Isnin, 20 Februari 2012

USLUB PELBAGAI...ASALKAN AQIDAH BENAR...IBADAH SAH..MELAKUKAN KERANA ALLAH TIADA LANGGAR SYARIAT..BUKAN TAKUT MANUSIA..BODEK DAN PENGAMPU...BERADA ZON SELAMAT...SEMATA2 TAKUT TINDAKAN MANUSIA...ALLAH TAHU SAPE KEKASIHNYA..SAPE AKIDAHNYA BENAR DAN IBADAHNYA ALLAH TERIMA...ALIM ULAMAK DAH AJAR..TAPI HUKUM TAK JALAN..MAKA ALIM ULAMAK KENA AMBIK PEMEREINTAH UNTUK LAKSANA HUKUM...HUKUM TAK JALAN DENGAN CAKAP...FATWA..TULIS BUKU DLL..TAPI HUKUM JALAN JIKA JADI PEMERINTAH...

'Kak Tunda' sensasi baru Internet
Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

kak tunda mca jessie ooi 2"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

kak tunda satirical pixHarian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).
Demo KUIN tuntut rektor dipecat
Seperti dijanjikan, sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Kedah di Alor Setar apabila menteri besar gagal memberikan respons terhadap permohonan maaf yang dituntut mereka.

kuin protest 190212Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.

Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.

Mereka menyalahkan Jamil ekoran penggantungan lima pelajar KUIN yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Azizan yang juga pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu dilaporkan mempertahankan tindakan universiti mengenakan tindakan disiplin bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mirip AUKU.

Atas nama Tuhan & agama
Sepanjang sejarah manusia, nama Tuhan sering dijadikan alat dalam mencapai tujuan atau kepentingan peribadi ataupun puak. Sedangkan ia sepatutnya menjadi nama sakti dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, malangnya digunakan untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran.

Perlambangan agama yang sepatutnya membela kekudusan ajaran Tuhan, sering kali digunakan untuk membiakkan kehendak syaitan dan hasrat nafsu serakah manusia. Maka tidak hairan jika kita melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh orang politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis ‘manusia' yang berkepentingan.

Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam, sebaliknya dalam semua agama. Dalam sejarah Yahudi dan Kristian berlaku dengan begitu dahsyat.

Martin Luther yang mengasaskan Mazhab Prostestan telah membangkitkan isu ini dalam Kristian. Beliau katanya ingin membela ajaran Tuhan. Malangnya, betapa ramai pengikutnya yang dibakar oleh gereja Katolik, juga atas nama Tuhan.

Sokong rejim


Hitler juga mendapat sokongan sebahagian gereja di Jerman. Kedua aliran yang bertentangan - Katolik dan Protestan - menyokong tindakan beliau terhadap Yahudi atas nama Tuhan. Demikian Assad di Syria yang membunuh rakyat sejak sekian lama. Begitulah juga regim-regim yang lain.

Pakaian dan bahasa agama juga digunakan untuk menghiasi amalan salah atau penyalahgunaan nama Tuhan. Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika ada dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis.

Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi. Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan.

Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama' yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri. Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama' tapi bertujuan sebaliknya.

Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja.

Kegerunan mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka membohongi hukum Tuhan.

Sebab itu, ramai panguasa, raja dan sultan dalam dunia dan sepanjang sejarah sekalipun buruk tingkah laku dan ketamakan harta serta kezaliman mereka terhadap hak rakyat, terus merasa selesa kerana ada yang berlidah dan berjubah agama yang membodeknya.

Syurga seakan sudah tempah untuknya, neraka pula seakan sudah tertutup rapat baginya sekalipun dia tidak menunaikan hak rakyat dan memakan harta secara haram.

Pisahkan agama


Firman Allah: (maksudnya) "Dan apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah memerintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil, dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan wajah kamu (kepada Allah) pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan menyeru-Nya dengan mengikhlaskan agama kamu kepadaNYA semata-mata, sebagaimana DIA telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya). Sebahagian (manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sSesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada dalam petunjuk". (Surah al-A'raf, 28-30).

Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya inshaAllah akan bahaskan tentang secular state dalam tulisan yang akan datang.

Mimpi nabi


Sebab itu amatlah berbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi.

Jika kita masih ingat bagaimana pengasas ajaran al-Arqam semasa masih hidup membuat pelbagai dakwaan. Ketika itu ada imam masjid tertentu mendakwa bahawa dia berjumpa Nabi SAW dalam mimpinya membenarkan ajaran Ashaari Muhammad. Ramai yang terpengaruh dengan mimpi tersebut.

Itu bukan kali pertama, bahkan sudah puluhan kisah setiap kali ada yang mendakwa menjadi Mahdi, ada sahaja orang yang bermimpi berjumpa Nabi SAW dan mengakuinya. Ini termasuk kisah Mahdi di Sudan yang jauh lebih berjaya dari Ashaari Arqam.

Ada pula yang mengeluarkan dalil bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

"Sesiapa yang melihatku dalam tidur sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku." (Riwayat Muslim).

Ya, syaitan memang tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w, namun syaitan boleh menyerupai orang lain dan seseorang yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w menyangka itu Nabi s.a.w. Tipuan syaitan sangat licik.

Dalam kitab Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, apa yang disebut oleh tabi'in agung lagi pakar mimpi dalam sejarah Islam, al-Imam Muhammad bin Sirin (meninggal 110H) menafsirkan hadis ini bahawa ia bermaksud ‘jika seseorang melihat Nabi s.a.w dalam rupanya yang asal'.

Ertinya dia mesti mengenali hakikat rupa Nabi s.a.w. Apabila ada orang mendakwa bahawa dia melihat Nabi s.a.w, Muhammad bin Sirin meminta supaya dia menceritakan ciri-ciri Nabi s.a.w yang dia lihat dalam mimpinya.

Apabila dia menceritakannya, beliau menjawab: ‘engkau tidak melihatnya'. Ibn ‘Abbas juga menyelidiki seseorang yang mendakwa bahawa dia bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. Beliau bertanya sifatnya, orang itu menjawab seperti Saidina Hasan bin ‘Ali. Ibn ‘Abbas mengakuinya.

Itu jika orang tersebut tidak berbohong. Namun, bagaimana pula jika dia berbohong tentang apa yang dilihatnya?. Maka mimpi tidak boleh menjadi hujah dalam agama ini. Ia boleh menjadi isyarat untuk urusan peribadi seseorang, namun bukan syariat yang diamalkan.

Saya masih ingat kisah Presiden sebuah negara ‘bernama agama' yang menceritakan beliau dilindungi cahaya suci seperti para imam mazhabnya ketika berada di PBB. Demikian juga saya masih ingat semasa Gulf Waryang pertama, ketika itu saya belajar di Jordan. Sokongan rakyat Jordan kepada Saddam Hussain begitu kuat.

Ramai juga tokoh agama yang membaca hadis-hadis Nabi SAW dan menyatakan bahawa Saddam Hussain itu penyelamat umat yang dimaksudkan oleh Nabi SAW Saya masih ingat guru-guru hadis yang saya hadiri kuliah mereka membantah penyalahgunaan hadis tersebut.

Baru-baru ini pun ada tokoh agama dalam parti politik tanah air yang mendakwa pemimpinnya sebagai lelaki yang dijanjikan Nabi SAW untuk membebaskan al-Aqsa. Demikianlah agama menjadi mainan mereka yang berkepentingan.

Sebab itu, agama mesti bebas dari ini semua. Semua kita wajar bimbang terhadap diri sendiri dan juga umat ini dengan amaran Nabi SAW: "Apa yang paling aku takut terhadap kamu ialah orang munafik yang petah lidahnya" (Riwayat Ahmad, sahih).

Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja.

Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun, apabila Islam dipergunakan, bahasa Islam dinodai untuk tujuan tersendiri, hanya satu bangsa diperjuangkan dan raja sahaja yang dibela. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita? Demikian agama sering menjadi mangsa.

  • Abah Asza
    Satu artikel yang menelanjangkan sikap hipokrit mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam walhal memperjuang kepentingan peribadi kerana takut kepada habuan dunia yang dinikmatinya hilang. Contohnya sangat tepat dari Saddam Hussein dan mungkin yang terbaru di Malaysia, penjaga akidah umat Islam.

    • Black Soy Factories · Pengulas Tertinggi
      Good Job Dr Asri..

    • Doros Salimun · Pengulas Tertinggi
      saya seorang kristian..tapi bila membaca artikel ini...dalam hati saya seakan berbisik ini lah ajaran Islam yang sebenar...tdk memperlekahkan mana2 agama...

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    OOOOOi.... slogan umno berjjuang untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
    umno nak jadikan malaysia negara bangkrap... mana mana melayu isam nak? kua kua kua.
    UMNO nak berjuang untuk islam? kua kua kua.
    ini slogan luput.
    - Umno ini melayu islam keturuanan , bukan semua melayu faham islam. bukan semua orang itu melayu. Apa yang lucu..... islam di malaysia tidak pernah diserang oleh mana mana pihak musuh. umno menakutkan umat islam seolah oah maasyia dikongkong oleh yahudi / isreal , kritian nak murtadkan umat islam... kua kua kua..kalaumelayu jadi kristian , murtad lalu masuk kritian , kristian lagi rugi... kua kua kua...

    OOOI.... tengok lah negara islam di Asia timur Tanah Aab ,...semua pemimpim islam menentang rakyatnya , buli rakyatnya , bukan menentang musuh... kua kua kua.

    • Famos Amos Masir · Pengulas Tertinggi
      bahaya DR ASri ni.. nak kena hentam ngn perkasa..pertikakan doa utk raja.. serupa sindiran kpd mimpi Dato Harun Din jumpa nabi...???

    • Suhaila Besah
      Famos Amos Masir DrAsri tak sindir Dato' Harun Din..tapi cuma membawa isu ttg ketaasuban org agama yg mengaku berjumpa nabi utk kepentingan dirinya....Dato' Harun Din tak pernah mengaku punyai hikmat atau karamah cuma cerita keindahan mimpinya..tak mustahil ada yg boleh berjumpa nabi dalam mimpinya...

    • Eric Cantona Multica
      jawapan ko macam cibai jer...

    • Fairuz Kg Pandan · Top Commenter
      50 taun malaysia sudah bankrap ker? 20 thun aku tgk kelantan yg dah maju .. tok pek kong siam .. tesco (dulu diharam kan kerana yahudi skang dah boleh) seven eleven .. pusat pelacuran jalan hamzah ... hiv tertinggi dalam malaysia caya la kong bu fenzi

    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Eric Cantona Multica - jawapan sedara lagi tak wajar ada dalam forum ini.

  • Wak Senggol · Top Commenter · Uitm
    lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja.

  • Hayat Minda · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    benar apa yang disuarakan ustaz asri. Yang paling cite lawak, hassan ali berkokok bela islam, melayu dan raja, padahal dia lebih berdendam dengan PAS kerana tidak mengikut kemahuannya menjadi Menteri Besar....

    • Steve Lee · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      perasan dendam dan tamak kuasa itulah yang merosakan manusia sendiri

    • Mohd Ramlee · Top Commenter
      Steve Lee ,Alhassan aljati alhassan alakidahki alhassan alkikahi,alulamak addunia assuki,alulamak dalam semakk.i

    • Noo Rey · Top Commenter
      I K H L A S

  • David Anthony · · Top Commenter · Klang
    Mangkuk betul... kalau nak cerita mesti nak tarik agama Kristian. Jaga agama sendiri lah, lepas tu baru cerita pasal agama lain. Kalau orang bukan Islam cerita pasal Islam, melatah "Jangan main api!". Ini apa macam thamby?

  • Leftenan Nan · Top Commenter · Statsaut. ejendomsmægler at KGB
    sokong 100% kenyataan DR.ASRI.ini lah realiti sikap ulama2 yang dibayar gaji oleh kerajaan.....

  • Encik Keyboard · Top Commenter
    politik yang mempergunakan agama memang ditentang. politik tidak seharusnya berpisah dengan agama. sepatutnya artikal diatas perlu diseimbangkan dgn contoh pemimpin2 dan khalifah2 islam yg adil dan amanah tidak memisahkan agama dan politik.

    tetapi jika kita hanya mengambil cntoh buruk regim2, diktator2, pemimpin2 fasiq, zalim dan sbgnya, maka memanglah kita akan nampak agama dipergunakan dalam politik dan nampak buruk politik itu.

    walaubagaimanapun, artikal ini terbaik untuk dijadikan peringatan. terutamanya buat hassan ali.

  • Raven Murugesan · Top Commenter · University of Leicester
    Yang paling lawak ialah bila orang macam Ibrahim Ali mendakwa dia mempertahankan Islam, Raja dan Bangsa..

  • Hj Idris Jikon · Lahad Datu
    Satu catatan yang amat bernas yang seharusnya dihayati dan diperjuangkan ramai...

  • Mohammad Ilham Bin Abdullah · Top Commenter
    kan dah kena si Hasan Ali........Hasan ali...jawapla......jangan tak jawap....anda manusia seperti saya namun anda telah menjadikan diri anda haiwan atas nafsu anda menyebabkan iman anda bercerai berai dengan jasad anda....membuatkan diri anda bisa ditembusi walau dengan satu jelingan insani....kembalila kepada perjuangan EHSAN.....tinggalkanla AMARAHmu

  • Abdul Manaf Yusof · Top Commenter
    Terimakasih, Duhai! sahabatku", Ku' tertunggu-tunggu kehadiran mu" untuk menberi sedikit penjelasan, kemungkinan di-gerakan olih Allah s.w.t. untuk mengejar dan menberi pertunjuk di-Bumi Milik Allah s.w.t. ini, agar dapat keberkatan Darinya, insya'allah dan Assalamualaikum?

  • Rdwan Rdy · Top Commenter · Sekolah agama indonesia
    AGAMA DAN POLITIK tak terpisahkan karena politik berdasarkan agama.
    akan melahirkan insan yg amanah , jujur dan adil bijaksana.
    TAPI POLITILK SEKULER MEMISAHKAN AGAMA MAKA AKAN LAHIRLAH.
    AHLI POLITIK YG MENGHALALKAN SEGALA CARA DEMI MEMPERTAHAN.
    KAN KUASA.

    • Steve Lee · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      tapi politik sekular tidak patut ditentang begitu sahaja, sebaliknya kita mesti sentiasa cuba menerapkan ajaran agama ke dalam politik, dengan cara yang betul, pasti kita akan berjaya

    • Mohd Ramlee · Top Commenter
      Rdwan,Agak agak pakatan rakyat sekular tak?

  • Steve Lee · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    bagus tulisan Dr Asri, patut kita semua sebagai manusia menggunakan pemikiran yang dikurniakan ini dengan sebaik-baiknya, memperalatkan nama tuhan dan agama ataupun bangsa untuk mencapai kepentingan sendiri merupakan dosa besar.

  • Ooi Koh Siong · Top Commenter
    negara islam-lah bunuh rayat sendiri yg sedang berlaku tengok lah negara islam di Asia timur adakah malaysia akan hantar pasukan tentera yg berani ka asia timur .

    • Ismahaji Abu · Top Commenter
      pangyau..sbb ape jd mcm tu..sbb depa tu x ikut ape yg islam perintahkan...

  • Junaidi Bujang · Electrician at Free lance techician
    Adakah kita d Malaysia ini mampu mengikuti nya atau hanya untuk menyerang satu sama lain....peace no war.

  • Pakatan Rakyat Supporters
    Like us : [www.fb.me/PRsupporter].
    Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

    Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

    Kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

    Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

    Share us where ever you are : [www.fb.me/PRsupporter].

  • Toruk Macto · Top Commenter
    Dr Asri perli ustaz haron din dengan cara yg sangat halus. adakah?

    • Encik Keyboard · Top Commenter
      toruk macto - jangan lebihkan prasangka, tuduhan tanpa usul periksa dan fitnah

    • Toruk Macto · Top Commenter
      Encik Keyboard terima kasih di atas peringatan... Astaghfirullah... moga Tuhan mengampuni dosa-dosaku..

    • Sang Nitham · Top Commenter · Technical director at GO Nitham Sdn Bhd
      Toruk Macto Sub tajuk mcm nak perli, tapi dilihat isi, tak perli dan tak mengaitkan langsung.

    • Toruk Macto · Top Commenter
      Sang Nitham: penulisan macamni harus dinilai dan difikirkan juga akan maksud-maksud tersirat disebalik setiap huraian kata. bukan hanya memahami 'surface' nya sahaja. disertakan dengan panduan dan rujukan, akan lebih merangsang keterbukaan minta serta kematangan berfikir.

      Sekadar pandangan peribadi. peace no war. ;)

    • Sang Nitham · Top Commenter · Technical director at GO Nitham Sdn Bhd
      Toruk Macto Dr Asri cerita mengenai org mimpi Nabi dan Nabi mengesahkan ajaran baru - ni sesat. DrHaron Din hanya mimpi, dan disuruh jaga selipar lusuh Nabi SAHAJA - bukan kata Haron Din disuruh jadi imam mahdi or mengesahkan PAS adalah parti yg benar..

    • Toruk Macto · Top Commenter
      Sang Nitham: roger and out. :)

  • Termizi Majid · Top Commenter · Sendirian at Pesara Kerajaan
    Ada mufti dan sheikh memuja memuji pemerintah dan raja raja didalam khutbah jumaat dgn penghiasan kata yg sungguh keterlaluan. dan dan banyak lagi kata2 dan berbedaan kebendaan lain..kata Dr MAZA

    • WK Jee · Top Commenter
      I think god should be placed in your heart not your mouth.

  • Pemerhati Senyap · · Top Commenter · Kota Bharu
    Orang melayu miskin diMalsyaia kemungkinan miskin pula diakhirat, sembahyang, puasa gitu-gitu je

  • Hanif Tahir · Top Commenter · Johor Bahru
    PEDULI APA.....AGAMA....YANG PENTING...UNDI PRU 13...PANGAKAH PAS..

    AKU DAH 5 KALI PANGKAH PAS...

    WOWW..MASUK SHORGA,, LAH AKU..PASTI..

    TERIMA KASIH NIK AZIZ....AMANAT KAMU...RAMAI ORG PANGAKAH PAS..3 KALI PANGAKH..MASUK SHORGA...

  • Syukri Amri · Murabitun at NGo
    MANUSIA BERJUANG TANPA JEMAAH ADALAH MANUSIA YANG DIBURU SINGA DAJJAL.

  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    Islam tidak boleh dipolitikkan TAPI cara berpolitik perlu diIslam kan. Islam itu cara hidup (addin) jadi setiap saat kehidupan kita tidak boleh lari dari:

    Haram, Makruh, Harus, Sunat....

    Tulisan dr Asri masih umum tapi sinis. Siapa sasarannya?

  • Mohd Dean Abdul Wahab
    hati2 dgn tulisan dr.asri ni....nilai dgn ilmu..

  • D Iskandar D Iskandar · Top Commenter
    Dlm kenyataan ini byk phk ditegurnya, bg mereka2 yg mengikuti/melayari intenet tahu siapa ditujukannya.Bg saya seorang yg th agama tdk sesuai bt kenyataan yg blh mengundang org ramai mencari2 pd siapa kenyataan ini ditujukan, lalu mengundang persepsi.Ulama hdklah menegur terus jk ada pemimpin, ust, ahli politik yg dikira bt kesilapan bkn mengundang persepsi pd siapa teguran itu ditujukan.Jk pesepsi masyarakat terhadap seseorng silap apakah tdk berdosa? Ulama bercakap berbeda dgn org politik bercakap, org politik byk kenyataan dikluarkan tujuan memerangkap musuh politik mereka.Ada jg ulama bercakap tentang Kondusif br blh laksana HUDUD seoleh2 dunia ciptaan Tuhan tdk ada org miskin, pencuri, penzina, murtad baru blh laksana hudud.Sejak Nabi Adam hingga kiamat manusia melakukan dosa/kesalahan n allah tunjukan cara mencegahnya n tdk ada tulis tentang kondusif.Bila mula laksana hukum Allah Mahkamah yg akn menentukan Kondusif@tdk yg patut diknkan.Jgn sampai org gelar ulama Kondusif n talam dua muka.

  • MRadzi Malique · Top Commenter · Sek men keb temerloh
    'Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja'.. Hehehe..satu kias yg sgt mengena kpd tuannya.. Pedas..pedas..

  • Shukur Hasran · Top Commenter
    Janganlah anggap apa juga peringatan sebagai perli..ini peringatan untuk semua...setiap kali orang bukan Islam membangkitkan sesuatu hal berkenaan Islam, jangan terus marah, pada kebiasaannya mereka tidak faham, maka kita bantulah mereka faham....perenggan kedua terakhir rasanya merujuk kepada DHA..

  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter
    tumbang kan AMENO,, dah 54 tahun dah diaorang cuba nak memartabat kan ISLAM,,,, tapi,,, dah 54 tahun dah,, CUBA PR PULAK...

  • Saidon Din · Columbia University
    nah heh! hassang ali kena sebijik.kua..kua.kua.adoi mak malunya aku.

  • Kiezek Kie · Top Commenter
    bagus la klu perjuangkan islam, tp jgn pulak rasuah bermaharaja lela...

  • Hafez Fakhry · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    artikel yg sangat bagus. muncul di saat yg paling sesuai tika kegiatan merekrut Allah sedang berleluasa di dalam politik tanah air.

  • Putra Seroja · · Top Commenter · ME Engineering College UK
    sape yg kena rasa le sendiri...hahahahaha.

  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    Islam tidak menghalang umatnya berpoltik.kalau kena caranya politik boleh menegakkan syiar Islam dimuka bumi ini.yg menghalang perkembangan Islam kerana poltik murahan.....mula2 kata 'mengadaikah akidah' tetapi bila politik masuk campur 'akidah tidak tergadai' pula....ulama pun dah keliru yg mana Islam yg mana politik....

  • Amir Halus · Top Commenter · Pondok Pasentren
    komen seorang alim.

  • Ansar Durahim Puang Nakarung · Top Commenter · Works at Di Bumi ALLAH
    artikelnya ada org kata beliau dari golongan wahabi...mcm ada skit

  • Pakngah Rock · Top Commenter · Kuli batak at PENCARI ROTAN
    Parti yang prinsip dan dasar perjuangannya Islam, sudah tentu menggunakan ajaran Islam sebagai hala tujunya. Tentu tidak logik parti Islam menggunakan dasar dan prinsip Kristian, Buddha atau Hindu. Makin tinggi ilmu agama, semakin pandai mengelirukan umat. Pelik2

  • Bulan Bintang · Top Commenter · Anadolu University
    Setiap detik kena ingat ALlah.... Apalah mamat Aseri ni dok melalut.
    kuakuauaaa

    • Badrull Hisham · Top Commenter
      part mana yang melalut? boleh kongsi sbb aku tak jumpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan