Khamis, 12 April 2012

TAULIAH MENCEGAH MUNGKAR JELAS DALAM ALQURAN...BUAT MAKSIAT..SUBURKAN MAKSIAT BEBAS...ULAMAK PENGAMPU MEMBISU SERIBU BAHASA...KEJAR DUNIA MACAM TAK INGAT MATI...MEMBODEK KERJA ULAMAK2 ROSAK NI...SESAT MENYESATKAN...AKHIRAT ALLAH BUKA MULUT DAN SUMBAT DENGAN API NERAKA KERANA MENYOROKKAN HUKUM...PENGHALANG UNTUK ORANG BERDAKWAH JUGA BERDOSA...SILAP2 HARIBULAN MENDAPAT LAKNAT DAN KUTUKAN ALLAH SWT...

Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh

Harakahdaily, 11 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 11 April: Ketakutan kepada bencana tsunami besar-besaran berkurangan dari pemikiran rakyat Aceh, Indonesia apabila hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu.

(Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh)

Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Bagaimanapun, peringatan diberikan agar mereka menjauhi kawasan pantai dan jangan turun ke laut sehingga keadaan benar-benar selamat.

Gempa berkekuatan 8.5 skala Richter yang menguncang Aceh pada jam 4.38 petang tadi menyebabkan gelombang menghala ke pantai.

Namun, Media Indonesia melaporkan, gelombang dilaporkan telah sampai ke pantai di pulau Simeulue, Sumatra.

Demikian kata Prih Harjadi dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kepada sebuah stesen televisyen nasional Indonesia.

"Tingginya air pantai barat Aceh sudah mencapai 6 meter dan kemungkinan ketika tsunami terjadi, akan terjadi di titik ini lebih dulu sampai ke sepanjang pantai barat Sumatera," ujarnya.

Beliau memaklumkan, kemungkinan  seluruh pantai khususnya barat daya Sumut, pantai Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung akan dilanda tsunami.


سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣) 


Surah Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) 

 DALIL HADIS....
  
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بلـّغوا عني ولو آية

 "sampaikan walau satu ayat."



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Mohd Sayuti Omar, 11 Apr 2012
Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?

Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.

Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.

Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam konteks itu cara itu sebaik-baiknya.

Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa.

Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan.

Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

Dalam pada itu Azhar pula sekiranya telah diberikan tauliah untuk menyampaikan syarahan dan kuliah di masjid hendaklah beliau menjaga tutur kata dan jangan sesekali membawa masuk unsur politik walaupun sekecil mana. Mislanya perkataan yang membawa konotasi kepada sindiran kepada pihak tertentu seperti JKKK, bulan dan dacing perlulah dihentikan.

Patah-patah perkataan ini sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Rakyat Aceh masih trauma sehingga kini ekoran tragedia tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa.

Sementara itu, Adun Komtar, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam twitternya memberitahu, tsunami tidak akan melanda Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak tidak panik dan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Bagaimanapun, sebelum ini, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli memberitahu, beliau mendapat makluman, ombak besar diramalkan akan melanda Pulau Pinang malam ini kira-kira jam 9.20 malam manakala Port Dickson jam 2 pagi esok.

Oleh itu, walaupun hanya satu meter ombak sahaja melanda pantai Aceh, orang ramai di nasihatkan mengelakkan diri dari berada di kawasan pantai.


7 Golongan Mendapat Perlindungan Arasy

Setiap pagi Selasa, 7.30am di radio Ikim, Ust Zawawi Yusoff (UIA) sering memperkatakan bab Kiamat. Berikut adalah sedikit intipati dari tazkirah beliau;

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Huraian Hadis:
Di dalam hadis di atas baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menjelaskan tentang tujuh golongan manusia yang berada di bawah naungan ‘arasy Allah pada Hari Kiamat. Mereka akan terhindar dari terik panas matahari ketika di Padang Mahsyar. Merekalah golongan yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat kerana memiliki salah satu daripada tujuh sifat di bawah ini:
1. Imam yang adil:
Yang dimaksudkan dengan imam di sini ialah raja, presiden, sultan atau hakim atau qadi atau siapa saja yang menjadi pemimpin. Adapun yang dimaksudkan dengan adil ialah menghukum dengan adil dan seksama, tidak berdasarkan hawa nafsu dan tidak pula menerima mengamalkan rasuah atau salah guna kuasa. Oleh itu seorang pemimpin mestilah bersih daripada sifat zalim sebab tugas utama para pemimpin adalah untuk membasmi kezaliman.
2. Pemuda yang taat beribadat kepada Allah sejak kecil:
Remaja yang taat beribadah kepada Allah sejak umur muda lagi. Mereka telah dilatih untuk menghormati hukum-hakam Allah sejak kecil iaitu dengan melaksanakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Golongan inilah yang boleh diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan yang akan membawa negara ke arah negara makmur yang diredhai Allah (Baldatun thaiyibatun Wa Rabbun Ghafuur).
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid:
Masjid adalah tempat yang paling mulia di atas muka bumi. Sebaliknya tempat yang paling buruk di atas muka bumi adalah pasar. Ini memberi gambaran bahwa orang yang hatinya selalu teringat kepada masjid adalah orang yang soleh. Mereka pastikan setiap hari dapat melakukan solat wajib secara berjamaah. Ini tidak bermakna setiap waktu mereka mesti berada di dalam masjid.
Diriwayatkan bahwa baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) segera membangun pasar Madinah setelah beliau selesai membangun masjid Nabawy. Ini memberi gambaran bahwa manusia yang sempurna mestilah membuat keseimbangan antara keperluan jasmani dan rohani. Fungsi masjid bukan hanya untuk beribadat kepada Allah dalam pengertiannya yang khusus tetapi juga berperanan untuk mencerdaskan berfikir umat melalui majlis ilmunya dan memperkukoh perpaduan umat melalui solat berjamaahnya dan lain-lain.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah:
Islam adalah agama yang berlandaskan cinta kepada Allah dan bersama-sama mengharap keredaan Allah berdasarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam). Oleh yang demikian, jika persahabatan kita dengan seseorang berdasarkan prinsip itu maka kita akan mendapat kemuliaan di sisi Allah kelak di akhirat.
Sikap saling kasih-mengasihi karena Allah hendaklah dibuktikan dengan menghidupkan semangat amar ma’ruf nahi munkar terhadap sesama kita. Sifat saling nasihat-menasihati dan saling tegur-menegur kepada kebenaran mestilah diwujudkan untuk bersama-sama mentaati ajaran Allah. (Watawaashau Bil Haq).
Atas dasar ini, kita dilarang oleh agama menjalin persahabatan sesama kita hanya atas dasar kepentingan dunia semata-mata umpamanya menjalin hubungan dengan seseorang hanya ingin mendapat kemudahan duniawy disebalik persahabatan itu.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
Wanita selalu diperalat oleh syaitan untuk menggugat ketaqwaan seorang lelaki. Lebih-lebih lagi kalau mereka yang mengajak lelaki buat maksiat. Sungguh banyak lelaki yang goyang imannya jika mendapat tawaran tersebut kecuali mereka yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah. Lelaki yang benar-benar takut kepada Allah akan menolak rayuan syaitan betina itu. Atau sebaliknya, wanita yang benar-benar bertaqwa akan menolak godaan syaitan jantan tersebut. Mereka akan berkata: “Aku takut kepada (azab) Allah”.
Manusia jenis inilah barangkali yang ingin digambarkan oleh Allah SWT melalui kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha: “Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh”.(Yusuf 12:33)
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menggambarkan manusia yang ikhlas ketika bersadakah seperti tangan kanan. Walaupun jaraknya sangat dekat dengan tangan kiri (manusia) namun dia tidak mengetahui apa yang tangan kanan nafkahkan.
Gambaran ini menyatakan kepada kita bahwa manusia yang ikhlas beramal semata-mata mengharap keredaan dan ganjaran daripada Allah, bukan sanjungan dan pujian manusia lain. Ini tidak bermakna kita tidak dibolehkan bersedekah secara terang-terangan. Tetapi bersedekah secara sembunyi-sembunyi adalah lebih baik daripada terang-terangan sebab ia lebih selamat daripada riyak dan takabbur.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil berlinangan air matanya.
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menyatakan dalam bahagian ini betapa besarnya ganjaran yang Allah akan berikan kepada orang yang menangis karena takut kepada azab Allah. Lebih-lebih lagi ketika sujud atau sedang membaca Al-Quran atau ketika berdoa memohon ampun kepada Allah pada dua pertiga malam ke atas dosa masa silam.
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) pernah menggambarkan hakikat ini di dalam hadisnya:
Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut (azab) Allah dan mata yang berjaga ketika berjihad pada jalan Allah”.[Hadis Riwayat Tarmidzi]
Wallahu ‘alam bishowab.

Gempur serah bantahan kepada MB, yayasan esok

Harakahdaily, 11 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 11 April: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) telah melancarkan petisyen bantahan bagi memberi respons balas terhadap tindakan pihak Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu.

Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin berkata, tindakan itu sebagai merujuk kepada respons dan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar dan Yayasan Terengganu bahawa mereka masih tetap dengan keputusan untuk menarik pinjaman 9 mahasiswa Terengganu di Mesir.

Oleh itu, ujarnya Gempur akan turun ke Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu esok, 12 April bagi menyerahkan petisyen bantahan berhubung isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa itu.

Ini, tambahnya adalah tindakan susulan selepas delegasi Gempur dan wakil mahasiswa Yayasan Terengganu turun menghantar memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar dan Yayasan Terengganu pada 1 April lalu.

“Pada peringkat mahasiswa, kami melihat isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa ini adalah sebuah penindasan, kezaliman dan ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, katanya penyerahan petisyen esok adalah cara yang terbaik dan signifikan untuk memberi signal mahupun isyarat kepada kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu bahawa mahasiswa Pantai Timur tidak mampu untuk berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan yang membebankan mahasiswa dan rakyat.

Mansuhkan PTPTN, tuntut pendidikan percuma

Megat Hidayat, 11 Apr 2012

Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.”

Sejarah telah mencatatkan bagaimana hebatnya gerakan dan aktivisme mahasiswa sekitar sekitar 60an sehingga 70an sebelum terciptanya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU)yang dicipta oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Umum sedia maklum bahawa aktivisme ketika itu amat agresif karena tekanan sang penguasa serta kesedaran disebabkan fakulti akal anak muda ketika itu cerah. Ketika itu juga mahasiswa bangkit dengan pelbagai isu rakyat dengan kata yang diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) ‘Mahasiswa jurubicara masyarakat.” Aktivisme mereka diikuti oleh beberapa siri demonstrasi termasuk peristiwa Tasek Utara, Kes tanah Telok Gong dan demo Baling yang harus dipertanggungjawabkan atas undang-undang drakonian AUKU yang telah membunuh ‘roh’ kampus dan anak muda.

Pindaan AUKU ini dikatakan dendam pikiran Dr. Mahathir Menteri Pendidikan ketika itu bersama Ungku Aziz yang merupakan Naib Canselor Universiti Malaya selepas demonstrasi Baling yang disertai bukan sahaja mahasiswa daripada UM, tetapi daripada Kolej Mara, UKM dan Politeknik Ungku Aziz. Ketika itu ramai telah ditangkap dibawah Internal Security Act (ISA) termasuk akademia seperti Syed Hussin Ali. Malangnya, pindaan AUKU memperlihat kelembapan aktivisme dan suasana akademik di kampus.

Namun, selepas lebih kurang empat dekad ‘roh’ mahasiswa dibunuh, mereka telah bangkit untuk membebaskan akademik pada 31 Disember 2011 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun begitu, himpunan kebebasan akademik tersebut berakhir dengan tragedi berdarah apabila beberapa siswa cedera dek keganasan dan kezaliman anjing sang penguasa. Pelbagai peristiwa berlaku sekitar tahun 2011 termasuk penurunan bendera Perdana Menteri Najib Razak oleh Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.

Selama lebih empat dekad, banyak protes telah diadakan bagi membantah AUKU. Namun begitu, tidak ada sebarang perubahan sehingga keputusan mahkamah rayuan berpihak kepada UKM4 apabila AUKU diputuskan tidak sah dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tika itu, aktivisme mahasiswa mulai rancak dan peristiwa-peristiwa amuk nampaknya bertambah. Demonstrasi juga sudah mulai dilihat sebagi suatu yang tidak eksklusif seperti sebelum ini.

Pada hari ini, pindaan ke atas auku dan dua akta lain dibentangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaleed Nordin selepas pindaan diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak beberapa bulan yang lepas. Saya melihat ‘pindaan’ yang dilaksanakan ini merupakan ‘kegagalan’ tuntutan BEBAS yang berjuang tidak konsisten saya kira. Pindaan ini masih mewujudkan limitasi ke atas mahasiswa. Walaupun ada hak untuk menyertai partai politik, tetapi mahasiswa yang melibatkan diri tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kampus serta memegang jawatan dalam persatuan universiti.

Seterusnya, beberapa hari lepas telah diumumkan bahawa Demo Mansuh PTPTN akan diteruskan pada 14 April dan mahasiswa serta anak muda juga bersedia untuk turut serta malah menjadi tunggak bagi Bersih 3.0 yang akan datang – 28 April di Dataran Merdeka. Nampaknya mahasiswa semakin agresif. Bersemangat betul anak-anak muda.

Beberapa hari lepas, saya menyusuri sedikit perbincangan pendek dengan rakan-rakan daripada kampus UIA, UPSI dan UTHM. Mereka sependapat berkenaan dengan isu melawan di jalan raya. Saya juga bersetuju dalam perkara tersebut tetapi perlu kita melihat dalam konteks Malaysia dan suasana ketika ini. Apakah tujuan demonstrasi? Adakah relevan demonstrasi di Malaysia?


Sejarah gerakan mahasiswa mencatatkan banyak demonstrasi yang telah diadakan. Namun begitu, harus diperhatikan berapa demonstrasi yang diadakan mencapai objektif yang sepatutnya. Tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk mencapai suatu matlamat sebagai tindakan ‘lawan’ dan balas dalam menuntut sesuatu perkara dan ia tidak akan terhenti selagi tidak tercapai. Ironinya, di Malaysia demonstrasi AUKU yang telah diadakan berpuluh tahun pun belum mencapai objektif.  Menjadi sesuatu yang merumitkan dalam konteks negara ini untuk mencapai matlamat dalam demonstrasi selagi tidak ada ‘korban’ dan selagi perut masyarakat ‘kenyang’.

Tambahan pula, apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari Dato’ Khaleed Nordin yang berbunyi “buat apa demo? undi sudahlah” sudah cukup untuk menunjukkan bahawa walaupun demonstrasi akan dilaksanakan pada 14 April ini. Perubahan tidak akan dapat dilaksanakan melainkan suatu ‘kelainan’ dibuat untuk demontrasi pada kali ini. Itu pandangan peribadi saya karena saya melihat kepada sejarah sebelum ini bahawa dalam konteks mahasiswa sekarang , amatlah susah untuk mencapai objektif dengan wasilah ini.

Walau apa pun terjadi, segala tindakan dan perlakuan mahasiswa harus disusuli dengan sedikit pencerahan sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan. Karena saya percaya jika tiada penyatuan, sampai kiamat sekalipun mahasiswa bukanlah suatu kuasa yang menggugat. Sebab itu saya khuatir apabila ramai yang membuat perbandingan mahasiswa 60-an dan 70-an dengan zaman ini. Harus diingat tika itu tiada lambakan IPT dan sistem CGPA pun belum diperkenalkan. Tekan hidup ketika itu juga menjadi suatu alasan yang munasabah mahasiswa melawan sehingga wujud frasa ‘mahasiswa menggugat.”

Saya suka apabila membaca petikan dalam The Art of War karya agung Tsun Zu yang berbunyi “move when there is benefit to be gained , quit when there is no advantages. ” Justeru , saya kira setelah memerhati sejarah perlu bagi mahasiswa menyusun semula strategi baru supaya pergerakan lebih lancar dan tidak perlu kiranya melaksanakan sesuatu perkara yang tidak mendapat sebarang ‘faedah’ ketika ini. Dalam konteks anak muda , politik selalu diartikan sebagai lawan sahaja. Tetapi , lebih daripada itu ia meliputi pelbagai strategi dan musuh pula merupakan material yang mengasyikkan. Lawan merupakan salah satu cara sahaja. Karena itu Widji Tukul nukilankan “hanya ada satu kata.. LAWAN!

Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Selamat berjaya sahabat!

LAWAN TERUS

Buruknya rekod alam sekitar Terengganu

Dr Azman Ibrahim, 11 Apr 2012
Pendahuluan


Makhluk manusia adalah sebahagian dari alam ciptaan Allah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus muka bumi ini supaya setiap komponan alam samada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, laut, bukit bukau dan sebagainya mampu wujud secara harmoni dan saling memanfaatkan. Sebagai khalifah, manusia tidak boleh bertindak terlalu mementingkan diri sendiri hingga sanggup menggadaikan kepentingan makhluk-makhluk dan penghuni alam yang lain

Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. Dengan kelebihan-kelebihan yang Allah berikan, terutama sekali kelebihan akal fikiran dan kecerdikan, kita dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi dan kehidupan penghuni-penghuninya, lebih-lebih lagi dengan kuasa pemerintahan yang ada. Apabila tanggungjawab ini dicuaikan, pastinya bumi ini akan terdedah kepada kerosakkan serta kehancuran dan kehidupan penghuni-penghuninya juga akan menjadi huru-hara. Sebagaimana amaran Allah S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:“Telah zahir kerosakan di darat dan di laut dengan sebab perbuatan tangan-tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian akibat dari apa yang mereka kerjakan, semoga mereka kembali ke jalan yang benar.”

Pembangunan hebat BN

Janji kerajaan BN selepas mengambil alih pemerintahan Terengganu dari PAS pasca Pilihan Raya Umum 2004 adalah untuk menghidangkan kepada rakyat ‘pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata dan tak pernah didengar oleh telinga’. Begitulah hebatnya slogan mereka seolah-olah muka bumi Terengganu akan bertukar wajah menjadi bayangan permukaan sebuah planet lain.

Walaupun Kerajaan Terengganu memiliki wang berbillion untuk pembangunan, memiliki deretan kroni yang perlu diagihkan projek dan diberi makan tetapi barang perlu diingat bahawa kawasan hutan tebal yang masih menyimpan khazanah kayu-kayan bernilai tinggi bukan milik kita seorang, kawasan paya yang ditimbus dan ditebus guna bukanlah hak mutlak pemaju, pesisir pantai yang indah adalah milik semua rakyat, sungai yang bersih dan mengalir tenang adalah sumber rezeki sebahagian rakyat. Begitu juga kawasan tasik dengan keindahan alam semulajadinya merupakan khazanah negeri, bukan setakat milik generasi kita, tetapi juga untuk tatapan dan dinikmati oleh generasi selepas kita.


EIA untuk kroni


Tanpa kajian teliti impak alam sekitar terhadap perlaksanaan sesuatu projek, fenomena alam semulajadi tentunya tidak akan bersimpati dengan kita.

Ilmu tentang hakisan, runtuhan tanah, pencemaran sungai, kesan penebangan berleluasa hutan, ombak laut, arus laut, pasang surut air, arah tiupan angin, habitat semulajadi hidupan liar dan sebagainya, semuanya telah ada. Ianya wajib diberikan perhatian ketika penilaian impak alam sekitar (Environmentally Impact Assessment)  sebelum perlaksanaan sesuatu projek atau kerja dilakukan.  Kecuaian diperingkat awal selalunya terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal di samping impak negatif yang memberi kesan kepada sejumlah besar penduduk dan alam sekitar.

Kita sedia memaklumi bahawa EIA (Environment Impact Assessment) malah DEIA (Detailed Environment Impact Assessment) adalah suatu kemestian sebelum kelulusan sesuatu kerja diberikan tetapi melihat kepada rekod buruk kerajaan pimpinan MB Ahmad Said berkaitan isu alam sekitar, ianya mampu menimbulkan persoalan, apakah EIA atau DEIA untuk sesetengah projek hanyalah sekadar formality dan dilakukan secara sambil lewa sebagai dokumen syarat untuk kelulusan semata-mata? Apa yang penting, bila ada wang semua kerja boleh jalan!


Hakisan pantai tak berkesudahan


Sekadar mengenengahkan beberapa isu kemusnahan alam sekitar, antaranya hakisan pantai yang berlaku dari Besut hingga ke Kemaman dan tiada berkesudahan malah semakin parah di beberapa lokasi seperti Pantai Tok Jembal. Sungguh menyedihkan apabila memerhatikan apa yang menimpa persisiran Pantai Tok Jembal contohnya, sehingga keindahan semulajadinya sebagai pantai pelancongan dan lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai semakin hilang ditelan rakusnya ombak Laut Cina Selatan.

Fenomena ini akan lebih menjadi igauan kepada penduduk sekitar terutamanya menjelang musim tengkujuh. Tentunya tindakan menyalahkan takdir dan fenomena alam semulajadi atas apa yang berlaku adalah sekadar tindakan untuk lepas tangan semata.

Walaupun pihak berwajib yang berkelayakan tidak pernah mengeluarkan suatu kenyataan rasmi akan punca dan penyebab hakisan yang berlaku, pemerhatian penduduk setempat mengesyaki dan meyakini bahawa puncanya adalah penambakan laut bagi projek pemanjangan landasan terbang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), lantara hakisan ini yang memanjang kira-kira 1 km bermula dari kawasan berhampiran lapangan terbang sehingga ke pesisiran pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikesan mulai merebak beberapa bulan setelah projek pemanjangan landasan terbang disiapkan.

Kontraktor projek tentunya telah mengaut puluhan juta ringgit keuntungan. Orang-orang tertentu juga tentunya telah menerima komisyen masing-masing. Boeing 747 pun sudah boleh mendarat di LTSM sebagaimana yang diimpikan oleh sebahagian pemimpin negeri walaupun pendaratan pesawat untuk penerbangan antarabangsa ini cuma berlaku ketika musim haji dan musim pertandingan kuda. Hari-hari biasa, penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa jauh mengatasi bilangan penerbangan ke sini walaupun LTSIP bukanlah sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani hakisan dan kemusnahan yang berlaku? Apakah telah ada suatu kajian teliti akan sebab dan musababnya? Kalau telah ada, rakyat berhak untuk mengetahuinya. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri pada 28 Februari 2011 lalu pernah menjanjikan suatu kajian untuk mengenalpasti puncanya akan dilakukan, tetapi akhirnya senyap tanpa khabar berita.

Hutan Gelam dan tanah lembah Nyatoh


Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi pelbagai spesis hidupan liar terancam untuk tinggal dan membiak. Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-SHARP) oleh pemaju Blue Archipelago Berhad yang bernilai RM290 juta telah mewujudkan pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia yang tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang.  Yang lemah telah dan akan menjadi korban. Kawasan hutan paya gelam Nyatoh adalah tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan telah diwartakan sebagai ‘kawasan sensitif alam sekitar’ di mana sebarang bentuk pembangunan adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang digariskan oleh Rancangan Tempatan Daerah Setiu (RTDS) kecuali untuk aktiviti rekreasi.

Demi sebuah projek i-SHARP yang belum tentu untung ruginya, Kerajaan BN Terengganu telah menganugerahkan kawasan ini dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju. Persolan besar yang timbul, bukankah RTDS adalah rancangan pembangunan Kerajaan BN dan akhirnya dicabul oleh pemimpin BN sendiri!

Rakyat tidak berminat lagi untuk mendengar teori-teori kosong pemaju yang disokong Ahmad Said sebagai jurucakap tak rasmi, kononnya inilah ‘green projek’, ‘enviromentally friendly’, menyediakan peluang pekerjaan, tanah rakyat telah dibayar pampasan setimpal, projek akan menjadi pemacu ekonomi dan pelbagai lagi ungkapan yang semakin kabur realitinya.

Di samping kemusnahan habitat hidupan liar dan kawasan pembiakan ikan, mohon juga kerajaan memberikan penjelasan bagaimana 3 kali gelombang banjir luar biasa yang telah melanda sekitar Dun Permaisuri pada musim tengkujuh lalu boleh berlaku?

Walaupun pihak Kerajaan Negeri kelihatan cuba memejamkan mata akan hakikat yang berlaku, tetapi bangkai gajah tidak lagi mampu ditutup dengan daun lalang. Ibarat sudah terang lagi bersuluh kejadian banjir luar biasa ini memang berpunca dari kerja-kerja projek i-SHARP ini!

Kita telah membangkitkan ketika peringkat awal perlaksanaan projek dahulu bahawa kawasan yang dibangunkan itu adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Setiu dan dilimpahi air ketika musim banjir.

Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu.

Bagaimana hutan simpan kekal boleh dicerobohi


Hutan simpan dicerobohi, khazanah kayu-kayan dibawa pergi, kerajaan seolah-olah tak bergigi. Inilah ibarat yang paling sesuai untuk kita mengambarkan nasib malang yang menimpa Hutan Simpan Kekal Gunung Tebu di mana aktiviti pembalakan haramnya diakui sendiri berlaku oleh Ahmad Said tetapi pelakunya bagaikan kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Nasib yang sama menimpa Hutan Simpan Bukit Bauk, Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang.

Sudahlah balak dikeluarkan secara menyalahi undang-undang,  aktiviti pembalakan pastinya akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Kemusnahan hutan bererti kehilangan khazanah flora dan fauna yang sangat berharga.

Di samping syarikat pembalakan berkenaan yang mengaut keuntungan lumayan serta puak-puak berkepentingan yang turut menikmati tempiasnya, jangan dilupa bahawa penerokaan hutan secara tak terkawal menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam, berpunca daripada hutan yang tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan lebat yang melanda sesuatu kawasan akan mengakibatkan air yang turun terus menghakis permukaan bumi yang gondol, lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Tanah runtuh adalah antara akibatnya disebabkan kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah tinggi. Ceteknya Sungai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya boleh mengundang banjir melanda.


Kesimpulan


Tindakan Kerajaan BN Terengganu yang mudah memperjudikan kemusnahan alam sekitar disebalik gahnya pembangunan dan banyaknya hasil dari khazanah bumi yang dikaut bererti dengan sengaja manusia telah mencipta konflik dengan alam semulajadi. Siapa pun yang akan menjadi pemenangnya bukanlah persoalan tetapi apabila fenomena alam semulajadi bertindak tanpa disangka, sehebat mana manusia yang berkuasa sekalipun tak akan mampu menentangnya. Jangan sampai generasi yang terkemudian menyalahkan kerakusan kita sehingga mereka terpaksa menanggung akibatnya.


Penulis ialah Pengerusi Lujnah Alam Sekitar dan Pengguna PAS Terengganu.

Barang Hamidah sedang beredar

http://ajijoi.blogspot.com/, 11 Apr 2012
Sebuah beg kitar semula yang terpampang gambar Hamidah Osman dan berisi dengan tepung, gula, biskut serta teh kini diedarkan ke seluruh kawasan Dun Sg Rapat. Gambar di atas diperolehi daripada penduduk sebuah kampung yang menerima barangan tersebut.
Kepada penduduk yang juga pengundi, apabila barangan sebegini diberikan, ingat pesanan ini,  “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?

Amaran tsunami: Penduduk Aceh diarahkan berpindah

Harakahdaily, 11 Apr 2012


(Bandar Aceh terputus bekalan elektrik menyebabkan jalan jam ekoran gempa)

KUALA LUMPUR, 11 April: Walau satu jam sudah berlaku, tsunami masih belum melanda Aceh, lapor akhbar Indonesia, Kompas.com.
Kompas melaporkan, Badan Meteorologi dan Geofisika (BMKG) Indonesi memberitahu, gempa yang mengguncang Aceh pada pukul 16.38 itu berpotensi menghasilkan tsunami.

Eko Yulianto, pakar geoteknologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), mengatakan bahwa berdasarkan pantauan terakhir magnitud gempa adalah 8.7.

Pusat gempa terletak di 2.31 Lintang Utara (LU), 92,67 Bujur Timur (BT) atau sekitar 146 Barat Daya Bandar Aceh dengan kedalaman 10 kilometer.

"Pusat gempa berjarak sekitar 500 km dari Sumatera. Lokasinya di luar zon pertemuan lempeng atau subduksi," kata Eko ketika dihubungi Kompas.com.

Sementara, pakar kegempaan dari Institut Teknologi Bandung (ITB), Irwan Meilano, menuturkan bahwa pusat gempa berada di sisi barat zon subduksi, artinya menjauhi lokasi daratan Sumatera.

Dengan jarak 500 km, kalau akan terjadi tsunami, maka tsunami akan tiba dalam waktu kurang dari 1 jam.

Namun sehingga berita ini disiarkan, tsunami masih belum melanda Aceh.

BERITA BERKAITAN
Gempa bumi 8.9 di Aceh, CNN ramal tsunami

Gempa bumi 8.7 di Aceh, CNN ramal tsunami

Harakahdaily, 11 Apr 2012

(Pusat gegaran sebagaimana yang dilakarkan CNN)

KUALA LUMPUR, 11 April: Satu gempa bumi kuat berskala 8.7 Ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama, berdekatan dengan Bandar Aceh seperti tragedi 2004 hari ini pada pukul 4:38 petang waktu Malaysia.

Gempa bumi dikesan berlaku pada kedudukan 431 km barat daya Banda Aceh, 962 km di barat Kuala Lumpur pada kedalaman 33km.

Menurut para pembaca Harakahdaily, gegaran kuat dirasai di hampir semua semenanjung barat, termasuklah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka.

CNN menjangka tsunami bakal berlaku seperti 2004 kerana ia melanda kawasan yang sama seperti 2004, di mana plat bumi sudah tidak seimbang.

Bandar Aceh dilaporkan putus bekalan elektrik dan pihak berkuasa sedang membawa rakyat ke kawasan tinggi.


(Antara mangsa tsunami Aceh 2004)

Kejadian ini mengingatkan tsunami yang meragut 200,000 nyawa pada tahun 2004 lalu.

Gegaran pada ketika itu adalah pada skala 9.1 ritcer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan