Khamis, 19 April 2012

PE DE HAIRAN...PASAL SEMBELIH2...HUKUM ALLAH@HUDUD PUN KENA SEMBELIH..MUNGKIN MEREKA MEMILIH DERHAKA PADA ALLAH..ORANG DERHAKA MASUK NERAKA LAH

Kerajaan 'sembelih diri' jika bentang RUU GST

Salmiyah Harun, 18 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 18 April: Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas dikatakan sidang terakhir sebelum PRU ke-13, dan esok adalah hari terakhir pembentangan dan perbahasan rang undang-undang. Bagaimanapun sebanyak sembilan rang undang-undang masih belum dibahaskan lagi, di mana antara rang undang-undang tersebut akan menjadi perhatian umum.
Rang undang-undang berkenaan yang dijangka menjadi perbahasan hangat termasuklah Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, rang undang-undang kesalahan pilihan raya dan rang undang-undang institusi-institusi pelajaran (tatatertib) pindaan 2012.
Kesemua sembilan rang undang- undang berkenaan dijangka akan dibahaskan dan diluluskan esok hari.
Namun, untuk rang undang-undang yang terakhir iaitu rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat bantahan rakyat dijangka tidak akan dibentang di dewan esok.
Perbahasan rang undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 berlangsung sehingga dewan ditangguhkan jam 10.30 malam ini.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, rang undang-undang GST tidak akan dibentang sebelum PRU ke-13 berlaku walaupun rang undang-undang itu disenaraikan dan bakal dibahaskan esok.

"Kerajaan tidak akan bentang rang undang-undang GST, kalau dia bentang umpama sembelih diri sendiri," katanya ketika ditemui.

Timbalan menteri diberi warning akan ditampar

http://msomelayu.blogspot.com, 18 Apr 2012
Wah hebat perebutan calon dalam parti Umno Kelantan sampai ada timbalan menteri diberikan warning akan ditampar. Kenapa belum apa-apa lagi sudah ada tawaran tampar menampar? Tentu kalau menjelang pilihan raya nanti ada yang kena tampar sesama sendiri.

Ceritanya begini seorang timbalan menteri dipanggil untuk mengisi satu program parti di sebuah kawasan di Kelantan. Timbalan menteri in tidak tahu masalah dan apa yang sedang bergelumang di kawasan berkenaan. Dia hadir seperti biasa sebagai pemimpin Umno bertaraf timbalan menteri dari Kuala Lumpur untuk membantu kawan.

Beliau datang ikhlas kerana hendak membantu kawannya itu. Kebetulan pula kawan itu pernah duduk dalam satu gerakan yang waktu itu diketuai Anwar Ibrahim. Kedua-dua mereka bakal calon dan timbalan menteri muda itu berketuakan Anwar dan merupakan kawan akrab Anwar.

Kawan timbalan menteri itu sudah pun diura-urakan akan dipilih menjadi calon kerusi parlimen. Perkara itu sudah pun diumumkan oleh TPM, Udin anak Yassin maka individu berkenaan mulalah membuat kerja untuk menggerakan parti dan berkempen.

Malangnya ada individu di bahagian berkenaan kurang senang dengan pemilihan kawan timbalan mernteri itu. Dia marah kerana pemilihan itu tidak dimaklumkan kepadanya dan juga seakan mencabar kedudukannya sebagai ketua bahagian. Pemilihan kawan timbalan menteri itu dikira membelakangnya.

Kenapa beliau marah kerana sudah lama bergerak untuk parti dan sudah banyak wang habis. Tiba-tiba nama orang lain ditonjolkan, jadi marahlah dia.

Apabila dia tahu timbalan menteri itu ke bahagiannya dan sedang minum pagi di rumah bakal calon itu, tanpa mengundangnya sama, ketua bahagian berkenaan dikatakan menghantar SMS kepada timbalan menteri itu memberi warning agar tidak hadir ke program yang diaturkan. Katanya SMS itu berupa amaran kalau timbalan menteri itu hadir juga, dia akan ditampar.

Kerana takut kepada amaran itu maka timbalan menteri berkenaan tidak menghadiri apa-apa program yang diaturkan pada hari itu. Jadi pemergian timbalan menterti itu hanya tidak lebih dari untuk berjumpa kawannya itu dan makan tengah hari di rumahnya.

Aduh sampai ke situ ke Umno macam mana nak menang kalau macam ni? [wm.kl.2:39 pm 18/04/12]

Umno tiada kredibiliti pertikai Unisel

Muhamad Affandi Abdul Malik,
Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.

Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama Umno termasuk Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepad Unisel dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.

Biro mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan Unisel dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS)  dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.

Biro mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai  isu  penubuhan Unisel yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini.Kontrak pembinaan Universiti yang diberikan atas dasar 'Build Operate Transfer' (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir RM300,000 untuk kos sewa bangunan setiap bulan.Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan  milik keluarga dan kroni kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit.Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.

Biro mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman RM150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu.Perjanjian pinjaman  dengan bayaran balik bulanan RM2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan dizaman pemerintahan Umno Barisan Nasional terhadap Unisel seolah-olah 'melacurkan' institusi pengajian tinggi dinegeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda  dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.

Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin Umno yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK.

Mohd Sabu dalam Paluan Gendang PRU13 di Sabah

Mohd Firdaus, 18 Apr 2012
KOTA KINABALU, 18 April: PAS Negeri Sabah mengalu-alukan kehadiran beberapa pimpinan pusat ke negeri ini bagi bersama dalam program Paluan Gendang Pilihanraya Umum ke-13 peringkat Negeri Sabah pada Sabtu, 21 April ini.

Ketua Penerangannya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kehadiran beberapa pimpinan utama pusat merupakan satu peluang yang disediakan kepada rakyat Sabah dalam mengenali lebih dekat kepimpinan utama PAS selain memahami dan mengetahui perjuangan yang dibawa oleh PAS khususnya di negeri ini.

“Sesungguhnya, rakyat Sabah sudah tidak sabar untuk bertemu secara dekat kepimpinan utama parti.

“Paluan gendang ini bukanlah semata mahu menyatakan kepada rakyat mengenai petanda pilihanraya itu sudah hampir, tetapi lebih kepada menyampaikan apa yang rakyat tidak faham dan tidak tahu apa itu PAS. Kehadiran pimpinan ini bakal membuka peluang dan ruang yang lebih besar dan baik untuk rakyat mengetahui sejarah dan perjuangan PAS, lebih-lebih di Sabah ini,” ujar beliau.

Kehadiran pimpinan pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabah itu turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib; Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli; Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Masagus dan beberapa pimpinan pusat yang lain.

Menurutnya, beberapa aktiviti rakyat turut diadakan di kawasan Kota Kinabalu seperti Hi-Tea bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah, Futsal Pemuda, Edar Risalah dan sebagainya.

Di Kota Belud, yang menjadi lokasi pilihan dan utama program ini turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada rakyat, Jamuan Rakyat dan aktiviti kemuncaknya ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh pimpinan pusat dan negeri.

Pensyarah politeknik KPT dalam dilema?

Dr Rajiee Hadi,
SEBELUM politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti berpindah 'rumah' ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), institusi pendidikan yang berorientasikan teknikal dan vokasional ini 'duduk sebumbung' di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM)di Bahagian Teknik dan Vokasional KPM.

Sebelum penulis menyentuh mengenai nasib,hala tuju dan masa hadapan para pensyarah Politeknik-Politeknik KPT , penulis sukalah menyingkap senario sejarah tercetusnya mengenai cuti tahunan para Ketua Pejabat  (Guru Besar, Pengetua, Pengarah) yang mengepalai sekolah rendah,sekolah menengah, maktab/politeknik KPM ketika itu.

Penulis  ketika itu turut menganggotai sebagai Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat.

Ahli majlis ini di samping dianggotai oleh pengarah-pengarah pelajaran negeri (pendidikan), ketua-ketua bahagian KPM, ianya turut dianggotai oleh presiden-presiden dan setia-setia usaha persatuan/kesatuan perguruan kebangsaan.

Seingat penulis, isu cuti tahunan timbul ketika membahaskan beban kerja ketua-ketua pejabat atau pentabiran di institusi pendidikan khususnya di sekolah-sekolah dan tuntutan elaun beban kerja atau kerja lebih masa yang turut dibangkitkan oleh Majlis Guru-Guru Besar dan PKPSM (badan mewakili pengetua-pengetua sekolah menengah; termasuk pengetua maktab, politeknik dan kolej komuniti sebelum dinaik taraf kepada 'pengarah').

Dipendekkan cerita, isu tersebut dipanjangkan dengan menyediakan kertas kerja /proposal ke JPA. Alhamdulillah, JPA meluluskan tuntutan elaun kerja masa (penulis tidak pasti mungkin termasuk elaun tanggung kerja atau pangku kerja dan seumpamanya.

Ketua-ketua pejabat ini (termasuklah semua guru besar, pengetua dan pengarah maktab/politeknik ketika itu) mendapat nikmat faedah dengan syarat cuti persekolahan yang selama ini dinikmati oleh guru-guru/pensyarah di KPM diganti dengan CUTI TAHUNAN sama seperti penjawat awam yang bukan guru/pensyarah KPM. Senario inilah yang banyak tidak diketahui oleh kebanyakan warga KPM dan KPT.

Apabila politeknik/kolej komunti 'berpindah' ke KPT, rata-rata para pensyarahnya menjangkakan prospek mereka juga dinaiktarafkan seperti para pensyarah di IPTA yang bernaung di bawah KPT. penulis dimaklumkan pada mulanya para pensyarahnya juga turut menjangkakan  budaya kerja seperti semasa di bawah KPM.

Bahkan mereka juga menjangkakan peluang kenaikan pangkat dan elaun-elaun sama seperti di IPTA khususnya para pensyarah yang telah memiliki ijazah lanjutan sarjana dan PhD seperti mana rombakan yang dilakukan kepada lPSI/MPSI yang bertukar UPSI dahulu.

Namun ironinya dan amat menyedihkan para pensyarah politeknik (yang kononnya setaraf IPTA) diberitakan mengikut kerja waktu pejabat (punch card 8.00 pagi- 5 petang; ada juga mengikut waktu anjal). Mereka juga bukan hanya tertumpu kepada kerja-kerja akademik (p & p) tetapi dibebankan juga dengan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran.

Namun demikian yang menyedihkan ketika teman-teman sejawat mereka yang berada di KPM menikmati peluang prospek kenaikan pangkat yang lebih baik seperti mana yang diumumkan baru-baru ini oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia , nasib para pensyarah politeknik terumbang-ambing dan seakan 'samar dan kelabu' tidak menentu.

Bahkan juga mereka yang memiliki ijazah lanjutan bagaikan tidak dipedulikan; tidak seperti teman-teman sejawat mereka di maktab-maktab perguruan yang kini telah dinaiktarafkan sebagai IPGM yang setaraf IPTA.

Justeru, penulis tidak pasti adakah nasib para pensyarah politeknik ini dibela dan mendapat perhatian daripada kepemimpinan atasan khususnya YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohd Khaled Nordin? Adakah  para pensyarahnya masih menjadi ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan beberapa persatuan/kesatuan perguruan/pendidikan kebangsaan yang lain?Adakah ahli-ahli yang telah 'berpindah' ke KPT ini masih boleh mendapat pembelaan?

Jika ada para pembaca budiman khususnya para pensyarah politeknik yang berstatuskan ahli mana-mana persatuan/kesatuan pendidikan sila ajukan atau laporkan kepada persatuan/kesatuan masing-masing.

Cadangan penulis adalah baik juga para pensyarah politeknik sendiri menubuhkan kesatuan kakitangan akademiknya seperti mana yang telah sedia wujud di IPTA bagi menjamin hak-hak mereka selaku kakitangan akademik. lngatlah 'zaman pecah dan perintah' sudah berlalu. Bersatu itu teguh!

Keprihatianan pihak KPT meninjau dan mengambil perhatian kebajikan para pensyarah KPT amatlah dialu-alukan dan disanjung tinggi demi mencapai matlamat KPT ke arah pendidikan teknikal di peringkat global.

1Malaysia gagal atasi penempatan pendidik

Salmiyah Harun, 18 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 18 April: Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) menggesa pihak kerajaan dan pembangkang menyediakan pelan alternatif bagi mengatasi masalah penempatan graduan Ijazah sarjana Muda Pendidikan (IMSP) 2011 yang masih tidak berjaya diselesaikan sehingga kini.

Menurut Pengerusinya, Abdullah Mohd Yusoff, masalah penempatan graduan pendidik ini bukanlah perkara baru bahkan akan berlarutan apabila status graduan IMSP 2012 juga sedang berhadapan masalah yang sama.

Gabungan tersebut mengambil tindakan demikian selepas masih belum ada tindakan positif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahupun Kementerian Pengajiian Tinggi (KPT) berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Mereka turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap kelewatan penempatan selaras dengan slogan 1Malaysia iaitu rakyat didahukan pencapaian diutamakan dalam meningkatkan kecekapan proses yang berlaku.

"Kerajaan dan pembangkang agar memberi perhatian khusus terhadap tuntutan mahasiswa pendidik kerana mereka ini juga sebahagian pengundi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

GMPK juga meminta kerajaan menyediakan satu plan bagi menguruskan lambakan guru opsyen sains dan matematik yang diisytihar kerajaan selaras dengan kempen yang dicanangkan sebelum ini terhadap kualiti pendidikan negara.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar atas oleh Suara Keadilan) GMPK turut menuntut agar kementerian mengeluarkan surat pemakluman berkaitan tuntutan elaun bagi guru praktikal selaras dengan surat pekeliling JPA bertarikh 24 Ogos 2011 bagi menyelaraskan maklumat kepada semua peringkat Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.

Sebelum ini, GMPK telah menyerahkan resolusi konvensyen yang diadakan pada Disember 2011 berhubung masalah itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi malangnya masih tidak berjaya diatasi.

Awal November tahun lalu, graduan ISMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan demonstrasi menuntut diberi penempatan dan membantah kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI supaya "cari kerja lain".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan