Khamis, 24 Mei 2012

BEREBUT PASAL AIR...TAMAK PASAL AIR...KAYA KERANA AIR...ADAKAH KITA BUAT AIR...AIR DARI ALLAH..ITU PUN PASARANA ALLAH SEDIA UNTUK TADAH...INGATLAH NIKMAT ALLAH...BERTAQWALAH...JANGAN MELAWAN ALLAH...MATI BUKAN TAK MATI...YANG TAMAK JUGA AKAN MATI...KITA TENGOK APA BALASAN ALLAH NANTI...

Piala FA: Kelantan setuju beri hadiah

Salmah Mat Husain, 24 Mei 2012
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju pada dasarnya untuk memberi hadiah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya menjulang piala FA baru-baru ini selepas menewaskan Sime Darby.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi wang sagu hati termasuk membawa pemain mengerjakan umrah.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan bentuk hadiah yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Pasar Kota Jembal, Pulau Melaka, dekat sini semalam.

Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, ketika memberitahu media tidak mahu mendahului Tuan Guru dalam menyatakan keputusan itu.

Katanya, ada baiknya kenyataan berhubung perkara itu diumumkan sendiri oleh Tuan Guru.

Fattah  ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kelmarin supaya dapat membawa Piala FA dalam majlis perasmian Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2012 di Pantai Irama, Bachok pagi tadi.

Sambungnya, majlis perasmian program itu akan diadakan pada petang esok (ini) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap pihak Kafa dapat memenuhi permintaan kerajaan negeri supaya ia dapat ditunjukkan kepada Tuan Guru pada majlis itu.

"Setakat ini belum ada jawapan daripada pihak Kafa berhubung surat yang dihantar pagi tadi (semalam), tetapi kita harap mereka dapat membawa Piala FA itu pada majlis sambutan Hari Anak Muda Kelantan di Bachok nanti.

Jelasnya, tidak ada sebab piala itu tidak boleh dibawa ke majlis Himpunan Anak Muda Kelantan, kerana ianya milik semua pihak, terutama anak muda dan bukannya milik individu.

"Saya harap Piala FA yang dimenangi pasukan Kelantan itu dapat dilihat secara dekat oleh anak muda Kelantan yang hadir dalam program bersama Tuan Guru,” ujarnya.

Beliau tidak menafikan, kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat pada majlis itu.

Pada 19 Mei lalu, Kelantan berjaya membawa pulang Piala FA selepas kemarau selama 22 tahun setelah The Read Warriors berjaya menewaskan Sime Darby menerusi tendangan penalti oleh Mohammed Mahmoud Ghaddar pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tauke 'Sekinchan' baik jaga restorannya dari kacau Ambiga

Harakahdaily, 24 Mei 2012

(Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Pahang...hidup segan mati tak mau)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih,  Datuk S Ambiga.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mau.

Pemilik Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal bin Yunos dilaporkan menjadi penganjur kepada perhimpunan yang bakal diadakan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, 24 Mei dan esok.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan.

Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia.

Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua.

Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut.

Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini.

Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah.

Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik.

Ekoran penglibatan Datuk Jamal mengacau Ambiga, beberapa laman facebook mula membuat kempen memboikot restoran ini.

Ini akan menyusahkan pekerja dan petugas restoran ini.

Tidak wajar HEP UM kenakan RM10

Jati Sembilan,
“Sudah jatuh ditimpa tangga” itulah perumpamaan yang boleh digambarkan berkenaan  nasib yang menimpa sebilangan besar mahasiswa Universiti Malaya ketika ini. Bukan sekadar yuran tinggi yang perlu ditanggung setiap semester, malah  baru-baru ini  mahasiswa UM dikejutkan dengan satu notis yang mana, pentadbiran (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) meminta pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kad bas supaya membeli kad berkenaan dengan nilai harga RM10 bagi kegunaan semasa musim peperiksaan.

Bukan nilai harga menjadi persoalan utama dalam hal ini. Namun tidak manis sekiranya pihak HEP mengenakan polisi sedemikian sedangkan semasa pada sesi terdahulu semua pelajar dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bas secara percuma semasa musim peperiksaan. Ditambahkan lagi, amat mendukacitakan di manakah peranan dan tanggungjawab barisan Executive Caretaker yang dilantik oleh pihak HEP bagi memikul peranan dan tanggungjawab untuk menggantikan peranan dan tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar yang dibubarkan pada 21 Februari 2012 yang lalu.

Justeru, bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan pelajar, saya mohon kepada pihak yang bertanggungjawab agar mengkaji semula polisi ini, kerana ia menjadi tanggungjawab sebuah universiti untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya (mahasiswa), seiring nama Universiti Malaya sebagai terulung di Malaysia.

Top Super model Australia kini sudah bertudung

http://www.halimislam.com, 24 Mei 2012
Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.

Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.

Tetapi, selalu ada pengecualian!

Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.

Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.

Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.

Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.

"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.

Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.

"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.

"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.

Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka.

Fitnah: Guan Eng berumur 8 tahun pada 13 Mei 1969

Harakahdaily, 24 Mei 2012
BENTONG, 24 Mei: Adalah menjijikan dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng terlibat dengan Peristiwa 13 Mei 1969 kerana beliau berumur lapan tahun ketika itu.
Justeru, bagi Lim Kit Siang (gambar), dengan menggunakan internet atau laman sesawang, blogger pro Umno BN telah menyebarkan fitnah yang dahsyat bahawa beliau telah bertanggungjawab rusuhan 13 Mei 1969.

Blogger Umno BN juga menuduhnya merayau-merayau di jalanan Kuala Lumpur setelah keputusan pilihan raya 1969 dibuat, sambil merejamkan tohmahan anti-Melayu yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

“Sebenarnya, saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disahkan oleh media massa pada masa itu dan berdasarkan rekod polis yang ada.

“Pada masa itu, saya telah dicalonkan bertanding di kawasan Parlimen Bandar Melaka pada 1969 dan pada pagi 13, Mei 1969, pagi lagi saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk membantu calon bebas kempen pilihan raya di Sabah kerana pengundian di Sabah/Sarawak dalam pilihan raya umum 1969 ditetapkan seminggu selepas pengundian di Semenanjung Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Beliau menjelaskan ketika berucap pada Majlis Makan Malam 1000 orang DAP Triang sempena perasmian Bangunan Cawangan DAP Triang, malam semalam.

Tambahnya, tetapi apa yang lebih dahsyat adalah dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng yang berpangkat Ketua Pemuda DAP pada masa itu juga bertanggungjawab di atas rusuhan 13 Mei 1969 dan ‘mengetuai’ serangan anti-Melayu.

Menyifatkan fitnah di atas fitnah, beliau menegaskan bahawa tidak wujud Pemuda DAP pada tahun 1969 kerana DAPSY atau Pemuda Sosialis DAP telah ditubuhkan pada tahun 1973, dan mendiang P. Patto menjadi Ketua Pemuda DAPSY pada masa itu.

“Umur Guan Eng pada masa itu (13 Mei) hanyalah lapan tahun dalam bulan Mei 1969 – suatu dakwaan yang jijik yang telah dilontarkan kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun sahaja, dan satu kenyataan yang jelas bagaimana prasarana politik kini telah berkembang tanpa prinsip atau kemuliaan menuju pilihanraya umum yang akan datang,” katanya.

Oleh itu, tanya beliau adakah menghairankan tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihan raya yang bersih, bebas dan adil iaitu “Hentikan Politik Kotor”, “Hentikan Rasuah”, “Memperkukuhkan Institusi Awam” dan “Akses Media Yang Bebas Dan Adil Bagi Arus Media Perdana” menerima sambutan yang amat buruk daripada pemimpin Umno BN.

'Banjir kalau lepas rizab air Selangor' - MB

Harakahdaily, 24 Mei 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menjemput pemimpin Umno BN termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk melawat sendiri rizab simpanan air di empangan di negeri itu.

Ianya berikutan dakwaan kononnya rizab bekalan air di empangan Selangor pada tahap 2.4 peratus iaitu lebih rendah dari tahap optimum iaitu 10 ke 15 peratus dan Selangor boleh mengalami krisis air menjelang 2014.

Mengikut data yang dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada Mei 2012 simpanan air mentah di tujuh empangan di negeri ini melebihi seratus peratus simpanan iaitu sebanyak 522.655 juta meter padu.

“Sejak Febuari 2012, semua tujuh empangan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu untuk membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air Selangor.

“Melalui rekod pemantauan tahunan LUAS, semua empangan mampu membekalkan sumber air dan belum pernah mencecah tahap kritikal yang ditetapkan dalam lengkuk operasi empangan (dam rule curve),” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media di sini semalam.

Ianya sebagai menyangkal segala dakwaan yang dimainkan pembangkang negeri dan kerajaan pusat kononnya bekalan air mentah di Selangor kritikal.

Menurutnya, jumlah itu bukan sahaja mencukupi malah berada di tahap berlebihan sehingga mampu menyebabkan kejadian banjir di beberapa tempat di negeri ini.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan bahawa kadar rizab air di Selangor hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus, adalah salah,” tegas Abdul Khalid.

Kebiasaan bagi TG Nik Aziz, luar biasa bagi MB-MB Umno (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 24 Mei 2012

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/529692_409178115761211_100000070773451_1602064_229465916_n.jpg

Keadaan ini adalah satu kebiasaan bagi TGNA menyantuni masyarakat. Apa yang orang biasa makan itulah yang Tok Guru makan......Kalau tak percaya datanglah ke Kelantan dan berjumpalah dengan Tok Guru.........

Artis Bidas Menteri Umno "Mesti Ikut Macam Lembu Saja?"

http://addin77.blogspot.com/, 24 Mei 2012
Posted by Addin at 5/24/2012
Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" ~hairie othman
Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik
KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.
Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.
"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.
"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.
Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. ~bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan