Selasa, 20 Mac 2012

SAPE TAKUT KITA BOLEH AGAK...JANGAN PANDAI BERJANJI..MENGATAKAN KITA BAIK...KITA BOLEH MENUNAI JANJI..KITA BOLEH BUAT...MACAM ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT...NEGARA LAIN TAK DE PUAK2 NI..LAGI MAJU...JANGAN CAKAP...TAPI YANG BUAT LAIN...

Sultan syukur Selangor kekal negeri maju

Muhammad Faizal, 19 Mac 2012
SHAH ALAM, 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bersyukur apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini.

Menurut baginda lagi, kejayaan ini merupakan berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri perlu berusaha dan tindakan untuk mengagih hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat hendaklah dilakukan secara adil.

Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.

"Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatak pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.

"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda merasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Ke dua belas, hari ini.

Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.

Tambah baginda lagi, jumlah pelaburan tahun 2011 dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan.

"Pencapaian ini mesti diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi meningkatkan hasil negeri untuk keerjahteraan dan keharmonian rakyat Selangor.

"Semua pihak (Ahli Dewan Undangan Negeri) perlu memberi kerjasama yang lebih erat dan bekerja sama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai penghalang untuk menjayakan usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi kebajikan seluruh rakyat Selangor," titah baginda lagi.

Selangor sebagai kerajaan pintar atau smart goverment

Untuk menghadapi cabaran mendatang, pentadbiran kerajaan mesti mempu mengurusakan perubahan dengan cekap, Kerajaan Negeri Selangor perlu menjadi sebuah kerajaan pintar atau smart goverment yang mampu memenuhi amanah dan mandat rakyat denmgan sebaik-baiknya, jelas Sultan Selangor melalui titahnya.

"Cara kerja kerajaan perlu mengambil manfaat daripada teknologi, inovasi dan penemuan-penemuan terkini yang releven dari seluruh negara.

"Kerajaan perlu membuka ruang agar aktiviti ekonomi digerakkan oleh individu dan syarikat tanpa campur tangan berlebihan, kerajaan sekadar bertanggungjawab memberi galakan dan juga merupakan benteng pelindung kepada rakyat melalui penggubalan dan kuatkuasa peraturan-peraturan yang perlu," titah baginda lagi.

Menteri Besar mampu memartabatkan Agama Islam dan umat Islam di Selangor

Sultan Selangor turut percaya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri mampu memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di Selangor.

"Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam.

"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam ini tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat negeri ini," titah baginda.

Sebagai Ketua Agama Negeri, Sultan Selangor turut mahu pentadbiran kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kauliti hidup umat Islam, malah bagi memajukan umat bidang pendidikan dan ekonomi mesti menjadi keutamaan.

Kekuatan dalam dua bidang ini adalah benteng sebenar mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.

Pertahankan tanah rizab melayu

Melalui titah tersebut, Sultan Selangor turut menitah agar tanah rizab melayu mesti dipatuhi mengikut peruntukan Perlembagaan, baginda tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab melayu kepada individu atau syarikat bukan melayu.

"Kerajaan Negeri Selangor dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah perlu sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status.

"Demi kebajikan negeri dan rakyat, kerajaan negeri perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang sewajarnya untuk kegunaan semasa kecemasan," titahnya lagi.

Baginda turut difahamkan pentadbiran negeri telah dapat meningkatkan simpanan rezab negeri kepada RM1.9 bilion pada tahun 2011.

Pendapatan hasil pasir tahun 2011 RM16 juta

Sultan Selangor turut memaklumkan sistem mengutip hasil pasir memberikan pendapatan yang berganda kepada negeri, hasil yang berjaya dikutip dilihat bertambah setiap tahun secara konsisten.

Peningkatan mendadak pada tahun 2011 sebanyak RM16 juta jika dibandingkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM10.3 juta, tahun 2009 RM5.4 juta, tahun 2008 sebanyak RM6.3 juta, manakala tahun 2007 hanya RM2.9 juta dan 2006 serta 2005 hanya RM4.37 juta dan RM3.54 juta.

Malah baginda turut kebenaran yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memantau pengoperasian pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan dapat meningkatkan kecekapan dan pembasmian gejala rasuah di seluruh negeri ini.

Bangkit anak muda bantah MB T’ganu, tumbang BN

Dr Raja Ahmad al-Hiss, 19 Mac 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi Bersih 2.0 di Mesir.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat Auku di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi ‘pak turut’ beliau sahaja.

Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.

Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup Umno BN.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan Umno BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup Umno BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU13.

Dr Raja Ahmad al-Hiss ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Jangan dusta dalan dewan - Dzulkefly

Salmiyah Harun, 19 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: "Lepas bergaduh, di luar sana mereka berpeluk cium," seloroh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ronald berkata demikian selepas Ahli Parlimen Datuk Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) meminta masa 'pergaduhan' diganti kemudian dilanjutkan tempoh masa perbahasannya.

Mohamad Aziz yang memulakan sesi pergaduhan dengan menuduh PAS menjadi alat Ketua Pembangkang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menyokong Yahudi sepertimana dinyatakan oleh Ahli Parlimen Marang.

Ekoran lantangnya Mohamad Aziz itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menyangkal tuduhan liar itu dan menyifatkan Mohamad tidak faham maksud yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen Marang.

"Bezanya Yahudi dan Zionis sudah diterangkan oleh Marang. Apa yang Marang sebut bermuamalat dengan Yahudi berbeza bermuamalat dengan Zionis. Jangan buat interpritasi begitu, berdusta dalam dewan," bidas Dzulkefly.

Bagaimanapun, Mohamad Aziz tetap menegaskan Yahudi adalah musuh Islam seperti disebut dalam Al-Quran.

Pergaduhan Ahli Parlimen PAS dan BN bertambah kecoh apabila, Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) menuduh Ketua Pembangkang antara individu yang kuat mempertahankan Israel dan Yahudi.

"Sekarang ni Ketua Pembangkang hendak sangat mempertahankan adalah Israel. Israel adalah Yahudi Zionis. Kalau maksud Marang boleh berniaga dengan Yahudi adakah dia bermaksud boleh berdagang dengan Israel? Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel dia patut ambil tindakan suruh Permatang pauh Tarik balik," katanya.

Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pula bangun membidas Zulkifli Nordin dan menegaskan kerajaan BNlah yang sepatutnya menjawab apa yang dibangkitkan wakil rakyat bebas itu.

Kemudian Ahli Parlimen CheUda Che Nik (PAS-Sik) menyebut 'Apco' berulang-ulang kali ditambah pula masing-masing Ahli Parlimen bersuara, menyebabkan dewan kecoh seketika.

Isu Wikileaks: Siapa sebenarnya yang takut berdebat

Harakahdaily, 19 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Wawancara antara pemilik Wikileaks, Julian Assange dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan tanpa penyertaan penumpang dalam wawancara ini.

Menurut Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob, Anwar dan penerbit wawancara ini, Quick Roll Productions telah bersetuju dengan keputusan ini.

Media BN melaporkan kononnya Anwar didakwa takut untuk berdebat dengan Raja Petra Kamarudin, pemilik blog Malaysian-today.

"Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut.

"Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim Yaacob.

Oleh itu, katanya,  Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya.

Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka, beritahu beliau.

Debat Anwar-Najib


Menurut pejabat Anwar itu, mereka merasa terpanggil apabila Datuk Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra.

"Kami kesal kerana Datuk Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu.

"Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Menurut beliau, perdebatan antara Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia.

Justeru keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak.

"Sama ada  Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini," tambahnya,

Banjir: Selangor tanggung baiki rumah rosak

Harakahdaily, 19 Mac 2012
SHAH ALAM, 19 Mac: Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti  11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM105,000.


Rumah-rumah itu dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

Sekretariat Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu kesemua rumah itu dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.

“Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan kerajaan negeri bercadang menggantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kebanyakan rumah-rumah itu mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai.

Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) yang diketuai Exco negeri, Rodziah Ismail juga  mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.

Anggota sukarelawan Pantas seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan