Jumaat, 16 Mac 2012

MACAM RASA DIRI OK...DAN BAIK

 ELOK SIASAT TERMASUK DIZAMAN PEMERINTAHAN KHIR TOYO
Umno mahu Suruhanjaya Diraja siasat isu pasir
NURULFATIHA MUAH
15 Mac 2012
Datuk Ahmad Nawawi M Zin
SHAH ALAM - Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) didakwa gagal menyelesaikan masalah kerana tiada tindakan diambil selepas sesi pendengaran awam selesai.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Jamal berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri jujur dengan rakyat khususnya di Selangor dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu penyelewengan pasir di negeri ini.

“Jika Kerajaan Negeri jujur, mereka patut setuju dengan kita supaya tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat semua perkara yang menjadi tanda tanya rakyat supaya masyarakat tidak berasa tertipu.

“Sehingga hari ini, Selcat tidak cukup telus dan mereka hanya jawab ‘masih dalam siasatan’, sedangkan isu pasir itu sudah tiga tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kewajaran Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyelesaikan beberapa isu, skandal dan kontroversi melibatkan Kerajaan Negeri.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin berkata, Selcat sepatutnya dapat memperbaiki masalah dan bukannya hanya mendengar tanpa mengambil tindakan susulan.

“Tiada perubahan yang dibawa oleh Selcat, contohnya, dalam kes Yayasan Selangor di mana apabila masalah perbelanjaan dibangkitkan, tiada tindakan diambil terhadap pihak pengurusan atau mereka yang terlibat,” katanya.

Ahmad Nawawi berkata, satu badan pemantau khas yang bukan dianggotai Kerajaan Negeri seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Diraja patut diwujudkan untuk menyelesaikan semua kemelut yang melanda di Selangor termasuk penyelewengan pasir.

Sementara itu, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) menyifatkan skandal tersebut hanya mampu diselesaikan dengan menggunakan undang-undang sedia ada.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja itu adalah wajar kerana ia adalah penyelesaian terbaik kepada siasatan isu itu.

“Setidak-tidaknya, (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif membentangkan ‘Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor’ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat,” katanya.

BETUL JANGAN LANTIK KERAJAAN MENIPU..TIRIS..RASUAH..DAN TAK MAHU HUKUM HUDUD
Rakyat Kelantan digesa undi kerajaan yang berwibawa

14 Mac 2012
KOTA BHARU - Rakyat Kelantan digesa supaya tidak mempersia-siakan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang untuk memilih kerajaan yang mampu membantu memantapkan pembangunan di dalam semua aspek, terutama berkaitan ekonomi dan sosial.

Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, kestabilan dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial pasti akan menjamin masa hadapan rakyat negeri ini dengan lebih baik dan sempurna.

"Kita memerlukan kerajaan yang memberi perhatian dan fokus terhadap agenda pembangunan rakyat serta kerajaan yang bijak merancang dan melaksanakan sesuatu pelan dengan berkesan bagi pembangunan rakyat.

"Justeru, kita perlu sedar bahawa pembangunan dan survival rakyat tidak akan terjamin di bawah kerajaan yang hanya mementingkan politik semata-mata," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 900 penerima di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Fatmi yang juga setiausaha politik perdana menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbukti dalam mendukung aspirasi rakyat sejak lebih 50 tahun yang lalu apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan rakyat.

"Berikutan itu, dalam konteks pembangunan di Kelantan ini, saya percaya apa sahaja perancangan berkaitan aspirasi rakyat akan lebih senang menjadi realiti jika diterajui oleh kerajaan yang berwibawa," katanya.

Katanya, antara agenda utama BN adalah mengenai rumah rakyat mampu milik yang tidak pernah disediakan oleh kerajaan PAS walaupun telah menerajui Kelantan lebih 20 tahun lalu sedangkan kemudahan tersebut adalah keperluan utama rakyat.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan beliau amat memahami masalah ini, namun tidak berupaya menjadikannya satu kenyataan kerana ia di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, jika BN diberi mandat dan menerajui kerajaan pusat, saya yakin masalah berkenaan akan dapat diselesaikan dengan bijaksana," katanya. - Bernama

BETUL KARUT KE..LAGI KARUT LANTIK PEMIMPIN DAH BERZINA..MENGAKU..YANG TAK DE BERMORAL..
Jawatankuasa pantau MB Kedah dianggap 'karut'

13 Mac 2012
ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Gurun Dr Leong Yong Kong membantah penubuhan sebuah jawatankuasa oleh Pas untuk memantau pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan menyifatkannya sebagai satu konsep "mengarut".

Wakil rakyat Barisan Nasional daripada MCA itu berkata urusan pentadbiran negeri seharusnya dirujuk oleh Menteri Besar kepada Sultan Kedah dan bukannya kepada jawatankuasa itu.

"Sebagai seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah, saya membantah sepenuhnya langkah tidak berperlembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pas semalam mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman daripada parti itu bagi mengetuai jawatankuasa berkenaan, yang dibentuk oleh Pas sebagai satu jalan penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam pentadbiran negeri Kedah yang diterajui parti itu.

Ia ekoran tindakan dua anggota exco kerajaan negeri daripada Pas untuk dilantik semula kerana dilaporkan tidak yakin dengan kepimpinan Azizan.

Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju menerima pelantikan itu selepas campur tangan Pas pusat.

Dr Leong berkata jawatankuasa itu dianggotai individu dari luar Kedah dan ini tidak seharusnya berlaku.

"Ianya satu konsep yang benar-benar mengarut," katanya.

Dr Leong juga mempersoalkan kenapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang merupakan rakan Pas dalam pakatan pembangkang tidak membantah penubuhan jawatankuasa itu yang tidak mempunyai sebarang wakil daripada kedua-dua parti berkenaan. - Bernama

CONTOH ORANG BELASAH 250 JUTA...BUAT BENDA2 UNTUK KEUNTUNGAN KELUARGA...KAWAN MEMANG PUJI KAWAN..INGAT RAKYAT BODOH KE....
Ahli Parlimen BN: Pembangkang perlu contohi Shahrizat
Bahdin
12 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Beberapa anggota Parlimen kerajaan hari ini menggesa pembangkang agar mencontohi langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur daripada jawatan Menteri, meskipun belum terbukti terlibat dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp).

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi melabelkan pengunduran Shahrizat itu sebagai bermaruah, tidak seperti pembangkang yang terus-menerus mempertahankan anggotanya walaupun terpalit dalam beberapa isu.

"Saya harap pembangkang juga ambil sikap yang sama. Seperti kes Elizabeth Wong (Exco kerajaan negeri Selangor yang terpalit isu penyebaran gambar bogelnya), saya berani sebut, dah terbukti...tetapi kenapa masih pertahankan?

"Tetapi kerajaan BN (Barisan Nasional) buktikan bahawa anggotanya lebih berani, telus, bermaruah dan bermoral. Saya harap rakyat lihat ini sebagai pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),"
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau diminta mengulas pengumuman Shahrizat untuk berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, tetapi menafikan ia mempunyai kaitan dengan skandal NFCorp.

Mohd Puad yang juga Anggota Parlimen Batu Pahat berkata keputusan Shahrizat itu tepat dan amat dinantikan, serta telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri.  

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu menambah pengunduran Shahrizat sebagai menteri tidak akan mengganggu jentera BN bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan memberikan sokongan penuh terhadap pimpinan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno serta Ketua Wanita BN dan tidak kisah apa yang dikatakan pembangkang mengenai keputusan pengunduran tersebut.

"Apa yang penting...pemimpin kita (Shahrizat sudah) buat keputusan ...sekarang saya nak tengok berapa ramai daripada pembangkang yang telah didedahkan dengan tuduhan macam-macam, sanggup lakukan seperti Shahrizat lakukan semalam," kata Anggota Parlimen Sembrong itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Shahrizat dengan rela hati berundur meskipun skandal NFCorp masih dalam siasatan kerana tidak mahu mengheret sama kerajaan dalam isu tersebut.

Anggota Parlimen Tanjong Karang itu berkata: "Inilah beza keikhlasan pemimpin Barisan Nasional dengan pemimpin pembangkang. Ada pemimpin pembangkang yang telah didakwa di mahkamah pun masih enggan meletak jawatan dan terdapat satu kes di Selangor melibatkan seorang Exco yang ingin meletakkan jawatan ekoran sesuatu isu, namun kerajaan negeri hanya bagi cuti dan apabila cuti habis, terus jadi Exco semula.

"Di sini rakyat boleh lihat sikap yang diambil pemimpin BN...kita lihat dalam BN walau mana-mana pegawai dan ahli Parlimen atau ketua bahagian terlibat dalam sesuatu isu, mereka akan digantung daripada jawatan...ia menunjukkan apa yang berlaku membabitkan kes peribadi perlu diuruskan sendiri kerana ia merupakan integriti seorang pemimpin sebenar," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata walaupun sedih namun beliau menghormati keputusan Shahrizat untuk berundur.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pengunduran Shahrizat tidak akan menjejaskan gerak kerja kerajaan mahupun parti.

"Saya tidak menjangkakan begitu, kerana BN mempunyai mekanisme di mana dia (pemimpin) bukan seorang, pemimpin boleh datang dan pergi tapi jentera kerajaan tetap  berfungsi, kementerian itu tetap ada tak kira siapa menteri," katanya.

Anggota Parlimen Ayer Hitam itu turut berpandangan bahawa dalam hal itu, jawatan dalam kerajaan dan parti adalah berbeza dan boleh dipisahkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata rakyat sendiri perlu menilai tindakan yang dilakukan oleh Shahrizat.

Beliau bagaimanapun menyifatkan pengunduran Shahrizat itu tidak ikhlas dan tidak dilakukan sepenuh hati.

"Jika anda (Shahrizat) mahu berundur kenapa anda tidak berundur sekarang, kenapa tunggu sehingga 8 April, dan lagi satu kenapa beliau turut memegang jawatan  Ketua Wanita Umno, sama ada anda letak semua jawatan atau anda tidak letak jawatan langsung," katanya. - Bernama

BETUL..JANGAN LANTIK YANG KAKI RASUAH..BOROS..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..TERANG2 BELANJA WANG RAKYAT DENGAN HARGA2 TAK MASUK AKAL
Pilih kerajaan yang mampu urus tadbir negara

11 Mac 2012
PEKAN - Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan kesejahteraan dan kemakmuran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan menerima manfaatnya.

"(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahaja atau gantung 'bulan' paling  tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat dan orang ramai," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vitamin 1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di Dataran Pekan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman.

Najib berkata ungkapan Gagasan 1Malaysia:  Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya boleh dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat.

"Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaan serta pentadbiran yang berasaskan kepada KPI (indeks prestasi utama) maka kita berjaya merangsang dan memacu ekonomi yang baik iaitu pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Kita juga telah dapat mengembangkan ekonomi sebanyak RM1.3 trilion pada tahun lepas, satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini, juga pelaburan tambahan sebanyak RM105 bilion," katanya.

Perdana Menteri berkata kesan tadbir urus yang cekap juga membolehkan pelbagai agensi kerajaan mendapat keuntungan sekaligus dapat mengagihkan keuntungan kepada rakyat yang memerlukan.

"Contohnya 1MDB, bila dapat untung kita bentuk yayasan dan kita bagi pada rakyat yang memerlukan bantuan, seperti nelayan, kita bagi bantuan menerusi program Ihsan Samudera.

"Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duit RM100, katanya.

"Justeru, ingatlah kerajaan ini untuk rakyat dan yang berbudi kepada rakyat dan kita tahu bila rakyat akan balas balik budi kepada kita," katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan vitamin kepada 7,321 sekolah seluruh negara yang melibatkan 516,472 pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam program Vitamin 1Malaysia.

Sumbangan vitamin yang diberikan itu bertujuan membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid-murid. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan