Selasa, 29 Mei 2012

JANGAN PULA KITA GHURUR...GHURUR TAK MENGIRA SAPE...SYAITAN MEMANG BIJAK....

Muzakarah: Mufti Perak sifatkan Pas ghulub
RAHAYU MUSTAFA
29 Mei 2012
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam. “Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam.

“Kita boleh berbeza pendapat dan parti tapi jangan berpecah namun jawapannya, kita tidak boleh lupa benda itu,” katanya selepas mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Primula Beach Hotel, semalam.

Menurutnys, dalam konteks agama, mereka yang keras hati boleh tergolong dalam kumpulan melampau dan sikap itu ditolak oleh Islam.

“Dalam Islam, kalau kita berkelahi tidak boleh melampau, begitu juga hal lain termasuk makan, perlu ada kesederhanaan. Kalau melampau kita berpecah dan akan hancur.

“Pas memang sudah melampau kerana tidak menghiraukan hal lain, apa nak jadi dengan bangsa dan agama kita, mereka tidak peduli sebaliknya hanya mahukan kerusi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam buang sikap negatif dan mementingkan diri sendiri, sebaliknya bersatu padu tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, Harussani turut bersetuju dengan kenyataan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi bahawa fatwa yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Beliau berkata, perkara ghaib seperti syurga dan neraka adalah hak ALLAH SWT dan manusia tidak boleh menjamin seseorang itu akan ditempatkan di syurga hanya kerana menyokong parti tertentu.

“Masuk syurga atau neraka bukan hal kita, manusia hanya boleh memohon keredaan ALLAH. Ini kejahilan, kita tidak boleh kafirkan orang. Kalau kita maki orang, kutuk orang ia naik ke langit dan turun balik ke bawah (berbalik kepada kita semula).

“Orang percaya fatwa ini juga jahil. Dalam ilmu kita ada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Fardu Ain kena tahu secara asas manakala Kifayah kena ada alim ulama yang ajar dengan betul," katanya.

Katanya, yang menjadi masalah sekarang mereka tidak tahu agama pun turut bersuara.

“Hendak keluarkan hukum bukan senang, kita kena lihat ayat dan kedudukan macam mana, baru boleh keluarkan hukum selain ada nas tertentu,” katanya.

Manusia ghurur ditipu keegoan diri sendiri

Tajdid Iman:
Oleh Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com
Kesombongan dorong seseorang bertindak ikut nafsu, tak hirau perasaan orang lain
muhasabah11KECELARUAN belantara dunia menyesatkan ramai manusia. Potensi akal dan hati kurniaan Allah SWT serta turunnya syariat dibawa Rasul, bagi sebahagian manusia masih belum cukup mengalahkan kebuasan hawa nafsu diri mereka. Ditambah lagi dengan peranan hebat syaitan laknatullah yang tidak akan berganjak seinci dari lubuk hati manusia yang alpa. Hanya satu yang dapat melindungi manusia daripada kejahatan syaitan dan hawa nafsu, iaitu perlindungan Allah.
Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya.
Terlalu suci dia melihat diri sendiri dan betapa hinanya orang lain pada pandangannya. Penyakit sebegini dinamakan sebagai ghurur iaitu terpesona atau takjub dengan diri hingga pada tahap menghina dan memandang rendah apa saja daripada orang lain.
Tidak sedikit pun tergerak hati mahu memandang daripada sudut pandangan orang lain dan merasai perasaan pihak berlawanan dengan dirinya. Ditutup pula pintu perbincangan, muzakarah dan musyawarah demi mendapat persefahaman baik.
Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat.
Al-Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri seperti firman Allah bermaksud:
“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi ayat 103-104).
Jika penyakit ghurur ini berjangkit kepada pemimpin, dia akan bertindak secara autoritarian, zalim dan kuku besi ke atas orang dipimpinnya. Jika rakyat menghidap penyakit ghurur tentu akan terheret ke dalam gerakan pemberontakan, penderhakaan dan fitnah yang akan membawa huru-hara dalam masyarakat.
Akhlak Islam sejati yang menggesa ke arah ukhuwah dan persefahaman dengan semangat musyawarah iaitu perundingan secara telus dan adil terus diketepi. Akhirnya umat Islam terus menerus dilanda konflik sesama sendiri.
Antara punca seorang mukmin diserang penyakit ghurur ialah:
  • Mengabaikan muhasabah diri
Setiap insan mengalami perubahan dalam kehidupannya, dulu dia pernah lalai kepada Allah, kemudian bertaubat kembali ke jalan-Nya dan tidak mustahil dia akan mengulangi lagi kejahatan yang ditinggalkannya itu. Tidak ada insan yang maksum kecuali Nabi, maka sebagai insan biasa, dia perlu sentiasa menilai dirinya. Bayangkanlah jika setiap manusia memandang baik apa saja yang dilakukannya tanpa melihat perspektif orang lain, sudah tentu kezaliman yang akan berkuasa.
Sedangkan orang beriman sentiasa menganggap dirinya sebagai orang yang bersalah, banyak kelemahan dan takut tertipu dengan kelebihan Allah kurniakan kepadanya. Seperti mana orang takut ketika Allah menganugerahkan kebesaran dan kekayaan kepadanya, dia takut keselesaan diberikan di dunia ini akan menghalangnya merasai keselesaan di akhirat nanti.
Hatinya terlalu sensitif menghayati firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyap di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.” (Surah Hud ayat 15-16)
Orang beriman menimbang segala sesuatu dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah Rasululah SAW. Apa-apa saja tindakan yang dilakukannya sentiasa dirujuk kepada dua kekuatan ini. Kejahilan menguasai petunjuk al-Quran dan al-Sunnah menyebabkan manusia menghalalkan dirinya untuk memutar belit ayat Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka mahu mempergunakan Islam untuk mendapatkan habuan. Sebagai mana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk memberi hak (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh.” (Surah al-Nur ayat 48-49).
Apabila pendedahan ilmu amat kurang dan mereka hanya hidup di dalam suasana dan lingkungan sama tanpa pendedahan terhadap dunia luar bersebrangan fahaman dengan mereka menyebabkan mereka terus menerus berada dalam laluan sama. Kesilapan berulang berlaku kerana tidak mahu mengakui aib diri dan menolak pandangan orang lain. Semua yang dilakukannya seolah-olah nampak betul belaka, seolah-olah sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah tetapi pada hakikatnya dia tertipu kerana kesilapannya memahami ayat-ayat Allah, bahkan sebenarnya dia memperguna al-Quran dan al-Sunnah untuk menuruti nafsunya. Muhasabah mesti dilakukan dengan sandaran ilmu dan bimbingan orang lebih alim lagi warak terhadap dunia.
Sesiapa mengabaikan muhasabah diri, maka dia seolah-olah tidak takut dengan hari penghisaban Allah. Berat timbangan amalnya sekali-kali tidak merunsingkan fikirannya. Sebagai mana disebutkan dalam firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sesungguh- sungguhnya. Dan segala sesuatu kami catat dalam suatu kitab. Kerana itu rasakan dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab.” (Surah Al-Naba ayat 27-30)
  • Sikap melampau melaksana ajaran Islam
Sikap melampau ini sebenarnya bukan ajaran Islam. Islam bersifat wasatiyah yang berpaksikan keadilan dalam memberi hak kemanusiaan sesuai dengan fitrahnya sebagai manusia yang banyak kelemahan. Di dalam mensyariatkan jihad, ada peruntukan damai dan perundingan, dalam qisas ada diyat yang boleh dibayar jika ahli warisnya bersetuju, dalam perkahwinan ada perceraian jika tidak dapat menyelamatkan iman kedua-dua pasangan.
Dalam jual beli dibolehkan berhutang atas dasar kejujuran. Islam menolak fahaman sufi melampau yang menolak perkahwinan, berlapar sepanjang masa sehingga meninggalkan kerja membina umat, bahkan ada pula orang Islam yang seolah-olah mengharamkan perceraian, mengkelaskan wanita di bawah lelaki padahal Islam nyata mengakui wanita sebagai saudara kandung lelaki, ada mengharamkan makanan dan minuman halal, dalam beribadah pula dicipta cara baru tidak pernah diamalkan Rasulullah, sahabat serta tabi’ tabiin.
Muncul fahaman direka-reka, padahal syariat dibawa Baginda sudah sempurna. Apabila seseorang melampau dalam melaksanakan ajaran Islam sehingga terkeluar dari ajaran sebenar berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, boleh jadi sikap melampaunya ini menyebabkan dia membenci orang lain yang tidak sefahaman dan bersikap fanatik buta tanpa ilmu.
  • Tunduk kepada dunia.
Disebabkan terlalu bercita-cita menggenggam dunia, seseorang terpaksa melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap orang lain. Semua orang sedaya upaya mahu memanfaatkan segala untuk kepentingan diri dan keluarga.
Pencinta dunia ini seolah-olah lupa, hakikat kesenangan itu baginya hanyalah satu permulaan dari episod azab yang akan dilaluinya sepanjang masa hingga berhadapan dengan Allah.
Imam Ahmad meriwayatkan suatu hadis yang bermaksud: “Apabila kamu melihat Alah SWT memberikan harta benda yang disenangi oleh seorang penderhaka maka ketahuilah oleh itu adalah istidraj.”
Beliau kemudian membaca firman Allah dalam surah al-An’am ayat: 44 bermaksud;
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diberikan kepada mereka, Kami pun kemudian membukakan pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tidak disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
Semua bentuk kejahatan dan dosa yang dilakukan manusia berpunca daripada perhiasan dan kesenangan dunia haram lagi melampau. Dunia menipu itu akan semakin ganas memporak-porandakan iman di jiwa insan jika ia tidak dikawal oleh iman.
Padahal Rasulullah sudah berwasiat bermaksud:
“Kesenangan dunia jika dibandingkan dengan kesenangan akhirat tiada lain kecuali bagaikan seseorang yang memasukkan jari-jemariya ke dalam lautan, kemudian lihatlah berapa banyak ia dapat mengambil air?”(Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi).
Tiga punca manusia terpesona dengan diri sendiri dan cenderung menghina orang lain sememangnya mesti dihayati setiap saat dalam kehidupan orang beriman, supaya mereka dapat menjaga diri dari penyelewengan yang tidak dijangkakan pada zaman fitnah ini.
- Penulis ialah Mufti Perlis
BR1M kedua: Tanda BN tak yakin, dakwa Pakatan
Jamilah Hamzah
29 Mei 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum yakin dengan sokongan rakyat terhadap perikatan itu sehingga terpaksa mengharapkan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua.

Menurut Salahuddin lagi, syor agar BR1M kali kedua disediakan adalah salah satu cara untuk meraih undi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beberapa pemimpin BN berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun menurut Salahuddin, cara pemberian BR1M bukanlah satu kaedah yang baik untuk membantu rakyat kurangkan kos sara hidup dan bukan langkah yang bijak.

"Hal ini menunjukkan BN masih belum punyai keyakinan dengan sokongan rakyat dalam menghadapi PRU13 akan datang, dan kemungkinan itu, pengumuman tarikh pilihan raya masih ditangguhkan sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau turut mengatakan bahawa faktor utama kos sara hidup rakyat meningkat adalah disebabkan kenaikan harga barang dan kadar pendapatan yang semakin kecil.

"Ini bukan langkah transformasi yang bagus, yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak," tambah Naib Presiden Pas itu.

Sementara itu,  Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian BR1M haruslah kepada penerima yang benar-benar perlukan dan bukannya membazirkan wang rakyat kerana wang itu adalah wang rakyat yang didapati melalui kutipan cukai setiap
tahun.

Seng Giaw yang juga seorang Ahli Parlimen Kepong mendakwa, pemberian wang tunai kepada rakyat melalui BR1M adalah salah satu cara untuk meraih undi oleh Umno-BN untuk PRU tidak lama lagi.

"Kita tak pasti sama ada dengan pemberian wang tunai itu adalah benar-benar membantu rakyat dalam tempoh berpanjangan atau untuk masa terdekat ini sahaja.

"Wang itu sepatutnya perlu diberikan tanpa ada agenda lain kepada rakyat dan perlu membuat kajian terlebih dahulu untuk elakkan pembaziran melalui pemberian wang kepada individu yang salah," kata Seng Giaw lagi.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan cadangan pemberian BR1M kedua itu lebih adil dan mendahulukan penerima benar-benar layak.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, pihaknya juga mahu usaha pemberian BR1M kedua itu ikhlas dan tidak dipengaruhi desakan untuk meraih undiandalam pilihan raya akan datang.
“Saya harap ia bukan satu rasuah politik’yang bertujuan untuk memancing undi rakyat atau lebih tepat lagi sekadar gula-gula menjelang pilihan raya,” katanya, semalam.
Beliau mendakwa, sebelum ini ada penerima tidak layak tetapi turut diberi bantuansekali gus menyebabkan penerima yang benar-benar memerlukan bantuan keciciran.
“Justeru, saya harap pihak kerajaan memandang serius isu ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.
Ketika diminta untuk mengulas tentang usaha kerajaan memberi bantuan berterusan sejak akhir-akhir ini, Tuan Ibrahim tidak menafikan ia memberi kesan terhadap parti itu.
“Secara umumnya, ia memang memberi kesan. Pun begitu, bagi Pas yang berjiwa besar dan mempunyai fikiran terbuka, kami tidak rasa perkara itu akan menjejaskan undian rakyat.
“Pendek kata, jika rakyat mengambil umpan sekalipun, belum tentu mereka akan menelan pancing,” katanya.
Serangan peribadi ke atas rumah Ambiga bukan pasal perkauman

29 Mei 2012
ambiga
Ambiga
KUALA LUMPUR - Serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di rumahnya tidak ada kaitan dengan sikap perkauman sebaliknya Ambiga menjadi sasaran disebabkan beliau pemimpin kepada perhimpunan Bersih, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
 
Katanya serangan peribadi seperti perhimpunan oleh sesetengah pihak di rumah Ambiga di Bukit Damansara bukan sahaja tidak mendapat sokongan MIC tetapi juga oleh Umno dan MCA.
 
"Mereka semua sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan perhimpunan itu. Ya, Ambiga adalah sebahagian daripada masyatakat kita tetapi kemarahan orang ramai ditumpukan kepada dia disebabkan Ambiga adalah pemimpin kepada satu pergerakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek derma berjumlah RM100,000 untuk penubuhan kelas bantuan kepada kanak-kanak sindrom Autism di sini hari ini.
 
Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata demikian ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada serangan itu ada kaitan dengan sikap perkauman.
 
"Isu sebenar ialah kerajaan sudah mengadakan peluang untuk menyatakan pendapat bukan di satu tempat tetapi di seluruh negara dan kita tidak perlukan perhimpunan jalanan," katanya yang menambah bahawa perhimpunan Bersih digunakan oleh pihak tertentu sebagai alat politik.

Beliau juga mendedahkan bahawa kaum India sudah mula sedar bahawa setiap bantuan dan gerakan kononnya untuk membela kaum itu oleh pembangkang sebenarnya tidak pernah ikhlas tetapi ada agenda politik.
 
Katanya kesedaran masyarakat India ini sudah mula nampak apabila perhimpunan Hindraf yang dibuat baru-baru ini di Brickfields tidak mendapat sambutan daripada kaum itu berbanding pada tahun 2007.
 
"Saya diberitahu tentang sambutan itu tidak menjadi besar seperti yang diharapkan mereka, penyokong dari kaum India telah pergi ke sana dan persepsi yang mereka terima ialah bahawa itu adalah satu percubaan oleh parti pembangkang untuk memancing undi," katanya.
 
Dalam satu contoh, parti pembangkang mengadakan program untuk kaum India mendapatkan kad pengenalan, tetapi sebelum proses pendaftaran dijalankan, orang ramai terpaksa mendengar kempen politik daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain, katanya.
 
"Program untuk kad pengenalan yang mereka buat tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ini sangat berbeza dengan apa yang kita buat, bukan satu tempat malahan di banyak kawasan dan kita tidak ada ceramah politik," katanya.
 
Hasilnya, MIC sudah berjaya menyelesaikan lebih daripada 6,000 kes ketiadaan kad pengenalan untuk kaum India, katanya. 
Beliau berkata kerajaan masih ada yang kurang, tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN) turun ke padang, dan kesemua kekurangan ini sedang,diperbaiki. - Bernama
Nurul Izzah: Politik ganas tidak boleh diterima
NURUL IZZAH ANWAR
29 Mei 2012
Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
JAWAPAN Datuk Raja Nong Chik terhadap isu “Malam Berdarah di Lembah Pantai” membuktikan wujud percubaan untuk mengalih perhatian dan memutarbelit fakta kejadian.
Tidak boleh dinafikan telah berlaku keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang warga emas yang wajib dihormati dan kepada seorang anak kecil yang wajib dilindungi.

Malangnya, serangan keganasan ini bukan hanya satu serangan terhadap rakyat yang tidak bersalah tetapi juga merupakan satu serangan terhadap demokrasi.
Pertama, keganasan yang berlaku dipupuk melalui suasana intimidasi dan politik samseng yang diwujudkan Umno Lembah Pantai, seperti yang telah disaksikan pada malam itu dan juga kejadian-kejadian sebelumnya. (Seperti dalam kes 1) protes Pekida di Masjid al-Ikhlasiah, Pantai Dalam; 2) kes Adam Adli ditumbuk di Flat PKNS 4 Tingkat Kg Kerinchi oleh ahli Umno Lembah Pantai yang dikenal pasti; 3) ceramah TIBAI-Umno yang dibuat di Kg Kerinchi baru-baru ini.)
Kedua, usaha lemah untuk mengalih pandangan umum dengan membuat spekulasi dan menyalahkan PKR kerana menjemput “orang luar” menghadiri program politik setempat adalah tidak lain tidak bukan satu usaha merendahkan martabat demokrasi yang langsung merugikan penduduk Lembah Pantai.
Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin nasional seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan mana-mana lagi menteri Kabinet yang telah turun ke Lembah Pantai dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tidak melihat tindakan Umno ini sebagai usaha membawa masuk “orang luar” ke dalam “politik tempatan” tetapi ia adalah satu pengiktirafan bahawa PKR telah melakukan banyak perkara dengan betul untuk layak menerima layanan sebegini.
Tambahan pula, layanan luar biasa dalam bentuk dana dan perhatian yang dicurahkan ke Lembah Pantai berbanding kawasan-kawasan parlimen lain di Kuala Lumpur oleh Datuk Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, serta seorang datuk bandar yang tidak dipilih, adalah bukti kerajaan persekutuan harus bekerja dua kali ganda lebih keras apabila sokongan majoriti di Kuala Lumpur bersama Pakatan Rakyat.
Ketiga, berkaitan dakwaan tidak cukup bukti mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan di Pantai Permai, saya jemput Datuk Raja Nong Chik untuk bersama saya mengecam semua bentuk politik keganasan dan bersama-sama saya menjemput Polis Di-Raja Malaysia dan Suhakam untuk menyiasat kejadian ini secara adil pada Khamis ini.
Akhir sekali, untuk memupuk semangat demokrasi dan membuktikan politik keganasan tidak boleh diterima segenap lapisan masyarakat, saya sekali lagi menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan Datuk Raja Nong Chik, dua minggu dari sekarang di Pantai Permai, tempat sama seperti ceramah saya minggu lalu. Saya nantikan sama ada beliau mampu menterjemah percakapan menjadi realiti oleh sebab beliau percaya bahawa semua politik itu bersifat setempat.

Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR
Syed Zainal Abidin letak jawatan daripada Proton
7:44PM Mei 29 2012
Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.

Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.

Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran.

-Bernama
Guan Eng terima debat kali kedua dengan Soi Lek
10:30AM Mei 29 2012
Selepas perdebatan 'secara langsung' dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada bulan Februari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menerima satu lagi jemputan untuk berdepan dengan musuh politiknya pada 8 Julai ini.

chua soi lek and lim guan eng debateSetiausaha akhbar Lim menghantar salinan surat jemputan tersebut kepada pihak media pagi ini.

Tidak pasti sama Soi Lek bersetuju untuk menghadiri debat tersebut.

Bertajuk 'Debat Lim-Chua 2.0', surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.

Perdebatan ditetapkan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang tetapi tidak dinyatakan tempat dan bahasa bagi debat tersebut.

Tajuk debat tersebut ialah 'DAP dan MCA: Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada masyarakat?'.

Ini akan meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

ASLI - sebuah badan pemikir tanpa keuntungan - telah menganjurkan debat pertama Lim-Chua sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan