Isnin, 21 Mei 2012

BILA KEBANGKITAN ISLAM TIDAK DAPAT DISEKAT...BILA ALLAH NAK MEMBERI PERTOLONGAN..BILA ALLAH NAK MENGHUKUM ORANG YANG BERSALAH...AKUI LAH KITA TIADA KEKEBALAN UNTUK LARI DARI HUKUMAN ALLAH SWT

Rahim Noor Patut DiDakwa Akta Hasutan Kerana Menghasut
Posted on Sunday, May 20 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: psyco

"Siapa yang tak kenal Rahim Noor bekas IGP Malaysia yang mencipta sejarah dunia kerana secara pengecut menumbuk tahanan dalam keadaan berikat dan mata di tutup. Zaman Rahim Noor dan Musa Hassan adalah contoh bekas IGP yang memalukan PDRM itu sendiri. Apa yang menimbulkan phobia buang tebiat Rahim dengan menimbulkan provokasi terhadap BERSIH 3.0 ?

Rahim antara manusia yang paling meroyan jika pentadbiran negara di ambilalih oleh PR pada PRU13 nanti. beliau sedar manusia yang beliau tumbuk semasa dalam tahanan masih lagi hidup dan bakal PM Malaysia jika Rahim masih lagi bernyawa. Rahim pernah mengeluarkan kenyataan provokasi berkaitan BERSIH 3.0 beberapa minggu lepas tetapi tidak di sambung oleh UMNO dan PERKASA selaku orang kuat.

Semalam sekali lagi manusia pengecut  ini mengeluarkan satu lagi kenyataan yang berbaur hasutan dan membuka ruang  KDN dan PDRM  dan di dalangi  UMNO untuk bertindak lebih agresif terhadap BERSIH 3.0. Rahim dan didalangi PERKASA ,PEKIDA dan beberapa NGO lain dikenalpasti untuk membuat provokasi dengan kenyataan sensitif dan membuat aksi luar batasan yang cuba  mencabar PR untuk membalas setiap perkara buang tebiat UMNO dan gerombolan menjelang PRU13 nanti.
Rahim sedar PERKASA , PEKIDA dan NGO haram yang lain mempunyai ''kabel kuat'' di PDRM seperti yang semua maklum untuk menghalalkan perbuatan tunjuk pungung dan haramjadah mereka.
Kenyataan Rahim berkaitan ''pertumpahan darah''  Bekas IGP: Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April  cuba mendapat reaksi balas dari pihak PR untuk bertindak dan beliau cuba menyemarak kan api kemarahan rakyat Malaysia sebelum PRU13 . Apa motif jahat yang tersurat dan tersirat provokasi jahat Rahim yang terbaru ini ? Jika pemimpin PR yang mengeluarkan kenyetaan sedemikian sudah pasti malam semalam mereka sudah merengkok dalam lokap. Beranikah PDRM menyiasat dengan adil kenyataan seperti ini dan bekas banduan ini di humban penjara  ? Jangan mimpilah.
Ingin melihat sejarah Rahim Noor semasa beliau masih hidup.? pastikan Talkin untuk UMNO pada PRU13 nanti 




Bekas IGP: Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April
Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa Pakatan Rakyat akan menggunakan "pertumpahan darah" semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu kerana tidak berkeyakinan akan menawan Putrajaya.

Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu hari ini, Abdul Rahim berkata panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 perlu meneliti perkara itu.

"Saya ada terima maklumat berbaur hasutan kononnya pembangkang tidak yakin menawan Putrajaya dan memilih pendekatan pertumpahan darah.

"Kenyataan seperti itu harus dipantau, dicegah segera. Jika betul ada ucapan seperti itu, panel perlu kaji segenap aspek itu," katanya.

Tambahnya, panel berkenaan juga perlu menyiasat gabungan NGO dalam BERSIH yang kini berubah menjadi gerakan massa – yang berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.

"Kita lihat aspek perancangannya yang rapi, sulit dan pembabitan beberapa individu di sebaliknya yang mempunyai rekod tertentu.

"Gerakan pada 28 April adalah ala-Marxist," katanya lagi yang turut mendakwa beberapa personaliti lain yang terlibat dalam BERSIH mempunyai matlamat politik tertentu.  

Istiazah: Berlindung Dgn Allah Drpd Syaitan Yg Direjam
Posted on Sunday, May 20 @ 06:12:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ustaznik

"Diriwayatkan bahawa Muhammad bin Wasi’ membaca doa di bawah setiap pagi selepas solat Subuh:

doa berlindung dari syaitan

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berpuasa asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.”



Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: “Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?” Muhammad menjawab: “Siapa engkau?” Jawab Iblis: “Aku Iblis” Muhamad bertanya: “Apa yang kamu mahu?” Jawab Iblis: “Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.” muhammad bin Wasi’ menjawab: “Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.”
(petikan dari Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan ms 91-92)
Saya kuliahkan tajuk ini dalam huraian surah al-Fatihah

Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W
Posted on Sunday, May 20 @ 00:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: osmantikos

"Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa“, Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “ dan Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh,


kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah. Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..
Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.
Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Datuk Fauzi Yang Saya Kenali
Posted on Saturday, May 19 @ 11:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: omar

"Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.



Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.

Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan.

Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.

Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.

Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya.

Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.

Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.

Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Nukilan Jamaluddin Rahman (JR – Pasti Jihad)

LINK "
 

Hishamuddin Hussein Akui Ada Polis Menyamar Sebagai Peserta BERSIH


Menteri Dalam Negeri Harus Perjelas Peranan Anggota Polis Menyamar Dalam Peserta BERSIH.

Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa.

Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan.

Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim bertindak memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai.

Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga.

Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan.

Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim.

Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai.

SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan memperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0.

SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil.

DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (23 Mei) dan sudah mula boleh didapati di pasaran.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Seks, rasuah, VIP dan politik

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Nafsu pada apa pun semula jadi. Kecenderungan belajarnya tidak padam-padam, kemahuan seksnya tidak berkurangan walaupun umurnya sudah lanjut - dia suka berseronok-seronok dengan girlfriendsnya.

Wanita itu amat suka membangkitkan semangat keinginan lelaki padanya sungguhpun mengikut syarak dan adat, dia tidak patut dan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan perasaan iblis langsung mendorongkan lelaki dan dia pada kemaksiatan dan kejahatan.


Selagi lelaki dan wanita mempunyai nafsu selama itulah mereka akan menghadapi nafsu-nafsi - baik nafsu Radhiah (nafsu yang diredai ALLAH SWT) atau sebaliknya. Saya cuba, walaupun susah, agar saya dianugerahi nafsu mulhamah - nafsu yang diberi ilham oleh Tuhan yang penuh kebaikan dan kemuliaan seperti takwa, sabar, rendah diri, peramah, murah hati.

Apabila Presiden Barack Obama tiba untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara Amerika di Cartagena (sebutan Kartahena), Columbia April lalu dia menghadapi skandal seks kerana 11 pegawai Secret Servicenya iaitu pengawal yang menjaga keselamatan dan reputasi Presiden Amerika kononnya telah terlibat dalam satu skandal dengan “orang bujang” atau pelacur di bandar yang menarik dan permai itu.

Saya pernah di Cartagena awal tahun 20an. Kalau ada kesempatan ke sana, pergilah anda tidak akan kecewa tetapi berwaspada. Apa yang berlaku pada pegawai Secret Service AS itu tidak memeranjatkan saya langsung. Itu perkara biasa. Apa yang luar biasa kerenah dan aktiviti mereka di luar tugas terdedah!

Lazimnya mereka yang mengiringi presiden, raja pemerintah, perdana menteri hatta menteri pun dalam lawatan ke luar negara, adakala dalam lawatan dalam negeri pun, pegawai-pegawai keselamatan dan bukan keselamatan juga VVIP selalunya mengambil peluang untuk menghibur diri masing-masing seperti juga shopping.

Kesalahan besar kerana “ekspedisi hiburan” mereka terbongkar. Rahsianya: Bayarlah “perkhidmatan itu” seperti yang dijanjikan dan berilah tip yang banyak kalau puas dengan servis yang diberikan atau sebagai reinsurans agar “ekspedisi” itu tinggal tertutup.

Kebocoran berlaku kerana seorang daripada pelacur itu telah mengadu bahawa dia tidak dibayar upah sewajarnya seperti yang dijanjikan. Skandal yang memalukan Amerika ini menyebabkan hampir 20 pegawai dari Secret Service dan US Military telah digantung kerja atau tegas Speaking, “were suspended”.

Peristiwa yang mencemarkan nama baik Obama, Amerika Syarikat dan juga Secret Service AS dan US Military mendedahkan risiko keselamatan, reputasi presiden dan Rumah Putih.

Pendekkan cerita, kalau iman lemah, senang tergoda janganlah melancong ke Latin Amerika, Thailand, Bali, Jakarta dan banyak lagi destinasi seperti London, Paris tanpa isteri! Pelacur dan GROs di Latin Amerika disifatkan oleh ramai sebagai mangga yang sedang masak - segar, harum, manis dan menarik sekurang-kurangnya pada pandangan lahiriah. Di negara tersebut, Columbia, “orang bujang” bereputasi sebagai penghibur terbaik.

Di negara kita, seks, biseksual, homoseksual dan adultery iaitu zina dengan orang bujang, dan isteri orang, sesama sejenis atau “boleh belaka” berlaku. Dari masa ke masa perkara ini dijadikan isu politik dan kempen pilihan raya. Hasil politik setakat ini tidak begitu terang.

Orang Malaysia terutamanya pengundi bukan Peribumi dan bukan Islam tidak kisah sangat tentang seks. Bagi mereka seks apa jenis pun perkara peribadi. Mereka lebih cenderung kepada menegakkan hak asasi manusia, kebebasan dan ketelusan; kerajaan yang baik dan adil.

Prihatin dan tidak rasuah. Mencari hiburan halal atau tidak halal adalah pada amnya hak mutlak mereka dan individu asalkan tidak didapati melanggar undang-undang dan mencetuskan huru-hara, civil atau domestik. Kata seorang kenalan, “Dosa besar adalah diketahui orang kita mempunyai hubungan luar nikah, lebih besar lagi kalau ditangkap isteri/suami.”

Ramai menyatakan: “Gadis dan perempuan Kelantan lawa, molek, menawan, seksi dan penggoda.” Ambo tak tahu kerana isteri ambo orang Kedah. Sebelum pemerintahan Pas, Kota Bharu adalah sebuah bandar yang terkenal sebagai bandar hiburan.

Apa pun sekarang ramai GROs (pelayan) di pusat hiburan yang terkenal dan tidak eksklusif di Kuala Lumpur dan pusat bandar besar yang lain banyak datang dari Kelantan. Saya seorang Kelantan jati - keluar Kelantan semenjak 1948 - tetapi adalah tidak benar semua wanita Kelantan begitu. Namun tegas Speaking: “It’s kind of accurate”. Apa pun itulah legenda dan imej wanita Kelantan!

Walaupun Kelantan sebuah negeri yang lebih tebal kemelayuan dan keislamannya ia tidak mempunyai monopoli kemakrufan. Juga monopoli kemungkaran. Kemungkaran berlaku di Kelantan; secara terang (sedikit) dan secara sembunyi di bawah tanah dengan dibantu pula oleh komunikasi canggih lumrah.

Legendanya Kelantan tiada wanita yang tak molek hanya ada wanita miskin sahaja. Ekonomi runcit Melayu Kelantan hebat, kebanyakan dikendalikan oleh wanita, kedai emas dan intan banyak. Pasar Siti Khadijah satu tarikan istimewa berbanding dengan pasar lain di seluruh negara; orang Melayu Kelantan adalah bagai orang Cina dalam mengejar rezeki, pendidikan dan berhijrah.

Pelancong dan media membantu menghidupkan legenda ini. Kelantan sebuah negeri mundur tapi ramai anak jati mereka berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan yang mereka terokai. Selain demikian, orang lupa bahawa Pas telah memerintah Kelantan lebih 43 tahun sejak kita merdeka 1957. Kenapa?

Orang Kelantan majoritinya seperti Cina menjunjung kebebasan, menghargai berkeperibadian sendiri dan suka berdikari. Kenapa Umno Kelantan tumpul dan terus tumpul? Pemimpin Umno (bukan parti itu) dianggap sebagai proksi Kuala Lumpur yang mahu melemahkan identiti, keperibadian, kemelayuan dan keislaman mereka.

Juga kerana pendekatan dan lifestyle majoriti pemimpin Umno yang tidak selesa dan sesuai dengan karakter sejati orang Kelantan. Kelantan telah melahirkan Tok Janggut, Tok Kenali, Kadir Adabi, pejuang kemerdekaan Nik Ahmad Kamil - rakan seperjuangan Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang.

Politikus - ulama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Asri Muda, Ku Li. Tiada ramai nama besar lagi yang dikenali umum tetapi banyak mereka yang berpengaruh dan berkuasa di belakang tabir semenjak kemerdekaan hingga ke hari ini.

Kenapa kita harus gusar atau segan ketika berbicara tentang prostitution? Kan prostitution is the oldest profession in the world - kerjaya tertua di alam? Apa pun kata orang “boys will be boys” di mana pun. Banyak negara ‘menghalalkan’, diwujudkan kawasan tertentu untuk orang berzina - secara haram pada agama kita ok kepada orang lain. Di Singapura di Geylang, di Eropah banyak kawasan seperti Geylang. Ramai orang ada gundik.

Ramai politikus, pegawai perkhidmatan awam dan orang korporat mempunyai kendak. Kenapa pula hanya pelacuran sahaja menjadi target kecaman, adakah mereka kerana cantik tetapi miskin?

Janganlah kita panjangkan stereotaip wanita Kelantan, Siam atau Jawa. Sama-sama kita menyanjung, menghormati dan lebih sensitif apabila berbicara tentang wanita apa keturunan pun; lebih berpada, lebih kelihatan bagus, mulia dan memberi women’s bodies, martabat dan darjat sewajarnya.

Wan Azizah Di Mata Perempuan Jahat

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar tidak bersubahat di dalam perkara mungkar.

Beliau juga menegaskan akan mendedahkan siapa Wan Azizah yang sebenar di sebaliknya imejnya sebagai seorang wanita yang alim selepas ini.

"Kita akan bongkar siapa Wan Azizah... siap bersama Azmin Ali jumpa Rupert Murdoch. Imej sahaja Islam, tetapi minta derma RM50 juta daripada Yahudi untuk jatuhkan kerajaan Islam di Malaysia," katanya semasa berceramah di Kampung Paya, Batu Kurau, malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.


 Ostad Azhar Idrus...
Posted on Sunday, May 20 @ 01:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: paklongdin

"
Salam semua...
Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...

Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...
Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...
Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...
Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...
Parking yang penuh sesak...
Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...
Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/


Perlu diakui, fenomena atau suasana ini tidak pernah berlaku ketika Pulau Pinang dikuasai oleh GERAKAN yang memperkudakan UMNO.. Solaat jemaah Maghrib dan Isyak di Padang Kota Lama.

Apa yang sering Kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai oleh GERAKAN dengan memperkudakan UMNO anjurkan disini hanyalah konsert-konsert yang menjadikan ummat Islam leka dan lalai terhadap tanggungjawab agama.


Di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang Ketua Menterinya dari DAP yang dikatakan anti Islam oleh kebanyakkan pencacai UMNO, solat jemaah Maghrib dan Isyak di Padang Kota Lama semalam 19 Mei.


Solat berjemaah tersebut telah diadakan dalam satu Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, ‘Wacana Santai bersama Ustaz Azhar Idrus’ di padang Kota Lama.

Program ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Pulau Pinang samada dari bahagian Pulau mahupun bahagian Seberang Perai untuk hadir.


Paling menarik.. jika selama ini kebanyakkan anak-anak muda yang berugama Islam dikatakan semakin menjauhkan diri dari program yang berbentu keagamaan, ianya juga terbukti salah kerana ramai anak-anak muda yang hadir dalam program ini..


Selain Ustaz Azhar Idris turut hadir ialah Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Ali XPDC, program dianjurkan sempena Pameran Pengguna Negeri Pulau Pinang 2012..

Dalam Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri ini, Padang Kota bertukar warna dari kehijauan kepada keputihan, tahniah kepada pihak penganjur.

Biar foto pula berbicara… lihatlah..

Lagi gambar-gambar dan laporan lengkap sila lihat di SINI

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan