Rabu, 28 Mac 2012

NI BETUL...KRONI LUPUS HUTANG BERJUTA2...TU YANG DIDEDAH...YANG TERSOROK ALLAH SAJA TAHU...KALAU TAK SEDAR LAGI...MEMANG MENYOKONG MEMBUTA TULI...

Hutang kroni dilupus, hutang mahasiswa dikejar

Khairil Abdul Rahim, 27 Mac 2012
TEMERLOH, 27 Mac: Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh lupuskan hutang kroni sehingga setengah bilion ringgit sedangkan hutang pelajar universiti yang hanya puluhan ribu tidak henti-henti dituntut dan dikejar.

“Bayangkan di negara ini ilmu pun macam diniagakan, masuk belajar kena berhutang. Sanggupkah kita tengok nak belajar kena berhutang dan habis belajar bukannya terus dapat kerja. Pengangguran sekarang ini dua kali ganda jumlah mahasiswa.

“Tapi tuan-tuan tengok Tajudin Ramli hutang RM584 juta boleh dilepas dan selesai begitu saja sedangkan mahasiswa berhutang antara RM15 ke RM50 ribu dikejar sehingga ke lubang kubur. Jadi apa gunanya masuk universiti?

“Mahasiswa yang belum tahu untung nasibnya disenaraihitam dan tak boleh keluar negara. Tapi kalau tengok pemimpin negara sampai berbuih mulut kata rakyat diutamakan,” sindirnya.

Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) yang digantung itu berkata demikian ketika berceramah di Taman Saga di sini semalam.

Beliau pernah mencetuskan kontoversi kerana menurunkan gambar Perdana Menteri di PWTC itu berkata, negara sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi rakyatnya masih terkongkong walaupun mereka yang dianggap berilmu iaitu pelajar universiti.

“Saya digantung oleh pihak universiti kerana membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang sudah 40 tahun menutup mulut mahasiswa.

“Kami bantah Auku kerana tak logik membisukan pelajar universiti. Bayangkan kalau yang belajar dalam jurusan Sains Politik takkan tak boleh kritik parti politik, nakkan cakap tentang ayam itik.

“Saya sendiri sebagai mahasiswa. Kita kritik sebab kita sayangkan negara ini. Takkan nak biarkan pemimpin makan rasuah,” hujahnya lagi.

Adam menambah, dengan membisukan mahasiswa itulah menyebabkan pemimpin tidak takut makan rasuah banyak-banyak kerana mahasiswa tidak boleh bersuara sedangkan mahasiswa orang yang berilmu justeru tidak mungkin membiarkan kemungkaran dan penganiayaan.

Katanya, apabila sudah tidak ada lagi saluran untuk suarakan kepincangan di mana lagi jika tidak di jalan raya sebagaimana di negara-negara maju mahasiswanya berdemonstrasi di jalan raya.

“Jadi pada hari itu (15 Disember 2012) saya bersama 500 mahasiswa berarak ke PWTC kerana bangunan itu bangunan Umno iaitu parti yang memerintah negara ini.

“Saya turunkan berdera gambar (Datuk Seri) Najib Tun Razak sebagai simbolik membantah penipuan slogan transformasi untuk memansuhkan Auku dan hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinannya selaku ketua kerajaan,” hujahnya lagi.

Adam menyeru golongan anak-anak muda supaya segera menggerakkan perubahan kerana sudah 54 tahun selepas merdeka tetapi pemimpin negara dan parti memerintah masih bergelumang dengan rasuah serta politik perkauman yang membawa budaya samseng.

“Jadi kepada anak-anak muda saya seru, inilah masa yang paling sesuai untuk tumbangkan kerajaan yang ada hari ini demi kebaikan generasi akan datang,” laungnya dengan penuh bersemangat.

AMK lancar Gerakan Tawan Anak Kelantan

Aslani M, 27 Mac 2012


KOTA BHARU, 27 Mac: Angkatan Muda PKR (AMK) Kelantan akan melancarkan program Gerakan Tawan Anak Kelantan (GerTAK) sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Ketuanya, Azihan Che Seman (gambar) berkata, program GerTAK lebih tertumpu kepada anak-anak Kelantan yang berada di perantauan terutamanya di Lembah Klang.

Katanya, program awal membabitkan anak perantau akan diadakan pada 31 Mac ini bertempat di perkarangan Pejabat Parlimen Gombak, di Pusat Bandar Taman Melawati. Ia bermula jam 1 tengahari hingga 5 petang.

“Program itu diadakan dengan kerjasama Biro Strategi PKR Kelantan bertujuan bertemu mata dengan pengundi luar khususnya anak muda.

“Selain itu bagi mewujudkan hubungan dengan pengundi luar dan membina sistem maklumat pengundi secara lebih teratur,” katanya di sini.

Menurutnya program dikenali sebagai Bekwah Anak Kelantan Lembah Klang disasarkan kehadiran lebih 1,000 anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang.

Katanya juga kehadiran pengundi luar menjadi faktor utama kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak 1990 dan ia perlu dipertahankan.

Program itu bertema Sihat Ko, Ore Kampong Kito. Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk jamuan makan, persembahan dikir barat Kelab Pantai Timur, pertandingan mewarna bintang kecil, dialog isu-isu semasa dan kaunter daftar pemilih.

Azihan berkata, program itu dijangka dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan pimpinan Kelantan.

Sementara itu Pakatan Rakyat Kelantan akan mengadakan solat hajat dan ceramah perdana pada malam 30 Mac ini bertempat di Padang Perdana Kota Bharu.

Program tersebut bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti solat hajat.

Penceramah handalan yang bakal ditampilkan iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penasihat PKR, Penasihat DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Program berkenaan bertema Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia. Manakala pada sebelah petang hari sama diadakan jamuan teh bagi memungut derma serta persembahan kebudayaan.

Pemimpin sendiri dedah Umno tipu dalam p’raya

Harakahdaily, 27 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya.

“Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, katanya dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihan raya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius.

“Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.

“Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno,” ujarnya.

Baginya, kedua-dua pemimpin itu adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihan raya umum yang mana sudah tentu dakwaan mereka berasas.

Justeru itu, ujarnya tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihan raya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno.

Menurutnya, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.

“Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihan raya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno BN,” katanya lagi.

Justeru, jelasnya DPPM amat berharap, taktik jahat Umno itu dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang PRU13.

Beliau menambah, sudah beberapa kali pilihan raya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihan raya yang kotor di negara ini.

“Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno BN tidak layak memerintah negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan.

“Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat,” ujarnya.

Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait

Harakahdaily, 27 Mac 2012
SHAH ALAM, 27 Mac: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin (gambar) , Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.

"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.

Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.

Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.

Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.
Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.

Kenaikan harga barang bebanan paling besar

Harakahdaily, 27 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Rakyat negara ini benar-benar sedang memikul bebanan dari kenaikan harga barang yang melonjak-lonjak sejak kebelakangan ini.

Ketika sebahagian dari mereka memberikan jawapan mudah iaitu menukar kerajaan yang ada namun isu ini nampaknya tidak semudah itu.

Rakyat ingin tahu bagaimanakah mekanisme pengawalan harga barangan boleh dibuat oleh kerajaan.

Para pengikut facebook Harakahdaily ketika diajukan soalan ini bertalu-talu memberikan respon mereka sebagai petanda isu ini sangat kritikal sekarang ini.

Antara komen mereka adalah:

Paci Oman: "Mengapa kerajaan sukar untuk membendung inflasi, dengan gaji kakitangan kerajaan yang rata-ratanya kurang 3000 termasuk saya, memang sukar untuk meneruskan hidup,.. memang payah jika berjaya pun kerana saya berjaya berjimat, namun tidak boleh menampung kos kehidupan, apatah lagi jika mereka yang punya anak ramai.. jika kita gagal berjimat,.. apa akan terjadi..? Makan batu lah.."

Hapizz Aziz:
Perlu laraskan gaji swsta juga dan harga barang dikawal ketat oleh pihak berwajib. Kuatkuasa bagi syarikat-syarikat besar untuk naikkan gaji.. Barang-barang sperti keperluaan perlu kaji semula.. Contoh ikan di Kuantan kembong-RM14 tetapi di Kedah- RM10 berbeza tetapi Kuantan ada jugak pusat perikanan yang besar tapi harga mahal dari ayam.."

Fazil Fawzi: "Benci dengan kenaikan harga barang..kawan saya yang baru balik dari UK pun mengeluh dengan harga barang yang mahal..kat sana gaji 1000£ cukup untuk hidup.beli barang penuh 1 troli habis dalam +-50£ je..Malaysia? Padahal Malaysia negara pengeluar minyak. Barang buatan Malaysia pun banyak tetapi mahal gak.."

Kajian yang dibuat melalui servey Harakahdaily juga memberikan jawapan yang sama...isu kenaikan harga barang adalah paling menekan rakyat sekarang ini.

Mereka mahu kerajaan BN yang ada atau Pakatan Rakyat yang mahu menjadi kerajaan berbuat sesuatu untuk meringankan bebanan mereka.

Antaranya, mereka memaklumkan, kerajaan hanya baru mengumumkan kenaikan gaji tetapi harga barangan pengguna khasnya sudah melonjak naik.

Berikut adalah pelbagai cadangan yang diberikan oleh mereka:-

1) Tukar kerajaan yang ada kepada kerajaan yang lebih prihatin kepada masalah rakyat.

2) Turunkan harga petrol kerana penurunan harga petrol sepatutnya menurunkan kos barangan dan dengan sendirinya boleh menurunkan harga barangan.

3) Jangan umumkan kenaikan gaji dan biarlah ia berlaku dengan senyap-senyap sahaja.

4) Kaji balik kadar tol

5) Buang menteri-menteri yang tidak pandai buat kerja.

6) Kaji balik cukai yang pelbagai-bagai dikenakan kepada rakyat.


Dapatkan maklumat lanjut dan berikan pandangan anda melalui http://www.facebook.com/harakahdaily


Komen-komen terpilih dari anda:

MaafkanSaya OrgKaya Buat kereta sendiri jual kepada rakyat mcm kereta Jepun tapi bila hantar ke luar negara pandai pula turunkan harga sbb tak setanding spesc kenderaan asing lain..Jual pada Singapura harga ciput jer tp bila tarif air utk rakyat sendiri pun berkira..Nasib duduk Selangor, merasa juga bayar air murah2.

Aziz Ibrahim Penguatkauasa lemah.ada ke patut nk ge tinjau/lawatan bg tahu.pas mereka belah apa lg brg naik semula lah.menteri kata arga cam biasa x ada kenaikan.kan sengal pya menteri tu.betul ke kwn2 semua.

Zarul Maya Hakikat!! Kerajaan hanya mengiktiraf kakitgn kerajaan sebagai rakyat m'sia..pekerja2 swasta kat m'sia ni smuanya umpama pendatang..

Khalim Miswan gaji org kerjaan naik barang pun naik harga.. apa nih? kenapa tangga gaji org kejaan dijadikan kayu pengukur untuk peniaga naikkan harga... kerjaan sepatutnya bendung perkara ni.. kesian la kat orang kampung.. org yang kerja sendiri, org yang pendapatan sederhana...

Mohd Zaidi Ramlan harga barang sentiasa naik.. terimalah hakikat. bumi semakin tua.. iklim yg melampau banyak negara alami bencana alam. kos tanaman meningkat. banyak yg rosak sebab bencana. negara kita pulak banyak bergantung makanan dari luar. minyak pulak semakin susut. kita akui semua itu.. lebih baik kita berjimat dan tingkatkan ekonomi kita kerna yg pasti akan datang lebih perit dari skrg.

Othman H Siru
Inilah tujuan AMNO/BN menyusahkan rakyat, selagi rakyat susah, rakyat mudah terpengaruh dengan BRIM 500rm dan penipuan2 lain. Kalau ramai rakyat sudah senang, rakyat akan tukar KERAjaan penjenayah, perasuah, perompak dan perogol amah.

Osmann Kad Rm500 tu duit pembayar cukai..bukan duit BN. Kita semua ada hak utk dapat rm500.
Pegawai kerajaan setengah juta sahja,,,tapi yg merana 26.5juta... Kami pesara swasta amat kecewa dengan kenaikan harga barang2. Umor dah lebih 60 tahun,,dimana nak cari pendapatan. Nek jadi jaga atau pandu teksi sudah tak daya... RM50,,nak masukan kedalam tabung msejid terlalu banyak,,,tapi kalau dibawa kekedai apa yang boleh dibeli utk makanan sekeluarga bg 5 hari....

Fazil Fawzi
Bler brg naik mule la kuarkn pendapat mngarut.suh mkn ubi kayu la,kentg la..org yg mnyuruh pn lm tentu mkn ape yg die suruh..cube bg gaji kt menteri2 rm2000 sbln..dpt ke diorg survive..

Jawa Satu siapa yg tentukan harga barang.persatuan peniaga. mereka boleh atur dan susun harga.orang islam kena berniaga dan kurangkan menyalahkan orang lain dan buat kerja.kedai satu malaysia jawapannya perlu disokong dan ditambah.harga minyak turun pun depa boleh kawal harga.

Mohd Fazil Che Hamid semua pengeluar brgan dimonopoli,cuba wat pengeluar tu bnyk kit,lesen dikuarkan,dah tntu brg susah nak naik rega..cth:gula..pai dpt gelaran raja lg..
Aida Ahmad Yes... Memang betul. 2 tahun lepas sekali beli barang dapur untuk seminggu baru $200, sekarang dah naik $400 lebih.

Nazri Ismail yaa..saya nak ngadu pasal astro..mahal sgt beratus2 ringgit,paling murah pon 60hinggit..astro untung bilion2..xde astro,siaran susah nak dapat..terpaksa3!!minta perjuangkan hal ini..

Munir Nanie pru13 pakat2 la tukar krajaan lain pulak..knpa takut sangat kalau x undi umn0/bn nihh...umn0 dh memerintah 50 tahun lebih,tp pengurusan negara masih d tak0k yg sama...0rg susah brtambah susah,menteri2 brtambah kaya...

Zack Jakie sy sokong,skrgne jib dh byk melabur duit utk PRU 13,tp hrp maklumlah klu lps PRU 13 nanti smua brg naik.masa tu jgn menyesal,lbh baik baik berfikir dlu sblm mengundi.sesal dahulu pendapatan,tp menyesal kemudian tidak berguna lagi..
Red Wave Kelate Kalo semua rakyat Malaysia hidup senang, nanti apa2 bantuan khas etc utk rakyat nak bagi kat sapa?Maka takde lah 'SERVICE CHARGE' ke apa.. lagipun kalau rakyat hidup senang..akan ter'BUKA' minda sbb cukup mkn & pendidikan..jadi tadak la org bodoh utk di 'janji manis'.

Bersatu Bermuafakat Kenaikan harga barangan hanya menunjukkan bahawa yang menjadi pemimpin negara sekarang tidak pandai mentadbir negara sebebnarnya. Ini adalah hasil amalan mencampur aduk pentadbiran dengan perniagaan membuat pemimpin negara sekarang cair otak tak dapat membezakan apa yg baik dan yang tidak dalam memimpin negara. Mereka menghampirkan negara ke tahap kebobrokan bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan semua aspek kehidupan, lihat sahaja kualiti kehidupan rakyat sekarang.

Red Wave Kelate Mati pun susah maa... kain kapan naik harga,upah org gali kubur pun naik sbb minyak motor dia pun naik harga.

Fajar Nur cakap banyak xguna kita tukar je BN kepada PR pru 13 nanti insyaAllah.

Saiful Adam najib suruh boikot.sume kedai pun naik..takyah makan?huhu.berat 66 anak tun razak sorg tu.

Shin Chan Cukai naik utk tingkatkn pndpatan krajan tapi yg kaya yg kaki sakau yg ada kuasa la..epf dh sakit slesma, felda dh nk gadai tanah, tbg haji tngu kna pinang,proton dh semput,krajaan negeri x pndai byr hutang, tukang tampal poster nk cash..smua dh sakit...

Awin Syakila Sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang ambil berat tentang kebajikan rakyatnya, bukan kebajikan puak-puak dia sendiri yang Umno BN amalkan selama ini. Dia orang makin kenyang, makin gemuk, rakyat makin merempat. Kerajaan Negeri Selangor dah buat macam-macam untuk kebajikan rakyat Selangor. Semua rakyat Selangor menikmati kemudahan tersebut. Kalau ada orang tak setuju, cepacepatlah dapatkan rawatan, check mana yang patut.

PAS lulus tanah kepada syarikat, bukan individu

Hazayani Zakaria, 27 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS Terengganu menafikan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya sewaktu memerintah negeri itu pada 1999 hingga 2004.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut sebaliknya menjelaskan, PAS meluluskan permohonan tanah yang dibuat menggunakan nama syarikat, bukan atas nama wakil rakyat seperti yang didakwa.

Individu yang dimaksudkan ialah Adun Ladang ketika itu, Dr Sulaiman Abdullah.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat memohon tanah untuk mengusahakan tanaman limau madu di Lembah Sitrus, Durian Mentangau.

"Tidak timbul PAS bagi tanah kepada individu. Beliau (Dr Sulaiman) pohon atas nama syarikat.

"Ketengah luluskan permohonan syarikat lain tapi syarikat beliau ditolak padahal peringkat jawatankuasa Ketengah dan jawatankuasa pertanian negeri dah luluskan tapi exco Umno ketika itu tolak.

"Lepas tu bila PAS perintah kita kata tak adil orang lain lulus tapi dia tak lulus sedangkan syarikat beliau berpotensi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata, tindakan PAS itu ternyata berbeza dengan cara Umno memberi tanah kepada wakil rakyatnya sekarang.

"Fakta dan senario berbeza. Dia mohon atas nama syarikat dan sebelum menjadi wakil rakyat untuk majukan pertanian di bawah Ketengah," katanya.

Abdul Wahid bagaimanapun berkata, beliau akan meminta Dr Sulaiman sendiri membuat sidang media bagi menjelaskan dakwaan itu.

"Saya akan minta Dr Sulaiman jawab sendiri dan membuat penjelasan mengenai dakwaan ini.

"Saya juga akan terus dedahkan nama wakil rakyat Umno yang menerima tanah," katanya.

RM15.7 juta biayai Skim Mikrokredit Selangor

Muhammad Faizal, 27 Mac 2012
SHAH ALAM, 27 Mac: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM4.474 juta kepada 2,162 peserta program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) sejak ia dilancarkan pada 3 Mac 2011 hingga Disember 2011.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail turut memberitahu Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) pula sehingga 31 Disember, seramai 4,559 sadiq telah dibawa masuk dan pembiayaian yang dikeluarkan adalah RM15,703,644 juta dengan penerimaan pembiayaian seramai 5,979 orang.

"Untuk bantuan banjir di Hulu Langat, kerajaan negeri telah memberi bantuan tunai kepada mangsa sebanyak seribu ringgit setiap seorang yang melibatkan seramai 1,763 mangsa bagi kawasan Lembah Jaya dan Dun Dusun Tua yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1,763,000.

"Selain itu juga sebanyak RM120 ribu diperuntukkan bagi tujuan membaiki rumah yang melibatkan 11 buah rumah musnah teruk, untuk kerja-kerja pembersihan sebanyak RM180 ribu telah diberikan dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh badan bukan kerajaan dan juga Yayasan Amal," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, bagi bantuan peralatan sekolah, sebanyak RM200 setiap seorang diberikan kepada pelajar sekolah menengah iaitu seramai 246 orang murid bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Jaya dan juga Sekolah Menengah Taman Kosas, manakala RM100 seorang untuk pelajar sekolah rendah melibatkan 160 orang bagi Dun Dusun Tua.

Rodziah memberitahu, bagi kos pembinaan jambatan untuk menghubungkan dua buah kampung di Lembah Jaya belum dikenalpasti lagi dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut.

Demokrasi media mendepani PRU13

Nasrudin Hassan at-Tantawi, 27 Mac 2012
1. Berulangkali YAB Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Abd Razak melaungkan transformasi di era kepimpinannya. Asasnya ia adalah satu langkah yang baik untuk sebuah perubahan. Namun malangnya sehingga kini, transformasi itu belum menampakkan sebarang tanda bahawa parti-parti politik yang sah dan dibenarkan bertanding dalam pilihanraya mempunyai akses media yang seimbang dengan parti pemerintah.

2. Rakyat telah menghantar isyarat yang sangat jelas melalui  Bersih dan Bersih 2.0 tempoh hari, bahawa mereka mahu akses media yang lebih telus dan luas guna mewujudkan ruang dan peluang seimbang serta adil kepada semua parti yang bertanding dalam pilihanraya.

3. Pilihanraya adalah platform untuk rakyat memilih pemimpin yang bakal membentuk kerajaan dan pentadbiran yang baik ke arah memacu negara bersaing seiring sejalan dengan pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan sosial yang pesat serta menguasai iklim politik serantau mahupun antarabangsa.

4. Justeru itu, rakyat terlebih dahulu berhak untuk mendapatkan maklumat dari parti yang bertanding berkait kewibawaan calon, polisi parti, tawaran dan janji untuk rakyat serta manifesto dan risalah perjuangan parti-parti yang bertanding.

5. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, hanya parti pemerintah yang menguasai media sama ada cetak atau elektronik. Sementara parti bukan pemerintah dipaksa berpada dengan media lidah rasmi parti yang terhad bilangan dan keluarannya untuk ahli sahaja.

6. Fenomena ini tidak sihat untuk sebuah sistem demokrasi yang baik dan subur. Rakyat kelak memilih pemimpin tanpa maklumat yang cukup dan masak sebaliknya lebih bergantung kepada maklumat sebelah pihak dan satu hala. Selayaknya akhbar parti dibenar terbit dan edar secara umum, pula diberi laluan serupa dan seimbang untuk membawa suara perjuangan parti  melalui chanel khas dalam media elektronik.

7. Jika kita berpolitik untuk memajukan negara dan membangunkan minda rakyat, selayaknya rakyat dididik membuat pilihan dan pendirian berasaskan maklumat yang seimbang dan masak. Inilah politik baru yang berkali saya tegaskan. Iaitu politik berteraskan hujjah dan fakta bukan lagi politik tekan, paksa, sogok dan ugut.

8. Ketidakadilan ini bakal mengundang risiko besar apabila rakyat tertekan dan rasa dinafikan hak mereka bersuara dan hak mereka untuk mendapatkan maklumat secara bebas dan telus. Ia boleh sahaja menjadi bom jangka yang mampu meledak pada bila-bila masa jika terus-terusan rakyat dikongkong. Satu peringkat mereka mungkin boleh dan masih bersabar namun bila tiba saat tertentu, negara terpaksa membayar harga yang tinggi untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.

9. Negara maju malah mengamalkan sistem demokrasi telah lama mendahului negara kita dalam pendemokrasian media dan maklumat. Malah sebagai sebuah negara yang meletakkan agama rasminya ialah  Islam, sewajarnya menggalakkan keseimbangan maklumat dan pertumbuhan sumber perbendaharaan ilmu dalam pelbagai bidang yang mampu membina minda dan daya fikir masyarakat kita.

10. Kesalnya saya, apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, media untuk membina dan membentuk jalur pemikiran, resam budaya,  budi peribadi, skima politik dan ekonomi sangat terhad serta terbatas. Sebaliknya majalah picisan, novel separa porno dan akhbar hiburan tanpa kawal berlambak dipasaran dengan kelulusan KDN sedang ia sekali-kali tidak membangunkan harapan negara untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan berkualiti.

Nasrudin Hassan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan