Khamis, 31 Mei 2012

BILA KEBURUKAN DAN KEJAHATAN KITA TIDAK LAGI BOLEH DITUTUP....MUNGKIN HUKUMAN ALLAH SUDAH TIBA MASA...KESALAHAN TIADA TANDA2 UNTUK BERUBAH.....SEDARLAH KITA MAKHLUK...LEBIH DAHSYAT JIKA MAKHLUK YANG DERHAKA PADA ALLAH SWT

Naib Ketua Umno Hulu Selangor keluar parti

Salmiyah Harun, 31 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya.

Penyenaraian FGVH: Siapa dia Bunge Limited

Dr. Rosli Yaakop, 31 Mei 2012
Siapakah Rakan Kongsi Strategik FGVHB?
Dalam satu siaran akhbar bertarikh 12 Disember 2011 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, diumumkan bahawa syarikat Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge Limited (BL) yang menguasai operasi syarikat Bunge Limited bagi Amerika Utara telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan TRT ETGO di Kanada.
Syarikat usahasama itu dinamakan Bunge ETGO L.P. yang akan menyatukan aktiviti komersial kedua-dua syarikat berkaitan operasi penglumatan (crushing) dan penafisan (refining) di Kanada, iaitu, kilang milik Bunge Limited di Hamilton, Ontario dan TRT-ETGO di Becancour di Quebec.  Kilang ini boleh digunakan untuk melumatkan biji canola atau kacang soya.
Kombinasi kedua-dua kilang ini menghasilkan kapasiti penglumatan sebanyak 2 juta ton se tahun. Tidak diumumkan struktur pemilikan saham di dalam syarikat usahasama yang baru ditubuhkan itu. Juga, terma-terma kewangan berkaitan dengan penubuhan syarikat usaha berkenaan masih dirahsiakan.
Oleh kerana FGVHB telah pun memulakan usaha sama di Amerika Utara, maka bolehlah dianggap bahawa yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti ialah Syarikat Bunge Limited ini yang bakal diberi milikan saham sebesar 20% di dalam syarikat tersenarai FGVHB. Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011.
Siapakah Dia Bunge Limited (BL) Ini?
Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.
BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2  di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.
BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.
BL ini adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli.” Ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat “food cartel” dunia. Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. Apabila ianya kelak menjadi “rakan kongsi strategik” kepada FGVHB, maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia.
Dari segi sejarahnya, BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 di asaskan oleh keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Selepas satu abad menguasai perdagangan yang amat lucrative ini, pada tahun 1850, Charles Bunge memindahkan perniagaan keluarga ini ke Antwerp, Belgium.
Di sini, dua anak lelaki beliau menubuhkan syarikat perkapalan yang menguasai pelayaran komersial di Lautan Atlantik. Edouard Bunge menetap di Antwerp sementara Ernest Bunge  berpindah ke Argentina pada tahun 1876.  Bersama abang iparnya, George Born, beliau menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1897, seorang pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch menjadi rakan kongsi mereka. Pada tahun 1927, Hirsch menjadi presiden syarikat Bunge and Born dan kekal selama 30 tahun.
Hirsch dan lain-lain ahli keluarga Bunge and Born melaksanakan strategi “menguasai dan memonopoli” dengan cara menyalahi etika perniagaan termasuk melalui korupsi dan konspirasi. Di Argentina, mereka berjaya membolot estancias - tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains. Mereka berjaya menguasai ekonomi Argentina. Parahnya penguasaan syarikat Bunge and Born ke atas ekonomi Argentiana terdedah pada tahun 1974 apabila kumpulan Pemberontak Argentina (Montoneros Terrorists) berjaya mencolek Jorge Born dan Juan Born. Dari mereka diketahui bukan sahaja syarikat Bunge and Born ini menguasai dan memonopoli sektor pertanian Argentina tetapi syarikat-syarikat milik Bunge and Born menguasai 40% pengeluaran cat (paint), 67% pengeluaran bekas tin (can), 20% pengeluaran tektil dan senarainya terlalu panjang untuk diturun semuanya di sini.
Bila Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946, beliau cuba untuk mengurangkan dominasi Bunge and Born ke atas ekonomi Argentina, khasnya di sektor pertanian yang mengakibatkan petani-petani hidup dalam keadaan tertindas dan melarat. Beliau telah cuba mengurangkan dominasi dan kuasa grain cartel (yang dikuasai oleh Bunge and Born dan beberapa buah lagi syarikat lain) dengan kerajaan sendiri, melalui penubuhan “Institute for the Promotion of Trade (IAPI),” membeli gandum terus dari petani dan mengeksportnya. Mendapati kuasa mereka mula terhakis, ahli-ahli “grain cartel” lalu mengatur konspirasi menjatuhkan kerajaan Peron.
Dalam tahun 1955, Peron dijatuhkan dan IAPI yang beliau tubuhkan ditutup. Juan Peron kembali berkuasa pada tahun 1973 lalu menubuhkan National Grain Board untuk membebaskan petani gandum dari penindasan oleh “grain cartel.” Sekali lagi Peron mendapat tentangan kuat dari syarikat-syarikat “grain cartel.” Bila Juan Peron meninggal dunia pada tahun 1974, isteri beliau, Evita Peron mengantikan beliau dan meneruskan perperangan ke atas grain cartel. Beliau kemudian digulingkan (1976) dan NGB dibubarkan dan syarikat-syarikat cartel kembali menguasai pengeksportan gandum dan daging  Argentina. Petani-petani Argentina sehingga kini terus hidup tertindas.
Parahnya dominasi syarikat Bunge dan Born ke atas Argentina terbukti apabila dua orang eksekutifnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kerajaan Carlos Menim dengan memegang jawatan Menteri Ekonomi, iaitu, mula-mula Mor Roig diikuti Nestor Rapanelli.
Bagi rakyat Argentina, “nasi telah menjadi bubur.”  Dominasi Bangsa Yahudi di dalam kehidupan mereka sudah parah, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi Argentina tetapi juga politik dan kerajaan Argentina.
Persoalannya: Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan jenarasi mereka yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan yang matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? Mahukah dan bersediakan peneroka Felda untuk berkongsi tanah dna kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?
*Penulis adalah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara merangkap Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Mengisi harapan Himpunan Hijau

Abdul Shukur Harun | shuukurharun@yahoo.com, 31 Mei 2012
Jumaat ini, seawal lapan pagi, bandar Alor Star akan dilimpahi warna hijau  - warna yang diasosiasikan dengan alam tumbuh tumbuhan kurnia Allah s.w.t  – sesuai dengan gelaran Negeri Kedah Darul Aman, negeri jelapang padi yang diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat sejak 2008.


Limpahan warna hijau ini ialah berikutan Himpunan Hijau Ke Puterajaya, sebuah himpunan PAS yang dijangka dihadiri oleh kira-kira seratus ribu ahli dan penyokong PAS seluruh negara yang diarahkan supaya datang memakai baju warna hijau.

Saya kira ini bukan sebuah pesta untuk hanya berkumpul dan berseronok-seronok sementara menunggu kedatang PRU Ke-13, bukan juga untuk menunjuk kekuatan. Tetapi sebuah himpunan yang penting untuk menerima arahan pimpinan akan apa yang wajib dilakukan, terutama di segi persiapan menghadapi sebuah pilihan raya akan datang yang tidak dapat dibayangkan bagaimana bentuk suasananya, sama ada sebuah pilihan raya yang benar-benar bersih, demokratik atau bagaimana.

Pendukung PAS tentunya sudah cukup bersedia untuk menghadapi suasana yang sukar diramalkan itu. Maka Himpunan Hijau Ke Puterajaya Jumaat ini adalah himpunan yang amat penting, menggantikan Muktamar Tahunan PAS yang ditangguhkan beberapa bulan lagi.

Amanat Khas Presiden yang menjadi panduan gerak kerja parti akan disampaikan, secara tertutup jam 9.30 pagi, di depan para pemimpin peringkat Pusat, Negeri dan pimpinan kanan kawasan.

Presiden dijangka bukan saja akan menyampaikan arahan kepada anggota parti mengenai persiapan menghadapi PRU Ke-13, tetapi juga akan menyentuh situasi politik tanah air dan luar negara.

Baru-baru ini Presiden telah menghuraikan mengapa PAS menyokong Himpunan Bersih, sebuah Himpunan penting, yang mencetuskan phenomena baru dalam politik tanah air, di mana lanskap politik telah berubah sama sekali sejak peristiwa itu.

Penjelasan Presiden PAS ini menjadi garis panduan penting untuk pendukung PAS berhujah dalam menangkis fitnah dan tuduhan dari musuh PAS dan mereka yang keliru sekitar persoalan mengapa PAS menyokong Bersih. Beliau menyimpulkan, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Acara sebelah petang Himpunan Hijau itu ialah Kuliah Asar oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan sketsa Belantan Pusaka Durjana. Menakala solat Maghrib dan Isya’ berjamaah serta solat hajat dan munajat.

Selepas itu disusuli program selanjurnya, ucapan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abd Razak, ucapan tokoh yang menyertai PAS serta ucapan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu. Kemudian Perisytiharan Derma Jihad, persembahan puisi Sasterawan Negara A. Samad Said, Ikrar dan Bai’ah Perjuangan diketuai oleh Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali.

Disusuli oleh ucapan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS dan Amanat serta doa oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz bin Nik Mat.

Selesai Himpunan Hijau itu, pendukung PAS akan pulang ke negeri masing-masing dan di sana menanti tugas dan cabaran getir untuk dihadapi dalam menghadapi PRU Ke-13.

Cabaran paling penting ialah menghadapi masalah senarai pengundi yang masih kotor, iaitu antara yang terpenting dalam lapan tuntutan Bersih. Masalah ini mesti diselesaikan segera oleh SPR. Ini tanggungjawabnya yang utama jika mahu dianggap sebagai badan bebas.

Himpunan Hijau Ke Puterajaya  ini adalah sebuah harapan, namun yang jauh lebih penting ialah pengisian harapan itu. Pada pendapat saya pendukung PAS sangat sedar akan perjuangan untuk memenuhi harapan ini.

Ia mesti dibuktikan bahawa harapan itu mampu direalisasikan, justru pemegang kuasa Putrajaya bukan sebuah kuasa mutlak yang sifatnya kekal abad, tetapi ia boleh bertukar ganti dalam pilihan raya yang bersih dan adil.

Yang memilik kuasa mutlak dan abadi hanyalah Allah s.w.t.

Oleh itu pendukung PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi tugas yang sangat berat dan mencabar untuk mengambil alih kuasa yang ada dalam tangan Umno/BN melalui pilihan raya bersih dan adil. Memang bukan mudah untuk menjayakan tugas ini justru Umno/BN sudah berkuasa selama lebih setengah abad. Namun tidak mustahil ia boleh dilakukan.

Saya percaya, dengan pengalaman PAS yang panjang dalam arena politik dan gerakan Islam, istiqamah dan pengrbanan tinggi yang telah dtunjukkan oleh pendukungnya selama ini, cita-cita itu, dengan izin Allah s.w.t. boleh direalisasikan.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah wahana perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Semoga doa dan munajat pendukung PAS itu akan diterima Allah s.w.t. dengan penuh redha-Nya.

Mapim: Najib layak digelar bapa liberal Malaysia

Harakahdaily, 31 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

"Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri  menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.

"Jika ada pihak yang mengangkat isu wujudnya gerakan liberal di negara ini, maka kami berpendapat Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia," kata setiausahanya Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq  yang disahkan oleh perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut.

Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana Menteri dan Menteri yang berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.

"Asalkan dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah lama diguna oleh pihak kerajaan.

"Di satu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang  akan menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.

"Mapim tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak senonoh," katanya.

Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.

PAS hulur sumbangan 9 pelajar ditarik biasiswa

Harakahdaily, 31 Mei 2012
MESIR: Dalam kunjungan singkat sempena menjadi pemerhati Pilihanraya Presiden Mesir minggu ini, Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad sekali lagi telah berkesempatan bertemu sembilan pelajar Terengganu yang ditarik biasiswa mereka.

Bisiswa Yayasan Terengganu mereka sebelum ini ditarik oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ekoran terlibat dalam himpunan Bersih 2.0 di Kota Kairo pada awal tahun lepas.

Dalam majlis ringkas bagi meraikan kesembilan pelajar tersebut di sebuah restoran di tengah-tengah kota Kairo, Syed Azman turut menyampaikan sedikit bantuan kepada pelajar-pelajar yang teranaiya itu bagi pihak seluruh kepimpinan PAS Pusat.

"Bagi pihak PAS Kita melahirkan rasa simpati kita kepada semua pelajar yang terlibat.

"Kita melihat tindakan zalim ini lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memastkan nasib mereka terbela jika Terengganu berjaya mentadbir kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau juga menyeru agar pelajar-pelajar yang di tarik biasiswa ini terus bersabar menghadapi ujian besar ini serta terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran mereka di Mesir.

Tekanan dan bantahan terhadap kerajaan Terengganu katanya akan terus dilakukan bagi mengembalikan hak pelajar terbabit.

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Harakahdaily, 31 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan