Rabu, 21 Mac 2012

ADA YAHUDI YANG MASUK ISLAM..TAAT..TAKWA SERTA KUAT MENUNTUT ILMU..BANYAK PENGIKUT@PEMINAT BUKAN BERERTI POPULAR TAPI ADA MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN SERTA ADA KOMPLEN2 YANG DISAMPAIKAN...PATUT LAGI LEBIH SEBAB KETUA NEGARA...

Pengikut PM di Twitter 500,000, Facebook sejuta
Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam tadi.

azlanPerdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.

"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?," katanya.

azlanSemasa berita ini ditulis pada jam 11.35 malam tadi, pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu.

- Bernama

Yazid puji penyerang 9/11 kerana kembangkan Islam
Bagaimana seseorang menjelaskan kewajaran  kematian 3,000 nyawa yang tidak berdosa? Bagi ramai orang di seluruh dunia yang menyaksikan kemusnahan pada 11 Sept, 2001, sukar bagi menjelaskan kewajaran itu.

Tetapi tidak bagi Yazid Sufaat - suami, bapa, kapten tentera yang telah bersara, usahawan dan, mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara penaja serangan al-Qaeda yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York.

NONEBeliau turut menafikan dirinya seorang pengganas, walaupun menurut PBB, Yazid pada bulan Oktober 2001 pernah bertemu dengan Zacarias Mousaoui.

Zacarias pada tahun 2006 dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana kesalahan merancang serangan 9/11. Beliau juga dikatakan memberikan Yazid sekurang-kurangnya AS$35,000 untuk membuat persiapan berhubung serangan berkenaan.

Yazid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa dalam  pulang dari Afghanistan di sempadan Thailand-Malaysia, pada bulan Disember 2001. Beliau ditahan sekurang-kurangnya tujuh tahun di Kamunting, Perak. Daripada tempoh tahanan itu, lima tahun adalah kurungan di bilik seorang diri.

Yazid, 48, yang diwawancara Malaysiakini di rumahnya minggu lalu, mempunyai jawapan yang mudah berhubung pembunuhan sesama manusia - jika apa yang dilakukan mereka itu adalah salah, Allah akan memberikan petanda.

Menurut beliau, tindakan militan yang didakwa membawa nama buruk kepada Islam sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar.

"Jika mereka membuat kesilapan, mungkin dalam pelaksanaan, dan insyaAllah, Allah akan mengampunkan mereka," katanya.
Jumpa Osama satu penghormatan, kata Yazid
WAWANCARA Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat berkata beliau diberi nama jolokan "CEO anthrax" oleh para pengalanisis ekoran penglibatannya dalam al-Qaeda -- kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Yazid dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu sekadar ketawa apabila menceritakan semula perihal mengenai nama jolokan tersebut.

"Jika anda baca perkara yang mereka tulis mengenai saya, ianya sangat mengagumkan. Tapi (apa yang saya buat) tak ada apa pun," katanya.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan oleh pemerhati, seperti yang diutarakan seorang pengarah pusat kajian keganasan di Nanyang Technological University, Dr Rohan Gunaratna.

Gunaratna sebelum ini dipetik akhbar The Straits Times pada Disember lalu – sejurus selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA – menyifatkan bekas kapten tentera itu sebagai "salah seorag pengganas paling berbahaya di Asia."

Dalam laporan majalah Time sebelum ini, Gunaratna juga menyifatkan Yazid sebagai seorang pemimpin kanan kumpulan al-Qaeda.

Carian mudah melalui Google antara lainnya akan menemukan maklumat mengenai Yazid sebagai seorang militan, pembuat bom, pakar sejata biologi dan juga seorang yang paling lama ditahan bawah ISA.

US soldier Taliban hostage AfghanistanBeliau bagaimanapun tidak mengendahkan gelaran dan juga pandangan orang mengenai dirinya.

“Jika orang mahu tulis perkara buruk (mengenai saya), mereka akan tulis perkara buruk. Jika mereka mahu tulis perkara baik, (mereka tulis perkara baik). Ini hanyalah persepsi.

"Saya tidak peduli. Mengapa saya perlu bersembunyi? Nama saya Yazid Sufaat. Saya tidak lakukan apa-apa yang salah. Saya tak saya bersalah langsung," katanya sambil ketawa.

Katanya lagi, beliau digelar "CEO Anthrax" kerana beliau hanya memegang ijazah pertama Bachelor of Science.

"Tapi pelajar saya ada PhD, pemegang ijazah Sarjana," katanya yang menjelaskan bahawa pelajarnya itu merupakan anggota al-Qaeda yang kini merupakan tahanan di Guantanao Bay.

NONEJelasnya, beliau mengetahui demikian apabila pegawai FBI telah menunjukkan gambar individu berkenaan ketika beliau dalam tahanan di Kem Kamunting.

Yazid juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda – Osama bin Laden – ketika beliau berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001.

“Tentulah saya telah bertemu beliau, ianya satu penghormatan untuk bertemu beliau? Berapa orang yang (sudah berbuat demikian)?," katanya.

Malah, Osama juga telah menasihati beliau supaya meninggalkan negara itu apabila Kabul tewas ke tangan tentera bersekutu dalam serangan November 2001, kata Yazid.

Wawancara dengan Yazid Sufaat merupakan salah satu daripada siri yang akan disiarkan sempena pemansuhan ISA. Rang undang-undang pemansuhan ISA akan dibawa ke Parlimen dalam sesi yang sedang berlangsung.Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Aidila Razak dan Salhan K Ahmad.

Zunar angkat isu lembu dalam buku terbaru
Walaupun bukunya sering menjadi mangsa pengharaman oleh kerajaan, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar terus menerbitkan karya terbaru yang mengusik perjalanan politik negara.
Kali ini, beliau tampil lagi dengan 1MOOLAYSIA yang antaranya memuatkan jenaka tentang isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.

"Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!" katanya.

Selain terus mengusik isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai subjek yang digemarinya, Zunar juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menurutnya "gagal" disentuh kartunis politik di Malaysia.

Isu-isu itu antaranya berkaitan tindakan imam kontroversi Hoslan Hussein yang membaling kasut ke arah panel hakim, isu dakwaan Rosmah suka membeli-belah dan demonstrasi BERSIH 2.0.

Selain kartun-kartun terbaru, 1MOOLAYSIA turut memuatkan karya-karyanya yang termuat dalam Malaysiakini dan laman antarabangsa Cartoonmovement.
Buku kelima Zunar ini akan dilancarkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 25 Mac di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Ia boleh dibeli secara langsung hari tersebut selain tempahan melalui laman webnya dan kedai buku dalam talian Kinibooks.
Islam dan Yahudi
Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

Rakyat asing sertai demo Pengerang, dakwa Azalina
Anggota parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendakwa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia Petronas di tempatnya disertai rakyat negara asing.

umno supreme council special meeting 260809 azalina othmanBekas menteri perlancongan itu berkata, setelah membawa laporan di Internet berhubung peristiwa itu, belia turun menyaksikan tetapi mendapati tiada rakyat tempatan terlibat.

Dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Azalina berkata, perkara itu dapat dikesan melalui kereta yang menggunakan nombor pendaftaran negara asing.

Tanpa mahu menamakan negara itu, anggota parlimen BN itu berkata ia daripada negara jiran.

Pengerang, kawasan yang lesu di Johor, kelmarin dikejutkan dengan kehadiran 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

pengerang protest demo 180312Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa kerajaan BN bukan kerajaan yang kejam ... kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa pendapatan penduduk akan dijamin apabila mereka berpindah ke kawasan baru," kata Azalina.

Beliau juga membidas ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang mendakwa bahawa projek itu adalah "kilang radioaktif".
NFC hanya berdiam diri pada siasatan PAC
Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap National Feedlot Corporation (NFC) menghadapi rintangan yang tidak dijangkakan hari ini apabila wakil syarikat itu yang tampil hanya mendiamkan diri atas nasihat peguam mereka.

"Wan Zurina Saaran adalah pengurus besar sumber manusia dan beliau diiringi oleh dua orang peguam.

NONE“Peguam-peguam itu yang paling banyak bercakap dan kata mereka bahawa oleh kerana kes berkenaan mungkin mengheret pelanggan mereka, maka mereka arahkan beliau untuk tidak menjawab soalan," kata ahli PAC ahli yang juga ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Menurut Abdul Rahman lagi,  PAC kemudian berhujah bahawa pengurus besar NFC boleh memilih menjawab soalan yang selamat, seperti yang dilakukan ketika bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy, disiasat oleh jawatankuasa itu berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Peguam NFC pula berhujah bahawa anak guamnya datang bukan atas arahan atau jemputan langsung daripada PAC tetapi diminta untuk hadiri oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Kami akan menulis surat lain, untuk mengeluarkan jemputan dari PAC kepada NFC bagi mereka menghadiri secara langsung," kata Abdul Rahman sambil menambah bahawa ini mungkin mengambil sedikit masa.

Mesyuarat pada jam 9 pagi itu hanya berlangsung kira-kira setengah jam dan terpaksa dijadualkan semula tarikh lain selepas PAC mengeluarkan surat rasmi kepada NFC.


  • Bumiputera Berjaya · · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International · 711 subscribers
    Cara kerajaan UMNO menigizinkan NFC berlengah dan melambat prosiding.. lama kelamaan semua bukti dan semangat mau tahu kebenaran akan hilang bersama-sama dengan fail, duit dan lembu....hanya yang sanggup diperlembukan masih lagi menyokong UMNO/BN....

  • Vander Stone · Pengulas Tertinggi · Angel Dust di Fly Me to the Moon
    Rakyat mesia kena tgk ! kes lembooo adalah kes utk jatuhkan tpm muhyidin...muhyidin lah yg luluskan duit juta2 tu kat shahrizat semasa beliau menteri pertanian masa tu..melayu umno skrg tgh BERCAKAR sesama sendiri dan majoritynya tak suka si sembab tu...si sembab tu sampai skrg tak sedar diri haha...the moral of the story....melayu umno adalah SAMPAH MASYARAKAT dan perlu dganti....

    • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
      Betul.. pasal tu aku cukup heran kenapa CEO NFC masih berat mulut utk menarik sama Muhyiddeen dan Noh Omar.. aku rasa kerana ada MoU tertentu yg menjanjikan hukuman paling ringan jika disabitkan kerana kedua mereka ada kaitan dgn Team B yg berkempen utk menjatuhkan Najib..

    • Pecinta Keadilan · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      Cara terbaik utk menghukum perompak2 duit rakyat ini ialah dgn menumbangkan BeeEnd..

    • Mnoor Mansor · Pengulas Tertinggi
      Raja Mohd Shahrim
      Muhyidin Yassin? Ada sapa2 yg tak tau kes dia d Johor? Selatan Johor tu nyaris2 tak tergadai ke Singapore dek krn si lahabau ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan