Sabtu, 17 Mac 2012

POLITIK ELOK2LAH..DULU JALAN KEBUN KLANG...SENYAP...NI MERATA2...TAKUT KALAH KE...KALAH MENANG ADAT BERTANDING...HUJAH JANGAN BABITKAN ORANG LAIN...IKUT TAJUKLAH...

Felda rampas harta KPF?

Dr. Rosli Yaakop, 16 Mac 2012
Syabas diucapkan kepada Saudara Mazlan Aliman, Presiden ANAK kerana berani mendedahkan maklumat yang dikira “menggemparkan” mengenai ura-ura penyenaraian FGVHB di dalam sidang akhbar beliau bersama YB. Salahuddin Ayub di Bangunan Parlimen kelmarin (15 Mac 2012).

Oleh kerana beliau telah memberi tugas kepada penganalis di dalam ANAK, iaitu, sebagai ahli ekonomi kepada pertubuhan anak-anak peneroka Felda di seluruh negara itu, penganalis mendapat peluang berkongsi maklumat yang beliau perolehi itu. Saya kira maklumat itu bertaraf “rahsia.” Ah, peduli apa. Takkan nak biarkan peneroka ditipu. Inilah analisis mengenai maklumat berkenaan.

Seawalnya, syabas diucapkan kepada lapan orang ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang telah memfailkan injunksi sehingga Pengerusi “haram” KPF tidak lagi memikirkan untuk mengadakan mesyuarat agong khas KPF bagi mendapatkan persetujuan perwakilan memindahkan harta KPF kepada FGVHB. Jalan ini sudah tidak boleh dilalui lagi untuk penyenaraian FGVHB. Sesungguhnya, ahli KPF yang lapan orang ini, dari segi undang-undangnya, sudah memadai untuk memohon injunksi itu di mahkamah. Kalau lapan orang sudah cukup, tidak perlulah beratus ribu orang untuk ke mahkamah memailkan injunksi. Itu membuang wang, masa dan tenaga namanya. Lagi pun, perkarangan mahkamah bukan luas sangat untuk menampong kehadiran manusia yang begitu ramai.

Dengan tertutupnya jalan”mesyuarat agong khas KPF” ini, cadangan penyenaraian FGVHB sepatutnya dilupakan. Tetapi, Perdana Menteri  tidak mahu berganjak, hujan atau panas, hatta kalau tsunami sekalipun datang, FGVHB mesti disenaraikan dan tidak lewat daripada bulan Jun 2012 ini juga. Jalan ke arah penyenaraian mesti dicari, dengan cara apa sekali pun.

Kenapa tergesa-gesa? Tidak bolehkah ditangguhkan dahulu terutamanya memandangkan ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia dan juga pasaran saham yang berayunan menurun sekarang? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesainya PRU13 yang sudah terlalu dekat masanya sekarang. Kenapakah kerajaan UMNO-BN kelihatan begitu tergesa-gesa hendak menyenaraikan FGVHB secepat mungkin, sebelum PRU 13 berlangsung?

Penganalisis tidak dapat berfikir melainkan membuat telahan bahawa parti pemerintah memerlukan dana pilihan raya dan penyenaraian adalah jalan menjana ratusan juta untuknya. Betul, bekas Menteri Kewangan dilaporkan ada berkata bahawa UMNO tidak memerlukan wang daripada pasaran saham untuk membiayai PRU13 sebab ia ada banyak wang, tetapi rakyat Malaysia tahu bahawa UMNO ini adalah sebuah parti yang sentiasa laparkan wang, dah ada banyak nak banyak lagi. Ia tak pernah merasa kenyang dengan wang dan rembat sahaja wang tidak kira dari sumber halal atau haram.

Sumbangan dari taukeh judi, taukeh balak, taukeh APs, gangsters, taukeh dadah, penyeludup, memanipulasi pasaran saham, apa sahaja, semuanya dirembat. Wang GLCs ia sapu. Wang rakyat ia rembat. Tengoklah, Datuk Seri Sharizaat dan keluarga beliau telah balon RM250 juta, kononya  hendak bela lembu tetapi beli kondominium dan seludup wang ke luar negara. Bank Negara Malaysia biarkan sahaja walaupun ianya melanggar Akta Pertukaran Asing negara.  Semua pemimpin UMNO, kecil besar, semua kaki rembat wang rakyat.

Felda dikatakan telah menemui jalan alternatif untuk menyenaraiakan FGVHB. Bagaaimana? Felda “mengambilalih” harta KPF dan kemudian menyerahkannya kepada FGVHB.

Struktur pemilikan harta dalam Felda sekarang adalah seperti berikut (lihat Rajah 1):
  • Felda (badan berkanun) memiliki 100% FGVHB.
  • Peneroka (termasuk ahli keluarga) dan kakitangan Felda memiliki 100% KPF.
  • FGVHB dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51, bermakana KPF adalah pemilik majoriti FHB.

Rajah 1: Struktur Kumpulan FELDA Sekarang

FHB memiliki pelbagai anak syarikat.  Kerana KPF adalah pemilik 51% FHB, maka ianya adalah juga pemiliki syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB. Dengan kata lain, apa jua yang FHB miliki, maka 51% daripadanya adalah milik dan hak KPF.

FGVHB pula adalah milik 100% Felda. Selain daripada memiliki 100% saham biasa (boleh mengundi), Felda juga memiliki saham keutamaan boleh tebus (tida kuasa mengundi) dan saham keutamaan boleh tebus tertunggak (tiada kuasa mengundi), masing-masing dikatakan berjumlah 329,949,500 unit dan 570,590,000 bernilai RM0.01 se unit. Jadi, jumlah saham jenis ini yang dimiliki Felda di dalam FGVHB ialah 900,539, 500 unit.


Pada masa ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVHB.

Setelah jalan “mesyuarat agong khas KPF” gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVHB, penasihat dan pengurus penyenaraian, iaitu, CIMB dan Maybank (bersama dengan penasihat-penasihat lain termasuk penasihat undang-undang), telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif.  Jalan alternatif ini khabarnya telahpun diluluskan oleh Lembaga Pengarah Felda dan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda pada hujung tahun 2011.

Maklumat terpercaya memberitahu, jumlah saham FGVHB yang diperbesarkan bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.00–RM6.00 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM15-20 bilion kepada FGVHB.


Felda bakal “mengambilalih” 51% milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikat di bawah FHB dan digantikan dengan milikan 37% dari kesemua saham biasa (boleh mengundi) FGVHB yang diperbesarkan. Ini bermakna, 1,265 juta unit saham biasa FGVHB bakal dimiliki KPF. Tetapi, saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu oleh Felda tidaklah diketahui. Ianya satu mistri. Saudara Mazlan berspekulasi bahawa “borang durian runtuh” yang telahpun diedarkan kepada peneroka mungkin dijadikan borang refrendum tanpa disedari oleh peneroka. Kalau ada lebih dari 50% ahli KPF memulangkan borang berkenaan yang telah ditandatangani, maka itu sudah memadai bagi pengerusi haram KPF mengistiharkan bahawa majoriti ahli KPF sudah menyokong pelupusan harta KPF kepada FGVHB. Jika benarlah “borong durian runtuh” ini ditukarkan kepada borang refrendum, maka inilah penipuan yang amat keji.  Diharap ada peneroka yang membuat laporan polis jika penipuan ini berlaku.

Seandainya  penyenaraian FGVHB berjaya dilaksanakan, struktur pemilikan saham dalam FGVHB, menurut sumber terpercaya itu, bakal menjadi seperti berikut:

Pemegang Saham
Jumlah Saham (juta unit)
%
1
IHC
1,265
37.0
2
Kerajaan Negeri
513
15.0
3
Rakan Kongsi Global
684
20.0
4
Pekerja (Borang Merah Jambu)
86
2.5
5
Pelabur Runcit (pengundian)
68
2.0
6
Pelabur Bumiputera (MITI)
393
11.5
7
Pelabur Institusi Lain
411
12.0

Jumlah
3,420
100.0

Andainya jadual di atas benar, maka implikasinya adalah seperti berikut:
  1. Jelas, selepas penyenaraian, KPF memiliki saham FGVHB pada namanya sahaja. Yang berkuasa penoh ke atas harta itu ialah IHC. Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVHB oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan (management fee) kepada IHC.  Pendeknya, KPF bakal menjadi “bangkai bernyawa” - ada harta tetapi beri pihak lain mengawal dan mengurus.

  1. Juga, Felda tidak akan memegang apa-apa saham dalam FGVHB selepas penyenaraian. Dalam cadangan penyenaraian disebut bahawa semua saham  FGVHB miliknya berjumlah 1,307 juta unit (38%) bakal dijual pada harga IPO se saham kepada “pelabur yang dikenakpasti” dan ia menjana tunai sebanyak RM5-8 bilion dari penjualan itu.

  1. Dari jadual di atas juga dapat diperhatikan, pekerja Felda diberi borang merah jambu (pasti dapat), tidak kepada peneroka dan ahli keluarga mereka. Namun, kalau peneroka dan ahli keluarga diberikan borang merah jambu pun, tidak ramai yang mampu untuk membelinya kerana satu lot sahaja sudah mencecah kos sebesar RM5,000-RM6,000.

  1. Juga diperhatikan, agihan saham FGVHB kepada pelabur runcit amat kecil, hanya 68,000,000 saham sahaja (2%). Sebahagian besarnya diagihkan secara terkawal melalui “pre-IPO allocation.” Ini mendorong penganalisis untuk berspekulasi bahawa sebahagian besarnya akan pergi kepada UMNO melalui penama-penamanya. Ini adalah cara biasa UMNO meraih dana dari penyenaraian syarikat di bursa saham. Semua orang tahu hal ini.

  1. Rakan Kongsi global bakal menjadi salah satu pemegang saham terbesar di dalam FGVHB mendedahkan Felda kepada pengaruh, kawalan dan manipulasi pelabur dan kapitalis asing. Sukar difahami kenapa Felda yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak bertujuan untuk melepaskan orang Melayu tiada bertanah dari belenggu kemiskinan kini mahu dijual kepada orang asing.

Selepas penyenaraian FGVHB, struktur pemilikan dalam Felda akan menjadi seperti berikut (Rajah 2):

  • Felda memiliki 100% IHC (sahama biasa, boleh mengundi).
  • IHC akan memiliki 37% saham FGVHB.
  • Lain-lain pelabur akan memilki 63% saham FGVHB.
  • FGVHB akan memilki 100% saham FHB.
  • KPF hanya memiliki saham keutamaan (tidak boleh mengundi) dalam IHC.
Rajah 2: Struktur selepas Penyenaraian FGVHB

Isunya: Bagaimanakah Felda boleh mengambilalih harta milik KPF tanpa mendapat kelulusan dan restu dari ahli KPF sendiri?  Ini merampas harta orang namanya. Bagaimana pun, pengalisis melihat bahawa penyerahan tanah Felda kepada pelabur-pelabur selain daripada peneroka menyalahi GSA.

Guru India jadi sasaran Ali Rustam

Harakahdaily, 16 Mac 2012
MELAKA, 16 Mac: Nampaknya golongan guru sedang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk mempastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

(Surat yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka)

Kalau di Tawau, mereka di kelas-kelaskan mengikut sokongan kepada parti politik oleh Jabatan Pelajaran Daerah, di Melaka guru-guru India di'jemput' beramah mesra dengan Ketua Menteri Melaka.

Jemputan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan dihantar kepada pengetua dan guru besar setiap sekolah.

Menurut surat bertarikh 9 Mac yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka itu, semua guru India sekolah menengah dan rendah di Melaka di'jemput'.

Mereka dijemput menyertai majlis ramah mesra guru-guru India Melaka dengan Ketua Menteri Melaka pada 19 Mac Isnin ini.

Ia akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Melaka mulai jam 1.30 tengahari.

Halang ceramah: Umno masih berpolitik cara kuno

Mohd Sabri Said, 16 Mac 2012
KEPALA BATAS, 16 Mac: Umno disifatkan masih bermain dengan politik kuno apabila sedaya upaya cuba menghalang ceramah Pakatan Rakyat khususnya di kawasan yang didakwa 'kubu kuat' mereka.

Di Kampung Rambai di sini, Umno Cawangan Permatang Rambai didakwa cuba menghalang majlis penerangan Pakatan Rakyat semalam dengan membuat laporan polis dan mengutip tanda tangan penduduk kampung.

Ekoran itu, majlis itu kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain atas arahan pihak polis.

Pada ceramah pertama Pakatan Rakyat di kampung itu 5 Mac lalu, mereka didakwa mengganggu ceramah dengan membuat bising dan melaungkan kata-kata kesat ketika pemimpin sedang berucap.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak berkata, sikap Umno itu memperlihatkan mereka masih dibelenggu kerisauan ekoran sokongan yang mendadak terutamanya golongan muda terhadap ceramah PAS, DAP dan PKR.

"Apa yang mereka buat itu tidak langsung mengambarkan mereka berada di negara demokrasi sebaliknya berada di sebuah negara yang kuno, " tegasnya.

Selain itu katanya, tindakan itu juga tidak mengambarkan apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hasratkan iaitu mahu melaksanakan tranformasi politik negara ini yang memberikan kebebasan kepada parti politik menerangkan dasar-dasar parti kepada rakyat secara terbuka.

Namun sambung Asrol. perbuatan Umno cawangan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ramai penduduk kampung tersebut keluar juga mendengar ceramah di kampung Baru yang terletak berhampiran.

"Sebenarnya ada hikmah disebalik halangan itu. Sebelum ini ketika aktivis mahasiswa Adam Ali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Timbalan Ketua AMK Kedah, Saudara Khairul Nizam diganggu. Ramai orang kampung sendiri tidak begitu senang, " katanya.
Ketua Wanita MCA P Pinang kena panggil 'ayam tua'
Pemimpin BN yang berucap  di sebuah forum anjuran akhbar berbahasa Cina - Kwong Wah Jit Poh dan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang - dilaporkan diganggu oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata beliau kesal kerana penyokong Pakatan bertindak "membuat bising dan bersikap membuli" di forum malam tadi, serta melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan pemimpin BN yang lain.

NONETan (kiri) berkata penyokong Pakatan tidak dapat berdepan dengan kebenaran apabila beliau menyampaikan ucapannya yang menyentuh tentang "kenyataan seksis menyerang beberapa wanita" oleh pemimpin mereka, termasuk pemimpin DAP Hiew Kuan Yew dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

300 kerusi telah diperuntukkan kepada penyokong BN dan Pakatan. Penyokong BN, katanya, telah menunjukkan sikap "profesionalisme dan gentlement' mereka semasa menghadiri majlis tersebut.

"Penyokong Pakatan hanya datang untuk mengganggu forum tersebut, bukan untuk mendengar perbahasan yang rasional. Mereka menggunakan pelbagai kata-kata kesat dan ganas untuk menyerang saya," katanya kesal.

"Beberapa orang mengancam untuk memukul saya dan saya terpaksa diiring keluar dari majlis forum itu oleh penganjur dan kumpulan anggota RELA," tambahnya.

"Ini adalah politik samseng dan mesti dikutuk. Saya dijemput oleh pihak penganjur untuk bercakap mengenai isu-isu wanita, mengapa mereka tidak boleh mendengarnya secara profesional?" soalnya.

Tan berkata, ahli Pakatan seolah-olah tidak dapat menerima kritikan dan menasihatkan rakyat supaya berfikir masak-masak sebelum memilih mereka memerintah negara kerana mereka telahpun menunjukkan "sikap autoritarian" mereka.

NONEBeliau berikrar untuk terus bercakap perkara yang benar dan sama sekali tidak gentar dengan tindakan ganas tersebut.
Penceramah lain di forum itu termasuklah Ketua Wanita Gerakan, Ng
Siew Lai; Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Yee Kow.

Kira-kira 1,000 menghadiri forum tersebut dan ditunjukkan klip video Nik Aziz meminta wanita menutup diri mereka atau berpontesi menjadi mangsa rogol.

Apabila Tan menekankan ucapan seksis pemimpin Pakatan itu, penyokong mereka bertindak mengeboonya dan ada yang memanggilnya "Iao geh boh" (ayam tua), sambil berdiri dengan menuding ibu jari mereka ke bawah.

NONEModerator cuba menenangkan keadaan. emasa sesi soal-jawab,
seorang meminta pemimpin Pakatan yang hadir supaya menenangkan penyokong mereka.

Dan Chong Eng menjawab bahawa beliau hanya seorang penceramah dan tidak boleh campurtangan tanpa permintaan moderator.

"Inilah yang berlaku di Parlimen. Apabila seseorang mengadu, speaker akan kata kedua-dua belah pihak sama saja".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan