Sabtu, 24 Mac 2012

KEBENARAN AKAN TERSELAH...BATIL AKAN KALAH...ALLAH TAHU SAPE PENGAMPU2...PILIH JALAN SELAMAT...JUGA ALLAH TAHU...JUGA ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK HUKUM ORANG2 BEGINI...AKHIRAT TU MEMANG JELAS...MEREKA YANG PUTAR2 BELIT TAK BOLEH LARI

1Care: Kerajaan tidak belajar dari SBPA

Harakahdaily, 23 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan kerajaan berhubung sesi penerangan 1Care yang hanya dibuat selepas dibantah rakyat.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak belajar dari rekod Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan dan kemudiannya dimansuhkan selepas dibantah rakyat.

"Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.

"Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azizah lagi, beliau juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar dan kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.

Sebagaimana disebut di dalam kenyataannya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus.

WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru ujarnya, memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara.

"Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.

"Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital Universiti, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan," jelasnya.

PAS jangan leka dan rasa selamat

Mohd Sayuti Omar, 23 Mac 2012
Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.
Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkat itu.
Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.
Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.
Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.
Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.
Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.

Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.
Dalam pengamatan saya setakat ini hanya kawasan Jeli sahaja Pas nampak serius dan ghairah. Kebetulan di pihak UBN juga begitu. Jadi perlawanan (fighting) kini hanya berlaku di Jeli. Jeli memberi simbolik akan pertewasan Pas dengan Umno.
Bendera dan segala macam bahan kempen kedua-dua buah parti sudah mula bercacakan di tepi-tepi jalan berselekoh dan berkibar saling selar menyelar antara satu sama lain. Sudah ada bendera yang di pacak atas pokok dan mereka 'berbadi' tinggi. (Tahukah apa erti berbadi?"

Bermula di sempadan Tanah Merah di Jedok sampailah ke sempadan dengan Gua Musang di Jelawang. Bendera dan banting kedua-dua parti merampas mana-mana ruang yang ada.
Apandi Mohamad bersama timbalannya Abdullah Yaaacob yang terpaksa berdepan dengan gergasi Umno nampaknya menggerakkan jentera pilihan raya melakukan perang saraf ke atas Mustapa Mohamed. Beberapa kawasan khasnya di Air Lanas yang diwakili Abdullah Yaacob mengatasi kekuatan UBN. Manakala UBN pula menonjol di bandar Jeli, Bukit Nangka. Ada kemungkinan Mustapa akan bertanding dua kerusi dan kerusi state ialah di Air Lanas.

Di Kuala Balah kedudukan hampir sama rata. Sebuah bendera Pas berukur besar digantung merentangi tengah jalan raya menujukkan bulan Purnama bakal menyengetkan Dacing di situ.
Kedua pemimpin Mustapa (UBN) dan Apandi (Pas) nampaknya berlawan secara psikologi lebih awal. Keduanya ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Apandi 'berdendam' setelah dua kali dikalah Mustsapa tahun 2004 dan s008. Beliau mengira kali ini gilirannya untuk menebus kekalahan ditangan Mustapa. Apandi pernah mengecewakan Mustapa pada tahun 1999.
Walaupun dia tahu sukar untuk menjatuhkan menteri yang mendapat pelbagai kemudahan serta menunjukkan prestasi cemerlang di Jeli tetapi itu tidak pernah menjadikan Apandi berputus asa untuk menebus maruahnya.
Sudah tentu sejarah manis tahun 1999 berjaya mengalahkan Mustapa serta pembebasannya dari tuduhan rasuah akan dijadikan azimat bagi terus berlawan dengan Mustapa. Kali ini Apandi berlawan dengan Mustapa dalam keadaan dia putih bersih.

Dalam pada itu kawasan paling lemah dilihat ialah Rantau Panjang. Bukan saja dipihak Pas tetapi dipihak Umno juga. Masalah ini mungkin berlaku kerana keadaan masih berteka teki siapakah yang bakal mewakili parti masing-masing. Mereka yang dijangka diletakkan calon tidak berani untuk 'bertaruh' menggerakkan parti kerana bimbang tidak akan dipilih.
Dipercayai perang saraf antara Pas - Umno ini akan bertambah hebat seminggu dua lagi. Ia akan menjadi hebat bila mana kedua-dua parti telah menentukan calon masing-masing. Umno dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diturunkan dan tidak pada awal April ini. Mustapa dijangka akan memberi tahu mereka yang bakal menjadi calons secara sulit berperingkat-peringkat.

Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.

Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Tiada bukti produk Felda sampai ke Palestin

Anis Nazri, 22 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Felda tidak mengeksport produk ke Israel, tidak boleh diterima begitu sahaja.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata ini kerana tidak ada dokumen sah yang membuktikan barangan yang dieksport ke Palestin melalui Pelabuhan Ashdod itu benar-benar sampai ke negara tersebut.

Biarpun dengan mengatakan prosedur penghantaran produk Felda itu terpaksa melalui Ashdod, Mahfuz berkata ia tidak boleh membuktikan barangan tersebut sampai ke Palestin.

"Apakah jaminan yang menunjukkan semua barangan yang melalui Pelabuhan Ashdod itu akan sampai ke Palestin?

"Kita pun tahu, dalam perniagaan ini apa yang difikirkan adalah keuntungan.  Tidak mustahil jika Israel membayarnya, ia akan sampai di situ sahaja," dakwa beliau.

Naib Presiden PAS itu turut mempersoalkan jumlah invois yang 'dipadamkan' pada salinan dokumen yang kononnya membuktikan Felda tidak mengeksport barangan ke Israel.

Katanya, jumlah yang dipadamkan di invois itu seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang cuba diselindungkan menteri berkenaan.

Terdahulu, pada sidang media yang diadakan menteri itu, Ahmad menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan Felda menjual barangan ke Israel.

Katanya, aktiviti utama Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah pengeluaran dan pemasaran minyak sawit dan produk berasaskan sawit.

Barangan tersebut dijual kepada pihak ketiga di pasaran tempatan dan juga dieksport melalui cabang pemasaran Kumpulan FGVH iaitu Felda Marketing Sdn Bhd dan syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB).

Menurutnya FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 dan penghantaran terakhir yang dibuat pada 9 Dis 2011, di samping FISB tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghantar ke negara Palestin melalui pelabuhan-pelabuhan Israel dan salah satunya pelabuhan Ashdod.

Penafian itu dibuat Ahmad ekoran kenyataan Ahli Parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa yang mengatakan Felda mempunyai hubungan dagang dengan Israel dengan membekalkan minyak sawit ke negara zionis tersebut.

20,332 pelajar tercicir, 112,346 salah laku setahun

Salmiyah Harun, 22 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketika negara sedang meraikan kegembiran ekoran kecemerlangan pelajar SPM yang cukup membanggakan, namun ada perkara yang perlu dipandang serius.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) memberitahu seramai 20,332 pelajar tercicir dalam pelajaran setiap tahun.

Manakala jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin secara keseluruhan dalam tempoh 2007 hingga 2010 pula pada kadar purata 112,346 orang setahun.

Jumlah murid yang tercicir dalam pelajaran akibat salah laku dan peraturan disiplin sekolah pada tahun 2007 seramai 1,834 murid dikenakan hukuman buang sekolah.

Tahun 2008 seramai 1,848, tahun 2009 seramai 1,534, tahun 2010 seramai 1,348 manakal tahun 2011 seramai 1,131 murid dikenakan hukuman buang sekolah.

Walau bagaimanapun, murid-murid yang dikenakan hukuman buang sekolah akan diberikan peluang kedua untuk bersekolah selain daripada sekolah asal.

Menurut Zailah, masalah keciciran perlu dipandang serius kerajaan kerana punca dari masalah itulah ramai pelajar terjebak dengan gejala sosial yang amat membimbangkan.

"Kena buang sekolah, mereka tidak ada aktiviti hendak dibuat dan disinilah mereka mula mencuba pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah bermula dengan lepak, akhirnya dadah, pecah rumah, samun, ragut dan bermacam-macam lagi," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Siti Zailah dalam soalannya meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.
'Himpunan 325' mungkin jejaskan BN pada PRU-13
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semalam berjanji akan cuba menyelesaikan isu-isu berdekad-dekad lama yang dibangkitkan oleh pesatuan pendidikan Cina, namun ahli-ahlinya bertekad meneruskan perhimpunan mega yang dirancang Ahad ini.

NONEMenurut pemerhati, perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina atau lebih dikenali sebagai Dong Zong yang menamakan protes itu sebagai 'Himpunan 325' mampu memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Majlis itu akan diadakan pada jam 11 pagi di Kolej New Era di Kajang, Selangor dan dijangka menarik lebih 3,000 peserta dari seluruh negara, termasuk 250 persatuan dan dewan perniagaan  Cina serta beberapa kumpulan pendidikan.

Acara di kolej swasta milik Dong Zong itu juga bertujuan untuk menyatukan masyarakat Cina dalam tuntutan mereka mendesak kerajaan memindahkan ratusan guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina mengajar di sekolah rendah Cina.

new era college 230110Ia juga bertujuan untuk memamparkan diskriminasi terhadap sistem pendidikan Cina, khususnya mengenai bilangan guru yang tidak mencukupi yang telah menghantui sekolah-sekolah Cina  selama lebih tiga dekad lalu.

Menurut akhbar Cina Sin Chew Daily, pihak penganjur juga telah mula memasang khemah besar di padang kolej dan menyediakan sepanduk serta kain rentang bagi memaklumkan mengenai majlis itu.
Usir Hamza: Gambar buktikan k'jaan tipu, kata NGO
NGO Lawyers for Liberty mendakwa gambar-gambar yang diperolehinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah berbohong apabila mendakwa wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari di itu.ditahan semasa ketibaannya di negara ini.

NONE"Lawyers for Liberty telah memperolehi gambar-gambar menunjukkan Hamza Kashgari sebenarnya berada di negara ini untuk beberapa hari sebelum beliau ditangkap pada 9 Februari, 2012," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

NGO itu mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan Hamza berada di Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya di Kuala Lumpur manakala satu lagi dirakamkan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mereka, gambar-gambar itu menyangkal dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa Hamzah yang dikehendaki di Arab Saudi, ditangkap semasa ketibaan.

"Menteri Dalam Negeri dan polis mempertahankan kenyataan mereka bahawa Hamza ditangkap apabila tiba di KLIA pada 9 Februari, sedangkan hakikatnya beliau ditangkap oleh pihak imigresen di dewan berlepas KLIA ketika cuba untuk menaiki pesawat ke Auckland, New Zealand selepas tiba di Malaysia pada 7 Februari," kata kumpulan itu.
Hamzai melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.
Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.
Hamza Kashgari at KLIA departure hallDalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.
CUEPACS mahu JPA segera keluarkan pekeliling gaji
CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

NONEPresiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini.

- Bernama
Apa yang saya lalui tentang Yahudi
Semalam saya bermusafir dari UK ke Jordan. Saya hadir memenuhi undangan para pelajar Malaysia di sini. Ada seminar yang sedang berlangsung. Sebanyak empat sesi untuk saya.
Asalnya, saya macam ‘berusaha' untuk tidak memenuhi undangan yang datang dari pelbagai pihak sepanjang berada di Oxford kerana ingin menumpukan kepada tugasan saya.

Pelbagai jemputan khususnya dari para pelajar dan Malaysia dari Eropah, saya tidak masih tangguhkan.

Saya pernah berkata kepada beberapa sahabat: "Rasanya jemputan yang saya dapat melebihi hari-hari yang ada".

Tapi, saya terima undangan dari Jordan, sekalipun jauhnya lima jam penerbangan. Sedangkan saya baru sahaja selesai ibadah umrah beberapa hari lepas di Mekah. Saya datang juga kerana di sini tempat saya belajar dahulu.

Saya ingin mencium bau padang pasir dan udaranya yang telah lama saya tinggalkan. Saya ingin menikmati maqlubah, kunafah, mansaf dan lain-lain hidangan Jordan.

Namun lebih penting, saya rindu ingin melihat wajah guru-guru saya. Kata orang Melayu, "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain".
Saya pulang dari Jordan pada 1995, setelah hampir 5 tahun berada di sini. Saya belajar ijazah pertama Bahasa Arab dan Syariah di Universiti Jordan dan pulang ke Malaysia ketika usia masih 20-an.

Kini baru saya datang semula setelah saya menjejak kaki ke atas pelbagai benua dan negara. Jika para imam yang agung dan besar seperti Imam Syafie berubah pandangan dan pendapat setelah melalui pelbagai kembara, sudah pastilah insan yang kerdil seperti saya terdedah kepada perubahan.

Namun, kesan dan pengaruh pengalaman mewarnai banyak perkara dalam hidupan.
Isu Yahudi
Di Malaysia sekarang timbul isu Yahudi. Sesiapa yang pernah hidup di Jordan terutama pada era saya berada dahulu - ketika Perang Teluk memuncak - akan tahu betapa Israel dan Yahudi menjadi ‘zikir' bicara setiap rakyat Jordan.

Kedudukan Jordan yang bersempadan dengan Israel dan jumlah orang Palestin yang memenuhi pelbagai ruang di negara ini menjadikan isu Palestin sentiasa segar.

Di sinilah saya mengikuti pelbagai aktiviti yang kesemuanya ke arah pembebasan Palestin dan penghapusan Yahudi. Demonstrasi, khutbah, ceramah, nasyid, syair dan segala pementasan seni dan segala berasaskan isu Palestin dan Israel.

Guru-guru saya di masjid seperti as-Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, as-Syeikkh Dr Hammam Said, as-Syeikh Dr Muhammad Abu Faris dan lain-lain merupakan lambang rakyat dalam menentang Yahudi.

Di universiti juga demikian. Kawan-kawan Arab ramai yang bersemangat jihad. Kadang-kadang kami ponteng kelas kerana menyertai demonstrasi anti-Yahudi.

Sehingga saya terfikir untuk pergi berperang di Palestin dan mati syahid di sana. Usia yang teramat muda, yang baru sahaja meninggalkan alam remaja ketika itu menjadikan segala slogan-slogan itu berkobar terbakar dalam darah dan perasaan.

Apa tidaknya, nasib Palestin dan kekejaman Yahudi yang disaksikan saban hari. Di Jordan inilah kami menghafal slogan-slogan bersemangat menentang Yahudi.

Dalam demonstrasi, slogan-slogan seperti "Khaibar, Khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud (Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali) berkumandang di sana sini.

Lirik-lirik nasyid juga penuh dengan isu Yahudi. Kami menghafal dan mendendangkannya. Maka Yahudi isu asas di sini. Bak kata guru-guru kami; kerana Yahudi itu isu asas, maka Surah al-Isra ataupun Bani Israil itu berada paling tengah al-Quran.
Yahudi di Barat
Apabila saya melawat Berlin, Jerman pada tahun 2009, saya melihat gambaran yang lain cuba diberikan. Yahudi dilihat sebagai mangsa kekejaman Hitler, dibuat memorial khas untuk mengenang Yahudi yang menjadi mangsa pembunuhan di Eropah.

Walaupun banyak yang boleh dipersoalkan. Apabila saya ke Oxford sekarang, saya mendapati betapa ramai penulis Muslim di Barat membincangkan mengenai Yahudi di sudut ia sebagai salah satu agama tanpa isu Palestin.

Maka Yahudi dilihat sebagai agama seperti agama Kristian. Emosi Palestin tidak berperanan.
Sementara di pihak sebahagian penulis dan media Barat pula menjadikan isu Israel itu sebagai asas dalam menilai seseorang tokoh Muslim. Sesiapa yang tidak mengiktiraf Israel tidak akan mendapat reda Barat sekalipun dia seorang pemikir yang hebat.

Sehebat mana pun ilmunya, seluas mana pun toleransi dan keterbukaannya dengan pihak lain, namun jika dia tidak mengiktiraf Israel, maka dia tidak akan digolongkan dalam kategoru moderate Muslim.

Ini persis seperti yang disebut oleh Louay Safi dalam artikelnya Reflection on Ijtihad and Moderate Islam.

K
ata beliau: "I would, rather, underscore an important point: The effort to dismiss authentic Muslim voices when they express views critical of American foreign policy or Israeli policies in the West Bank and Gaza violates the essence of democratic politics. We must all recognize that efforts to intimidate and marginalize voices critical of Israel and American foreign policy are anti-democratic and extremist. Therefore, I fully agree with Graham Fuller that the term moderate Muslim is subject to an unrealistic litmus test regarding views on Israel that excludes the majority of serious Muslims voices, thereby dismissing potential interlocutors. I would add that such isolation tactics work both ways in a world in which the United States increasingly finds itself unable to sustain its unilateralist approach to world politics."

Maka, disebabkan hal inilah yang menyebabkan sebahagian tokoh-tokoh Muslim tidak mahu atau tidak mampu mengkritik Israel.

Hakikatnya, jika seseorang tokoh Muslim itu takut mengkritik Israel dan dasar luar Amerika, dia sebenarnya gagal menghayati asas demokrasi yang sepatutnya dipertahankan. Juga tipis nilai ukhuwah Islamiahnya.

Yahudi Dan Islam

Yahudi sebenarnya bukan seperti agama lain. Yahudi itu agama dan keturunan. Itulah Yahudi yang asal. Seperti mana yang saya tegaskan bahawa Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia.

Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Tidak mungkin Allah menghukum ciptaan-Nya, yang bukan pilihan makhluk yang dicipta itu. Keturunan bukan pilihan seseorang.

Juga, Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi serta menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi.

Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Maka, permusuhan umat Islam dan Yahudi pada hari ini juga sepatutnya atas isu kekejaman mereka di Palestin. Sesiapa dalam kalangan Yahudi yang tidak terlibat, maka dia tidak dimusuhi.
Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai. Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi.

Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.

Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.
Maka, seseorang Yahudi ataupun negara Yahudi kerana permusuhan mereka. Sementara Yahudi di tempat lain yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, tidak wajar dimusuhi.

Emosi tidak membolehkan menghukum yang tidak bersalah, dan juga tidak boleh membiarkan kezaliman ke atas yang pihak yang lain.

Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Juga perlu kita tahu, al-Quran menyatakan bahawa kecenderungan Yahudi dan penyembah berhala memusuhi Islam lebih besar dibandingkan orang Kristian.

Orang Kristian disifatkan lebih lunak kepada orang Islam dibandingkan Yahudi dan musyrikin.

Firman Allah: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini orang-orang Nasrani. Yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong." (Surah al-Maidah: 82).

Pun begitu, Islam hanya bertindak apabila terbukti. Sesiapa yang tidak menzahirkan tindakan permusuhan maka dia tidak dimusuhi sekalipun dia Yahudi. Dalam sejarah Yahudi, The Golden Age of Judaism itu di Sepanyol ketika di bawah pemerintahan umat Islam.

Sedangkan di Eropah pada masa dahulu, Kristian sering memandang buruk dan jahat terhadap Yahudi disebabkan perangai mereka.

Sebab itu mereka terpaksa hidup di sebalik tembok ghetto. Rekod Yahudi yang buruk itu menjadi mereka sering dimusuhi di serata tempat.

Dan Hitler itu hanya salah satu manifestasi dari kebencian tersebut. Namun, Islam yang tulen hanya menghukum berdasarkan kesalahan yang dizahirkan.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
    Yahudi berasal dari keturunan Nabi Yaakub. Ada sesetengah pendapat mengatakan terdapat 13 orang Nabi berasal dari Yahudi.

    Bagi DB senang. Kita ambil ringkas jer.

    Kita lihat FACEBOOK nie cukup. FACEBOOK direka oleh orang Yahudi.

    Jadi, kita gunakan balik IDEA yang direka oleh orang Yahudi untuk menyebarkan INFO yang BERGUNA untuk seluruh DUNIA.

    Melainkan kita ada ALTERNATIF selain FACEBOOK. Setakat nie tiada lagi teknologi yang SETANDING FB. So kita kena BIJAK mengguna. Janganlah pula kita gunakan FB untuk sebarkan fitnah dan benda2 lucah. Sebab itu YAHUDI itu dijadikan oleh Allah bangsa yang cerdik & licik. Jika kita gagal menggunakannya, BANGSA kita akan HANCUR. Sedangkan Yahudi masih tenang lagi.

    Contoh lain seperti ubat gigi. Ada sumber yang mengatakan COLGATE direka oleh orang YAHUDI. Tp kita ada alternatif seperti ubat gigi MUKMIN & SAFI yang mana jauh lebih bagus dari COLGATE. So kita guna produk tersebut.

    Ringkas dan mudah.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!!
    • Marcus Lasat · Pengulas Tertinggi
      comment yang yang membina dan berharga untuk semua.
    • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
      25 Rasul WAJIB umat Islam percaya. Nabi Yaakub merupakan Rasul ke 10.
    • Agaknya La · Pengulas Tertinggi
      Sungguh kenyataan Yahudi bangsa cerdik adalah tidak tepat..Ia sebenarnya propaganda bagi membanggakan/melebihkan bangsa Yahudi shj...

      Kita susur sejarah... bahawa bangsa Yahudi tidak mencipta mercun, roket, cannonball, alat penafasan snorkling ..etc spt kebanyakkan ciptaan di zaman dinasti china, kapal terbesar pertama yg dibawa laksamana Cheng Ho, ciptaan pemanah pendek penunggang kuda yg dicipta oleh bangsa monghol, peluncur senjata, spa utk kesejukan semasa musim panas, taj mahal..etc oleh bangsa india & Monghol, pakar astonomi, matematik, kimia, ..etc oleh bangsa arab.. termasuk pakar perubatan,malah buku ibnu sina..menjadi perintis kepada ilmu perubatan moden...pemodenan senjata, arkitek terhebat dan asas senjata nuklear oleh bangsa Jerman era hitler... ciptaan komponen komputer yg dikecilkan saiznya, robot mekanikal, graphik 3D yg pertama tercanggih...etc oleh bangsa Jepun...

      Ia adalah keupayaan, research dan usaha bersungguh2 dan anugerah diberikan oleh Tuhan kepadanya ...

      Kita manusia, keturunan Nabi Adam a.s... jd apa kelebihan 'bangsa'??.

      Hadis:
      "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
  • Bakri Badlishah · · University of Leicester
    Sama mcm tak semua Umno tu jahat. Tapi kebanyakan org jahat duduk dalam UMNO. nak lari dari hukuman masuklah umno. kenal rapat dengan YB MB senang jer hukuman di tarik.
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Muslim di dunia berbillion billion tapi tak upaya bersatu
    Negara islam yang kaya terp[aksa bodek yahudi
    Yahudi cuma 6 million penduduk di bumi
    Kenapa berbillion billion islam tak upaya menandinginya?
    Sebab Yahudi ada otak .
    Berpuluh puluh negara islam , tapi kerajaannya yang menindas rakyat
    Tengok lah syria , libya, mesir, tunisia , bahrain.....
    Apa sudah jadi ??? Yahudi tak perlu berperang dengan negara islam
    Negara islam akan memusnahkan diri sendiri .... kua kua kua
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      - Melayu umno marah orang yahudi melemahkan melayu ... kua kua kua
      Pada hal orang yahudi tak perlu menjerjak kaki di malaysia
      Melayu pun semakin hari semakin lemah
      Sebab .... Yahudi Melayu ( umno ) lah menindas melayu miskin . kua kua kua
    • Meor Shaharudy
      Kong Bu Fenzi , sebab tu bila kita x suka umno kita pangkah BN. kesihan makcik2 kampung dulu kene tipu.
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM, Bangi
      Semoga Kong Bu Fenzi lebih banyak mengkaji al-Quran dan sejarah Nabi Muhammad SAW...
  • Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
    Isu Yahudi ini dibangkitkan pasal DSAI saja.
    Org Melayu hebat sentimen dan emosi saja
    Dari segi bertindak iaitu TINDAKAN lu pikir sendiri!!!!!!!!!!!
  • Bakri Badlishah · · University of Leicester
    antara kejahatan yg dilupuskan adalah.
    Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan .
    lepas ni hutang Syarizat plak...
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    DR. ASRI, TUHAN SANGAT ADIL DAN TIDAK BERAT SEBELAH. TUHAN MENCIPTA SEMUA KAUM. RENUNG JAUH JAUH , KAJI DAN KAJI
  • Shahrulhanuar Md.aris · Top Commenter
    hate not the Jew but rather hate those Jews whom carry the racist ideology of Zionism.
  • Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    ADA SUMBANGAN TERBESAR ORG YAHUDI KPD UMAT ISLAM SELURUH DUNIA YG TIDAK DAPAT DIPUNGKIRI IAITU: MEMBANGUN KAMUS MU'JAM AL-QURAAN,,, MU'JAM SGT PENTING SEBAGAI RUJUKAN PENCARIAN KALIMAT DLM ALQURAN....JUGA KAMUS MUNJID ADALAH DIUSAHAKAN OLEH SEORANG ORIENTALIS YAHUDI..KAMUS MUNJID ARAB-ENGGRIS, SGT PENTING DLM PENGEMBANGAN BAHASA ARAB TERUTAMA DLM TAFSIR ALQURAN YG MEMERLUKAN KAMUS. ADAKAH YAHUDI PERLU DIMUSUHI SEMATA KERANA KETURUNANNYA DAN BANGSANYA?
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    sama la kami, kami pun membenci UMNO sbb perangai pemimpin mereka..sbb UMNO jdkn lembu tu sbg kondo yg x boleh d mkn oleh rkyt...
  • Hj Khalim · Top Commenter · 61 years old
    syabbas ya ustaz
  • John Rennoult · · Top Commenter
    Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam(petikan di atas) kenapa di malaysia agama lain perlu memeluk islam jika ingin berkahwin dengan orang islam? wajib ka perkara tersebut?? jika benar lah kata-kata "islam tidak memaksa orang menganut agama islam" maka tidak semestinya perlu menganut agama tersebut lah jika ingin berkahwin dengan orang islam.
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Sebab syarat sah (prerequisite nikah) adalah both muslim.
      Ia bukan paksaan because you always got choice.

      paksaan ialah bila tiada option.
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Mengapa Islam menetapkan syarat kedua mempelai harus beragama Islam?

      Kerana perbezaan fahaman agama adalah isu yg kritikal. Ia tidak sama dengan perbezaan hobby, selera, minat dan kegemaran.

      Jika silelaki suka buah epal dan perempuan suka buah pisang, ia tidak menjadi pokok atau asas dalam keruntuhan dan pentadbiran rumahtangga. Ia kerana perbezaan tersebut manageable.

      Tetapi apabila perbezaan agama, ia bermaksud akan berbeza dari seluruh aspek kehidupan baik dari segi makanan, cara hidup, fahaman, cara berfikir dan perjalanan hidup.

      Kerana itu Islam meletakkan guideline sedemikian rupa.

      Sama juga dalam soal pentadbiran negara. Wujudnya peraturan dan undang-undang yang kurang digemari tetapi objektifnya betul. Ada yang merasakan leceh, susah, mahal dan sebagainya tetapi sekiranya undang-undang tersebut tiada, keadaan sebenarnya akan menjadi lebih kucar kacir dan tidak terurus.

      Itulah pandangan saya. Somehow, its a good question and appreciate the way you brought the issue in a good manner. Thank you.
    • Leoderan Pangas
      masalahnya,yg satu juga mau makan epal tapi terpaksa makan pisang tiada pilihan....
  • Miee AbdRahim · Top Commenter
    stlh mbaca dr maza pnye artikel..sy andaikan bee end ngn yahudi ada psmaan..ade vg baik,, ade xbaik..maka dgn itu sama2 kite tmbangkan bee end next pru nih
    • Mohd Zaikam Zainon · Universiti Malaysia Terengganu
      MAR: sama la ngan pr...ada yg baik ada yg xbaik jgk....tp ak rasa yg xbaik lg ramai kot...cntohnya....penasihat PKR...Mursyidul Am Pas...Ketua Pnerangan PKR sel...Badrule Amin...bg kaunseling kt bini org jam 2 pagi dlm blik...
    • Amy Dan Azie · Politeknik ungku omar
      Mohd Zaikam Zainon salam buat sume.... sebenarnya baik geng ijau ke geng kuning ke geng biru ke sama je.

      yang membezakan dorang semua ialah niat dan pembawaan. mcm kisah sapa nama dia yak? ala yang beribadat beribu taun.. tapi disebabkan oleh TIPUDAYA setan maka dia mengatakan setan tu tuhan dia.... ibadatnya yg lama membuatkan setan dengki lalu berjaya memujuknya supaya minum arak, seterusnya merogol dan membunuh penjual arak tsbt. masa nak mati dihukum, setan datang cakap kalu ko sanggup kata aku tuhan maka ko akan selamat. angguk la kwan tu pasal nak selamat. setan pun berlepas diri dr org tu....

      bang orang tu beribadat beribu taun bang, pagi petang sembahyang/puasa.... inikan pulak ustaz/imam/mudir. abang mempersoalkan tindak tanduk seseorang yg MEMBAWA perwatakan org alim. dan terus meletakkan hukum kepada semua orang...See More
  • Hafez Fakhry · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    ramai yang bersifat memusuhi yahudi kerana interpret ayat surah al baarah:120 secara terlalu literal
  • UncleManai AR · · Top Commenter
    Ahaa.....! Mursyidul Am PAS TGNA, Presiden PAS TGHA tak haram kerjasama dengan YAHUDI & Presiden PKR DSAI nak lindungi keselamatan 'ISRAEL' ~ Ulamak UMNO kata.. HARAM! berkerjasam dengan 'YAHUDI'... mana yang anda sokong dan bersetuju?
  • Md Khai · Top Commenter · Seri Kembangan
    setuju
  • Nobuntung Logop · · Top Commenter · KUNKURAD
    apapun wahai sahabat....st caterina yang menyimpan CODEX SINATICUS telah mendapat perkenaan dan perlindungan dari nabi sendiri dan dengan inilah bahawa terpelihara sejarah penting agama didalamnya...

    bacala Kitab ENOCH dan anda akan melihat kebenaran.......

    manusia tetap manusia...tuhan perlihatkan kita ketika kita lahir kita adalah zarah yang terbodoh dan atas kebodohan kita inilah kita terpaksa belajar menjadi cerdik sampai ketahap terbodoh [ cerdik memusnahkan khazanah tuhan ]....

    kenapa saya bercakap begini...anda lihat khinzir ketika lahirnya, monyet ketika lahirnya, penyu ketika lahirnya...lihatla sang burung bagaimana mereka melihat dunia...kita sama spesis dengan mereka ketika hari pertama kita melihat bumi...

    akuilah bahawa...hidup ini tuhan berikan kepada kita untuk memahami...untuk belajar...untuk bersyukur...untuk menghormati dan untuk sedar bahawa ESOK BUKAN MILIK KITA.....kita perlu mempersiapkan esok sebelum kita tidur dan bertawakal agar tuhan MEREDHAI kita
  • Rosli Che Soh · Rawang, Selangor
    Yahudi dengan zionis ni lain.sekarang yg dok serang palestin tu zionis. Zionis menhalalkan darah org2 selain dari kaum dia. Yahudi ada yg tak sokong perjuangan zionis di palestin.
  • Abu Uwais · Top Commenter · UNIVERSITY KEADILAN MALAYSIA
    ULASAN YANG BERNAS, ALA'QULIL'HAL....WAJIB TUMBANGKAN AMENO N BE'EN...HAAAAAAAAA2....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
  • Branet Yup · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Ini pengampu ex PM dulu takberani buka cerita lain selain yg 'playsafe'.
  • Khairul Anuar · · Top Commenter · Armed Forces Apprentice Trade School
    DIMALAYSIA ADA JUGA PERANGAI SEPERTI YAHUDI... ATAU LEBIH TEROK DARI YAHUDI... SANGGUP MEMBUNUH .. MENIPU.. DAN MERAMPAS HARTA RAKYAT SENDIRI... GULUNGAN ITU DISEBUT BAHASA TERKINI DAN SENSASI '' UMNONGOK'' @ ''UMNOAPCO'' @ ''SEWAKTU DGNNYA ''
  • Mokhtar Dahari · Top Commenter · Smkkkb,hulu selangor
    Jangan lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

    Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.

    Buat masa ini teman tidak bercadang nak dedahkan butiran hubungan ini. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT, dengan Open Society milik George Soros, dengan badan kebajikan Konrad Adenaeur. Ini semua akan didedahkan bila tiba masa dan keperluannya nanti.

    Cuma yang penting diperingkat ini ianya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan yang tersangat akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi dunia, yang antara mereka bergelumang ditubuh badan dan tangan mereka darah umat Islam yang dibunuh kejam tanpa belas kasihan!
  • Kaab Malik
    mamat suka sangat putar belit melalui istilah..sudah la sheikh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan