Selasa, 1 Mei 2012

MEREKA AJE BETUL...BAIK...ADIL...LAGI TAKWA KOD...APA INGAT RAKYAT BODOH...TAK ERTI MENILAI...TAK TAHU KEGIATAN PERIBADI MEREKA...JANGAN NAK AUTA LAH...DENGAN ALLAH LAGI TAK BOLEH AUTA...TUNGGU SAJA HUKUM ALLAH AKAN SAMPAI JUA...SAMPAI BILA KITA NAK BERLAGAK...DAH RAMAI PEMIMPIN2 DAH MENINGGALKAN DUNIA NI...KITA TUNGGU SAJA GILIRAN...SATUKAN ISLAM BUKAN SATUKAN KAUM...MEMPERJUANGKAN KAUM BUKAN AJARAN ISLAM...MACAM TAK BELAJAR HUKUM ISLAM PULAK...

Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0

Muhammad Faizal, 30 Apr 2012
PUTRAJAYA, 30 April: PAS mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan segera jika tidak berdepan Bersih 4.0.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sewaktu pada penyerahan memorandum kepada SPR petang tadi menyatakan tempoh diberikan selam tiga puluh hari untuk mereka meletakkan jawatan.

"Kita mendesak agar kedua-dua mereka meletak jawatan segera, tempoh tiga puluh hari diberikan kepada mereka jika tidak kemungkinan Bersih 4.0 akan diadakan," jelasnya di lobi Pejabat SPR, petang tadi.

Tambahnya, segala keputusan akan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pemandu Bersih dan setiap apa yang diputuskan, PAS akan menyokong sepenuhnya.

Menurutnya lagi, sistem pilihan raya adalah mekanisme yang utama untuk merealisasikan demokrasi di negara kita, ia merupakan asas kepada pemilihan dan penubuhan kerajaan.

"SPR perlu menjalankan tugas dan memantau pilihan rara secara tidak berpihak dan neutral, adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya.

"Malangnya walaupun selepas lebih lima dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh keyakinan," katanya.

Malah lebih parah lagi, katanya kedua-duanya yang berada dalam SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-Barisan Nasional.

"SPR juga dilihat terus gagal menasihati kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Begitu juga dengan persoalan akses media yang bebas dan adil, apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pemimpin pembangkang di negara ini," sambung beliau lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa.

"Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri.

"Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," tambah beliau lagi.

Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said.

Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Media Kerajaan/UMNO MENIPU dan MENIPU lagi!!!

http://www.tranungkite.net, 30 Apr 2012
Posted on Sunday, April 29 @ 13:07:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh XX@

Akbar-akhbar seperti mana dijangka, mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara akan berakhir dengan keganasan. Akhbar akan menyalahkan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

BETUL  KE NI???? ATAU AGENDA MENYERANG PAKATAN RAKYAT DENGAN MENAMBAH NOKOK BERITA?


Ini berita ditokok tambah


Tapi apa sebenarnya


thanks ashrof1

Elok juga Najib rasa nikmatnya gas pemedih mata

Harakahdaily, 30 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 30 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang sinis kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pihak polis mengendalikan perhimpunan Bersih 3.0 dengan baik dan profesional.

Beliau juga menyatakan bahawa gas pemedih mata dan water cannon merupakan suatu option yang tidak memudaratkan kesihatan.

Justeru, Timbalan Ketua DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, pihaknya merasakan PM bercakap tanpa berpijak di bumi nyata dalam keadaan rakyat menjadi mangsa belasahan anggota polis, ramai warga emas, wanita, dan kanak-kanak ditembak dengan gas pemedih mata dan air kimia, para wartawan dicederakan dan dirampas peralatan mereka.

Beliau berkata, suasana pula bagai berada di zon perang atau di sempadan Israel di mana rakyat Palestin diperlakukan sesuka hati.

“Ramai juga menyaksikan polis bertindak ganas terhadap orang awam selepas dua jam tamatnya perhimpunan aman ini sehingga ramai terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

“Dalam keadaan begini, PM masih lagi memberikan markah tinggi kepada PDRM,” ujarnya kepada Harakahdaily.

DPPWP juga, ujarnya merasa terkilan kerana kenyataan PM menggambarkan gas pemedih mata dan water cannon adalah sesuatu yang tidak berbahaya, seolah-olah bahan itu sesuatu yang menyeronokkan rakyat.

“Kenyataan ini menggambarkan beliau seorang yang sombong, angkuh serta tidak tahu kesusahan yang ditanggung oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Menurutnya, rakyat terpaksa mengharungi episod malang dengan disimbahi air kimia yang amat menyakitkan serta gas pemedih mata yang amat memeritkan dan menyesakkan nafas bagi mencari erti keadilan sebenar dalam sebuah negara demokrasi.

“PM memandang apa yang berlaku pada pandangan mata kasarnya sahaja. Sepatutnya PM bertanya mengapa perhimpunan Bersih 3.0 ini berlaku dan apa yang rakyat inginkan.

“Beliau perlu melihat mengapa ratusan ribu rakyat tanpa mengira jantina, bangsa dan keturunan sanggup bersesak dan berdepan dengan risiko gas pemedih mata, air kimia serta ditangkap atau dipukul,” ujarnya.

Sebalik kesemua itu, kata beliau Najib perlu menilai sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya.

“Adilkah atau zalimkah beliau kepada ratusan ribu bahkan jutaan rakyat di negara ini?” soalnya.

Justeru, kata Mohamad Suhaimi, DPPWP mensarankan agar PM menonton video yang dirakam sendiri oleh rakyat dan saksikan bagaimana kejamnya pihak polis terhadap rakyat.

“Nilaikan sendiri bagaimana pembantaian dibuat oleh polis terhadap orang awam tanpa perikemanusiaan.

“Elok juga PM merasa sekali gas pemedih mata dan water cannon dan rasai betapa ‘nikmatnya’ penangan bahan itu,” ujarnya lagi.

Jelasnya, gas pemedih mata dan water cannon mungkin tidak memudaratkan kesihatan tetapi pedihnya amat terasa jika terkena.
TPM: Veteran, generasi muda Umno harus satu Melayu

30 April 2012
Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno kini memerlukan kerjasama erat antara anggota veteran dan generasi muda parti itu untuk mengembalikan semangat perpaduan dan perjuangan orang Melayu. 

Timbalan Perdana Menteri berkata semangat juang yang kental anggota veteran parti harus diwarisi generasi muda Umno hari ini.

"Peranan anggota veteran amat diperlukan untuk meneruskan wadah perjuangan politik Melayu unggul. Kita mahu orang Melayu kekal menjadi bangsa yang kuat dan bersatu padu," katanya ketika berucap merasmikan Kelab Veteran Umno Wilayah Persekutuan (WP) di sini hari ini. Turut hadir pengerusi kelab itu, Datuk Zakaria Salleh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menarik perhatian bahawa parti itu kini berhadapan dengan cabaran untuk menyatupadukan kembali bangsa Melayu yang dilihat semakin berpecah dan masih ketinggalan dari aspek ekonomi dan pendidikan.
Beliau berkata program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara inisiatif yang dijalankan untuk membantu bangsa Melayu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

"Kalau program ini berjaya maka orang Melayu akan berjaya, tetapi kalau ia gagal maka ia tentulah menjadi penghalang untuk kita melihat pencapaian orang Melayu di masa hadapan," katanya.

Muhyiddin juga berkata sekiranya Melayu tidak sekuat dan teguh seperti dahulu, maka suatu ketika nanti akan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membuat tuntutan lebih daripada yang sepatutnya.
-- BERNAMA
MIC 'buang' bekas Naib Presiden mahu sertai PKR

30 April 2012
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthu Palaniappan tidak lagi menjadi anggota MIC dan namanya akan dikeluarkan daripada senarai anggota berdaftar parti itu mulai hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri K.S.Nijhar berkata ini kerana Muthu Palaniappan tidak menafikan laporan mengenai hasratnya untuk menyertai PKR dan bertanding sebagai calon di kawasan Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum akan datang menentang siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN).
"Di bawah perlembagaan MIC, mana-mana ahli yang menyertai parti pembangkang atau dianggap telah menyertainya, secara automatik dipecat daripada keahlian
MIC," katanya dalam kenyataan.
Nijhar mengingatkan semua anggota parti agar tidak bekerjasama dengan Muthu Papaniappan dalam sebarang bentuk aktiviti politik. - Bernama
Jangan bimbang bubar Parlimen kerana Bersih, Perkasa nasihat Najib
WAN NASRAH RAHIM
30 April 2012
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin.

Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini, tetapi pemerhati meramalkan kemungkinan ia akan lewat ekoran perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Ini kerana, menurut beliau, Bersih 3.0, yang diadakan di ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh negara, adalah perhimpunan ganas yang mengupah rakyat untuk menghuru-harakan Malaysia.

Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya.

“Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.

Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia.

“Negara kita tercemar di seluruh dunia. Tidak ada negara lain mengadakan sepanduk dan memakai baju kuning di Madinah dan Makkah seperti yang dilakukan penyokong Bersih 3.0.

“Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia.

“Biar mereka memburukkan negara kita, biar mereka hina negara namun majoriti rakyat Malaysia tetap menyokong kerajaan dan menjunjung daulat tuanku,” katanya.

Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu.

“Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, pengisytiharan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong satu rombongan akan dihantar menjelaskan maksud yang tersirat dan mengadap setiap Sultan.

Hampir 4,000 orang hadir ke perhimpunan raja berdaulat kasih dijunjung anjuran Perkasa, menuntut kesedaran masyarakat terhadap perbuatan derhaka kepada raja akan memporak-perandakan struktur teras perlembagaan negara.

Sementara itu, Ibrahim turut menyelar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail merupakan pembohong besar kerana memfitnahnya sebelum ini, melalui wawancara khas Sinar Harian yang disiarkan semalam, berhubung permintaannya untuk menyertai PKR dan meminta belas kasihan Anwar ketika mendapatkan rawatan di Jerman pada akhir 2004.
Zahid nasihat Nizar jangan berdolak-dalik
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
$entry.content.caption.value
RUNGKUP - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beri amaran kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya tidak berdolak-dalik dalam pembohongan berkaitan pihak tentera akan mengambil alih kerajaan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, pembohongan dibuat pemimpin Pas itu, mengenai kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­nga­dakan pertemuan dengan pegawai kanan tentera berhubung isu pilihan raya, menunjukkan Nizar sebagai ahli politik tidak profesional.
“Di sini, saya mengambil kesempatan nasihatkan pemimpin Pas itu (Nizar) menjadi ahli politik profesional. Walaupun berbeza fahaman politik, kita mesti letakkan integriti di atas supaya dihormati masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Sukaneka Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.
Ahmad Zahid turut meminta polis melakukan siasatan­ segera terhadap Nizar dan mahu dedah hasil siasatan supaya masyarakat tahu siapa yang benar dan salah.
Katanya, walaupun kawasan Dun Nizar berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tidak semestinya maklumat yang beliau perolehi daripada bekas pegawai tentera laut itu benar.
Menurutnya, sebelum ini Nizar pernah membuat pembohongan dengan mengatakan Majlis Angkatan Tentera Malaysia yang bersidang kali ke-300 buat keputusan beri tanah seluas 1.2 hektar kepada pesara tentera.
“Saya turut menyemak minit mesyuarat dan tidak pernah ada perkara itu dibangkitkan langsung, malah saya ada bertanya kepada Nizar yang mengaku, semasa menjadi Menteri Besar Perak, tidak ada seinci tanah pun diberikan kepada pesara tentera.
“Sehubungan itu, saya turut minta Nizar akui kesilapan agar terus dihormati,” katanya.
Mustapa dakwa Nik Aziz hasut rakyat
ZUMURNI HAMZAH
27 April 2012
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
MACHANG - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan ahli parti itu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 disifatkan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.

Katanya, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menasihatkan penyokongnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan.

"Sebenarnya, kerajaan telah banyak mendengar suara pembangkang dalam pelaksanaan pilihan raya. Mereka tidak perlu berdemonstrasi yang mana boleh menyebabkan kacau-bilau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Kebangsaan Machang 2 di sini, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan tidak menghalang perhimpunan aman namun perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk lokasi yang ditetapkan oleh polis.

Sebelum sebuah web portal pembangkang pada laporannya Selasa lalu menyiarkan seruan Nik Abdul Aziz supaya seluruh rakyat hadir pada perhimpunan Bersih 3.0 dengan menyatakan kehadiran majlis itu adalah wajib.
'Ejen provokasi timbulkan panik, kekacauan'
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Faridah Abdull menyalahkan ejen provokasi yang menimbulkan panik dan kekacauan di Dataran Merdeka apabila gas pemedih mata digunakan pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini, Faridah berkata, beliau pada waktu itu berada dalam kumpulan orang ramai yang berhimpun di satu sudut di Jalan Tun Perak.

Pada waktu itu, orang ramai mula bersurai selepas menerima arahan berasingan daripada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan juga oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau mendengar individu di belakangnya – yang memakai baju kuning BERSIH – menyuruh orang ramai maju ke hadapan dan berkata "Anwar suruh baling."

Katanya, beliau berpendapat bahawa arahan itu tidak kena kerana beliau sendiri mengenali Anwar secara peribadi.

Selepas itu, individu dalam kumpulan berkenaan mula membaling objek dan polis pula melancarkan kanister gas pemedih mata ke dalam kumpulan tersebut, katanya lagi.

Peserta berkenaan kemudiannya mula panik dan Faridah seterusnya dipijak, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Katanya, polis dan pegawai hospital memberitahunya mengenai kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke hospital tersebut semalam.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau tidak membenarkan Najib mahupun Hishammuddin melawatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan