Rabu, 29 Februari 2012

NAMPAK SANGAT EHSAN ORANG...KALAU TIDAK SIKIT AJE ORANG...JANGAN SYOK SENDIRI SUDAH...MENYOKONG ISLAM ITU WAJIB BAGI ORANG MENGAKU MUSLIM

Bio Valley: Bapa tuntut penjelasan Tajuddin

Hazayani Zakaria, 29 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) menuntut penjelasan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berhubung projek Bio Valley di Seberang Perak yang didakwa tidak mencapai matlamat dan menyebabkan pembaziran.

Felcra Bhd menggunakan dana sejumlah RM18 juta pada 2008 bagi projek menggemukkan lembu.

Projek itu dikatakan untuk menjana pendapatan peserta  antara RM500 hingga RM1, 000 sebulan dengan menternak lembu secara besar-besaran.

Namun dengan peruntukan tersebut, Felcra hanya mampu membeli 800 ekor lembu sahaja, bermaksud peruntukan bagi seekor lembu Bio Valley ialah RM22,500.

Sedangkan menurut laporan, Felcra membuat pembelian lembu yang diimport dari luar negara hanya antara RM300 hingga RM400 seekor, melibatkan dana tidak sampai RM500,000.

Pengerusi Bapa, Razman Zakaria berkata,  tinjauan dan siasatan yang dilakukan pihaknya ke ladang Bio Valley mendapati hanya sepuluh hinggi 15 ekor lembu dikeluarkan sebulan.

"Bapa berpendapat projek ini bukan sahaja tidak mencapai matlamat penubuhannya malah dilihat sebagai tanggungan dan pembaziran.

"Perkara ini mungkin menjadi salah satu punca ang menyumbang kepada pendapatan peserta Felcra yang terlalu rendah. Oleh itu peserta wajar mendesak pengurusan Felcra membuat penjelasan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mengundi wajib, sokong tegak Islam juga wajib

Khairil Abdul Rahim, 29 Feb 2012
KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.
Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.

“Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.

“Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.

“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya.

Red Warriors tak bayar sewa KTC RM72,000

Salmah Mat Husain, 29 Feb 2012

KOTA BHARU, 29 Feb: Peminat pasukan The Red Warriors jangan terkejut apabila restoran milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tertunggak hutang hampir RM72,000.

Restoran tersebut menyewa lot perniagaan di KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berahir 31 Mac ini.

Kadar sewaannya sebanyak RM5,000 sebulan, memandangkan lokasi begitu strategik.

Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk menghantar surat peringatan kepada Kafa, namun mereka masih tidak mengedahkan.

Katanya, surat ‘mesra’ kepada Setiausaha Agung Kafa sudah dihantar bertanyakan status restoran berkenaan, namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Sebagai sebuah restoran yang menjadi kebanggaan penyokong dan pengurusan pasukan berwibawa, kita berharap Kafa lebih komited kepada perjanjian yang dipersetujui.

“Jika Kafa ada masalah kewangan, kami sedia mendengar dan bukan terus berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Restoran tersebut terletak bersebelahan dengan Dewan Konvensyen KTC dan tidak jauh daripada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV serta Hospital Pakar Perdana.

Oleh itu Aziz berharap Kafa segera memberi maklum balas sama ada mahu terus mengusahakan Restoran The Red Warriors atau sebaliknya.

Menurutnya mengikut perjanjian, Kafa perlu mengemukakan notis dalam tempoh tiga bulan kepada KTC sama ada ingin meneruskan operasi atau tidak.

Bagaimanapun, tambahnya sehingga kini Kafa gagal mematuhi perjanjian yang dimenterai bersama.


Guru diarah hadir program Hassan Ali

Harakahdaily, 29 Feb 2012
KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

“Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD,” kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini,” ujarnya

Konsert: Jangan sekadar lepas batuk di tangga

Aziz Muda, 29 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diharap tidak hanya sekadar melepas batuk di tangga, tetapi benar-benar membatalkan konsert penyanyi Erykah Badu yang dirancang akan diadakan pada malam ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian terbabit kerana telah membatalkan konsert tersebut, tetapi pengumuman pembatalannya diharap jangan hanya sekadar pengumuman sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kementerian terbabit perlu serius dengan keputusan pembatalan yang dibuat itu kerana ia adalah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Menurutnya, sebelum ini telah berlangsung beberapa konsert yang melibatkan beberapa orang artis kontroversi dari luar negara di negara kita dan ia sememangnya telah meninggalkan kesan amat buruk terutama kepada golongan remaja.

Katanya, pada hal konsert-konsert seperti itu tidak sepatutnya berlangsung di negara kita sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Kita tak mahu Malaysia menjadi pusat maksiat. Jadi kita berharap agar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan benar-benar serius dengan keputusan yang telah dibuat itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Mengikut perancangan, penyanyi wanita yang berasal dari Amerika Syarikat, Erykah Badu akan mengadakan konsertnya pada malam ini, 29 Februari, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kontroversi timbul apabila akhbar The Star telah menggunakan gambar penyanyi itu yang memaparkan kalimah Allah pada kedua-dua bahagian bahunya tanpa mengira sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Rata-rata umat Islam yang menyedari iklan dan promosi itu di media terkejut dan marah dengan kehadiran penyanyi itu dengan persoalan, bagaimana dia yang jelas menghina Islam boleh dibenarkan mengadakan konsert di negara ini.

Harakahdaily kelmarin telah mengeluarkan satu posting daripada salah seorang pembacanya yang mempertikaikan bagaimana penyanyi itu dibenarkan untuk beraksi di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendesak dibatalkan konsert penyanyi Erykah Badu di negara ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini, sekitar jam 11.15 pagi dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan menteri terbabit, Abdul Rauf Puteh.

Turut menemani Khairul Faizi, Penolong Setiausaha III Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob; Pegawai Media Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali; Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz.

Beberapa jam selepas itu, kerajaan memutuskan membatalkan konsert penyanyi tersebut kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Rais dalam Twiter beliau kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Bagaimanapun, dalam pesanan ringkas Rais itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilan penyanyi tersebut yang penuh kontroversi dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.

Menurut Zailah, walaupun telah diputuskan dibatalkan oleh kementerian terbabit, pelbagai pihak turut bimbang sekiranya konsert penyanyi itu turut diadakan juga secara tersembunyi.

"Jadi, kita berharap agar pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dalam hal ini, tetapi turut serius dalam memerangi gejala sosial di tanah air," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Kes-kes gejala sosial di negara ini, tambahnya, sudah cukup serius sehingga dalam kes kelahiran anak zina sahaja sudah mencecah 83 orang sehari.

"Kita berharap agar kes-kes gejala sosial akan turut diperangi dengan serius oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, sebaliknya digantikan dengan bimbingan bagi pembentukan akhlak mulia dan sahsiah kepada seluruh remaja dan rakyat negara ini," ujar beliau.


JAWAPAN KOMEN ....

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'
« on: 04 April, 2010, 10:20:46 PM »
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.



Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.


“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”
 
.Saya rasa ada baiknya saya bawakan fatwa yang pernah dikeluarkan di Indonesia satu ketika dahulu bekenaan dengan pilihanraya. Mungkin kiranya fatwa atau pendapat yang saya hadirkan di sini daripada alim ulama Pas, kenyataan saya akan dipandang umum sebagai berat sebelah. Saya datang fatwa yang pernah diwartakan di sana daripada buku bertajuk ‘Kewajipan Ummat Islam dalam Pilihanraya’ oleh Muhammad Isa Ansory sebagai renungan bersama.

Kepada semua pengundi di Malaysia, gunakanlah hak dan tanggungjawab anda untuk melihat sinar Islam makin cerah. Cukuplah kita ditipu dan agam dipermainkan.

_____________________________________________________________________________________________

FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

“ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

(Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang fasiq”

.“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang zalim”.

“Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang kafir”.


d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.


e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

“laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.


* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.


“Karnu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

(Surah ali-Imran: Ayat 110)


f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

“Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

“Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”.

dan:

“Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wa jib”.


MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.


Medan, 30 Rejab 1372

(14 April 1953)



KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:


a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.


b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.


c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:


a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.


b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.


c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.


5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.


Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Sekretaris,
 
 
MUFTI PAHANG KATA MENGUNDI ITU WAJIB! PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 02 March 2012 11:33

Share

TANGGUNGJAWAB untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
“Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
“Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.
Beliau berkata Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri.
“Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri.
“Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam,” katanya.
Mengenai bai’ah, Abdul Rahman berkata ia merupakan satu pengakuan taat setia yang dibuat dan sekiranya seseorang itu melanggar perjanjian tersebut maka orang berkenaan kelak akan menerima balasan atau musibah.
“Pengakuan bai’ah juga tidak boleh timbul dalam bentuk paksaan dan sekiranya berlaku perjanjian yang berbentuk paksaan maka perjanjian taat setia atau bai’ah itu terbatal,” katanya.

2 ulasan: