Isnin, 26 Mac 2012

ENTAHLAH...FIKIR DENGAN WARAS..PILIH PALING BAIK DARI SETAKAT OK AJE...MALAH BANYAK TAK OK KOD...

Tanggungjawab ummah bela umat Islam Palestin

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, 25 Mac 2012
KOTA BHARU, 25 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru umat Islam mengambil tanggungjawab bersama untuk membela nasib umat Islam Palestin kerana ianya bukan masaalah bangsa, sebaliknya Islam.


Katanya, akibat fahaman kebangsaan yang telah lama tersebar di kalangan masyarakat, menyebabkan umat Islam tidak sentisitif terhadap nasib sesama mereka, apa lagi di Palestin jauh di Timur Tengah.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan 50 anggota motosikal superbike termasuk Zon Timur sempena misi Global Marc To Jerusalem di kediamannya, Pulau Melaka.

Program itu dianjurkan Aqsasyarif Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan lain-lain jemputan.

Kata Tuan Guru lagi, fahaman bangsa  disebar Yahudi beratus tahun dahulu dan ianya berjaya mempengaruhi minda masyarakat Melayu di negara ini sehingga mereka tidak begitu sensitif terhadap nasib rakyat Palestin.

“Kita orang Melayu dan bukannya orang Arab, inilah antara kecelakaan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri.

“Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” ujarnya.

Sambung, akibat fahaman salah berhubung bangsa dan agama ini telah berlaku kecelaruan dikalangan umat Islam Arab, apa lagi orang Melayu Malaysia.

Tambahnya yang juga Menteri Besar Kelantan, ia hasil racun yang berjaya disebar oleh Yahudi sejak sekian lama hingga memberi kesan pada umat Islam hari ini.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana adanya gerakan Islam yang bersungguh-sungguh dalam membela nasib Palestin telah membuka mata masyarakat Islam termasuk di negara ini.

“Membela nasib umat Islam Palestin adalah menjadi hak dan tanggungjawab Melayu Islam, Arab Islam dan lain-lain bangsa di dunia ini,” ujarnya.

Rakyat diseru terus sokong Pakatan Rakyat

Harakahdaily, 25 Mac 2012
KUALA SELANGOR, 25 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik.

Menurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor.

"Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dgn baik, akan terjerumus.

"Oleh itu marilah kita bersama berkerja sebagai satu keluaga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini petang ini.

Program hari ini antara lain sempena empat tahun negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada program itu seluruh pimpinan kerajaan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti.

"Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju.

"Kita akan perkenalkan beberapa program lg yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, ana-anak dan belia," katanya lagi.

Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor  jauh lebih baik dari sebelumnya.

Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat.
"Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion.
"Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa.

"Selangor kaya, kekayaan ini lah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini.

Tahniah Pengerusi baru SMM tetapi...

Mohd Yusof Hadhari,
Saya sudah menjangkakan pemilihan pimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan berlaku secara pantas setelah isu di Kuin selesai. Walaupun menampakan “lending” kepimpinan SMM yang lama agak tidak cantik dengan beberapa isu yang dibawa agak tergantung tetapi bagi saya pergantian pemandu SMM yang baru mesti di buat dengan kadar segera untuk mewajahkan pembaharuan dalam SMM itu sendiri. Walaupun kedengaran sudah lama isu peralihan kuasa ini di sebutkan, setelah pertukaran kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) lagi.

Saya pernah mempersoalkan mengenai sistem pemilihan yang di gunakan SMM pada sesi sebelum ini. Di mana Pengerusi yang baru terus di umumkan tanpa ada perbincangan langsung dengan kepimpinan front ketika itu. Pengerusi SMM yang lepas, saudara Ahmad Syukri Ab Razab di umumkan sebagai pengerusi yang baru semasa Kongres Gerakan Mahasiswa di Kuis menggantikan Shazni Munir. Tanpa ada pemilihan, tanpa ada perbincangan, mungkin ini system yang mereka sebut sebagai “demokrasi”.

Saya kira pimpinan SMM yang sesi lepas perlu baca kembali kenyataan di Malaysiakini bertarikh 24 Nov 2011 yang mana SMM sendiri sarankan pemilihan Gamis secara demokrasi. Tetapi saya melihat pemilihan di dalam SMM sendiri pada sesi lepas malah pada sesi kali ini juga pemilihan kepimpinan masih kabur, tiba-tiba sahaja sudah naik kepimpinan yang baru. Adakah ini cara demokrasi yang di maksudkan? Demi masa depan gerakan mahasiswa Malaysia dan untuk SMM yang lebih baik?

SMM juga mencadangkan agar Gamis mempraktikkan konsep demokrasi adil seperti undian pemilihan presiden dan debat presiden untuk memilih kepimpinan yang menjadi pemilihan kepada semua ahli. Saya kira cara pemilihan SMM pada sesi ini seolah-olah “menjilat ludah sendiri”. SMM merupakan pakatan yang besar, menggabungkan banyak front-front mahasiswa di Malaysia. Bagi saya cukup memalukan jika pemilihan yang dibuat ini menunjukkan langsung tidak menampakan sebagai solidariti antara front.

Gamis kita sudah jelas menggunakan kaedah syura dalam pemilihan kepimpinan dan sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Malah, ia juga dilihat amat bersesuaian dengan amalan semasa memandangkan lazimnya pimpinan baru Gamis akan dipilih daripada pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam kampus yang sudah terbukti kredit dan meritnya sebagai seorang pimpinan mahasiswa yang mewakili ahli kampus.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi SMM yang baru saudara Safwan Anang yang juga merupakan Timbalan Presiden Gamis. Di harapkan dengan kepimpinan yang baru dapat membuat perubahan di dalam SMM itu sendiri bagi menampakkan semula solidariti antara mahasiswa di Malaysia.

Hakim ada pertalian, rayuan Kelantan ditangguh 26 April

Salmiyah Harun, 26 Mac 2012
PUTRAJAYA, 26 Mac: Pendengaran rayuan Kerajaan Kelantan berkenaan penzahiran dokumen (discovery) royalti petroleum dengan Petronas ditangguhkan pada 26 April depan.

Penangguhan itu disebabkan salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang hari ini mempunyai pertalian keluarga dengan defenden.

Menurut salah seorang peguam bagi pihak Kerajaan Kelantan, Cik Shikin, Alizatul merupakan adik kepada salah seorang defendan yang memfailkan afidavit itu.

"Jadi kita tidak boleh dengar kes itu hari ini sebab nanti akan berlaku 'conflict of interest', kerana ada pertalian keluarga jadi kita minta tarikh lain," katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, penzahiran dokumen itu dibuat di Mahkamah Tinggi di mana Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan tidak perlu dedahkan dokumen itu kepada Kelantan, bagaimanapun Kerajaan Kelantan melalui peguamnya Thomy Thomas tetap mahukan dokumen itu.

Dalam writ saman yang difailkan pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri Kelantan menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Kerajaan negeri itu mendakwa telah menandatangani Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Turut mengikuti kes itu di mahkamah ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Pasir Puteh, Siti Zailah Mohd Yusof dan Muhammad Husain serta wakil Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan.

Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?

tukanglawan, 26 Mac 2012


Patutlah najib bertanyakan kepada rakyat dalam laman sosialnya tentang berapa biji kereta anda ada, rupa-rupanya najib nak tahu siapa yang bayar cukai kereta hampir RM 25,000.00 setahun tu, maklumlah, najib mahu menerapkan nilai-nilai wasatiah dalam pentadbiranya, kata najib dia mahu mulakan dari dalam keluarganya sendiri.

Kihkihkihkih.......Betul nei, anda jangan lah gelak, nanti marah pula rosmah, kan rosmah tu suci.

Oklah, tentu ada yang tertanya-tanya kereta apa yang dimiliki individu tersebut, dan berapa pula harga kereta berkenaan?, ini dibawah ini gambar kereta tersebut.
Bugatti Veyron itulah jenis kereta dalam gambar diatas, dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenalkan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?.
Mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j). saman trafik kerana melebihi had laju bukan lagi masalah bagi individu yang mampu membeli kenderaan selaju ini.
Cukai jalan bernilai RM 25,000 setahun bukan jumlah yang kecil bagi kebanyakan rakyat marhaen seperti kita, jika kita menerima gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan, kita perlu kumpul wang tersebut tanpa menbelanjakanya walau 1 sen pun untuk tempuh 1 tahun 3 bulan, itu pun semata-mata mahu bayar cukai jalan saja. adakah anda mampu membelinya?, kita rakyat marhaen hanya mampu melihat saja.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit
9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
Mari kita lihat kehebatan kereta ini.

Jadi, milik siapakah kereta berkuasa tinggi ini, dikhabarkan ianya milik anak bekas perdana menteri, milik orang kuat umno, parti yang kononya memperjuangkan bangsa melayu.

Mokhzani Mahadhir dikatakan pemilik kereta mewah ini, entahkan betul atau tidak tidak tahulah "tukanglawan" mungkin juga betul, jika betul apa nak kisah kan..
Lagi pun orang umno di kampung-kampung tidak kisah walaupun mereka tidak memiliki kereta, kerana demi perjuangan bangsa melayu yang dilaungkan oleh orang-orang umno, mereka gembira melihat pemimpin mereka memiliki kereta mewah seperti ini, sekurang-kurangnya ini membuktikan kerajaan rejim umno berjaya menghasilkan orang melayu yang kaya raya.

Tetapi malangnya orang melayu umno yang kaya itu hanya dikalangan mereka, dikalangan kroni dan anak-anak menteri, nasihat "tukanglawan" kepada orang umno, sudahlah jangan ditipu umno lagi. ( lihat ini jika mahu bukti)

Ehh.. jom tengok jugak koleksi kereta bekas menteri di sini
---------------------------------
Sumber http://tukanglawan.blogspot.com/2012/01/cukai-jalan-rm2459850-setahun-itu.html

Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR

Harakahdaily, 26 Mac 2012
SHAH ALAM, 26 Mac: Blogger Abdul Rahman Talib (gambar) mendakwa, beliau mendapat maklumat Umno menyediakan peruntukan yang besar bagi membeli agen pengundian dan pengiraan undi dari PKR.

Ia akan dilakukan sewaktu pilihan raya umum akan datang, dakwa blogger yang juga dikenali sebagai Tulang Besi itu.

"Maklumat yang Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini.

"Diberitakan kepada Tulang Besi bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA(Polling Agent dan Counting Agent) dari PKR seluruh Selangor," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Yang akan dibeli oleh Umno adalah plling agent dan counting agen PKR di Selangor.

"Polling Agent" adalah wakil parti yang duduk di dalam bilik-bilik darjah bagi mengawasi perjalanan pengundian.

"Counting Agent" pula adalah wakil parti yang mengawasi perjalanan pengiraan undi selepas pengundian berakhir.

"Counting Agent" pula akan menandatangani borang E yang menandakan keputusan rasmi bagi pusat pengundian tersebut.

"Diberitakan kepada Tulang Besi juga, sejumlah RM3juta hingga RM5 juta disediakan bagi membeli calon2 PKR untuk menarik diri serta memberikan kemenangan percuma kepada parti itu," dakwa beliau lagi.

Bagi Abdul Rahman, tindakan ini dibuat untuk mengulangi apa yang berlaku dalam DUN Sementa sewaktu Pilihanraya 2008 yang lepas di mana Rahman Palil (calon BN) telah menang percuma kerana calon PKR yang melawan beliau hilang entah ke mana.

"Inilah agaknya yang menyebabkan Najib begitu gembira dan yakin mereka akan menangi Selangor dalam PRU yang depan," tulis Rahman lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan