Jumaat, 24 Februari 2012

TEKNIK NI DAH LAPUK..TEKNIK MENAKUTKAN MUSUH...TEKNIK MENJATUHKAN MARUAH PARTI...RAKYAT BENCI DAN SIMPATI KEPADA PARTI YANG DIZALIM...

Aktivis Umno: Kereta Anwar langgar peserta demo
Seorang anggota Pemuda Umno yang berada di barisan depan dalam demonstrasi depan pejabat PKR Ahad lalu mendakwa, keadaan pada malam itu menjadi kecoh apabila kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim terlanggar seorang peserta.

anwar car damaged by stone throwing umno supporters in sembrong 3Saksi yang enggan namanya disebut itu berkata, peserta demonstrasi mula menendang kereta Mercedes Benz itu menyebabkan kerosakan pada pintu dan cermin.

"Pemandu langgar dia, sakit tu. Mercedes, bukan (kereta) Kancil," katanya sambil mendakwa tindakan itu diikuti rakan mereka yang lain.

Beliau yang berada di situ dari jam 8 hingga 12.30 tengah malam bagaimanapun menafikan polis tidak mengambil tindakan menyuraikannya.

NONEKatanya, anggota keselamatan juga membuat benteng manusia dan menarik ke tepi lelaki yang disyaki mempunyai mercun tetapi tidak menjumpai sebarang bukti.

"Polis kepung side (pihak) Umno, tak bagi sikit pun terlepas. Siap pegang tangan," katanya lagi.

Bangladesh didakwa sertai ceramah Anwar

Berhubung dakwaan terdapat insiden membaling telur, aktivis Umno itu berkata ia disebabkan penduduk Kluang tidak sukakan Anwar ekoran kenyataan kontroversinya berhubung keselamatan Israel.

NONE"Malam itu orang dah tahu Anwar datang, dia lepas geram sejak (reformasi) 1998. Lebih 10 tahun dia tunggu Anwar datang sebab tak puas hati," katanya lagi.

Lelaki 26 tahun itu juga berkata, program bantahan Pemuda Umno dan NGO itu cuma hendak halang Anwar dan tidak berniat hendak mencederakan sesiapa.

NONE"Budak-budak Sembrong yang sertai sekali marah. Sembrong, jauh datang dari sana. Dia tak niat nak cederakan sesiapa. Saja nak halang Anwar sahaja. Ingat Anwar takut, terus blah (beredar). Orang Kluang 70 hingga 80 peratus benci Anwar," katanya.

Beliau juga mendakwa lebih separuh daripada peserta program PKR di Johor pada hari minggu lalu orang Bangladesh.

"Itu yang kita orang ketawa gila-gila. PKR kata, nak tawan Kluang," katanya menyindir.

Setakat ini, tambahnya, belum ada lagi rakan-rakannya dipanggil polis.
Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal
PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionSetiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif.

“Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu,” katanya.

Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya.

Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah.

NONE“Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu,” katanya.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.
Anwar tak gentar dengan serangan di Sembrong
Di sebalik taktik liar kerajaan BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

NONEMenceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

NONE"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah” sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

NONEKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya (gambar di bawah).
Pada ceramahnya, malam semalam, Anwar juga mengambil kesempatan bagi menjelaskan dakwaan kerajaan bahawa beliau menyokong negara Israel dan tidak membantu perjuangan rakyat Palestin.

Beliau mengulangi kepada hadirin bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks.

anwar ibrahim on motorbike in pekanJelasnya, beliau memang menyebut bahawa beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, tetapi pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.
"Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis, kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang itu milik siapa?

"Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat bangkit dan menolak kezaliman. Dan, jika betullah (dakwaan itu), kita debat soal
Umno didakwa guna taktik liar elak kubunya digempur
BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

NONEAhli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.

"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

“Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.

"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak  motosikal,” kata Sim.

Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.

"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut  Yahudi dan khaki liwat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan