Sabtu, 19 Mei 2012

BILA KES MISTERI DIULANG2 TAYANG...KERAGUAN MASIH MENEBAL...KEPELEKAN MASIH TERANG BENDERANG...TUNGGU SAJA HUKUMAN ALLAH...ALLAH MAHA BIJAKSANA MENGHUKUM...INGAT KUASA ALLAH...KITA TIADA KEKEBALAN....BILA TAKDIR TIDAK MENYEBELAHI KITA...MUHASABAH DIRI...TUNJUK ORANG SALAH SATU JARI...TIGA JARI MENGHALA KE KITA....KITA DAPAT RASA DAN DAPAT TAHU SAPE SEBENAR MENENTANG ISLAM ATAU TAK YAKIN ISLAM..TAK MAHU IKUT ISLAM...MANUSIA KITA BOLEH AUTA...ALLAH BOLEH KAH KITA AUTA...

Pesta Makanan Monggolia pula akan diadakan di Putrajaya?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 19 Mei 2012

Saturday, May 19, 2012




Sebagai respon kepada gesaan tidak memberikan reaksi balas terhadap kumpulan anti-BERSIH, 'Protes tose' yang dirancang di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Ahad ini telah dibatalkan.

Pengerusi WargaAman A Rajaretinam mengesahkan perhimpunan bantahan itu secara rasminya dibatalkan tetapi mereka akan tetap menghantar tose telur kepada Khalid.

Beberapa anggota WargaAman akan membeli tose telur daripada gerai berdekatan dan menghantarnya melalui serahan tangan ke rumah Khalid pada pagi Ahad ini, katanya dalam sidang media hari ini.

Rajaretinam berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

Bagaimanapun Pengerusi  WargaAman, A Rajaretinam tidak menolak kemungkinan mereka akan menganjurkan 'Pesta Makanan Monggolia' di Putrajaya pula..

"Mengapa tidak?, jika orang awam menyokong cadangan ini kami akan pertimbangkannya" kata A Rajaretinam.

Bagaimanapun beliau menegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Najib dan Altantuya..

Ha.. ha... ha... satu cadangan yang bijak!!

**************************************

Thosai out, Mongolian food in?
PETALING JAYA:  The much-anticipated Thosai stall in front of the residence of Deputy Inspector- General of Police Khalid Abu Bakar has been called off.

At a press conference here today, WargaAMAN chairman A Rajeretinam said the decision was made out of respect for the views of Bersih 3.0 chairperson S Ambiga.

On a lighter note, he did not rule out the possibility of WargaAMAN organising a Mongolian food festival in Putrajaya.

“Why not? If the public supports this idea, we may consider it,” he told FMT.

Mongolia is a sensitive word in Malaysia since it rekindles memories of Altantuya Shaaribuu, the Mongolian national who was murdered here by two police special action unit personnel.

Certain quarters had implicated Prime Minister Najib Tun Razak in the case but the latter denied any involvement and the authorities had also cleared him.

However, Rajaretinam stressed that the idea had nothing to do with Najib or Altantuya.

24-hour deadline for ‘thosai telur’


As for the cancellation of the thosai carnival, he said several other leaders including former Perak menteri besar Nizar Jamaluddin and DAP stalwart Lim Kit Siang had also advised them against carrying out the event, which the NGO claimed was to promote thosai.

“We held an emergency meeting with our members last night after being informed about Ambiga’s stand on the matter and decided to withdraw the plan,” he told reporters.

However, he said WargaAMAN would present Khalid with the “thosai telur” which he had requested if he still wanted it.

Giving the deputy police chief a 24-hour deadline, Rajaretinam said if Khalid made the request a WargaAMAN delegation would deliver the thosai to his doorstep on Sunday.

“We want to know whether he still wants to taste the thosai telur or cancel it. The ball is in his court,” he added.

Rajeretinam also apologised to the public for calling off the event.

“We received hundreds of calls and thousands of SMS where nearly 5,000 people promised to attend the event,” he said.

Quizzed on the DIG’s suggestion to hold the carnival at a field near his house, Rajeretinam said he would let the public form their own opinions about the former’s remark.

“When, it (the burger protest) happened in front of Ambiga’s house everything is perfect. But now, when it comes to him, he says that his house is not suitable.

“Khalid should work for the people not politicians,” he added.

Speaking to FMT yesterday, Ambiga had requested the NGO to reconsider its plan and urged all Malaysians to respect private spaces.

Kit Siang backs Ambiga


In a related development, DAP stalwart and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang had earlier supported Ambiga’s proposal.

“While Khalid failed in his duties as a public servant when he gave his blessings to the setting up of a burger stall outside Ambiga’s house, a most insensitive and irresponsible act, two wrongs do not make a right,” he said in a statement.

The veteran politician also lauded WargaAMAN for agreeing to reconsider its plan.

“WargaAMAN would be doing the nation a great service if it calls off its thosai plan outside and initiate a virtuous circle to restore decency and civility to politics and public life in Malaysia to be emulated by all Malaysians in politics and public life.

“It would also save the country from becoming a laughing stock in the world,” he added.

The burger protest outside Ambiga’s house was held by traders who claimed to have incurred massive losses during the Bersih 3.0 rally on April 28.

Following this, Khalid said the police did not take action because the individuals involved did not commit any criminal offence.


Free Malaysia Today

Semua patut jadi budak suruhan Umno

Harakahdaily, 19 Mei 2012

(Sokongan penuh....ahli-ahli Majlis Peguam mengangkat tangan sebagai tanda sokongan ke atas usul bantah kekerasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0)i

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk tubuhkan badan baru untuk gantikan Majlis Peguam sebagai tindakan mereka yang sempit pemikirannya dan mahu mengongkong semua organisasi.

Cadangan Datuk Seri Nazri menampakkan lagi bahawa kerajaan UMNO mahu supaya semua pihak menjadi budak suruhan yang mengikut dan mengiyakan segala kehendak mereka.

Demikian kata Ustaz Ridhuan Mohd Nor (gambar), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS.

Beliau mengulas cadangan kerajaan mahu membentuk satu lagi badan yang mengawalselia para peguam di negara ini.

Idea ini datang lagi ekoran keputusan mesyuarat agung Majlis Peguam yang meluluskan resolusi membantah tindakan kasar polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Hanya 16 dari lebih 1200 peguam yang hadir menentang resolusi yang dicadangkan Exco Majlis Peguam itu.

Menurut Ridhuan, DPPM mengingatkan pemimpin BN bahawa bukan semua organisasi atau agensi boleh di perkudakan sesuka hati.

Mereka perlu sedar bahawa ada segelintir organisasi yang mempunyai prinsip yang tegas seperti Majlis Peguam.

"Mungkin juga kerajaan semakin kepanasan dengan kritikan pedas Majlis Peguam sejak akhir-akhir ini terutama dalam perhimpunan bersih 3.0," katanya.

Sepatutnya, kata beliau,  kerajaan menghormati prinsip yang dikeluarkann oleh Majlis Peguam selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagan Malaysia.

Bagi beliau, Majlis Peguam adalah badan profesional yang mewakili profesion guaman dan mereka berhak menyatakan pendirian tanpa berpihak.

"Mereka bebas mengkritik mana-mana pihak sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional," katanya.

Jika Majlis Peguam berpendirian melalui resolusi mengutuk kekerasan melampau pihak polis dalam perhimpunan Bersih 3.0, kerajaan sepatutnya menerima pendirian mereka dan berusaha menyiasatnya secara terperinci.

DPPM, katanya, meminta kerajaan berlapang dada dan berjiwa besar dalam menerima apa juga kritikan yang disampaikan oleh rakyat.

"Bukan semua dasar dan tindakan kerajaan adalah betul, kerana rakyat berkemungkinan memandang sebaliknya," tegas beliau.

Tambahnya, kritikan adalah suatu teguran membina, ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dengan kritikan kerajaan boleh membina kekuatannya sendiri dan dikagumi oleh semua pihak, tambah beliau lagi.

Bapa kafir: Kemarahan merebak ke Pulau Pinang

Mohd Sabri Said, 19 Mei 2012

PULAU PINANG:
Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.

Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.


(Akhbar NST dibakar oleh penunjuk perasaan)

Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.


(Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak)

Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.

Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.

Biadab


(Demo membantah NST di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat semalam)

"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.

"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.

Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.

Akhbar yang menyiarkannya terlebih  bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).

"Mana dia mufti bila bertembung isu itu.  Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.

Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.

Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.

Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS

Salmiyah Harun, 19 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei ini (esok).

Beliau akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang.

Anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.

Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.

Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut Mohd Akmal Kamarudin berkata, penyertaan bekas orang kuat PDRM itu dalam PAS amatlah dialu-alukan.

Malah kehadiran beliau di dalam PAS, katanya sedikit sebanyak memberi suntikan semangat tambah-tambah lagi menjelang PRU-13 nanti.

"Sekali gus menutup persepsi yang dimainkan pemerintah, bahawa PAS dan polis adalah seteru. Ianya meleset sama sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Program Pengisytiharan Perdana itu akan berlangsung pada jam 9.00 malam dan akan dihadiri beberapa  pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara mereka yang akan hadir dan berceramah dalam majlis yang bersejarah itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dan Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty.

"Orang ramai dijemput datang pada program itu, kita dengar sebab apa diai memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Dan mungkin ada cerita menarik yang akan dikongsi bersama nanti," katanya.

7 tahanan ISA henti mogok lapar

Johari Jaafar, 19 Mei 2012
TAIPING, 19 Mei: Hasil perbincangan antara wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan Komandan Kem Tahanan Kamunting dan tahanan yang mengadakan mogok lapar, akhirnya tujuh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menamatkan mogok lapar.

Setelah penjelasan dibuat kepada kesemua tahanan mengenai prosedur kerajaan dalam memansuhkan ISA mereka akur untuk memberhentikan mogok lapar dengan menikmati jamuan tengah hari bersama pihak Suhakam dan Komandan kem berkenaan.

Demikian dijelaskan oleh Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam kepada pemberita dalam sidang medianya di hadapan pintu masuk ke kem tersebut semalam.
(Gambar: Nayagam mengetuai Suhakam meninjau tahanan ISA mogok lapar di Kemta.)

Suhakam melalui Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Kamunting pada 18 Mei setelah menerima aduan mengenai dakwaan mogok lapar oleh tahanan di kem tersebut.

Delegasi Suhakam diketuai James Nayagam bersama-sama beberapa pegawai bertujuan mengadakan perbincangan bersama pegawai Kem tahanan dan berjumpa dengan para tahanan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai mogok lapar tersebut

Menurut beliau kedatangan pihak Suhakam ke Kem Kamunting untuk menyiasat tindakan tahanan kem berkenaanmyang telah mengadakan mogok lapar dan pihaknya telah bertemu dengan tahanan berkenaan dan juga telah mendapat penerangan yang terinci dari komandan kem berkenaan mengenai insiden tersebut.

Tujuh tahanan kem itu telah memulakan mogok lapar bermula 12 Mei lalu, setelah dua hari melancarkan mogok tersebut, tiga daripada menarik diri manakala empat lagi meneruskannya sehingga semalam.

Melalui pertemuan dan perbincangan dengan tahanan tesebut, mereka telah mendapat maklumat ada di antara tahanan itu yang akan dbebaskan dan ada yang tidak dibebaskan, oleh itu mereka tidak puas hati sedangkan ISA telah dihapuskan.

"Mereka tidak ada masalah dengan pengurusan kem mahupun makanan yang disediakan, mereka tidak puas hati dengan akta ISA itu sahaja.
"Kem tahanan Kamunting kini dihuni 45 tahanan, 25 daripada warga asing, 12 akan dibebaskan  akhir tahun ini, 22 lagi tahun depan dan bakinya pada tahun 2014," kata Nayagam.

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti

Muhammad Faeez, 18 Mei 2012

(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

Taja Harakah untuk edaran percuma kempen PRU13

Ahmad Lutfi Othman, 18 Mei 2012
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sahaja dianggap cukup kritikal dan mungkin menyaksikan kempen paling buruk dalam sejarah, tetapi lebih penting ia merupakan satu kesempatan terbaik (malah datang buat pertama kali) buat rakyat melakukan perubahan menyeluruh, atau lebih tepat menukar kerajaan persekutuan.

Kita gagal melakukannya pada 1990; ada yang memberi alasan sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh Hamzah di malam-malam akhir kempen, telah dimanipulasi media sebagai salib Kristian, dan menjauhkan pengundi Melayu daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.

Potensi lebih baik menjelma pada 1999, berlambangkan ikon mata lebam Anwar Ibrahim. Umno diasak teruk, manakala imej Dr Mahathir Mohamad merudum dengan dahsyat sekali, terutama pada kacamata masyarakat Melayu. Malangnya, ia tidak disambut dengan baik oleh pengundi Cina, mungkin difaktorkan siri tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan reformasi di Indonesia yang menggerunkan masyarakat Tionghua.

Pusingan sepuluh (atau lebih tepat sembilan) tahun sekali kembali lagi. Mac 2008; tanpa riuh-rendah, juga tidak sempat dihidu oleh sesiapa (mungkin kecuali Daim Zainuddin), Abdullah Ahmad Badawi dan "budak-budak Tingkat 4 JPM" dimalukan.

Empat negeri tumbang (selain Kelantan) dan majoriti dua pertiga BN di Parlimen  dinafikan. Apa pun, kali pengundi Melayu dikira tidak cukup kuat bersama gelombang  kesedaran bukan Melayu (termasuk masyarakat India yang cukup agresif) untuk "menggulingkan" kerajaan.

Daripada segi usia pemerintahan, sejak merdeka 1987 sehingga 2012, tempoh Umno menerajui takhta kuasa sudah cukup lama. Di negara lain, parti pemerintah bersilih-ganti. Hampir semua parti yang dilihat membawa kemerdekaan kepada sesebuah negara itu tidak lagi berkuasa.

Rekod buruk Umno, terutama dalam amalan rasuah, salahguna kuasa, pembolotan khazanah kekayaan negara dan penyelewengan bertimbun menggunung. Umno juga mengkhianati amanah dan kepercayaan orang Melayu.

Berbekalkan sentimen perkauman yang dimainkan media tali barutnya dan agensi kerajaan, seperti Biro Tata Negara (BTN), sebahagian orang Melayu masih dapat diperdaya. Politik suku-sakat dan kronisme, yang menguntungkan segelintir kecil elit Melayu yang rapat dengan Umno, begitu menjolok mata.

Soalnya, apakah masih ada  lagi halangan untuk menyingkirkan Umno-BN, dalam PRU13 yang kritikal ini?

Selain faktor senarai daftar pemilih yang terlalu kotor, terutama di Selangor, ada pihak menyifatkan hambatan terbesar ialah saluran maklumat berkesan, medium yang mudah dicapai dan murah kosnya.

Peranan media untuk mempengaruhi pengundi semasa pilihan raya sentiasa menjadi perbahasan dan polemik menarik. Satu ketika, Umno-BN memonopoli maklumat dengan menguasai sepenuhnya media tradisi, seperti akhbar, radio dan televisyen. Melalui konsep permit dan dasar pemilikan, ruang untuk rakyat menerima informasi dikawal ketat.

Namun begitu, naluri ingin tahu manusia tidak selamanya boleh disekat. Semakin dikongkong dan ditekan,  keghairahan untuk mendapat maklumat sebenar makin melonjak. Medium yang sukar dikontrol, seperti majlis ceramah, dialog bersemuka, ziarah rumah ke rumah dan penyebaran risalah dan juga kaset menghubungkan rakyat dengan parti-parti pembangkang.

Pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah merumuskan, fenomena langit terbuka, telah melemahkan dengan teruk sekali fungsi media tradisi, khususnya akhbar. Pengamal media baru ini juga berjaya meruntuhkan tembok pemisah dan membentangkan "padang permainan hampir sama rata", yang memungkinkan khalayak mendapat maklumat yang selama ini cuba ditutup rapat.


Kini setiap individu berupaya menjadi seorang wartawan, sekali gus editor dan juga penerbit. Hirarki penerbitan tradisi telah dipecahkan. Seorang blogger, misalnya, mampu menggegarkan negara jika berjaya membuat pendedahan terhadap penyelewengan atau skandal pemimpin, apatah lagi sekiranya disokong fakta bergambar melalui kemudahan Facebook dan Youtube.

Kes "rusuhan" peserta Bersih 3.0 yang digembar-gemburkan media Umno-BN berjaya disanggah dengan cepat melalui penyebaran klip video dalam Youtube yang menggambarkan pihak polis sebenarnya yang menjadi ejen provokator.

Bagaimanapun, sebagai wartawan yang "masih terikat dengan media lama" saya lebih berminat dengan media cetak, seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket, yang sepatutnya dioptimumkan aplikasi politiknya.

Kemajuan teknolgi maklumat yang ditandai dengan laman-laman web, portal berita, blog, FB dan twitter tidak seharusnya menyebabkan aktivis Pakatan Rakyat memandang sepi kepentingan akhbar, apatah lagi umum maklum bahawa sasaran pengundi yang menjadi rebutan parti-parti yang bertanding kali ini ialah masyarakat Melayu di kampung-kampung tradisi dan juga rancangan Felda.

Semasa di Tawau, Sabah,  baru-baru ini, dalam majlis forum politik di sebuah hotel, seorang anak muda aktivis DAP menimbulkan persoalan Kelab Pembaca Harakah. Beliau dan bapa mertuanya merupakan pelanggan tetap Harakah, yang hanya dapat dibelinya selepas melalui 45 minit perjalanan dari rumah mereka.

Lebih menarik, mereka bukan hanya membeli senaskhah lidah rasmi PAS itu untuk dibaca di rumah. Empat lima naskhah lagi akan diletakkan di lokasi yang menjadi tumpuan awam, seperti restoran dan kedai gunting, dengan niat lebih ramai dapat berkongsi maklumat dan pandangan yang dimuatkan dalam Harakah.

"Banyak bahan-bahan menarik dan bermanfaat dalam Harakah, yang bagi saya perlu disebar-luaskan kepada masyarakat," kata aktivis muda beragama Kristian, yang fasih berbahasa Melayu itu.

Beliau mahu ditubuhkan Kelab Pembaca Harakah di Tawau. Walaupun saya sendiri tidakbegitu  arif dengan cadangan kelab tersebut, saya telah memberi komitmen awal dan menjanjikan agar Harakah dapat diinstitusikan dengan lebih menyeluruh lagi, melintasi Laut Cina Selatan.

Malam itu, keletihan saya berjalan jauh segera terubat. Idea untuk menyebar-luaskan pengedaran Harakah sudah lama terbuku dalam fikiran. Saya pernah mengusul agar para dermawan PAS menaja sejumlah naskhah Harakah untuk disumbangkan kepada individu atau institusi tertentu. Mungkin menyamai apa yang dilakukan akhbar lain, misalnya New Straits Times, dalam konteks pengukuhan pembelajaran bahasa Inggeris.

Menjelang PRU13, agar kesempatan rakyat untuk melakukan perubahan menyeluruh tidak berlalu dengan sia-sia, segala usaha dan pendekatan untuk menjadikan pengundi kita bermaklumat mesti digerakkan dengan sistematik.

Bahan bercetak masih dianggap antara medium paling berpengaruh, mudah dicapai dan senang diedarkan. Sudah tentu kualiti persembahan mesti dipertingkatkan, termasuk dengan mutu grafik yang tinggi.

Ya, usah memandang enteng gerakan untuk memikat hati dan perasaan pembaca, sehingga mereka terdorong untuk bersama-sama melakukan perubahan demi menyelamatkan negara dan generasi akan datang.

Lebih penting, media bukannya mukjizat ajaib, jika tidak disertai dengan perancangan yang teliti dan bijaksana. Ketika sasaran ataupun pengundi diasak dengan limpahan maklumat atau propaganda, hanya yang terbaik dapat menjinakkan emosi. Pengguna media kini lebih bijak menilai dan membuat penghakiman.

Di Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, Sabtu lalu, kolumnis dan aktivis budaya, A Shukur Harun mengingatkan peserta agar lebih menumpukan perhatian dan tenaga bagi meningkatkan kewibawaan akhbar alternatif seperti Harakah, daripada sibuk "pening kepala" dengan gelagat akhbar-akhbar Umno, seperti Utusan Malaysia.

"Saya pernah turun ke kawasan-kawasan Felda di Selangor. Bila ditunjukkan Harakah, peneroka Felda di situ berkata mereka tidak pernah tengok Harakah," katanya, sambil meminta aspek pengedaran dan pemasaran bersikap lebih proaktif.

Ya, sudah tiga kali kita terlepas peluang menukar kerajaan persekutuan ... apakah dalam PRU13 juga kita bakal mengulangi kealpaan dan kesilapan sama, terutama dalam konteks berdepan manipulasi media Umno-BN?

Bapa Kafir: Saman terhadap NST minggu depan

Harakahdaily, 18 Mei 2012


(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.

Perjuangan membersihkan PRU Ke-13

Abd Shukur Harun, 17 Mei 2012



Bolehkah PRU Ke-13 akan datang berjalan dengan demokratik dan bersih dari segala penipuan? Ini pertanyaan dari ramai orang, terutama dari rakyat prihatin yang amat tinggi harapan mereka supaya PRU Ke-13 itu benar-benar adil dan bersih.

Namun perkembangan terkini menghantar isyarat bahawa PRU Ke-13 itu jauh dari yang diharapkan.

Tanda-tandanya:

a. Tuntutan Bersih 3.0 tidak mungkin ditunaikan dalam keadaan sekarang, di mana BN berhempas pulas untuk mempertahankan kuasa yang telah dinikmatinya lebih setengah abad.

b. Isu dan tindakan berbau perkauman dan kekerasan semakin bermunculan. Di sana sini ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan kekerasan tanpa kawalan.

c.  Ancaman dan kata-kata perkauman semakin menjadi-jadi, terutamanya di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

d.  Serangan propaganda dan pelbagai bentuk tindakan secara konsisten dihalakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, negeri kaya yang hendak direbut kembali oleh BN ‘dengan apacarapun’.

e. Media tradisional dan rangkaian mereka secara berterusan menaburkan fitnah paling keji dan memburuk-burukkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

f.  Pemberian wang dan pelbagai habuan diberikan kepada rakyat, khususnya rakyat di luar bandar menjelang pilihan raya.

g.  Agensi kerajaan dipergunakan sedemikian rupa untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU ke-13 dengan pelbagai cara.

Kemudian, ibu segala masalah – pengundi yang diragukan, malah pengundi hantu – di mana masalah ini sangat sukar diatasi  hingga menjelang pilihan raya akan datang.

Dalam keadaan yang sedemikian rupa, tidak mungkin atau masih amat jauh lagi impian rakyat untuk menyaksikan pilihan raya bersih dan adil dapat dipenuhi.

Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih  3.0 sudah berlansung dan memang menimbulkan kesan besar, namun tuntutan Bersih masih juga belum ditunaikan boleh jadi hingga berlansung PRU Ke-13 nanti. Ini suatu cabaran yang amat getir dihadapi oleh Pakatan Rakyat.


(Tuntutan melalui perhimpunan Bersih 3.0 tidak diendahkan oleh kerajaan)

Memanglah tidak mudah bagi Umno/BN yang memerintah lebih setengah abad untuk menyerah kalah dan mereka akan mempertahankan kuasa mereka dengan ‘apa cara sekalipun’. Hal ini memang disedari ramai.

Seperti diketahui umum, ibu segala masalah dalam PRU Ke-13 ialah senarai pengundi yang masih kotor dan pelbagai penipuan. Inilah up-hill battle yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, terutama di negeri Selangor yang menjadi tumpuan khusus pengundi diragukan dan pengundi hantu.

Untuk ini kita bersimpati dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS Selangor yang bertanding banyak di kawasan Melayu, justru kawasan itu menjadi sasaran pengundi yang seumpama itu.

PAS Selangor, khususnya jentera pilihan rayanya yang dipimpin oleh Cikgu Jaafar dan pasukannya telah berhempas pulas untuk mengatasi masalah ini. Usaha mereka ini begitu cemerlang.

Sementara itu, Bersih 2.0 telah melancarkan kempen menentang penipuan dalam pilihan raya sebagai sambungan daripada siri perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah. Bersih 2.0 menjemput setiap rakyat Malaysia mengambil bahagian sebagai pemantau untuk pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Pertubuhan badan bukan kerajaan yang dianggotai 84 NGO itu turut melahirkan kekecewaan kerana perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu masih lagi tidak mendapatkan reaksi positif kerajaan untuk menghapuskan penipuan undi.

“Bersih 2.0 dengan kerjasama Tindak Malaysia dan Jom Pantau akan melatih sukarelawan yang akan memantau pilihan raya umum ke-13 kali ini bagi mengurangkan risiko penipuan dalam pilihan raya.

Mereka bertindak sebagai pemantau, pemerhati, pegawai pilihan raya, pengira undi dan agen untuk pengundi pos,” kata Pngerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said kepada pemberita ketika sidang media di sini baru-baru ini.

Tindak Malaysia, katanya, telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi, dan ejen Barung (PACABA).
Menurutnya, kempen ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya kepada 400 individu setiap minggu bagi mendapatkan sejumlah 180,000 ejen pilihan raya.

“Sukarelawan PACABA adalah yang paling penting kerana mereka adalah barisan hadapan yang akan mencium bau penipuan dan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan dan mematuhi peraturan pilihan raya,” tambah Sasterawan Negara itu.

Kempen yang dikenali dengan nama 'Jom Pantau” itu diketuai oleh KOMAS, satu badan yang bekerjasama dengan Malaysian Observer Network (MEO-Net) dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Latihan kepada sukarelawan tersebut akan dijalankan oleh Tindak Malaysia.

Jawatankuasa Pemandu Bersih turut melancarkankan laman web bagi memudahkan orang ramai membuat aduan terhadap sebarang bentuk penipuan sewaktu pilihan raya kepada Bersih.

Laman web yang dikenali itu membolehkan orang ramai membuat aduan melalui mesej teks, emel, twitter, panggilan telefon, atau mengisi borang aduan yang disediakan di laman web tersebut.

Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan khidmat peta bagi membolehkan pengadu menandakan dengan tepat lokasi di mana penipuan tersebut berlaku.

Usaha ini sewajarnya mendapat sokongan semua pihak, khususnya dari Pakatan Rakyat. Ini kerana matlamatnya sama untuk mendapatlkan pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil.

Namun seperti saya katakana perjuangan ini sangat getir, memerlukan kesabaran, keyakinan dan strategi yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan