Jumaat, 13 April 2012

SEBELAH NAK BERSIH TIADA SEBARANG PENIPUAN SERTA MUSLIHAT...SEBELAH PIHAK YANG LAIN PULA NAK MENERUSKAN KERJA2 KOTOR DAN PENIPUAN...BAHAYA JIKA TAK SABITKAN DENGAN HUKUM ALLAH...BUAT PENIPUAN SATU DOSA ORANG BERDOSA MASUK NERAKA..BUAT BAIK@BERSIH DAPAT PAHALA..PAHALA MEMBUAT KITA MASUK NERAKA...KALAU NERAKA PILIHAN KITA...TERPULANGLAH..NI KESAN ORANG TAK INGAT KEMATIAN...

Permohonan semakan kehakiman penduduk Gebeng ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara keapda Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi.

Permohonan itu diisytihar "pramatang" atas tiga alasan yang diberikan Hakim Datuk Rohana Yusof.

NONEMahkamah berkata, mahkamah bukan tempat yang betul untuk membuat semakan kehakiman kerana terdapat rayuan belum selesai melibatkan menteri Sains, teknologi dan inovasi yang ditetapkan pada 17 April.

Beliau juga berkata, jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan pada 23 Mac untuk menyiasat standard keselamatan Lynas dan AELB sudah menggantung lesen operasi sementara.

Pada 17 Februari, penduduk berkenaan memfailkan permohonan dengan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, ketua pengarah kualiti alam sekitar dan Lynas sebagai responden.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Januari bagi mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada ketua pengarah kualiti alam sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.
Salahuddin: Kedah tumbang jika gagal tangani krisis
WAWANCARA Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tumbang sekiranya parti itu gagal menyelesaikan krisis kepimpinan yang memuncak Februari lalu, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"NONEItu keyakinan kita. Memang pada waktu itu saya tidak boleh menafikan, bahawa sokongan masyarakat atas pagar dan juga orang Melayu melihatnya dengan agak resah.

"Orang-orang bukan Islam juga melihat, tidak yakin kepada kerajaan negeri. Itu saya lihat serius sewaktu krisis itu berlaku," katanya.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini, ahli parlimen Kubang Kerian itu turut mengakui "teruja dan menerima tekanan yang berat" untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan ekoran dua exco Kedah enggan mengangkat semula sumpah semula ke jawatan itu.

Salahuddin mengulas berhubung hasil dapatan sebuah badan penyelidik bebas yang mendakwa tahap sokongan pengundi Melayu berada pada tahap 50-50 sewaktu krisis itu berlangsung dan masyarakat Cina kurang yakin dengan Azizan ekoran kegagalan DAP mendapat kerusi tambahan.

Dilaporkan dua exco itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh enggan mengangkat semula sumpah sebagai exco kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan, menyebabkan PAS terpaksa mengadakan pertemuan lebih lima jam bagi menyelesaikan masalah itu di Kedah bulan lalu.

Selesai? Ambil masa jawab
Akhirnya kepimpinan PAS memutuskan supaya kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan tersebut. Pada 5 April lalu, mereka mengangkat sumpah semula sebagai exco tetapi portfolio mereka dikecilkan.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, selepas parti itu berjaya menyelesaikan krisis berkenaan, reaksi terhadap keputusan itu "amat baik dan sokongan kembali kepada landasannya semula".

NONE"Jadi saya teruja. Saya rasa senario telah berubah. Cuma kita jangan pandang ringan bahawa inisiatif yang kita buat adalah untuk meyakinkan kembali mereka. Dan yang paling penting, semua pihak yang bertelagah, memegang jawatan kembali," katanya.

Didesak sama ada PAS berjaya menyelesaikan konflik itu, Salahudin kelihatan mengambil masa untuk menjawabnya.

"Saya rasa... Ia selesai. Itu keyakinan kita. Kalau ada perkara berbangkit, kita akan bincang balik. Itu cara dan kaedah (yang diamalkan)," katanya.

Diminta mengulas bukti penerimaan rakyat negeri itu ketika ini, Salahuddin berkata hasil turun ke masyarakat di negeri itu, "mereka sudah menerima" penyelesaian krisis itu sehingga ada yang mengucapkan terima kasih kepadanya.

'Kofi Anan PAS'
Mengulas tanggapan umum yang mendakwa penyelesaian yang dibuat untuk meredakan krisis daripada berlarutan, Salahuddin berkata perkara itu tidak timbul perkara tersebut jika semua pihak bersikap jujur dan percaya kepada hakikat perjuangan.

"Kita orang parti, kita orang perjuangan, kalau kita rasa, apa yang kita buat itu baik sama ada kita terpaksa mengalah, dan terpaksa menerima keputusan itu. Disiplin itu ada dalam jemaah.

"Apa jua keputusan yang dibuat oleh parti atau mana-mana parti dan organisasi, yang penting adalah (akur) keputusan pimpinan. Itu kunci untuk mencapai segala penyelesaian," katanya.

Salahuddin - yang digelar 'Kofi Annan' di kalangan pimpinan PAS ekoraan 'misi damainya' itu - berkata tugas orang tengah bagi menyelesaikan konflik dalam PAS khususnya di kedah, merupakan pengalaman kali keduanya.

Sebelum ini, beliau diminta menjadi orang tengah untuk bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan supaya parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membincangkan 'dua tiga kerat pemimpin' yang bermasalah dalam parti.

Akhirnya muktamar itu dibatalkan dan digantikan dengan satu seminar khas di Taman Melawar, Gombak pada 2009.
Musa: Dakwaan rasuah hanya 'kitar semula'
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan rasuah terhadapnya oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report hanyalah "kitar semula" dan bersifat "semberono".

"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tempoh dua minggu, Sarawak Report yang beroperasi di London membuat dua dakwaan terhadap Musa.

Dakwaan pertama menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya atas dakwanya mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah.

Sarawak Report mendakwa mempunyai dokumen SPRM - yang bocor daripada siasatan terhadap Chia, hartawan balak yang selalu didakwa sebagai rakan Musa - bagi mempertahankan dakwaannya.

Dakwan kedua melibatkan dakwaan anak Musa - Mohammed Hayssam dan Hazem - didakwa menerima suapan daripada Chia.

Laman itu mendakwa mempunyai dokumen rahsia daripada SPRM dan rakan di Hong Kong bagi menyokong dakwaan itu.

Sarawak Report mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan meneruskan kes itu.
8 dewan himpunan Cina sokong Himpunan Hijau
Lapan dewan perhimpunan Cina daripada lapan negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 3.0 dan mengajak orang ramai hadir ke KLCC, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Dewan itu yang memayungi kebanyakan persatuan Cina di negeri masing-masing menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini - tindakan yang jarang berlaku sebelum ini.

Dewan terlibat daripada Kuala Lumpur dan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

"Tanpa dijangka, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan baru-baru ini mendedahkan bahawa Lynas diberikan lesen mengimport bahan mentah dan sisa simpanan sementara. Kami akan kecewa berhubung perkara ini.

"Oleh itu, kami mengajak semua rakyat dariapda seluruh negara yang peduli terhadap isu alam sekitar untuk hadir dalam perhimpunan 28 April di KLCC, untuk menyatakan muafakat masyarakat sivil menolak bahaya alam sekitar," kata kenyataan itu.
PKR: Jelaskan kelewatan rayuan pembunuh Altantuya
PKR hari ini menuntut jawapan mengapa rayuan Chief Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - dilewat-lewatkan sehingga lebih tiga tahun.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

hindraf to palace 250408 n surendranMereka dituduh membunuh Altantuya antara jam 10 malam pada 10 Oktober dan 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Puncak Alam, Shah Alam.

"Kelewatan kes rayuan yang menjadi perhatian umum lebih daripada tiga tahun ini bukanlah amalan biasa dan tidak boleh diterima," kata Naib Presiden PKR N Surendren dalam satu kenyataan harin ini.

Kes pembunuhan ini mendapat perhatian dalam dan luar negara, dengan dakwaan penglibatan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang merupakan orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Abdul Razak dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu, tetapi dibebaskan daripada pertuduhan selepas itu.
BERSIH: SPR tanding p'raya kalau berani
BERSIH hari ini mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam pilihan raya jika suruhanjaya itu mendakwa mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

"SPR bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Mereka tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Jika mereka ingin bercakap tentang perkara itu (isu sokongan majoriti), minta mereka bertanding dalam pilihan raya," kata anggota jawatankuasa pemandu BERSIH P Subramaniam.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang berulang kali mendakwa pengkritiknya tidak mendapat sokongan majoriti.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mendakwa SPR masih mendapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia.

Sebagai respons kepada desakan supaya beliau meletakkan jawatan, Wan Ahmad dilapor menggesa BERSIH menghormati suruhanjaya yang dilantik yang Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan dalam perlembagaan.


سُوۡرَةُ الزّلزَلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا (١) وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢) وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا (٥) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٦) فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨) 

Surah Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)
SPR: P'raya umum ke-13 akan sengit
Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah BN sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di Sibu Khamis sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

- Bernama
BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda
BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.

NONEDalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.

BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia.
Perniagaan kecil pra-BERSIH 3.0 bermula
Sejurus selepas tarikh BERSIH 3.0 diumumkan minggu lagu, pelbagai perniagaan kecil, terutamanya penjualan kemeja-T perhimpunan itu kini muncul di Internet.

NONEBukan sahaja 'baju kuning' BERSIH, turut juga dijual kemeja-T hijau kumpulan anti-Lynas yang mahu menjadi "tsunami dalam lautan kuning" di Dataran Merdaka pada 28 April ini.

Semakan di laman sosial Facebook mendapati sekurang-kurangnya lima jenis kemeja-T BERSIH 3.0 dijual dalam perbagai desain, walaupun gabungan itu mengeluarkan kemeja rasmi mereka.

Bagaimanapun, baju-baju yang dijual masih mengekalkan logo sama dan dijual antara RM15 hingga RM30 setiap satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan