92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU
Satu
kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan
BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih
dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.
Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.
Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.
Anti-BERSIH tawar motor Modenas pula
Kumpulan
anti-BERSIH menjanjikan lebih banyak hadiah untuk pengguna Internet
yang menggemari laman mereka dengan menekan butang "like" dengan
menawarkan tambahan lima motosikal Modenas.Kumpulan itu yang mengunapakai nama "BERSIH 4.0" membuat tawaran baru itu setelah terdapat peniaga di Kuala Lumpur menyertai kempen itu.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di ibu negara, penganjur Jamal Ab Yunus percaya lebih ramai peniaga akan tampil menawarkan barangan mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Katanya, tindakan peniaga itu bagi menunjukkan persaudaraan dengan kumpulan yang mengecam perhimpunan besar BERSIH pada 28 April lalu yang didakwa menjejaskan perniagaan.
Sebelum ini, Jamal yang juga peniaga kereta mewah menawarkan Lamborghini dan BMW 530 yang kedua-duanya bernilai RM1.5 juta.
Tinjauan: 49% tak percaya proses p'raya
Tinjauan
yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum perhimpunan BERSIH pada
penghujung April mendapati hampir separuh daripada responden tiada
kepercayaan dalam proses pilihan raya semasa.Menurut tinjauan Merdeka Centre pada 14 hingga 26 April, sebanyak 49 peratus tidak percaya proses itu bebas daripada ketidakaturan.
Daripada 1,019 orang responden, hanya 20 peratus "sangat yakin" bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai.
Dari segi pecahan kaum pula, sebanyak 68 peratus responden berbangsa Cina tidak percaya pada proses itu berbanding 19 peratus orang Melayu berpendirian sama.
Masyarakat Melayu kelihatan lebih optimis dengan 57 peratus masih percaya berbanding 39 peratus lagi sebaliknya. Golongan India pula mencatatkan separuh tidak yakin.
Dr M: Demo ganas akan ekori kekalahan Pakatan
Dr
Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya
umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa
henti untuk menolak keputusan itu.Selepas itu, dakwa bekas perdana menteri Tun berkata, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.
"Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.
"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara ini akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara.
Ini katanya termasuk mogok pelbagai tempat anjuran pembangkang.
"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
"Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo.
"Malaysia akan dicap sebagai police state (negara polis)," dakwanya.
Dr Mahathir (kanan) juga berkata, berdasarkan sejarah Malaysia, pembangkang tentu kurang yakin untuk mendirikan kerajaan Pusat dan cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka.
"Melihat penggulingan kerajaan di negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka," dakwa Mahathir lagi.
Berdialog dengan apa yang LGBT percaya
ULASAN
Dunia ini benar-benar berubah. Jika seseorang yang hidup di kurun-kurun
yang lepas kemudian dibangkitkan semula, tentu dia kehairanan melihat
dunia ini. Ia benar-benar berubah. Bukan sahaja kecanggihan teknologinya, tetapi juga nilai dan budaya yang dipegang oleh manusia pada zaman ini. Globalisasi. Satu kalimah yang memberikan pelbagai kesan dan makna.
Dunia tanpa sempadan yang gagal untuk dikawal oleh mana-mana kuasa pun. Kita sudah menjadi seperti sebuah kampung yang kecil. Segala yang berlaku di setiap ‘ceruk' diketahui oleh penduduknya dan menjaga ‘buah mulut' setiap orang.
Bahkan, kita lebih sempit dari kampung. Teknologi yang mewujudkan jaringan sosial manusia telah menjadikan setiap berita tersebar jauh lebih pantas dari sebuah kampung.
Tambahan
lagi, bukan sekadar cerita yang dibawa, tetapi peristiwa yang dirakam.
Maka budaya dan nilai kehidupan manusia berubah.
Suasana baru berlaku dan ia menentukan banyak gaya fikir dan pendekatan kita.

Pendekatan yang difahami
Saya menjadi ahli Oxford Union. Satu badan yang amat bersejarah di Oxford. Setiap minggu mereka ada debat yang membabitkan isu-isu yang menarik. Tokoh-tokoh dipanggil dan isu-isu tertentu dicadang dan didebatkan.
Pasukan pencadang dan pembangkang dibentuk. Kemudian undian dijalankan. Minggu lepas tajuk: "This house would recognise prostitution as a legitimate business". Mungkin hal ini mengarut bagi kita. Apa cerita hendak mencadangkan seperti itu? Saya hadir untuk mendengar debat tersebut. Ternyata, di sudut ‘mata mereka' bukan sedikit alasan yang mendapat tepukan gemuruh.
Walaupun bagi kita masyarakat Muslim, hal itu jelas haram disebabkan nas-nas agama. Namun, jika kita ingin berdialog dengan mereka, kita patut berhujah dengan apa yang mereka percaya.
Kata ‘Ali bin Abi Talib: "Bercakaplah kepada manusia dengan apa yang mereka tahu. Apakah kamu suka didustai Allah dan Rasul-Nya" (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, gunakan approach yang difahami kerana pendekatan yang salah, akhirnya agama ini menjadi mangsa tuduhan.
Simpati
Di Malaysia dikatakan heboh pasal lesbian, gay, bisekual and transgender (LGBT ). Apatah lagi dengan kehadirian Irshad Manji (bawah).
Sebenarnya, isu LGBT ini bukan sahaja heboh di Malaysia, di negara Barat seperti UK ini pun kebelakangan ini banyak berita tentang tuntutan-tuntutan mereka. Jumlah mereka bertambah, bukan sekadar pengamalnya tetapi juga mereka yang bersimpati.
Golongan yang bersimpati melihat di sudut ruang kebebasan individu yang patut diiktiraf. Perdana Menteri UK David Cameron antara penyokong hak berkahwin golongan gay di UK.
Walaupun kebelakangan ini ada bantahan dari MP partinya, tetapi pendirian asal Cameron ialah untuk menghalalkan perkahwinan golongan ini dari segi undang-undang.
Padahal David Cameron yang sama menyebut dalam bulan Disember tahun yang lalu "UK is a Christian country and we should not be afraid to say so".
Itu ucapan beliau di Oxford sempena 400 tahun Bible King James. Di Amerika, Barrack Obama dua minggu lepas mengisytiharkan sokongan kepada golongan LGBT untuk berkahwin.
Beliau dalam temubualnya menyebut:

"I
have to tell you that over the course of several years as I have talked
to friends and family and neighbors when I think about members of my
own staff who are in incredibly committed monogamous relationships,
same-sex relationships, who are raising kids together, when I think
about those soldiers or airmen or Marines or sailors who are out there
fighting on my behalf and yet feel constrained, even now that Don't Ask
Don't Tell is gone, because they are not able to commit themselves in a
marriage, at a certain point I've just concluded that for me personally
it is important for me to go ahead and affirm that I think same sex
couples should be able to get married."Pendirian mereka
mungkin atas kepentingan politik, ataupun kepercayaan tentang hak
kebebasan individu yang menjadi ‘rukun iman' dalam hidup mereka.
Dalam usaha menjaga perasaan penyokong, bukan sahaja politicians bahkan pihak gereja juga mula membuka ruang kepada golongan ini.
Bukan sekadar untuk berkahwin, tetapi untuk menjadi paderi sekalipun. Ini seperti yang sedang berlaku beberapa hari lepas di Church of Scotland.

Suasana baru
Nampaknya golongan LGBT ini mula membentuk komuniti yang mempunyai suara dan pengaruh dalam politik. Penentangan terhadap mereka dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak menghormati hak individu.
Dalam suasana yang seperti ini, umat Islam, sama ada golongan pemikir, ahli-ahli politik dan selain mereka terpaksa mencari ‘laras bahasa' yang baru dalam mengulas tentang golongan ini.
Di negara seperti Malaysia, mungkin belum cukup terasa, tetapi umat Islam di Barat terpaksa mencari satu pendekatan yang dapat difahami oleh akal manusia di sini.
Kita bersetuju bahawa the ground of politics is compromise, but the ground of Islam is principal, namun dalam masa yang sama pendekatan yang berkesan perlu dicari dalam menegakkan prinsip.
Amalan LGBT sebagai sesuatu yang haram di sisi ajaran wahyu adalah sesuatu yang pasti tanpa mungkin ada sebarang pentafsiran lain lagi. Ia termasuk dosa besar.
Ini jelas apabila Allah merakamkan ucapan Nabi Lut terhadap kaumnya (maksudnya):
"Dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-‘Araf 80-81).
Ayat ini menggambarkan kaum Lut memulakan amalan songsang ini. Sesuatu yang tidak dikenali sebelum itu. Namun, dunia hari ini lebih buruk, kerana hal ini telah dimulakan, telah berakar umbi dalam sesetengah masyarakat, di samping mendapat pengiktirafan pula di peringkat antarabangsa.
Nabi Lut sendiri mencari banyak pendekatan dalam membetulkan keadaan, termasuk menawarkan anak-anak perempuannya untuk mereka. Walaupun perkataan banati (anak-anak perempuanku) dalam al-Quran mengenai dialog Lut AS itu mempunyai pelbagai tafsiran, namun ia merujuk kepada tawaran Lut untuk mereka mengahwini perempuan-perempuan keturunannya ataupun pengikutnya.
Kata Lut: (maksudnya): "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu, oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku, tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" (Surah Hud 78).

Dalam kerangka dunia
hari ini yang tidak dapat menerima sikap yang keras dalam membawa mesej
agama dan Islam pula dituduh agama yang ganas, maka dialog yang
berkesan dan matang dalam menyampaikan dakwah amat diperlukan.
Islam itu indah, ia mesti disampaikan dengan cara yang berkesan dan indah. Ya, keindahan itu kadang-kala ia subjektif, tetapi kerangka masyarakat dan budaya yang mereka mengelilingi mereka juga menentukan keindahan itu.
Sudah pasti "senaman punggung" (atas) bukan keindahan. Jika ia hendak dijadikan saluran dakwah Islam, sudah pasti tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan budaya yang ada. Mungkin ia diterima dalam masyarakat Zulu Afrika, tetapi tidak dalam masyarakat kita.
Dialog dan debat
Pada zaman ini manusia memerlukan dialog dalam menentukan setiap pegangan. Bahkan, berdebat juga adalah antara pendekatan yang diiktiraf oleh al-Quran.
Firman Allah (maksudnya):
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Surah al-Nahl: 125).
Kata al-Sa'di (meninggal 1376H):
"Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya... adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka.
" Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka.
"Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkinkan mereka menerimanya secara akal dan nas." ( Al-Sa'di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Pendekatan baru perlu diambil. Golongan pendakwah dan umat Islam perlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dalam suasana yang ada.
Mungkin sesuatu perkara itu jelas bagi kita, tetapi ia kabur bagi banyak pihak. Dalam kes LGBT, kita bukan sahaja terpaksa berbicara dengan pengamalnya, tetapi juga mereka yang bersimpati walaupun tidak mengamalkan. Itu lebih ramai.
Dakwah Islam itu bertujuan memahamkan manusia dan menjadikan mereka taatkan Allah dalam keadaan sedar dan ikhlas.
Menghukum dan mencemuh tidak dapat menyelesaikan masalah jika tidak didahului dengan memahamkan dan menegakkan hujah.
Gerakan Islam, pendakwah dan badan-badan agama patut melihat isu-isu terkini dalam horizon yang baru, tanpa menggadaikan prinsip yang asal.

DATUK PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
PERKASA bakar baju BERSIH di P Pinang
Kumpulan
pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai
kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan
BERSIH 3.0 yang telah insaf.Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.
Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.
Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.
Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".
Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti "samseng" kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu.
Cat disimbah dalam ceramah Nizar di Perak
Ceramah
pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan
bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam
menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru.Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan.
"Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah.
Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan