatasi malunya kepada Allah SWT. Amanah wajib inilah yang wajib diutamakan, bukan mencampuri urusan PAS yang memang sudah benar itu.
Kalau Harussani merasakan dirinya itu ulama Malaki pada peringkat nasional, dia harus membuktikan peranannya yang berkesan, tetapi hingga ke saat ini setelah sekitar 20 tahun dia berpeluang memainkan peranan, kita tidak nampak sebarang rancangan besar bagi mengurangkan gejala jenayah pelbagai ragam yang melibatkan umat Islam Malaysia. Tiada juga program menjadikan umat Islam Malaysia umat yang bertaqwa kepada Allah sehingga menurut satu kajian, dikatakan sebanyak 80% orang Islam Malaysia tidak menunaikan solat secukup lima waktu dalam sehari dan semalam.
Industri hiburan dan media merupakan tsunami besar yang melanda masyarakat Islam Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja sehingga menjadikan mereka hilang arah dan kesesatan. Malapetaka inilah yang wajib dipedulikan oleh TS Harussani Zakaria daripada menyibuki urusan PAS. Saya fikir, PAS tidak memerlukan bantuan Harussani.
Saya mengakhiri tulisan saya ini dengan satu seruan balas kepada TS Harussani Zakaria agar dia kembali kepada Allah dengan mematuhi seruan Allah melalui Firman-Nya di dalam al-Quran, Surah Ali 'Imran: 92 yang bermaksud,"Kamu tidak akan memperoleh kebaktian/kebajikan sehinggalah kamu membelanjakan/menginfakkan/mensedekahkan apa-apa harta yang kamu sayangi."
Kalaulah Harussani mentaati seruan dan gesaan Allah SWT itu, dia tentu sudah bersara daripada jawatan Mufti semasa usianya 55 tahun, tetapi sebaliknya dia terus merampas hak orang lain dengan tidak melepaskan jawatan Mufti yang disayanginya itu selama sekitar 18 tahun hingga hari ini. Selama 18 tahun itu, berapa orangkah yang telah kehilangan hak masing-masing? Agaklah sendiri.
Sesungguhnya, Arahan Allah SWT mengatasi kehendak Sultan. Lagipun, seorang ulama Rabbani tidak harus berdampingan dengan Sultan/pemerintah, kecuali ulama itu mampu menguasai Sultan/pemerintah. Sebaliknya, sebagaimana lazim dan lumrah di Malaysia in, Sultan atau pemerintahlah yang menguasai Mufti. Kesimpulannya, hampir semua Mufti di Malaysia lebih malu kepada manusia daripada Allah SWT.
Semua pihak, terutamanya Tan Sri Harussani Zakaria, tolong maafkan saya. Saya ikhlas.

 Markas PAS kena roboh
Posted on Wednesday, May 16 @ 03:20:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Bercakap pasal markas PAS di kapung Semanyur Kemasik Kemaman di roboh, teringat saya dengan berita  Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup pada  minggu lepas.

Bukan setakat menutut sekolah milik rakyat Palkestin, malah pihak berkuasa Israel merampas kenderaan yang digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.

Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya sekolah itu diruntuhkan, namun mendapat bantahan penduduk kerana sekolah terdekat dengan kampung itu terletak pada jarak 20 kilometer.

Kelmarin, pihak berkuasa Israel turut merampas kereta seorang Pakar Haiwan Palestin ketika dalam perjalanan ke kampung tersebut untuk menyuntik vaksin kepada biri-biri.

Pada 1999, kawasan itu diisytihar rejim Zionis sebagai zon latihan perang bagi tentera Israel dan orang ramai tidak dibenarkan menetap di situ.

Namun, penduduk Palestin yang dihalau dari kawasan itu kemudian memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi yang kemudian mengeluarkan perintah injunksi untuk dibenarkan menetap kembali di kawasan berisiko tersebut.
Hairan juga tiada sebarang perintah dan notes tiba tiba pihak penguatkuasa majlis perbandaran kemamn dating runtuhkan markas yang dibina.
Yang peliknya markas umno/BN dibiarkan. Apa salah kami, sedangkan ia dibenarkan undang undang pilihanraya untuk membina markas.
Ya tak ya juga, bagaimana pu;a markas umno/BN dibiarkan. Apa salah PAS. Kan PAS ada hak untuk bina markas. Tak patuh majlis perbandaran kemaman buat begitu.
Penulis masih ingat dengan apa yang dikatakan oleh pengerusi SPR bahawa PRU 13 adalah PRU paling sengit, maka pihak pemerinta boleh buat apa saja yang dia suka demi untuk mencapai kemenagan.
Kerajaan ada kuasa dan  ada hak berbuat demikian.  Maklum saja mereka ada kuasa boleh buat apa saja untuk mencapai kemenangan PRU 13 ini.
Kita kena ingat PAS juga ada hak dari segi undang undang pilihanraya miskipun tindakan merobohkan markas ini satu tindakan yang boleh melemahkan gerakkerja parti bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Kalau orang pas biar dan tak berani melawan bermakna umno sudah menang dengan agendanya supaya PAS lemah.
Jangan lemah semangat. Markas diroboh, bina semula. roboh lagi bina lagi. Lawan mesti lawan. Kalau kita biar dan diam bermakna dia menang, PAS kalah.Jangan mengalah.

Setelah Menolak Islam Selama 23 Tahun Akhirnya Ayah Saya Wafat sebagai Muslim
Posted on Wednesday, May 16 @ 06:41:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh cosa

Abdur Rahim Green seorang mualaf menjelaskan bagaimana hari-hari terakhir ayahnya di rumah sakit sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Green adalah mantan Direktur Barclays Bank di Kairo, dan putranya Abdur Rahim Green menemukan Islam lebih dari 20 tahun yang lalu, dan saat ini menjadi tokoh terkenal di kalangan sarjana Muslim dan pengkhotbah di Inggris. Sebelumnya Abdur Rahim berpikir bahwa ayahnya tidak akan pernah menjadi muslim, namun kehendak Allah berkata lain, ayahnya Green akhirnya masuk Islam hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal.


Mengutip sebuah hadits Nabi yang berbunyi: "Semoga wajahnya digosok dalam debu (semoga dia menjadi terhina) serta masuk neraka orang yang salah satu orangtuanya sudah mencapai usia tua namun dia tidak melayani mereka."
Abdul Rahim Green kemudian mengatakan "Itulah mengapa saya memutuskan untuk meluangkan waktu saya di sini dengan ibu saya setelah kematian ayah saya.
Kematian ayah saya adalah sesuatu yang membuat saya sangat bahagia, dan merupakan kisah luar biasa tentang bagaimana hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal, ia diberkati untuk mengucapkan dua kalimat Syahadat.
Allah SWT hanya menyuruh kita untuk berdakwah dan kita tidak bisa mengubah siapa pun untuk berubah menjadi Islam kecuali dengan izin Allah. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dakwah, untuk menjelaskan kepada orang dengan cara terbaik yang kita bisa, hidayah hanya ada di tangan Allah SWT.
Saya tidak pernah berpikir bahwa ayah saya mengucapkan kalimat Syahadah. Ayah saya adalah seorang ayah yang luar biasa, dia memiliki kepribadian yang luar biasa dan tidak ada yang bisa menggambarkan dia sebagai orang yang buruk.
Selama 23 tahun, sejak saya menjadi seorang Muslim, saya telah mengajak ayah saya untuk masuk Islam. Dan saya memutuskan untuk memberikan contoh terbaik saya yang mungkin bisa menggambarkan Islam sebenarnya, tentang bagaimana Islam memandang hidup, tentang bagaimana Islam mengajarkan saya untuk menghormati dia sebagai orangtua. Tapi saya berpikir bahwa ayah saya berpikiran sangat tertutup terhadap Islam, jadi saya tidak pernah berharap penuh bahwa ia akan menjadi seorang Muslim.
Ayah saya telah sakit selama beberapa tahun, dan ibu saya berpikir bahwa ia tidak akan sembuh dari sakitnya. Sebagaimana yang terjadi, beberapa minggu ketika saya kembali dari Inggris, saya tiba di rumah sakit dan langusng pergi menemui ayah saya. Saya menatapnya dan saya berpikir bahwa ia bisa mati malam ini. Jadi, saya berpikir, jika saya tidak mengatakan sesuatu tentang Islam, saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri.
Saya tahu bahwa saya mencoba mengajaknya masuk Islam melalui banyak cara. Tapi saya berpikir bahwa saya harus membuat upaya terakhir.
Saya telah menghabiskan waktu yang lama memikirkan apa yang bisa saya katakan. Bagaimana saya bisa mengatakannya? Apa cara yang tepat untuk mendekatinya? Dia sudah sangat sakit, jadi saya tidak ingin membuat dia kesusahan, saya tidak ingin membuat dia menjadi lebih marah.
Sejujurnya saya takut bahwa ia mungkin mengatakan "Tidak," dan menolak ajakan saya. Dan saya bahkan khawatir bahwa jika ia memang mengatakan Syahadat namun tidak masuk ke dalam Islam, kemudian ia sembuh dan pulang ke rumah dan menjadi lebih arogan tentang Islam, hal itu lebih menakutkan saya.
Ini benar-benar hal yang sulit. Setiap mualaf yang memiliki orang tua yang belum muslim, mereka pasti mengalami dilema ini seperti yang saya alami. Namun jangan pernah meremehkan kekuatan dari doa, karena itu maka ketika saya bingung, saya meminta Allah untuk membantu saya menemukan sesuatu untuk dikatakan kepada ayah saya.
Saat ia berbaring di tempat tidur, saya berkata kepadanya: "Ayah! Saya punya sesuatu yang sangat penting untuk saya beritahukan kepada ayah, apakah ayah mau mendengarkannya? Ayah saya tidak bisa benar-benar berbicara dengan baik, jadi dia mengangguk. Lalu saya berkata: Saya punya sesuatu untuk dikatakan, jika saya tidak mengatakannya, saya akan menyesalinya.
Dan kemudian saya mengatakan kepadanya bahwa "di hari kiamat, seorang pria akan datang di depan Allah dengan banyak perbuatan dosa serta kemaksiatan, dan Allah akan berkata kepadanya, Anda memiliki sesuatu yang melampaui semua itu. " Dan orang itu akan berkata, "Apa itu Tuhanku?" Allah berfirman 'Sebuah pernyataan tertulis yang bisa Anda buat: Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya."
Saya berkata, "Jadi ayah, ini adalah kunci surga, ini adalah kunci sukses dalam kehidupan yang akan datang, bagaimana menurut ayah?"
Dan ia menganggukkan kepalanya.
Saya berkata "Apakah itu berarti Anda ingin mengatakan kata-kata tersebut?"
Dan ayah saya berkata "Ya."
Dia menginkuti kata-kata yang saya ucapkan, "Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah."
Saya harus meninggalkan rumah sakit pada hari itu, karena rumah sakit memiliki beberapa aturan ketat. Saya mengunjunginya pada hari berikutnya, dan dia sudah tidak ingat apa-apa. Dia tidak mampu mengingat satu hal dari sehari ke hari yang lain, bahkan dari jam ke jam yang lain, tapi itu bukan akhir semua itu.
Tiga atau empat hari sebelum ia meninggal, ayah saya berkata: Tolong, tolong bantu saya.
Saya berkata, "Ayah apa yang kau ingin saya lakukan?"
Dia mengatakan "Saya tidak tahu!"
Lalu ia berkata, "Beri saya sesuatu yang mudah untuk dilakukan."
Saya teringat hadits Nabi: "Ada sesuatu yang ringan di lidah, namun berat di sisi timbangan" Jadi, saya berkata "Ayah jika saya adalah ayah, saya akan terus mengulangi kalimat syahadat berulang-ulang."
Dan dia berkata, "Ya, itulah yang ingin saya lakukan."
Dan kami menghabiskan setengah jam mengulang-ulang kalimat Syahadah itu.
Tidak beberapa lama kemudian, saya berangkat ke Inggris, dan di sana saya mendengar ayah saya telah meninggal dunia. Subhanallah.

Sumber


p/s: mintak maaf sebab artikel tak di translate ke bahasa malaysia.
Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji
Posted on Thursday, May 17 @ 03:26:56 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: akarimomar

"Pagi ini saya telah mengirim satu emel ke pihak Monash University (melalui pegawai – En. Mohamed Ismail – nama dihebah sebagai “contact person” untuk program ini dalam poster sebelah). Emelnya Menurut laman:Timeoutklnama tuan adalah diberikan sebagai contact person untuk program ini.

Kami yang mewakili NGO-NGO Islam membantah sebarang penganjuran yang menghina Islam seperti ini. Orang seperti Irshad Manji tidak sepatutnya diberi ruang untuk berterusan menghina Islam apatah lagi di negara kita ini.Mohon pihak saudara batalkan program dan maklumkan kepada orang ramai pembatalan program ini dengan kadar SEGERA.


Selang beberapa minit beliau menjawab dengan kenyataan berikut dengan memetik kenyataan ketua jabatan:
There is no seminar scheduled by the School of Arts and Social Sciences on Friday 18th May 2012.
Prof James Chin, Head, School of Arts & Social Sciences
Dan saya dengan segera membalas emel tersebut dengan:
Terima kasih atas jawapan segera dari emel saya. Saya telah beberapa kali cuba menelefon tuan – tetapi tiada jawapan.
Memandangkan maklumat sudah tersebar luas yang mengatakan adanya satu program yang akan dilangsungkan di Monash University – termasuk di”Tweet”kan oleh penulis buku sendiri (http://twitter.com/#!/IrshadManji) dan Ezra Zaid (penerbit buku), adalah wajar pihak Monash mengambil inisiatif dengan membuat kenyataan penafian secara terbuka.
Ini dari tweet EzraZaid – penerbit buku:
yang membuat pengumunan majlis ini sejak 16 Mei lagi – termasuk memasukkan nama tuan sebagi contact personnya.
Penafian yang lebih bersungguh dan terbuka amat perlu bagi mengesahkan jawapan emel tuan.
Semoga sama-sama kita banteras gejala songsang ini dari bumi tanah air kita.
Saya tidak pasti apakah benar-benar tiada majlis seumpama itu di Monash University kampus Sunway atau ianya suatu helah. Ini memandangkan hebahan program ini telah tersebar luas dalam pelbagai media, blog, tweeter dan Facebook.
Atau apakah program ini sememangnya akan diadakan tetapi tidak dianjurkan oleh Monash hanya sekadar mengguna premisnya sahaja. Apa-apa pun kita tetap bantah.
Hebahan yang saya ambil pada imej di atas adalah antara yang awal menyiarkannya termasuk menyebut nama pegawai, no. telefon dan emel yang boleh dihubungi (tidak mungkin Monash tidak terlibat?). Kalau pihak Monash University bersungguh dalam menafi penganjurannya, mereka MESTI membuat penafian yang lebih bersungguh.
Seorang sahabat yang kanan dalam profesion guaman turut menegaskan bahawa pihak universiti MESTI membuat laporan polis kerana ada pihak yang cuba mencemar nama baik universiti.
Sama-sama kita bantah penganjuran program sebegini dan menyeru pihak penguatkuasa mengambil langkah segera mengawal program ini dan yang seumpamanya dari diadakan di tempat kita. Wajar juga orang yang menghina Islam seperti ini tidak kita benarkan berada di tanah air kita.
 Pelik jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia
Posted on Thursday, May 17 @ 03:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: rozmal

"Semasa belajar di negara barat sekitar tahun 80an dulu, sudah menjadi kebiasaan penuntut Malaysia serta umat Islam di negara barat solat di kaki lima, tepi tempat rehat, mana-mana sudut lapang di tempat awam, kerana di negara barat bukannya ada surau atau masjid dalam jarak yang dekat apabila bermusafir.

Tapi di Malaysia begitu jarang kita lihat senario sebegini, peniaga pasar malam akan solat sebelah gerai, anggota polis trafik akan solat sebelah motosikal, kerana surau dan masjid berada di mana-mana di Malaysia ini. Melainkan waktu demonstrasi barulah kita akan lihat peserta demonstrasi akan solat di tengah jalan, tepi jalan , atas padang dan sebagainya.

Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah pasang lebih setahun rasanya.
 
Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai, yang muat-muat satu sejadah sahaja.
 
Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.
 
Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai , kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah suai.
 
Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.
 
Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam di Malaysia ini.
 
Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji.
 
Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?
 
Rozmal bin Malakan
 "
Jika Mahu Hudud, PAS Wajib Bersama UMNO - `Ustaz Kiasu' Ridhuan Tee
Posted on Thursday, May 17 @ 03:48:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: wfauzdin_ns

" `USTAZ Kiasu' Ridhuan Tee menulis di dalam akhbar Sinar keluaran Isnin (14 Mei 2012) baru-baru ini tentang betapa pentingnya PAS berpakat dengan Umno daripada PAS berpakat dengan PKR dan DAP.  Ustaz yang terkenal dengan ayat `Kiasu'nya ini berkata, beliau bukan ahli Umno, tetapi di dalam banyak tulisannya semua tahu dia lebih Umno dari Umno.

Semua tahu Ustaz Kiasu ini berbangsa Cina, tetapi lebih Melayu dari Melayu.  Apa hujah beliau?  Beliau berkata PAS gagal untuk laksanakan Hukum Hudud sekiranya masih bersama PKR dan DAP.  Ertikata, PAS lebih mudah untuk laksanakan Hukum Hudud jika bersama Umno.  Lucu bukan?  


Dia sedar majoriti ahli Umno adalah Islam dan terdapat seekor dua ustaz di dalam Umno walaupun ustaz/ustazah di dalam Umno itu ada yang mengambil wang zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.  Terdapat juga ustazah di dalam Umno yang pernah memberi `fatwa' tidak salah melacur jika `dharurat'.  Ustaz Kiasu tahu semua ini, beliau tahu ramai `Ular Mak' di dalam Umno.  Tetapi mengapa perlu Umno tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hukum Hudud?  Umno sudah perintah lebih 50 tahun, mengapa mesti tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hudud?  
Tidakkah PAS dahulu pernah bersama Umno?  Siapa terajang PAS keluar?  Sekarang, Ustaz Kiasu ini menyatakan perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud hanya boleh dicapai jika bersama Umno.  Lojikkah?  Lojikkah parti yang di dalamnya bersepah kaki rompak hak dan harta rakyat mahu kepada Hukum Hudud?  Bayangkan, Ketua Wanita yang keluarganya curi duit rakyat untuk beli `lembu kondo' mahu kepada Hukum hudud?  Di mana otak kamu Ridhuan Tee?
Tidak terfikirkah kamu apabila Presiden MCA terang-terang sebut sewaktu beliau berdebat dengan Lim Guan Eng, beliau sebut MCA berjaya menghalang Umno dari menyokong perlaksanaan Hukum Hudud, tidak seorang pun pemimpin Umno berani bersuara walaupun sekadar `berdehem', termasuk seekor dua ustaz-ustazah Umno.  Apakah dengan puak seperti ini Ustaz Kiasu yakin boleh bekerjasama dengan PAS untuk memperjuangkan Islam?
Cukuplah dengan perangai mengampu bodoh kamu, wahai Ustaz Kiasu.  Mungkin kamu tidak sempat untuk dilantik menjadi Menteri jaga agama menggantikan Jamil Khir kerana selepas PRU nanti PR akan ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
Pembohongan Awam oleh Utusan Malaysia
Posted on Thursday, May 17 @ 03:48:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ibumoden

"Saya merujuk kenyataan dalam Utusan Malaysia yang disiarkan pada 16 Mei 2012 bertajuk “KITA persoal tindakan Kadir dampingi Anwar”.

Akhbar berkenaan menyebut bahawa kenyataan itu adalah kenyataan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Kenyataan itu juga menyebut bahawa Zamil Ibrahim adalah pemimpin Parti KITA.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan yang disiarkan itu bukan kenyataan Parti KITA dan tidak ada kaitannya langsung dengan Parti KITA. Barangkali ia kenyataan Zamil sendiri.

Saya juga sekali lagi menegaskan di sini bahawa Zamil Ibrahim bukan ahli Parti KITA dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Parti KITA. Hakikatnya adalah bahawa Zamil Ibrahim tidak ada kena-mengena dengan Parti KITA. Ini sudah menjadi pengetahuan umum.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Parti KITA kesal dengan tindakan Zamil Ibrahim yang terus-menerus menggunakan, mengaitkan atau membiarkan dirinya digunakan atau dikaitkan dengan Parti KITA walhal beliau tiada sebarang kaitan dengan Parti KITA.
Saya juga kesal dan dengan sekeras-kerasnya membantah tindakan akhbar Utusan Malaysia yang telah bertindak tidak profesional dan berniat jahat kerana terus-menerus mengaitkan Zamil Ibrahim dengan Parti KITA walaupun pada 7hb Mei 2012 baru-baru ini Parti KITA telah menulis surat kepada syarikat akhbar berkenaan menyatakan bahawa Zamil Ibrahim tidak ada apa jua kaitan dengan Parti KITA.
Parti KITA telah menyerahkan perkara ini kepada peguam Parti untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sekian
Hj Mohamed Mazlan Bin Abd Manaf
Ketua Penerangan Pusat
012-3053600
Apakah niat sebenarnya BN mengagihkan sejumlah besar wang kpd umum? Wang syurga?
Posted on Thursday, May 17 @ 03:49:09 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Viktor Wong

Apakah niat sebenarnya BN mengagihkan sejumlah besar wang kpd umum? Wang dari syurga kononnya! Secara umumnya kami merasa amat terkejut dengan langkah kerajaan BN baru-baru ini yang telah mengagihkan sejumlah besar wang ringgit kepada umum dan selepas itu, kerajaan BN terus menjanjikan habuan yang lebih besar di masa yang terdekat lagi, sedangkan ekonomi dunia kini sedang menghadapi kegawatan di mana kerajaan di kebanyakan negara sedang mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat bagi menjamin kestablian ekonomi negara masing-masing.

Persoalannya adalah, adakah Malaysia ini tidak terasa langsung dengan kegawatan ekonomi dunia sekarang? Adakah negara kita ini punyai ekonomi yang sekuat negara gergasi seperti Amerika, China, Jepun ataupun Korea yang membolehkan mereka mengagihkan sejumlah besar wang kepada orang ramai seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku? Ingin kami ketengahkan, walaupun negara sekuat mana pun baik Amerika, China, Jepun mahupun Korea, mereka ini akan tetap merasakan baham kegawatan tersebut dan negara-negara gergasi inilah yang paling cepat mengatur langkah-langkah untuk mengimbangi ekonomi negara masing-masing. Hairanya jika sekiranya kerajaan BN pimpinan perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak ini dapat mengatakan kepada orang ramai bahawa ekonomi negara ini langsung tidak tergugat oleh kegawatan ekonomi sedunia ataupun serantau.
Kalau hendak membohongi mereka-mereka yang tidak berpendidikan ataupun mereka yang menduduki kawasan pendalaman dan perkampungan yang terpencil yang tidak dapat menikmati sebarang kemudahan asas, mungkin ianya berjaya dilakukan. Bagi rakyat yang berpendidikan, mempunyai daya pemikiran yang bijak, tahu mengenai selok-belok politik dan hal-ehwal negara ini, berdaya maju, mempnyai pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi di dalam semua bidang, bolehkah Najib melanjutkan skim penipuannya terhadap golongan ini? Sudah tentunya tidak.
Pelbagai bantuan mengejut
Kita tengoklah berbagai-bagai bentuk skim kewangan diwujudkan kerajaan BN baru-baru ini yang bertujuan untuk menggembirakan rakyat jelata. Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 seorang, skim bantuan tunai segera RM100 seorang untuk semua pelajar dari tahun satu hinggalah ke tingkatan lima.
Selain daripada itu, baucar buku yang bernilai RM200 turut disalurkan kepada setiap penuntut universiti, matrikulasi dan para pelajar tingkatan enam tanpa sebarang syarat. Dan pada awal tahun ini juga, skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) turut ditawarkan kepada setiap isirumah dengan janji pulangan tetap sebanyak RM50 sebulan.
Untuk mengagihkan sejumlah besar wang ringgit ini kepada rakyat jelata, kerajaan BN telah melantik beberapa buah bank-bank utama di negara ini untuk berbuat demikian. Apa yang rakyat perlu adalah pergi ke bank yang terdekat untuk menunaikan wang tersebut setelah mengemukakan baucar ataupun surat pembayaran mereka kepada kaunter bank tersebut.
Adalah dianggarkan sebanyak RM100 juta telah diagihkan melalui bank-bank yang dilantik itu. Dari manakah jumlah sebanyak RM100 juta itu datang? Sudah tentunya asalnya wang tersebut adalah daripada kalangan rakyat jelata yang telah sekian lama membayar cukai pada setiap tahun.
Persoalannya adalah apabila wang tersebut dihabiskan secara spontan untuk rakyat jelata, bagaimanakah kerajaan BN ini dapat menabung semula dengan begitu cepat sekali? Adakah Bank Negara telah diarah untuk mencetak lebih banyak wang bagi mengisi semua perbendaharaan negara? Ada kemungkinan juga? Atau mungkinkah kerajaan BN ini akan menggadaikan aset-aset negara bagi mendapatkan pinjaman dari negara-negara kaya.
Jawapan yang tepat adalah sukar didapati.
Kenaikan mendadak gaji perkhidmatan awam
Pada suku pertama tahun ini juga, kerajaan BN telah mengumumkan penyusunan semula gred gaji dan jawatan-jawatan di dalam sektor perkhidmatan awam melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan melibatkan lebih daripada 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
Untuk makluman umum, perkhidmatan awam di negara kita ini adalah merupakan majikan yang terbesar di Asia Tenggara.
Walaubagaimanapun SBPA telah menampakkan kecacatannya dari segi pengagihan kadar kenaikan gaji untuk mereka yang berpangkat rendah hinggalah ke yang paling tinggi kedudukan dan ini menyebabkan Kongress Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah dengan keras skim SBPA itu yang disifatkannya sebagai tidak adil untuk mereka yang berpangkat lebih rendah.
Akibat daripada bantahan Cuepacs, kerajaan BN terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA itu dan merengkok kembali kepada skim yang lama iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM).
Perkara pokok di sini adalah, kenapa para pegawai kanan kerajaan memerlukan kenaikan gaji yang begitu mendadak sekali, walaupun di dalam skim lama SSM? Kenapa tidak pula diseimbangkan kenaikan gaji para kakitangan awam yang berpangkat yang lebih rendah untuk diselaraskan dengan kemampuan mereka berdasarkan kenaikan kos harian dan kadar inflasi yang begitu tinggi?
Dan jika sekiranya ianya tidak ditangani dengan segera, adalah dibimbangi jurang perbezaan di antara mereka-mereka yang kaya, sederhana dan miskin akan bertambah buruk lagi dan di suatu hari nanti, mungkin golongan yang berpendapatan sederhana ini akan lesap sama sekali di negara ini.
Jadi cadangan asal kerajaan BN yang ingin menggembirakan semua kakitangan awam dengan skim saraan yang baru itu tidak mendapat sambutan malah menerima bantahan pula daripada Cuepacs.
Adalah jelas langkah terburu-buru oleh kerajaan BN itu adalah bertujuan untuk memastikan sokongan para kakitangan awam untuk BN di dalam pilihanraya umum yang akan datang yang merupakan suatu langkah jangka pendek yang menelan belanja yang begitu besar sekali.
Banyak agihan wang disalahgunakan
Kita tengoklah contoh yang pertama iaitu agihan wang di bawah BR1M (sebanyak RM500 seorang). Walaupun BR1M itu pada asalnya disasarkan untuk golongan yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, namum kita dapati pengagihan wang tersebut telah banyak kali disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Akibat daripada itu, kita dapati ada di kalangan golongan kaya raya turut menikmati pemberian wang sejumlah RM500 seorang itu. Malah kita juga dapati beberapa orang yang bergelar Datuk turut mendapat bantuan wang tersebut.
Apa yang sudah terjadi? Kenapa mereka yang kaya raya turut menikmati faedah tersebut?
Dalam pada itu, pemberian wang sejumlah RM100 untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah itu turut disalahgunakan, malah ada pihak yang cuba memalsukan butiran anak-anak mereka, jumlah pelajar di sesebuah sekolah “ditambah” bagi mendapatkan wang berlebihan tersebut dan banyak lagi bentuk penipuan.
Bagi baucar buku RM200 itu pula, ramai penuntut, apabila menerima baucar tersebut dengan segera mengiklankan baucar-baucar tersebut di dalam laman Facebook untuk jualan kepada umum dengan harga yang lebih murah untuk mendapatkan tunai yang cepat. Ianya untung apabila baucar RM200 itu dijual dengan harga RM150, yang si penjual itu akan mendapat untung kerana tidak mengeluarkan modal, malah yang membeli itu turut untung kerana mendapat diskaun RM50.
BN menyemaikan budaya negatif
Adalah amat tepat sekali bahawa kerajaan BN telah menyemaikan budaya yang negatif dengan agihan sejumlah besar wang ringgit kepada umum, terutamanya di kalangan anak-anak muda kita.
Apabila mendapatkan wang tersebut, akan disangka bantuan tersebut akan berterusan selama-lamanya, dan apabila pemikiran tersebut timbul, wujud pula sikap tidak perlu bekerja keras untuk menampung masa depan mereka kerana wang akan datang terus kepada mereka dengan senang.
Akibat daripada itu, golongan muda mudi ini akan menjadi boros berbelanja tanpa merasakan bertapa susahnya untuk memperoleh pendapatan dan perlunya untuk bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut. Apakah akan terjadi di suatu hari nanti? Anak-anak muda kita ini akan menjadi malas, tidak mahu bekerja, tidak berdaya saing, tidak mahu berusaha, tidak bersungguh-sungguh di dalam komitmen mereka dan berbagai-bagai elemen yang negatif lagi.
Persepsi yang disemaikan oleh kerajaan BN ini semata-mata untuk mendapatkan populariti murahan dan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang. Memang keji akan perbuatan tersebut.
Sudahlah dengan merosakkan negara ini dengan pelbagai salahguna kuasa, penyelewengan kewangan, rasuah, penipuan dan peras ugut, ditambah pula dengan kerosakan ke atas pemikiran rakyat jelata khususnya di kalangan anak-anak muda kita.
Bayangkanlah apakah yang akan berlaku pada generasi yang akan datang jika sekiranya BN terus diberi “mandat” untuk memerintah selepas pilihanraya umum yang akan datang?
Dengan BN lah, negara kita ini mungkin akan kembali ke era tahun 1511 di mana negara ini akan kembali dijajah dan dibahagi-bahagikan oleh kuasa-kuasa asing.
Malaysia Chronicle
Gambar Ribuan Hadir Ceramah Anwar Di Masjid Tanah W'pun Di Ganggu..
Posted on Tuesday, May 15 @ 21:58:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: usamah

"

Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen  Anwar Ibrahim.

Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud ganguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat.


Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik.

Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka.

Ini membuktikan mood rakyat yang ingin kan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung .Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim.







http://addin77.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan