Selasa, 10 April 2012

LEMBU OH LEMBU...JANGAN RAKYAT JADI LEMBU DAH...KENA AMBIK SUSU SERTA KENA TUNGGANG

Di samping krisis bola Annuar Musa

Subky Latif, 09 Apr 2012
TAN Sri Annuar Musa membayar harga begitu mahal gara-gara krisis bola dengan FAM. Dia terpelanting dari jawatan pimpinan ketiga penting dalam badan induk persekutuan bola negara. Dua tahun setengah terlucut dari sebarang hubungan dengan bola.
Krisis bola Annuar ini tidak sekadar menyangkut tentang pengendalian urusan bola itu saja, tetapi boleh terpalit juga sedikit sebanyak mengenai adabnya dengan keberadaan Presiden FAM sebagai seorang penyandang takhta.

Annuar dalam sejarah politiknya cuba menampilkan diri sebagai seorang membebaskan diri dengan pertautan kepada istana. Agak keterlaluan saya andaikan dia seorang republikan. Zahirnya republikan itu bukan adab orang Melayu sejati yang mesti beraja.

Amat payahlah bagi politik orang Melayu apabila ditohmah bercanggah laku dengan istana dan orang-orang yang dekat dengan istana. Mudah dicap derhaka dan sebagainya. Politik orang Melayu amat mudah mengata orang itu derhaka atau tidak  suka raja. Ia jadi mainan murah politik.

Tetapi Annuar ada sejarah tidak mahu terikat sangat dengan bau istana ini.

Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu. Ku Li bukan sekadar ditaati UMNO sebagai pemimpin UMNO yang disegani oleh semua, tetapi sesama pemimpin UMKNO itu sendiri silu kepadanya kerana darah rajanya yang pekat dan kedudukannya yang sangat dekat dengan pemegang takhta.

Berbeza pandangan dengannya bukan sekadar bermasalah kesetiaan kepada pemimpin UMNO tetapi boleh menyentuh adab beraja. Begitulah tebalnya pegangan orang Melayu dengan  raja seperti resam individu tertentu Selangor sekarang.

Annuar dalam memanjat tangga ke puncak politik UMNO telah berjaya memulakan membebaskan diri dari bertaut sedia dengan putera raja yang amat berkuasa dalam UMNO Kelantan masa itu. Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja.

Sekali pun Ku Li membawanya ke tengah tetapi dia juga tenaga utama ke depan melemahkan bisa dan sengat Ku Li sebagai pimpinan penting UMNO.

Adab Annuar lebih menggemparkan lagi ialah menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan.

Dengan tindakan Annuar itu dia tidak dimasyhurkan sebagai penderhaka, tetapi dia muncul sebagai seorang yang berpendirian bebas dan longgar dalam hubungannya dengan istana.

Walau pun adabnya dengan raja dan orang berdarah raja itu longgar tetapi dia tidak boleh dikata republikan. Jika dia republikan dia tidak terima anugerah bintang Tan Sri dan dia tidak ada duduk dalam mana-mana badan yang Sultan menjadi ketuanya.

Kerana dia juga orang Melayu yang menerima raja, dia sedia jadi salah seorang pimpinan penting FAM yang dipengerusikan oleh Sultan Pahang. Oleh kerana Sultan Pahang menjadi Presidennya, maka hubungan setiap pemimpin persatuan itu samalah seperti adab mana-mana rakyat dengan rajanya.

Tingkat keselamatan industri petroleum

Buletinonline, 09 Apr 2012
DUNGUN, 9 April: Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas, diminta meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh dan Paka dekat sini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata ia bagi mengelakkan kejadian pekerja selenggaraan terhidu gas ammonia yang berlaku pada Khamis 5 April lalu berulang kembali.

“Kita harap kerajaan dan Petronas dapat mengambil tindakan proaktif,  langkah-langkah pencegahan dan keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan industri,

“supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali pada masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa kejadian terhidu gas tersebut di Hospital Dungun, di sini. (Gambar)

Menurutnya, pada Khamis malam, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas bagi mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, beliau dimaklumkan seramai 27 orang mangsa terbabit telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Paka dan kemudian dihantar ke hospital Dungun bagi menerima rawatan lanjut.

Oleh itu, beliau berkata, pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Bagaimanapun, Petronas dilaporkan telah menafikan kejadian pelepasan ammonia di Kerteh pada 8.30 malam Khamis itu adalah berpunca dari mana-mana lojinya.

Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Dalam kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.

Oleh itu, Ustaz Wan Hassan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Turut melawat mangsa di Hospital Dungun adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Setiausaha NGO Waris, Naraza Muda.

Selagi Raja itu rasa mahu berkhidmat lagi, maka tiadalah sesiapa bercadang untuk bersaing dengan baginda untuk menjadi pemimpin alternatif. Sekali pun persatuan bola itu menjunjung semangat dan amalan demokrasi, maka masing-masing memberi kesetiaan kepada demokrasi itu sama seperti kesetiaan kepada Raja.

Jika pemimpin persatuan tidak bercakap di luar tentang masalah dalaman bola disebabkan oleh disiplin pertubuhan, tetapi ia juga begitu disebabkan oleh adab Melayu beraja tadi.

Tetapi Annuar yang mungkin sifat semula jadi tidak dibelenggu oleh adab-adab yang ketat itu, maka dia tidak terikat dengan adab yang dikatakan menjadi darah daging orang Melayu itu.

Ia boleh menimbulkan berbagai andaian lagi mengapa Annuar mengkritik perjalanan dan urusan bola yang secara langsung dan tidak langsung menegur perjalanan pimpinan Sultan Ahmad Shah, tetapi kita juga patut memahami bahawa dia adalah seorang yang longgar dengan adab tertentu Melayu itu.

Apa yang dihadapinya ialah kerana mengamalkan kepercayaan dan amalan demokrasi yang difahaminya dan yang dipercayainya.

Waris dakwa Ketengah gagal bela penduduk

Harakahdaily, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) mendakwa nasib masyarakat di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak dibela kerajaan.

Presidennya, Roslan Ismail berkata, masyarakat di sana sejak sekian lama berdepan masalah tiada sumber pendapatan akibat kegagalan projek yang diusahakan pihak Ketengah.
[Gambar: Roslan (tengah) bersama Mahfuz pada sidang di lobi Parlimen.]
Antara kegagalan yang boleh dilihat termasuk kilang IKS yang kini kosong, pangkalan bot Tasik Kenyir yang tidak berfungsi, kilang playwood yang tidak beroperasi, ladang kedondong yang tidak menjadi serta ladang misai kucing yang tidak membuahkan hasil.

Paling menyedihkan katanya, Kolej Ketengah yang menelan belanja lebih RM10 juta yang beroperasi sejak 2002 kini hanya ada 18 pelajar dan 16 pekerja.

Kegagalan projek-projek ini ujarnya telah menyebabkan masyarakat di dalam kawasan Ketengah tidak mempunyai pekerjaan seperti dijanjikan.

Meletakkan keadaan ini berpunca dari kegagalan Ketengah yang telah tersasar dari matlamatnya, Roslan bersama 10 rakanya tampil menyerahkan memorandum 12 tuntutan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan pihak Pakatan Rakyat.

Antara kandungan memorandum itu menuntut Ketengah menghapuskan hutang rumah rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan menyediakan pekerjaan alternatif kepada penduduk.

Mereka juga mahu Ketengah menyediakan sekurang-kurangnya 6 ekar tanah kepada setiap keluarga penduduk kekal sebagai ganjaran atas kesanggupan mereka untuk mendiami bandar Ketengah tanpa jaminan pekerjaan.

Selain itu mereka mendesak Ketengah menyediakan lot-lot tanah siap geran untuk generasi kedua dan ketiga.

Mereka juga menggesa Ketengah mengkaji semula peranan anak-anak syarikat agar tidak menjadi pesaing kepada peniaga tempatan.

Pada 27 Mac lalu, Waris telah merancang untuk menyerahkan memorandum sama kepada Ketengah, namun ianya kemudian dibatalkan selepas pihak Ketengah tidak membenarkan kesemua wakil mereka masuk untuk berbincang.

Katakan tidak kepada perang dan sekatan ke atas Iran

Mohd Azmi Abdul Hamid , 09 Apr 2012
Kami, gabungan pertubuhan masyarakat madani dan individu yang prihatin, mengutuk sekeras-kerasnya gertakan dan ancaman Amerika Syarikat dan Israel untuk menyerang Iran. Kami amat kesal sekatan yang dikenakan oleh Amerika ke atas rakyat Iran dan tekanan kepada negara-negara lain untuk memutuskan hubungan dagangan dan urusan ekonomi secara langsung dengan Iran.


Alasan yang diberikan oleh Amerika dan Israel atas tindakan zalim dan melanggar norma undang-undang antarabangsa ini adalah bertujuan untuk menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear.


Tuduhan oleh Amerika, Israel dan sesetengah negara Eropah bahawa Iran sedang membina senjata nuklear ternyata tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Beberapa laporan daripada agensi intelijen Amerika dan Israel secara mutlaknya menyebut bahawa Iran tidak membina senjata nuklear dan tidak membuat keputusan untuk melakukannya.


Walaupun pemeriksaan secara extensif dilakukan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA), mereka tidak menjumpai bukti yang jelas bahawa Iran sedang membina senjata nuklear. Pada tahun 2007, Ketua Pengarah IAEA, Dr. Mohammad El-Baradei pernah berkata bahawa “Kami tidak mendapati apa-apa aktiviti yang tidak diikrarkan atau program pembinaan senjata”.



Walaupun kenyataan muktamad El-Baradei menyatakan bahawa Iran tidak terlibat dalam pembinaan senjata, Ketua Pengarah IAEA yang baru, Yukiya Amano berkata bahawa Iran mungkin berekperimentasi dengan kajian ketenteraan sebelum tahun 2004 dan ini mungkin berterusan. Kenyataan ini bersifat spekulatif dan tidak didasarkan kepada bukti kukuh serta dibuat dalam keadaan Amerika sedang bersiap-siap untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat ke atas Iran.


Menurut sumber WikiLeaks, selepas Amano dilantik ke jawatan Ketua Pengarah IAEA, belia merakamkan ucapan terima kasih kepada Amerika kerana menyokong pencalonan beliau dan memberikan jaminan bahawa beliau akan solid menyebelahi Amerika dalam setiap keputusan penting, daripada perlantikan personal di tahap tertinggi kepada pengendalian kes pertuduhan program senjata nuklear ke atas Iran.


Di bawah kepimpinan Amano, IAEA seolah olah menjadi alat Amerika dan Israel dalam mencapai matlamat geo-politik mereka. Amano telah menggadaikan prinsip kemandirian dan integriti IAEA, oleh itu beliau harus meletak jawatan.


Pada tahun 2007, sepatutnya pemeriksaan ke atas program nuklear Iran dimuktamadkan namun Amerika dan Israel mempunyai alasan tersendiri untuk meneruskan pemeriksaan ini di bawah Majlis Keselamatan PBB. Dengan memanipulasi isu nuklear mereka berhasrat untuk melakukan ‘regime change’ di Iran seperti mana yang mereka lakukan di Iraq. Iran disasarkan untuk agenda ‘regime change’ adalah semata-mata kerana mereka menentang hagemoni Amerika dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.


Pada Februari 2012, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin menuduh Barat sengaja ingin melakukan perubahan regim atas helah untuk menghentikan percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).


Sikap hiprokit dan ‘double standard’ Barat amat ketara.


Israel secara diam-diam membina dan memproses lebih daripada 200 senjata nuklear beserta sistem penghantaran yang sofistikated melalui jalan air, lautan dan darat. Israel bukan anggota kepada Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT), maka ia tidak tertakluk kepada pemeriksaan IAEA, sementara Iran adalah tertakluk kepada pemeriksaan IAEA.


Israel telah melakukan tindakan agresif kepada negara-negara jiran dengan berulang kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklear. Sewaktu Amerika memejamkan mata kepada tindakan negara samseng ini bercanggah dengan undang-undang, dalam masa yang sama mereka mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Iran hanya kerana menjalankan hak mereka untuk memperkayakan uranium bagi tujuan menghasilkan tenaga dan perubatan.

Sekatan ini menurut Gary Ackerman, Ahli Kongres Amerika adalah berniat untuk melumpuhkan dan memusnahkan ekonomi Iran yang akhir menyebabkan rakyat Iran akan tertekan dan bangkit untuk membuang pemerintah yang sedia ada. Jika melalui jalan ini gagal, maka jalan perang akan diambil yang akhir menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kemeruduman ekonomi global.


Ancaman perang dan memaksakan sekatan ekonomi ke atas negara yang berdaulat merupakan satu jenayah undang-undang antarabangsa malangnya masyarakat dunia tidak melakukan sesuatu untuk menghalang tindakan tidak bertamadun ini. Sebaliknya banyak negara negara berkerjasama dengan Amerika untuk menghancurkan ekonomi Iran yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan yang teramat sangat di pihak rakyat Iran.


Satu tragedi yang amat memalukan apabila negara OIC seperti Arab Saudi dan negara teluk yang sepatutnya membantu Iran bersesuaian dengan Piagam OIC, sebaliknya menyokong usaha sekatan ekonomi tajaan Amerika ke atas Iran. Kami memuji usaha dan keputusan daripada mesyuarat negara BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan untuk tidak menyokong tindakan sekatan ini dan berhenti mengimport minyak Iran.


Pertubuhan masyarakat madani harus bangkit menentang keangkuhan Amerika dan Israel dengan memobilasi masyarakat untuk menentang ancaman perang terhadap Iran dan memecahkan sekatan ekonomi Amerika.


Kami menyeru:

1.   Kerajaan Malaysia untuk menarik balik arahannya kepada Petronas untuk berhenti untuk mengimport minyak dari Iran dan mempromosikan jualan minyak sawit dan produk-produk penting kepada Iran.
2.    OIC

·         Mengutuk ancaman perang Amerika-Israel terhadap Iran dan menyeru semua ahlinya membantah seruan Amerika untuk sekatan ekonomi dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Iran.

·         Memulakan inisiatif di PBB untuk menghalang ancaman perang dan membuang sekatan ekonomi Amerika.


3.    Dewan perniagaan, kesatuan sekerja, pertubuhan kebudayaan; keagamaan; pendidikan; pelajar dan belia, dan Ngo di Malaysia dan Indonesia untuk terus mara melakukan hubungan dan aktiviti solidariti bersama dengan rakan-rakan di Iran.


4.    Rakyat Malaysia dan Indonesia harus terus membeli produk Iran dan memboikot produk Amerika sebagai tanda sokongan kepada rakyat Iran.


5.    Ngo dan para pelajar  disarankan menganjurkan pertemuan dan kempen untuk mendidik masyarakat awam dan pembuat dasar berkenaan konflik ini dan memobilasi sokongan massa untuk menghalang perang dan menamatkan sekatan.


Dipersetujui bersama oleh:
Citizens International
Universal Justice Network
TERAS
ABIM
Sekretariat Majils Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY)
Citizens Want Peace , Indonesia
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
Ilmuan
Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS)
Teachers Working Group , Indonesia
PAHAM Keadilan , Indonesia
Prihatin Malaysia
Assyakirin Network of Friendship
Warga Muafakat NGO Islam Kedah (WEHDAH)
Strategic Point , Indonesia
Perantau
MP YB Dato Kamaruddin Jaafar
NADI (Nusantara Initiative for Peace and Justice)



Mohd Azmi ilah Kordinator Kempen Katakan Tidak Kepada Perang dan Sekatan Ke atas Iran.

Apabila artis dan sasterawan sertai PAS

Harakahdaily, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.

Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.


(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)

Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.

Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.

Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.

"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.


KLIK UNTUK MENONTON VIDEO UCAPAN AISHAH

PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti

Harakahdaily, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

"Bukan RM 43 bilion  seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap?

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.
Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam  ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual  pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Umno perlu henti politik sempit terhadap profesional

Anis Nazri, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Tindakan Umno mensabotaj sistem pendidikan dan pencabulan ke atas golongan profesional Melayu sangat dikesali kerana ia jelas untuk kepentingan politik parti tersebut.

Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) kecewa kerajaan Umno mengambil tindakan terhadap golongan profesional, khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan hanya kerana sentimen politik sempit.

Katanya, situasi itu berbeza dengan MCA yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat para profesional di kalangan kaum Cina yang terlibat dengan politik.

Pada sidang media, di Dewan Rakyat, pagi tadi, Che Uda menegaskan kaum Cina dilihat lebih realistik dalam membezakan tahap profesional dengan fahaman politik dalam tindakan mereka.

"Kami amat kecewa apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan profesional Melayu hanya kerana dikatakan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya golongan pendidik. Tetapi jika golongan ini terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan Umno, tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka," tegas beliau.

Justeru beliau menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan agar mengasingkan politik sempit dan bersikap profesional terhadap golongan pendidik dengan bersikap adil tanpa mengira fahaman politik.

Che Uda berkata demikian bagi mengulas beberapa kes yang membabitkan golongan pendidik yang dikenakan tindakan seperti dibuang kerja, penukaran tempat kerja tanpa alasan munasabah, disyaki aktif berpolitik pembangkang dan dipotong gaji, walaupun kes masih dalam pertimbangan.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik yang turut serta pada sidang media tersebut menegaskan, masyarakat perlu sedar terdapat golongan yang dihormati tapi diabaikan kerajaan.

Beliau turut kecewa dengan sikap kerajaan yang sering melakukan kezaliman terhadap golongan pendidik, khususnya ketika 'mood' pilihan raya, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

Sebelum itu, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Lajnah Pendidikan PAS Pusat, bertindak menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghentikan tindakan tidak profesional dan penganiayaan kepada warga pendidik bagi memberi impak agar kerajaan lebih berlaku adil kepada mereka.

Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?

Abdul Aziz Mustafa, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.

"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird?

"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.

Dalam ucapannya mengenai TH di Dewan Rakyat pula, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut.

Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird?

"Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird?

"Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif?

"Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya.

TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.

Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.

Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia.

"Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH?

"Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird?

"Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH?

"Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung?

"Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya.

Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH dalam pembinaan kompleks tersebut.

Logo 1Malaysia bukan jaminan tidak diseludup keluar

Anis Nazri, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Logo 1Malaysia yang dilekatkan pada bungkusan gula dan tepung bukan jaminan bahawa dua barangan keperluan tersebut tidak akan diseludup keluar dari negara ini.

Walaupun dilekatkan logo berkenaan, rakyat tahu barangan tersebut merupakan barangan yang disubsidikan kerajaan, dan masih boleh diseludup jika mahu.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar), menegaskan logo 1Malaysia yang diletakkan pada bungkusan plastik gula dan tepung gandum masih boleh diseludup sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab mengoyak palstik berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain.

"Tiada jaminan yang mengatakan logo tersebut tidak akan mencegah penyeludupan.  Mereka masih boleh menukarkan bungkusan dan menyeludup keluar.  Lagipun, kerja mencegah penyeludupan ini kerja Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)," tegas Firdaus ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, pagi ini.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab lisan, Firdaus meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK),  menyatakan rasional mengapa barangan seperti gula dan tepung gandum diletakkan logo 1Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri, Datuk Rohani Abdul Karim berkata langkah meletakkan logo tersebut bagi mencegah berlakunya penyeludupan barangan tersebut ke negara luar.

Sementara itu, Firdaus turut mencabar kerajaan agar menurunkan harga barangan di seluruh kedai di negara ini, termasuk di kedai runcit berbanding mewujudkan kedai 1Malaysia yang didakwa kos pengubahsuaiannya sebanyak RM60,000.

Katanya, bagi seseorang yang ingin mengusahakan Kedai 1 Malaysia, mereka memerlukan RM60,000 yang boleh diperoleh dari pinjaman Bank Rakyat.

Kos tersebut, tambah Firdaus tidak membabitkan kos membawa masuk barangan dan pengangkutan yang dibimbangi mereka tidak mampu bersaing dengan pihak peniaga lain.

Pakatan Rakyat rangka usul batal ISA

Muhammad Faizal, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan satu usul sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan bagi tujuan pembatalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan bahawa dua undang-undang yang akan dibentangkan oleh kerajaan tidak akan terpakai sehingga ia dirujuk kepada rakyat.

"Apa sahaja alasan untuk kita memperkenalkan undang-undang baru walhal sudah ada undang-undang yang cukup ketat untuk kita kawal kegiatan jenayah termasuk pengganas.

"Namun tindakan memperkenalkan undang-undang baru tidak akan terpakai sekiranya ia tidak merujuk kepada rakyat (rundingan awam)," jelasnya.

Tambahnya lagi, apa yang akan dibentangkan olehnya di Parlimen nanti berkenaan pemansuhan ISA tidak memerlukan rundingan awam.

"Kita nak mansuh maka tidak memerlukan pendengaran awam, kalau kita nak pinda baru perlu rundingan awam sebab itu hak rakyat," sambungnya lagi.

Sementara itu, Syed Ibrahim turut berharap Pakatan Rakyat dapat mengenengahkan perkara tersebut di Parlimen.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan sehingga sekarang GMI mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain tidak menerima apa-apa maklumat dari kerajaan mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemansuhan ISA.

"Pada sesi Parlimen yang lepas Najib telah menyatakan bahawa usul untuk memansuhkan ISA hanya akan dibentangkan pada Mac 2012 iaitu sesi Parlimen kali ini.

"Namun sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa maklumat dari Najib berhubung perkara tersebut termasuk juga rundingan awam tentang dua akta penganti ISA, apatah lagi untuk pemansuhan ISA," katanya.

Sebelum itu, GMI turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang untuk diberikan kepada Perdana Menteri yang menuntut tujuh perkara dalam janji Najib terhadap memansuhkan ISA.

Malah GMI akan meneruskan desakan sehinggalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengotakan janji untuk memansuhkan ISA.

Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.
Isu PTPTN: Anwar tak konsisten, kata menteri
Cadangan pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang merupakan perjuangan parti itu untuk golongan berada sahaja.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata PTPTN yang ditubuhkan sejak 1997 itu selama ini telah banyak berjasa kepada golongan kurang berkemampuan tidak boleh dimansuhkan kerana hanya saluran itu yang mampu membantu golongan tersebut.

"Saya rasa cadangan pembangkang yang mahu hapuskan PTPTN ini merupakan petanda bahawa mereka mahu memperjuangkan golongan berada seperti mereka bina rumah di Pulau Pinang di mana harganya mahal yang tidak mampu dimiliki oleh orang miskin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 1 Tahun 2012 di Kuantan, hari ini.

Katanya sekiranya tiada PTPTN, pelajar-pelajar miskin yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak berpeluang untuk menyambung pengajian mereka ke menara gading.

Beliau berkata PTPTN bukan hanya membantu anak-anak bumiputera dan Melayu sahaja, tetapi pelajar bukan bumiputera dan kaum lain turut menikmati manfaat daripada tabung berkenaan.

"PTPTN merupakan landasan masa depan pelajar-pelajar ini untuk membantu ibu bapa mereka kelak dan adalah tidak wajar sekiranya ia dihapuskan," katanya.

Mohd Shafie berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai apabila mencadangkan pemansuhan PTPTN itu sedangkan beliau salah seorang pengasas penubuhan tabung itu iaitu ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1997.

"Anwar tidak konsisten dan bila orang tidak konsisten dari segi kata dan perilaku, kita tidak boleh percaya dan yakin padanya," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai proses pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata segala keputusan itu akan ditetapkan sendiri oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya calon dipilih nanti bukan sahaja mewakili parti tetapi turut diterima rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah mereka.

"Bagaimanapun saya menganggap persiapan PRU-13 kali ini cukup baik dan bersedia pada bila-bila masa berbanding pilihan raya umum sebelum ini," katanya.

- Bernama
Bapa Altantuya nafi dibayar agar tutup mulut
Bapa kepada Altantuya, Setev Shaariibuu, menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar wang supaya mendiamkan diri berhubung kes pembunuhan kejam anak sulung itu.

Professor di universiti Mongolia itu menegaskan, beliau tidak menerima sesen pun daripada kerajaan Malaysia.

Beliau berkata demikian melalui seorang jurubahasa dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Setev mengulas khabar angin yang timbul sejurus selepas seorang tertuduh dalam kes tersebut, Abdul Razak Bagida di bebaskan daripada semua tuduhan berhubung pembunuhan tersebut.

Perbicaraan itu mengemukakan fakta Altantuya telah ditembak mati dan diletupkan menggunakan bahan letupan tentera oleh dua orang pegawai Unit Tindakan Khas pada 2006
TPM: Hapus pinjaman tak bertanggungjawab
Cadangan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan hanya menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.

"Bercakap memang mudah sebab dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim)  bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab.

"Mereka yang berhutang dengan PTPTN mungkin suka, tapi ini akan menyebabkan masalah besar...jangan fikir keuntungan jangka pendek sahaja," katanya kepada pemberita di Bangi hari ini.

Beliau menegaskan sedangkan janji yang diberikan pembangkang semasa pilihan raya lepas pun masih banyak belum ditunaikan.

Mengenai kenyataan Anwar dalam satu laporan portal bahawa beliau yakin BN tidak akan berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata apa yang penting ialah apa pendapat rakyat mengenai pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu.

"Apa yang mustahak sekarang ialah apa rakyat di Selangor fikirkan, apa yang mereka fikirkan mengenai kerajaan negeri sedia ada, adakah mereka berpuas hati," katanya.

Muhyiddin berkata BN sedar akan berdepan cabaran besar di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah.

Beliau berkata BN tahu yang dimahukan oleh rakyat Selangor dan menurutnya mereka adalah pemilih yang dipentingkan oleh BN.

- Bernama
Isu lesen balak: Anifah nafi disiasat SPRM
Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.
Menteri: Peluang Melayu terjejas jika mansuh pinjaman
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan pinjaman yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menjejaskan peluang golongan Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Khalid berkata, pemansuhan pinjaman itu akan menyebabkan pelajar kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup di kampus.

Katanya komponen terbesar dalam pinjaman yang ditanggung siswa itu adalah untuk kos sara hidup, dan bukannya untuk bayaran yuran pengajian.

Khaled bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar.
Bahaya meritokrasi
Tambahnya, pemansuhan yuran itu akan menyebabkan berlaku persaingan sengit di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diberikan subsidi yuran sehingga lebih 90 peratus.

"Dalam hal ini, perlu ada asas yang tepat siapa patut dapat masuk, apatah lagi ini percuma. Jadi mereka akan gunakan meritokrasi," katanya yang memberi contoh sistem pendidikan tinggi percuma yang diamal di Singapura, Chile dan Argentina.

"Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang.

"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi.
Bimbang nasib IPTS

Isu berkenaan juga menjadi tumpuan utama akhbar Berita Harian hari ini yang turut memetik kenyataan Khaled mengenai kebimbangannya ke atas nasib IPTS sekiranya pinjaman tersebut dihapuskan.

"Pelaksanaannya juga akan akan menyebabkan pendidikan di IPTA tidak dapat diperluaskan kerana kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan," katanya.

Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam yang bimbang langkah penghapusan hutang itu akan menjejaskan keyakinan pelabur.

Mengulas cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan pinjaman tersebut, Ramon berkata langkah itu bukan sahaja tidak praktikal malah akan meranapkan syarikat minyak negara.

"Cadangan pembangkang itu akan menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap negara ini kerana dasar ekonomi yang tidak konsisten apabila tiba-tiba pinjaman itu dilupuskan dengan mudah dan kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan lain menanggung hutang berkenaan sehingga mengorbankan projek pembangunan lain yang lebih penting.

"Jika kita meminjam, kita perlu memulangkannya dan jangan terlalu berharap pada subsidi kerana amalan bergantung kepada subsidi akan menyebabkan rakyat menjadi kurang produktif," katanya.
Buat di Unisel dulu

Laporan akhbar itu turut memetik kenyataan naib canselor Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata, pembangkang sepatutnya memulakan langkah menyediakan pengajian percuma di Universiti Industri Selangor (Unisel).

Katanya, UiTM kekal sebagai kampus yang mengenakan yuran termurah selain menyedia bantuan kepada pelajar miskin, sedangkan Unisel yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat menaikkan harga yurannya.

Beliau juga mendakwa, kualiti pengajian di kampus itu juga merosot sedangkan kadar yurannya merupakan antara yang paling tinggi..

"Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor tidak mampu mengotakan kata-katanya di Unisel apatah lagi ingin melaksanakannya ke seluruh negara. Jadi siapa sebenarnya yang menipu rakyat," katanya.

Seorang lagi yang dipetik Berita Harian dalam laporannya, naib canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Ghauth Jasmon pula berkata, pelajar perlu membayar sebahagian daripada kos pengajian untuk menjadikan golongan itu lebih bertanggungjawab dan bekerja kuat
PKR mahu k'jaan cagar harta keluarga Shahrizat
PKR menuntut kerajaan supaya memaksa keluarga bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya mencagarkan aset mereka sehingga pinjaman mudah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation ditunaikan.

Pengarah strateginya Rafizi Ramili juga menyarankan kerajaan supaya melelong aset berkenaan untuk mendapatkan semula wang rakyat, sekiranya syarikat tersebut gagal membuat bayaran semula pinjaman tersebut.

Tanggungjawab penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah mendapatkan semula RM250 juta yang dipinjamkan itu, kata Rafizi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Tambahnya, Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan perlu menggunakan kuasanya untuk mendapatkan izin keluarga Shahrizat bagi mencagar aset tersebut kepada kerajaan.

Sekiranya aset tersebut tidak dicagar dalam masa seminggu, PKR akan meneruskan pendedahannya ke atas aset yang dibeli oleh keluarga Shahrizat dan juga kes lain melibatkan NFC, kata Rafizi lagi.
Lembu NFC didakwa mati akibat keracunan
DAP hari ini mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengesahkan keselamatan daging lembu yang diusahakan National Feedlot Corporation ekoran dakwaan bahawa ternakan itu mengalami keracunan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata demikian berdasarkan dokumen yang menunjukkan bahawa beberapa ekor lembu berkenaan mengalami keracunan kuprum yang teruk (severe copper poisoning).

"Menteri (Noh) juga perlu mengesahkan jika semua daging yang dikeluarkan oleh NFC adalah bebas daripada bahan kimia kuprum dan juga memaklumkan jika kementerian telah menjalankan pemeriksaan berikutan penemuan keracunan kuprum pada tahun lepas

"Apa yang rakyat perlu tahu ialah berapa banyak lembu yang telah mati ketika dibawah jagaan NFC, berapa angka yang terlibat dan adakah kesemua lembu ini dilupuskan dengan cara yang betul," katanya.

Pua berkata, ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu dijalankan ke atas enam ekor lembu yang mati pada pertengahan Jun 2011.

Menurut Pua, ujian tersebut menunjukkan tahap kandungan kuprum melebihi julat normal untuk seekor lembu.

Jelasnya, hati lembu yang normal hanya mempunyai antara 25 hingga 100 bahagian per juta kuprum (ppm), sedangkan sampel yang diuji itu menunjukkan kandungan kumprum sebanya 172,98 bahagian per juta.

Ginjal lembu tersebut pula mengandungi 43.71 ppm kuprum, berbanding paras normal ialah 4-6 ppm," katanya lagi dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Pua berkata, ujian lain yang dilakukan terhadap lembu tersebut menunjukkan terdapat 721.24 ppm kumprum.

"Perkara ini memerlukan perhatian serius kerana melibatkan produk daripada daging lembu yang berpenyakit dan mungkin telah dijual untuk kegunaan rakyat di Malaysia," katanya lagi.

Justeru, Pua mendesak supaya Noh mengesahkan ujian yang telah dijalankan ke atas lembu itu bagi memastikan keracunan itu tidak menjejaskan lembu lain.

Katanya, secara keseluruhan, lembu-lembu lain kemungkinan akan mengalami tahap kuprum yang berlebihan atau mungkin tidak akan mati semasa proses tersebut.
Polis: Siasatan kes NFC masih berjalan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata siasatan ke atas kes National Feedlot Corporation (NFC) masih memerlukan masa.
Syed Ismail berkata polis masih menyiasat kes berkenaan, khususnya untuk mengesan wang terlibat, dan belum menutup siasatan kes berkenaan.

Beliau juga tidak menolak pandangan bahawa terdapat individu lain yang akan didakwa berhubung kes tersebut.
Namun, perkara itu bergantung kepada Pejabat Peguam Negara, katanya.
Syed Ismail sebelum ini dilaporkan telah mengesyorkan supaya pengerusi NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Kenyataannya itu timbul selepas kertas siasatan berkenaan bertukar tangan beberapa kali antara polis dan juga Pejabat Peguam Negara dan Mohamad Salleh kemudiannya didakwa bulan lalu atas dua tuduhan pecah amanah dan dua lagi mengikut Akta Syarikat 1965.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan