Ahad, 29 April 2012

BILA PELAPOR KAKI BODEK...BESAR PEMBOHONG....MENGADU DOMBA....MEREKA MASIH DITAKUK LAMA..RAKYAT DAH JAUH KEDEPAN...AGAK2 SAPE BODOH DAN RUGI....

Bersih 3.0: PAS ucap tahniah ikut arahan pemimpin


29 Apr 2012
Bagi pihak pimpinan PAS, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.

Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan.

Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh Allah. Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0.

Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin.

Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima. Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Utusan: Tali hayat yang bakal putus

Mohd Sayuti Omar, 29 Apr 2012
Pagi-pagi lagi saya telah menerima PM - personal mesej meminta saya mengulas laporan akhbar penjilat bontot Mingguan Malaysia hari ini. "Tuan buatlah ulasan mengenai kejahatan Utusan Malaysia yang melapor tentang bersih itu.." katanya. Walaupun saya belum membaca akhbar berkenaan tetapi saya sudah boleh agak apa yang dilaporkan oleh akhbar lidah hitam Umno itu. Laporannya pasti jahat punya.
Perhatinkan siapa yang menterbalikkan kereta polis itu
Saya bukan anti media massa sebenarnya, saya orang media. Saya cuba melendikkan pemikiran saya dan membina persepsi baik kepada apa-apa juga pemikiran akhbar. Saya bukan marah dan tidak setuju kepada Utusan, Berita Harian dan seracunnya dengannya tetapi saya juga tidak suka Harakah atau Suara Keadilan kerana bentuk pemberitaan mereka gagal menjadikan akhbar itu sebagai pembentuk fikiran sihat dan bergerak ke arah perpaduan.

Saya marah semua sekali. Tetapi cara Utusan sudah melampau. Utusan bukan lagi menjadi Pencetus Hati Nurani Rakyat yang menjadi taglinenya tetapi Utusan menjadi pencetus perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Utusan telah menjadi pencetus api perkauman, pemfitnah dan segala macam keburukan dan kebusukan di gendung akhbar usang itu. Saking jahatnya Utusan menyebabkan orang melihat seluruh organisasi itu hitam melegam. Bukan saja pak-pak pengarang tetapi despatch pun turut dijeluakkan.

Kejahatan dan kuasa fitnah akhbar ini semakin meluas dan melebar. Mereka yang menduduki jabatan pengarang sudah hilang kewarasan. Doktrin Yahudi sudah meresapi ke saraf otak mereka.  Sebenarnya akhbar berkenaan tidak layak lagi untuk disebut dan dibicarakan sebagai sebuah media pembangun nusa dan bangsa negara ini.

Semalam lagi saya sudah mengagakkan apa yang akan diterbitkan hari ini. Malahan saya sudah memberi beberapa gambaran tajuk yang akan dipakai oleh akhbar berkenaan berhubung Bersih. Mesti spin punya... kalau tidak spin pengarang dan penasihat di Utusan tidak layak untuk meminum darah syaitan. Mereka dibayar gaji dan segala macam elaun untuk membeli tiket ke neraka.

Tulisa saya di Fb semalam:

Besok akhbar PB akan menyiarkan laporan buruk terhadap bersih 3.0 dengan tajuk muka depan, Himpunan Bersih Kotor, ataupun Para himpunan ganas, atau pun Bersih 3.0 tidak hormati undang-undang, ataupun Bersih 3.0 menimbulkan huruhara. Surat khabar PB juga akan merekodkan jumlah yg berhimpun tadi hanya 10,000 orang sahaja. Saya membuat prediction ini untuk tidak merujakan hati para penyokong bersih yang telah lama berita mengenai kegiatan mereka dispin oleh akhbar berkenaan. Kepada saya biarlah apa yang media hendak kata dan berapa jumlah yang akan dikreditkan bahawa keadaan nyanya UBN waktu ini tidak ubah seperti telor dihujung tanduk yang akan jatuh dan berkecai bila-bila masa saja.

Saya sudah beri tajuk-tajuk untuk Utusan.
Ternyata apa yang saya prediction itu betul 100%. Saya sudah dapat membaca kejahatan bertradisi akhbar berkenaan terhadap oposisi. Cuba bazirkan wang M2.50 hari ini dan belikan akhbar berkenaan kemudian teliti tajuk-tajuk dan isinya.

Di sini saya tidak mahu mengulasnya panjang lebar mengenai itu kerana membazir air liur. Bercerita mengenai Utusan memberi dosa kering kerana mengecerkan kejahatan. Apa yang hendak saya paparkan dan perkatakan di sini yang saya sudah boleh membaca apa yang ada dalam kepala orang Utusan. Jadi jangan 'adik kakak' merasa hairan dengan kejahatan dan kebejatannya.

Sebelum ini pun saya sudah memberi formula atau petua bagaimana untuk mempercayai apa-apa dilaporkan akhbar berkenaan. Asas berita yang menjadi amalan akhbar itu hanyalah 6.25 sahaja. Maksudnya nilai kebolehpercayaan hanya 6.25 peratus saja.

Formulanya begini, sesebuah berita spekulasi, rencana beragenda, apa-apa juga berita mengenai oposisi anda hendaklah membahaginya kepada dua. Misalnya kepercayaan asas anda mulanya 100 peratus ia hendaklah dibahagi dua, jadinya 50. Itu asas yang benar tetapi belum pasti sahih.

50 peratus itu hendaklah dibahagi dua, jadi 25 peratus kemudian yang 25 peratus dibahagi dua lagi maka jadilah 12 setengah. Yang 12 setengah ini pun tidak boleh dipercayai terus ia hendaklah dibahagi dua iaitu jadi 6.25 peratus. Angka akhir inilah yang boleh difikirkan sebagai benar.

Manakala mengenai angka yang diberikan akhbar berkenaan juga ada formula tersendiri. Kalau angka kehadiran di pihak pembangkang biasanya akhbar itu menolak angka sebenar dengan 20 hingga 60 kali ganda. Misalnya kalau himpunan bersih semalam mencecah 250,000 Utusan akan mengurangkan menjadi hanya 25,000 sahaja atau kurang daripada itu, mungkin 15,000.

Sebaliknya kalau kehadiran di pihak Umno atau BN akhbar itu akan menambah angka itu sampai ratusan kali ganda. Kalau kehadiran 5,000 akan ditambah angka satu atau dua di hadapan menjadi 15,000 atau 25,000 adakannya mencecah 35,000.

Permainan angka-angka inilah menjadikan nawaitu akhbar itu untuk membantu UBN khasnya Umno menjadi senjata makan tuan. Angka-angka ini menyebabkan Umno syok sendiri seperti mana tahun 2008 parti itu dibaham tsunami teruk setelah merasa selesa berada di atas rumah di puncak gunung.

Berbalik kepada Utusan tadi kejahatannya sangat jelas. Kejahatan yang disebut dan diulang-ulangi dalam Quran. Kebusukannya tidak boleh ditusuk selindung lagi. Kerana terlampau jahat menyebabkan kebatilan yang mereka lakukan dibalas dengan dengan kebenaran pada saat itu juga. Cuba perhatikan sekeping gambar Bersih keadaan bagaimana sebuah kereta polis yang diterbalikkan. Utusan cuba memberi gambaran dan cuba mencetakkan dalam minda umum yang para himpunan Bersih ganas, kejam dan jahat. Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan.

Bagi Utusan yang menterbalikkan kereta polis itu ialah peserta Bersih. Kejadian itu berlaku selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, bukan rempuh orang... kata Utusan. Tidak disebut langsung yang kereta berkenaan sengaja merempuh peserta Bersih. Kenapa? Inilah kejahatan nyata oleh akhbar berkenaan yang telah mengklonkan lidahnya dengan lidah syaitan. Di sinilah saya katakan akhbar ini telah menyimpulkan fakta dalam kilas yang carik dan cuba mencetuskan nafsu amarah umum dengan cetusan itu. Utusan pencetus kejahatan.

Perhatikan juga baik-baik orang yang sedang memterbalikkan kereta berkenaan. Apakah warna baju yang mereka pakai? Bukankah baju atau uniform peserta Bersih berwarna kuning atau hijau? Apakah pula baju dua tiga orang yang sedang memterbalikkan kereta itu. Bukankah ianya berwarna hitam? Jadi siapa mereka? Jelas mereka bukan perserta Bersih atau Lynas kerana mereka memakai baju Bersih dan Lynas berwarna kuning dan hijau.

Di sini kerana terlalu ghairah hendak membuat jahat dan fitnah Utusan terlupa untuk menukar warna baju mereka. Atau pun penjahat itu terlupa menanggal dan menukar baju? Polis juga sudah sebati dengan warna kejahatan mereka iaitu hitam. Polis kalau hendak serbu orang secara gelap, hendak tangkap dan tembak orang akan pakai sarung muka berwarna gelap.

Saya rasa dengan penjelasan ini orang ramai tahu akan peranan, tanggungjawab dan juga kesilapan akhbar itu dalam memburukkan pihak lain dan cuba menjadikan Umno sebagai telor emas. Benarlah bagai di kata kalau kita melampau di dalam sesuatu perkara itu, kemelampauan akan memakan diri kita akhirnya.

Kerana apa yang berlaku itu adalah provokatif yang dicipta untuk melahirkan insiden-insiden menyayat yang akhirnya menatijahkan kejadian yang buruk bagi digunakan sebagai modal pilihan raya, saya yakin insiden semalam termasuk juga kejadian pistol polis dirampas dan hilang sekejap itu akan digunakan sebagai modal untuk memburukkan Bersih dan Pakatan Rakyat. Perkara inilah akan ditanam di kepala umum selepas wang (BR1M) ternyata gagal mempedayakan rakyat.

Mengabadikan foto semasa menjalankan tugas.
Bagi saya oposisi tidak perlu risau dan rungsing kerana rakyat sudah tahu segala kerja akhbar PB dan persepakatan di antara media dengan pihak berkuasa seperti polis itu. Rakyat yang sudah dibasuh mindanya tidak akan percaya sementara yang sikit-sikit hendak percaya juga akan mengoyak seluruh saraf akarnya untuk menilai semula kebolehpercayaan akhbar berkenaan kerana ianya sudah melampau. Saya sarankan Utusan boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai.

Utusan juga kini senasib dan segelisah dengan Umno. Utusan bolehlah dianggap tembuni kepada Umno. Sekiranya Umno sudah hancur atau rosak maka ia juga akan rosak dan akan menjadi gemulah. Kepada penjengok blog MT akan faham dengan penjelasan ini serta mengenali bagaimana peranaan akhbar berkenaan yang ternyata ia lebih buruk dan busuk dari kertas penyapu tahi di dalam jamban. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

A Rahman, Hail Amir gembira undangan Kelantan

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal, 29 Apr 2012

KOTA BHARU, 29 April - Artis terkenal zaman 60-an dan 70-an, Datuk A. Rahman Hassan dan Hail Amir melahirkan rasa gembira kerana diundang untuk membuat persembahan di negeri ini.

Hail Amir atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, ketika ditemui malam tadi melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk membuat persembahan.

Hail yang terkenal dengan lagu duetnya bersama Uji Rashid ‘Hujan Oh Hujan’ juga tidak pernah menduga masih ramai yang meminati beliau.
“Kebetulan malam ni hujan, namun mereka tetap setia tidak berganjak untuk mengikuti persembahan kami.

“Pada masa yang sama, katanya pengiring band Kelab Suara Muda begitu teratur dapat bermain alat muzik dengan baik, syukur,” ujar anak kelahiran Pulau Mutiara itu.

A Rahman Hassan, ketika ditemui mengakui kali pertama menerima undangan kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 22 tahun, walaupun sering hadir untuk membuat pesembahan di negeri ini.

Katanya, beliau sering mendapat undangan menyanyi anjuran badan-badan NGO, kelab dan sebagainya, namun ini kali pertama undangan khas dari kerajaan negeri.

“Saya memang rasa terharulah, terima kasih banyaklah kerana sudi mengundang saya,” ujarnya.

Beliau mendendangkan empat buah lagu, antaranya Kerana Fitnah, Hanya Untukmu dan Tak Mengapa lagu hitsnya.

Hail juga mendendangkan empat buah lagi antaranya Kau Datang Lagi,  Inginku Milik Kasih, sebuah lagu Kumpulan Flybeats ‘Kenangan Lalu’ dan sebuah lagu joget ‘Ketipak ketipung’.

Program berkenaan dianjurkan  sempena Karnival Kebudayaan Kelantan yang diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan TMK@2012 .

Selain jemputan khas, turut membuat persembahan artis tempatan termasuk Azman Mohd Daham.

Mata melihat minda menafsir


29 Apr 2012
Apa yang dilihat, bergantung pada minda, ada di depan boleh jadi tak nampak, tak nampak di depan boleh jadi nampak.

Satu papan putih yang besar, dan juga beberapa tompak hitam, kuning, biru, merah.

Biasanya warna lain itulah yang lebih menonjol, walhal yang putih menguasai ruang papan 80%.

Itulah perbezaan mata dengan minda. Mata menangkap keseluruhan gambar papan putih itu yang komposisinya 80%, kuning 5%, merah 5%, biru 5%, hitam 5%.

Ada kuning di situ...
Ada hitam di situ...
Ada biru di situ...
Ada merah di situ....

Tapi yakinlah tiada org yang akan berkata "Ada putih di situ".

Kita nampak apa yang minda kita mahu lihat. Kalau betul nak nampak dan lihat semua perkara, kena guna hati, minda hanya digunakan utk menafsir, apa yang dilihat oleh hati.

Sekiranya minda yang melihat, dan minda juga yang menafsir - perkara ada di depan jadi tak nampak, tak ada di depan tapi nampak pula akan berlaku senantiasa.

Umpamanya, kawan tidak membalas call kita. Mata hanya nampak handphone tak berdering. Minda melihat handphone tak berdering itu dengan bayangan kawan itu kecil hati, tak berhati perut, kawan ini tak prihatin pada kita, kawan ini tak anggap kita sebagai kawan, tak sayang kita....

Walhal, yang mata nampak, hanya handphone tak berdering, satu peristiwa simple. Sekiranya dilihat dengan hati, cuma handphone tak berdering.

Sekiranya dilihat dengan minda, tak tahulah apa yang ditafsirkan.

Keganasan: Reuters jangka PRU ditangguh lagi

Harakahdaily, 29 Apr 2012


(Sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam)


KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Mereka tak kesah," katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

Tukar saham MAS-AirAsia mansuh, kekal kerjasama

Jahabar Sadiq, Editor TMI, 29 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Putrajaya telah memutuskan untuk tidak meneruskan penggabungan sembilan bulan antara Malaysia Airlines-AirAsia pada Rabu depan kerana ia gagal menunjukkan peningkatan moral 20,000 kakitangan syarikat penerbangan yang telah mengalami kerugian bernilai RM2.52 bilion pada 2011, menurut sumber.

Bagaimanapun, persetujuan kerjasamasa dijangka akan diteruskan.

The Malaysian Insider difahamkan saham kedua-dua syarikat penerbangan negara itu akan digantung Isnin depan, dengan pengumuman pada Rabu. Selasa adalah cuti umum kerana Hari Buruh.

“Perjanjian itu akan didedahkan minggu hadapan. Itu adalah penamatnya,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, mengesahkan khabar angin sejak beberapa bulan lalu antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Pengurus Aset Negeri Khazanah Nasional Berhad akan mengambil semula 20.5 peratus saham daripada Malaysia Airlines (MAS), pertukaran dengan Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, dengan kadar 10 peratus bagi syarikat tambang murah berkenaan.

Saham perkongsian kedua-dua syarikat itu menurun sejak perjanjian tersebut dibuat tahun lalu. AirAsia ditutup sesen di bawah pada RM3.37 sesaham semalam, sedangkan MAS turun turun sesen pada kadar RM1.24sesaham.

Apabila persetujuan itu diumumkan 9 Ogos lalu, AirAsia didagangkan pada RM3.95 sesaham, dan MAS pada RM1.60.

The Malaysian Insider pada 9 Mac bahawa Purajaya akan menyemak semula perjanjian selepas Kesatuan Sekerja MAS (Maseu) mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan perkara itu, yang mana akan memufliskan MAS untuk operasi jangka masa panjang dan pendek.

MAS turut menjalankan syarikat penerbangan komuniti, Firefly dan MASwings untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, MAS telah menghapuskan cadangan untuk rancangan jangka pendek, menimbulkan kecurigaan terhadap transformasi perniagaan yang diumumkan Disember lalu sebagai sebahagian rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) antara kedua-duanya.

CCF dan pertukaran saham mendapat tentangan daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ekoran kebimbangan terhadap monopoli domestik.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman ... kami masih lagi menyiasat (perjanjian pertukara saham). Bila tiba masanya, kami akan dedahkan,” kata Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob baru-baru ini.

Namun sumber lain berkata, CCF antara kedua-dua syarikat itu akan diteruskan kerana Malaysia sentiasa bersaing dengan syarikat penerbangan lain apabila Polisi Langit Terbuka Asean dijalankan pada 2015. Polisi itu akan menyaksikan peningkatan persaingan dengan syarikat persaingan antara 10 bandaraya utama Asean.

“CCf akan kekal. Kedua-dua syarikay akan bekerjasama walaupun tidak mempunyai pemegang saham yang sama,” tambah sumber.

Khazanah dan Tune Air bersetuju untuk menukar saham pada Ogos lalu, selepas cubaan empat kali sebelumnya gagal antara MAS dan AirAsia, sejak sedekad lalu apabila Tan Sri Tony Fernandes dan rakannya membeli dua pesawat operasi dan hutangnya RM1.

Bank CIMB, milik Khazanah, menasihatkan kedua-duanya, dilihat cubaan terakhir untuk menyelamatkan MAS walaupun sebelum ini menjalani program pemulihan pada 2001 yang dijalankan oleh firma penasihat BinaFikir Sdn Bhd.

MAS mempunyai lebih 20,000 kakitangan walaupun bekas MD Datuk Seri Idris Jala telah mengurangkan kadarnya kepada 17,000 apabila beliau meninggalkan syarikat itu pada 2009.

Penganalisis industri berkata, syarikat itu boleh bertahan dengan satu per tiga kakitangannya, lebih-lebih lagi dengan menamatkan perjalanan ke beberapa laluan sejak enam bulan lalu.

Membuang kakitangan mungkin akan meningkatkan kos, namun ia dilihat sebagai liabiliti politik kepada Selangor, apabila MAS mempunyai operasinya di negeri tersebut, dan Najib mahu menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Keseluruhan syarikat itu menunjukkan kerugian RM1.28 bilion bagi suku keempat tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan bagi 2011 adalah RM2.52 bilion.

MAS, bagaimanapun menunjukkan peningkatam keuntungan dalam pendapatan kumpulam, meningkat dua peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM13.9 bilion kepada 2011.

Syarikat itu mengalami kerugian berikutan peningkatan harga bahan mentah, yang meningkat daripada US$95 setong pada 2010 kepada US$133 setong pada 2011.

Antara faktor lain adalah peruntukan tambahan seperti penghantaran semula pesawat dan stok usang.

MAS berharap dapat mengumumkan pelannya untuk meningkatkan dana dan mengukuhkan syarikat itu Mei ini. Ini adalah tindakan penting kerana syarikat berkenaan bercadang mengambil 23 pesawat baru tahun ini yang menelan belanja RM6 bilion.

Cara polis semalam tidak berlaku di bawah Pakatan

Harakahdaily, 29 Apr 2012



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis.

Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini.

Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.

Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar.

Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu.

Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo.

Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai.

Bagi Khalid (gambar kanan), Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan.

"Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya.

Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

"Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi.

Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini.

"Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan.

"Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.

Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil.

Abim ucap tahniah di atas kejayaan Bersih

Harakahdaily, 29 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0 semalam.

Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.

Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Dalam hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

"Semoga penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan drastic serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya.



"Sesungguhnya penglibatan serta pandangan yang dikemukakan  oleh rakyat adalah bukti kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan sekaligus merupakan bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan yang ada di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim.

"Islam menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t.

"Keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai seandainya teras utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan serta kejujuran  diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau.

Bagi beliau, kemuafakatan atau konsensus  dalam Islam boleh dirangka melalui kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta harmoni.

Pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi dapat direalisasikan.

"Di akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya.

Demo bersih gagal: Tak sampai 4,000 yang berdemo

Tukar Tiub, 29 Apr 2012
Wartawan utusan malaysia
yang mengekori tunjuk perasan bersih 3.0
mendapati bahawa demo ini telah gagal

hanya 3547 orang peserta telah turun berdemo
heboh heboh tentang ibu segala demo ini telah meleset
kebanyakan yang datang berdemo diupah
dan diberi nasi bungkus

mereka yang datang berdemo
mengikut laporan polis dan dbkl
ialah 2000 orang lelaki china
1000 lelaki india
500 lelaki melayu
40 orang wanita melayu yang telah disewa
7 orang lagi ttidak diketahui jantan atau betina



http://tukartiub.blogspot.com/

Rumah artis, cerita Bersih 3.0 terhangat

Harakahdaily, 29 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 29 April: Berita mengenai sebuah rumah yang bernilai RM4 juta dimiliki seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-17.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang, kata sumber telah diduduki awal April ini.

Di tangga kedua pula, ialah sebuah kupasan menarik daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mereka yang terkeliru dengan mainan Umno sehingga sangsi samada mereka perlu menyokong Bersih 3.0 sebelum perhimpunan diadakan pada 28 April.

Berita mengenai pertemuan pelakon filem Bukit Kepong dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menduduki tempat ketiga minggu ini.

Di tempat keempat pula berita mengenai gangguan berbentuk termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya yang sengaja dibuat pihak tertentu ketika ceramah pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Manakala, berita mengenai insiden bagaimana sebuah kereta peronda polis boleh terbalik ketika perhimpunan Bersih 3.0 menduduki tangga kelima.

Berita ini adalah untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan TV3 yang menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 22 hingga 28 April, 2012.



1
Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri
2
Bersih 3.0: Cerita yang mesti dibaca
3
Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu
4
Tarian separuh bogel ganggu pelancaran pra Bersih
5
Bagaimana kereta peronda polis diterbalik
6
2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL
7
Dataran Merdeka Ditawan
8
2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'
9
Kalau ke Kelantan, datanglah ke pejabat saya
10
Sorotan Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan