Selasa, 3 April 2012

LA NI BUKAN SAJA RAKYAT CELIK IT...TAPI JUGA CELIK POLITIK...TAHU TENDANG TERAJANG POLITIK...TAHU TIPU MUSLIHAT POLITIK DAN TAHU PARTI YANG BERMAIN KOTOR POLITIKNYA...

PAS sokong Ikhwan letak calon p'raya Presiden

Anis Nazri, 02 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS menyokong penuh keputusan Ikhwan Muslimin meletakkan calonnya, Khayrat Syatir (gambar) bagi menghadapi pilihan raya Presiden Mesir, Mei ini.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata calon tersebut sememangnya layak diketengahkan Ikhwan Muslimin.

Menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah yang bijak, Syed Azman menegaskan ia bukan sahaja bertujuan untuk mengambil alih kuasa, sebaliknya bagi menyelamatkan revolusi rakyat yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, sebelum ini.

"Walaupun pada awalnya Ikhwan Muslimin tidak berhasrat meletakkan calonnya, oleh kerana perkembangan yang sedang berlaku di Mesir, Ikhwan Muslimin tiada pilihan bagi selamatkan revolusi rakyat Mesir," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, dengan adanya ancaman daripada kelompok tertentu, termasuk pengaruh asing yang dilihat cuba mengambil peluang untuk melakukan kekacauan, maka keputusan itu merupakan satu keputusan tepat.

"Yang penting, keputusan ini merupakan satu langkah penting bagi menyelamatkan masa depan Mesir yang masih 'terkepung' dengan tali barut, dan saki-baki para penyokong Hosni Mubarak yang cuba melakukan kekacauan pentadbiran Ikhwan Muslimin sejak revolusi rakyat, tahun lalu," tegas beliau lagi.

Walaupun Ikhwan menang dalam pilihan raya Parlimen, baru-baru ini, suasana Mesir selepas jatuhnya Hosni dan menuju kearah proses demokrasi, tidak menampakkan kelajuan yang diharapkan.

Kerajaan Peralihan pimpinan Dr Ganzuri sering menghadapi gangguan dari Majlis Tertinggi Tentera yang masih mencengkam, maka Ikhwan Muslimin dan Parlimen Mesir yang baru dipilih melihat bahawa Mesir tidak akan selamat.

Susulan keputusan meletakkan Khayrat sebagai calon presiden, Syed Azman berkata PAS mengalu-alukan calon tersebut selain mendoakan kemenangan ke atas Khayrat dan Ikhwan Muslimin pada pilihan raya Presiden yang akan diadakan 23 Mei ini.

Khayrat yang merupakan seorang jutawan memainkan pernan penting dalam menyelia pergerakan itu ketika peringkat peralihan selepas Hosni digulingkan.

Jika Khayrat yang pernah dipenjara sebelum Revolusi 25 Januari 2011 itu menang dalam pilihan raya tersebut, Ikhwan Muslimin akan mendominasi arena politik Mesir dan menuju ke arah perubhan yang diharapkan.

Mampukah denda RM25 gerunkan penari tiang?

Harakahdaily, 02 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 2 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu tiga wanita 'penari tiang' yang hanya didenda RM25.

Jamil Khir ketika mengulas perkara itu berkata bahawa, pesalah kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman saja, tetapi juga pada keperluan kaunseling terhadap mereka.

Beliau juga turut berkata "Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini".

Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pesoalan pokok yang perlu Jamil Khir jawab adakah denda RM25 itu mampu menggerunkan mereka dari mengulangi perbuatan itu atau memberi pengajaran kepada orang lain.

"Hukuman yang setimpal juga adalah sebagai kaunseling terbaik kepada semua pihak, sama ada pesalah dan masyarakat.

"Apakah pengajaran yang boleh diambil dengan hanya denda RM25 sahaja seorang? Mampukah denda RM25 memperi peringatan keras kepada individu lain daripada menceburi bidang yang haram ini," soalnya.

Dalam hal ini katanya, Datuk Seri Jamil Khir perlu ingat bahawa gejala sosial dalam masyarakat di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan.
Lebih malang ujarnya apabila yang terlibat dalam industri seks sebagai penari lucah di kelab malam ini adalah gadis Melayu beragama Islam.

"Ternyata Datuk Seri Jamil Khir gagal menjaga agama Islam dan umatnya di negara ini.

"Beliau menganggap kesalahan itu sebagai remeh dan hukumannya setimpal sedangkan umat Islam menganggap kesalahan mereka amat besar," kata Riduan.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac lalu.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari.

Hukuman itu bagaimanapun dipertikai masyarakat kerana merasakan denda RM25 itu terlalu kecil berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

Malah ada yang mendakwa ianya jauh beza dengan pendapatan lumayan penari tiang tersebut dan denda RM25 bukan satu pengajaran kepada mereka.

Hari tanpa plastik menyusahkan orang ramai

Kempen hari tanpa bungkusan plastik atau beg plastik itu yang dikuatkuasakan kepada semua pusat membeli belah pada setiap hari Sabtu adalah menyusahkan orang ramai untuk membeli belah di hujung minggu, dan begitu juga pada hari tersebut pelanggan akan berkurangan berkunjung ke situ kerana mengelakkan daripada membayar harga bungkusan plastik yang dikenakan itu dan barangan yang dibeli terpaksa pula dihadkan bilangannya.

Adalah wajar sekali kempen hari tanpa plastik ini dikaji semula kerana ianya tidak mendatangkan kesan apa-apa melainkan hanya menyusahkan orang awam dan merugikan pihak pusat membeli belah sahaja.

Saya cadangkan kempen hari tanpa plastik ini ditukarkan kepada kempen membawa beg atau bakul sendiri dan sesiapa yang membawa bakulnya sendiri akan dapat pemotongan harga istimewa atau mendapat hadiah tertentu sebagai galakan kepada pelanggan.

Dalam pada itu disyorkan penjualan arak dan makanan basah yang diharamkan oleh agama Islam yang telah pun diasingkan sudut jualannya itu hendaklah juga diasingkan kaunter bayarannya dimana seorang pekerja kaunter yang bukan beragama Islam ditempatkan dikaunter khas itu.

Untuk itu adalah wajar sekali premis jualan barangan basah yang tidak halal dan minuman keras dijual di luar pusat membeli belah utama dan sebaiknya ditempatkan 'mini market' bersebelahan dengan pusat membeli belah utama tersebut bagi kemudahan pelanggan yang bukan beragama Islam membelinya.

Dicadangkan juga supaya semua pusat membeli belah menyiarkan laungan azan melalui corong radio FM apabila masuknya waktu azan bagi menghormati azan dan menandakan umat Islam bersedia untuk bersolat. Diharapkan juga setiap pusat membeli belah membina surau yang lebih sempurna bagi memudahkan umat islam untuk mengerjakan kewajipan mereka itu.

Pusat membeli belah juga sepatutnya menyediakan sudut barangan makanan halal segala hasilan buatan Bumiputra agar mudah pelanggan untuk memilih dan membelinya di bawah satu bumbung sahaja.


Syed Abdullah Jamalullail,
Ampangan, Seremban.

Sampai bila mahu bergantung di ekor Amerika?

Harakahdaily, 03 Apr 2012
KUALA TERENGGANU, 3 April: Langkah Malaysia tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat dengan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran adalah menyayat hati, kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali (gambar).

“Ini kerana negara tercinta kita sedang transform menjadi Pak Turut Amerika dari segi politik dan juga ekonomi,” tegas Mustafa.

Sekatan Malaysia terhadap Iran tersebut, kata Mustafa adalah satu tindakan menjaga hati untuk selari dengan pendirian yang diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekatan terhadap Iran dicadangkan Amerika dan negara-negara Eropah, yang sebahagian besarnya kawan kepada Zionis Israel yang ingin menghapuskan Iran.

“Mestikah Malaysia bersetuju dengan setiap tuntutan daripada Amerika?” soal Mustafa dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Selepas tercetusnya berita bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April di laman media asing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak, 50,000-60,000 tong sehari daripada Iran bermula daripada April ini untuk mengelakkan sekatan daripada Amerika.

Najib mempertahankan pendiriannya dengan menyatakan bahawa impak keputusan itu adalah kecil kerana ia melibatkan jumlah yang kecil sahaja.

Mustafa menyifatkan keputusan Najib sebagai stau tamparan hebat kepada kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara bebas dan negara Islam.

Atas pagar mula sokong Pakatan

Abd Shukur Harun I shuukurharun@yahoo.com, 03 Apr 2012

Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.

Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:
+ Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.

Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.

+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti  majlis ceramah PR.

+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.

+ Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.

+  Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.

Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0  itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.

Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.

Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.

Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.

Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam  melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.

Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku,  mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.

Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.

Golongan ‘atas pagar’ muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.

Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.

Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.

Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan ‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’.

Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.

Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting  ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.

Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih mudah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.

Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit

Dr Mujahid Yusof, 03 Apr 2012

Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.

Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.

1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.
Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi.

2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu  tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih.

Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid.

3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit.

Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini.

4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa.

Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang.

Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak  orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat.

Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang.
Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri.

------------------------------------
Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang.

“Adakah kita perlu berpaut selama-lamanya di ekor Amerika? Malaysia dahulunya menjadi ahli aktif NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali) dan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) dan suara yang terkemuka di kalangan negara-negara dunia ketiga terutamanya semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata beliau.

Mengaku terus-terang bahawa walaupun beliau mempunyai pandangan tersendiri terhadap apa yang Mahathir lakukan dalam negeri, Mustafa berkata sikap dan ketegasan mantan perdana menteri terhadap dasar antarabangsa Amerika yang tidak adil dan berat sebelah perlu diberi pujian.

“Saya merayu agar perdana menteri kita untuk belajar daripada Tun Mahathir dalam menghadapi hegemoni politik kuasa besar dunia,” nasihat Mustafa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Shamsul Azhar Abbas memberitahu Bloomberg bahawa Petronas sedang menghadapi masalah mencari sumber minyak alternatif untuk kilang penapisannya di Afrika Selatan berikutan keputusan yang diambil oleh Malaysia.

LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen...

tranungkite.net, 03 Apr 2012
PostPosted: Tue Apr 03, 2012 11:49 am Post subject: LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen...



Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...



Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????



Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 ????



tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan
17 dalam tahanan polis
18 tahanan depot imigresen
17+18=21 ????



Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!



Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak
ada pelajaran??? - Apek

Dipetik dari pesbook..

Tabung surau Shanghai sudah RM30,959.57

Harakahdaily, 03 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 3 April: Selepas 10 hari dilancarkan, tabung pembinaan surau Shanghai, Sandakan, Sabah telah mengumpulkan dana sebanyak 30,959.57.

Jumlah ini adalah yang terkini ada dalam akaun itu sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Penerangan PAS, Mohd Shahir Abu Hassan.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Shanghai telah dibuka oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat pada 21 Mac lepas.

Sejak itu sumbangan datang dari pembagai pihak yang prihatin dengan pembinaan surau yang akan di bina pulau Shanghai yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dengan bot laju dari Sandakan, Sabah.

(Tuan Ibrahim serta ahli konvoi dan penduduk tempatan memacakkan kayu sebagai tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau Shanghai 31 Disember 2011 lalu)

Cadangan pembinaan ini diputuskan oleh konvoi jelajah Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diketuai oleh pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 31 Disember 2011 lalu.

Mereka mensasarkan kutipan sebanyak RM100,000 untuk pembinaan surau ini.

Pembinaan dijangka akan bermula pertengahan April ini apabila pemimpin lajnah ini akan turun sekali lagi ke pulau itu.

Pulau dipenuhi dengan umat Islam ini tidak mempunyai sebarang kemudahan asas yang utama termasuk dewan orang ramai.

Penduduknya terpaksa ke pulau lain jika hendak bersembahyang jamaah atau jumaat.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh di masukkan terus ke akaun 14041010080138 Bank Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan