Isnin, 28 Mei 2012

NAK NAMPAK HEBAT SERTA BAIK SERTA PANDAI MEMERINTAH...TAPI NAMPAK LAGI JAHANAM JADINYA....

Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman?

Abdul Aziz Mustafa, 28 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.


Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan.


"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.


Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.


"Dalam keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis.


Sebelum itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat.


"Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.


"Apabila Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh rakyat," katanya.


Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri.

Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa

Harakahdaliy, 28 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.

"Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.

Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.

Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda.

Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari korea yang mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," kata Riduan lagi.

Kerajaan ujarnya seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.

"Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?

"Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam?

Apa yang berlaku dalam sambutan hari belia itu tegas Riduan, hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut, kerana Umno hanya menjauhkan anak muda dari nilai agama.

Himpunan belia berjaya, masa terbaik untuk Najib bubar parlimen?

http://cenangau.blogspot.com, 28 Mei 2012
Semalam berakhir Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung selama 5 hari. Katanya Najib sangat seronok dengan kejayaan himpunan tu sampai bagi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan yang Najib kata dah capai KPI pasai berjaya anjurkan himpunan dengan penyertaan yang cukup hebat.

Katanya himpunan tu berjaya tarik kunjungan lebih 2 juta belia dari lebih 11juta belia di negara ni, satu angka yang cukup besar, hampir 20%.

Kalau nak dibandingkan dengan Himpinan Bersih 3.0 yang Rais Yatim kata cuma dihadiri 22,270 orang saja, tak sampai pun 1% berbanding himpunan belia tu. Kalau nak kira orang muda saja pulak lagi la sikit.
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
Sebelum ni masa sambutan 64 tahun Umno di Stadium Bukit Jalil, katanya lebih 250,000 yang hadir. Kalau guna angka ni pun dah jauh lebih ramai berbanding angka yang Raiz Yatim sebut tu. Tak sampai pun 10%

Jadinya, aku rasa Najib patut sangat-sangat dah umumkan bubar parlimen dalam masa terdekat ni. Najib patut gunakan kesempatan sekarang ni pasai masa kedepan belum tentu lagi. Tumpang anak muda katanya tengah sokong ni masa ni la Najib patut bubar parlimen dan adakan PRU13.

Tak kisah la dengan cakap-cakap pembangkang yang kata angka kehadiran tu menipu.

Peduli apa dengan cakap pembangkang yang kata Stadium Bukit Jalil cuma boleh muat 100,000 kalau penuh sendat dengan manusia. Peduli ada dengan gambar yang nampak macam stadium tak penuh malam tu.

Peduli apa dengan spin pembangkang yang kata kalau setakat penuh stadium tu cuma taraf ceramah Umum yang Pakatan Rakyat buat dalam stadium saja.

Toksah dok heran dengan dakyah pembangkang yang kata kehadiran program himpunan belia yang berakhir semalam tu sebenarnya tak sampai 100,000 orang pun. Toksah dok heran dengan angka yang depa keluarkan konon guna kaedah yang sama macam Rais Yatim guna tu.

Toksah peduli la dengan spin pembangkang yang perleceh himpunan belia tu, konon penuh dengan maksiat pasainya memang benda macam tu yang orang muda suka, depa sebenarnya dengki pasai depa tak boleh buat program macam tu.

Lagi satu, tak payah la nak heran dengan cakap Dr. Mahathir yang suruh tangguh sampai habis bulan puasa, konon kerajaan pimpinan Najib masih lagi lemah. Dr. Mahathir apa tau, dia dah tua, lagi pun dia tak hadir masa himpunan belia yang berakhir semalam. kalau dia hadir tentu dia pun akan suruh najib segerakan bubar parlimen.

Akhir sekali, aku sangat-sangat harap Najib bubar parlimen dalam masas terdekat ni, cemuih dah tunggu pilihanraya dari sebulan ke sebulan tak jugak bubar parlimen. Cuma masalahnya, berani ka Najib bubarkan parlimen dalam masa terdekat ni?

Tak sabar nak tengok betui ka Salahuddin Ayub boleh jadi menteri besar Johor dan Perak pulak Pakatan Rakyat dapat rampas balik.
 
 

Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia

Hazayani Zakaria, 28 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.

"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.

"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Banyak program melalaikan

Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.

"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.

"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.

Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.

"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.

Terus asak airtime TV semasa kempen PRU13

Ahmad Lutfi Othman, 28 Mei 2012
Di waktu banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin mencipta tragis sebagai "medan terburuk" bagi pertarungan menagih mandat baru rakyat, saya melihat beberapa reaksi awal -- yang mungkin dilihat sudah terlewat tetapi tetap dianggap positif dalam proses pendemokrasian -- yang agak mengembirakan.

Semua maklum bahawa PRU13 paling kritikal, sama ada buat Pakatan Rakyat dan juga BN. Ia pertempuran hidup atau mati. Bagi sesetengah individu bertaraf VVIP, kalah bukan sekadar bererti menjadi pembangkang tetapi bakal berdepan tindakan yng cukup mengaibkankan. Maka, untuk mengharapkan pertandingan ini dijalankan secara adil, telus dan bersih, serta menurut etika yang sihat, ia seolah-olah hanya ilusi.


Semua maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada awal lagi dilihat bukan sahaja memihak kepada elit penguasa, malah telah dijadikan perkakas utama BN untuk menang secara tipu-muslihat. Buktinya, senarai daftar pemilih yang kotor dan meragukan, terutama di Selangor. Bukti ini sebenarnya lebih panjang lagi.

Bagaimanapun, sebagai pengamal media yang prihatin dengan tuntutan proses pilihan raya yang adil dan bersih, saya mengharapkan reaksi awal kerajaan terhadap isu akses media dan tempoh minimum kempen perlu disambut tetapi hendaklah diperhalusi agar situasi "padang permainan sama rata" dapat dijelmakan.

Apabila saya agak kerap menimbulkan hal ini, terutama melalui program Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan kenyataan akhbarnya, ramai yang memandang sinis dan melihat usaha itu sebagai sia-sia sahaja.

Ya, masakan Umno-BN yang berada di tepi jurang curam dan dalam, masih mahu berbicara soal mewujudkan proses pilihan raya yang benar-benar demokratik dan bebas daripada sebarang penipuan dan manipulasi?

Kita tidak dapat membayangkan kegerunan pemimpin Umno-BN, terutama yang bergelumang dengan pelbagai skandal dan dosa politik, berdepan dengan hukuman rakyat nanti. Tanpa kuasa -- khususnya buat pertama kali di peringkat persekutuan -- segala imuniti dan kekebalan tertanggal seluruhnya.

Apa pun, saya kira Najib Razak tidak mempunyai banyak pilihan. Misalnya, beliau terpaksa memansuhkan ISA, tentunya bukan kerana kejujuran dan keikhlasan untuk memartabatkan keadilan, tetapi disebabkan sudah "diasak ke dinding".

Malah kerajaan sememangnya tidak lagi dapat memperalatkan ISA sesuka hati untuk memenjarakan musuh atau seteru politiknya, disebabkan kesedaran merata rakyat terhadap isu-isu hak asasi dan sebagainya. (Mungkin agak sukar kita mengingati siapa mangsa ISA terakhir daripada kalangan tokoh-tokoh politik; ia lebih membabitkan aktivis yang dikaitkan dengan keganasan dan militan ....)

Begitu juga dengan janji-janji untuk memulihkan demokrasi terpaksa dilafaz Najib semasa malam Hari Malaysia tahun lalu, pastinya bukan disebabkan keikhlasannya untuk menamatkan amalan zalim turun-temurun regim BN. (Secara peribadi saya tidak gemar dengan istilah "ikhlas dan jujur" dalam politik; ia perlu terus diasak dan ditekan secara konsisten).

Ia didorong oleh tindakan politik penguasa bagi merebut kepercayaan dan keyakinan rakyat, yang semakin terbuka dan terdedah dengan proses pendemokrasian sejagat, seperti ditandai oleh Arab Spring dan seumpamanya. Pilihan agar dilihat lebih terbuka dan demokratik hanya merupakan antara talian hayat terakhir yang masih tinggal.

Sang diktator yang mengawal ketat setiap pergerakan rakyatnya pun tidak mampu mengepung wilayah negara daripada "wabak pendemokrasian" ini, apatah lagi teknologi ICT dan fenomena langit terbuka sudah merata serta tidak mampu disekat lagi.

Dan saya melihat penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya adalah kemenangan moral buat Bersih 2.0. Kerajaan akhirnya terpaksa tunduk dengan aksi protes jalan raya. Manakala beberapa rumusan awal, seperti penggunaan dakwat kekal, merupakan "keputusan terpaksa" bagi melunakkan kemarahan rakyat dan pembangkang.

Hinggakan, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof terpaksa meluahkan rasa kecewanya apabila beberapa langkah pembaharuan, misalnya dakwat kekal, tidak disambut dengan lafaz terima kasih oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Apabila membaca kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, pada 22 Mei lalu, bahawa kerajaan akan meneliti saranan SPR agar parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses siaran televisyen secara bebas dan adil, saya menarik nafas lega.

Kata Rais, kertas kabinet mengenai hal itu sudahpun disiapkan. Semestinya ia dibincangkan dengan semua parti yang bertanding serta NGO media yang prihatin dengan isu ini, khasnya Bersih.

Sekurang-kurangnya isu akses media ini terpaksa juga disambut kerajaan. Sebelum itu, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar memberi jaminan akan mempertimbangkan tempoh kempen lebih lama dalam PRU13 nanti. (Alasan bertulis SPR sebelum ini untuk meremehkan tuntutan tempoh minimum kempen 21 hari adalah dangkal dan tidak diasaskan kepada fakta).

Saya dan KAMI kerap menekankan dua tuntutan penting Bersih itu, yang agak dipandang remeh, iaitu akses media yang adil dan saksama, serta tempoh kempen minimum 21 hari, termasuk melalui Konvensyen Akses Media Dalam PRU13 pada 12 Mei lalu, di Hotel Nouvelle, Sri Kembangan.

Rais berkata, ia bagi membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat. "Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi," tambahnya.

Ia susulan permohonan SPR agar kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen PRU13.

Ya, kerajaan BN terpaksa melakukan sesuatu bagi menampakkan, sekurang-kurangnya, ia tidak berada pada tahap lebih buruk berbanding kerajaan junta Myanmar, yang bersedia memberi airtime saluran TV kerajaan kepada pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi, dalam pilihan raya kecil negara itu baru-baru ini.

Kerajaan autoritarian Singapura juga memberikan akses kepada pembangkang untuk muncul di kaca TV yang dikawal kerajaan, khususnya untuk menjelaskan manifesto kepada pengundi. Difahamkan transkrip ucapan itu kemudiannya disiarkan dalam akhbar harian esoknya.

Saya kira SPR juga wajar mengendalikan debat politik di TV, membabitkan tokoh-tokoh utama parti-parti yang bertanding, seperti dimulakan oleh Sinar Harian, yang mempertemukan Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli,  baru-baru ini. Apa pun, seperti saya tegaskan di awal tadi, isu akses media ini perlu diperdebat dan perhalusi lagi.

Program Hari Belia, berapa juta wang rakyat dibelanjakan

http://kachipemas.blogspot.com, 28 Mei 2012

Monday, May 28, 2012


Sekadar Renungan !!! Program Hari Belia, Berapa Juta wang Rakyat di Belanjakan ma ?

PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi  Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma
Konsert Malam Tadi Untuk Penyanyi Tempatan Berapa wang Habis Ma?
Kemah Yang Di Pasang Berapa Wang Habis ma ?
Minta Ahli Parlimen kita, tanya di Parlimen nanti  Ye. berapa juta wang rakyat habis ma ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan