Rabu, 15 Februari 2012

MENIPU..DAN ORANG BEKERJA SERTA BEKERJASAMA UNTUK MENIPU..SABIT DISISI ALLAH...MAKA SEMUA MASUK NERAKA DAN DISEKSA...MALAH KEMENANGAN HASIL MENIPU AKAN DIKIRA SEGALA GAJI DAN ELAUN YANG DITERIMA ADALAH HARAM...TAKUTLAH KITA DENGAN SIKSAAN ALLAH SWT...

60 pengundi dengan alamat palsu dikesan di Lobak
Sekurang-kurangnya 60 pengundi dengan alamat yang diragui dikenal pasti disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan pilihan raya bagi kerusi DUN Lobak di Negeri Sembilan.

Penyandang kerusi itu, Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata 60 pengundi berkenaan didaftarkan sebagai penduduk Taman Sri Amber, Seremban, tetapi nombor rumah yang diberikan tidak wujud.

NONE"Rumah-rumah di Taman Sri Amber bermula dengan nombor 400. Tetapi di sini, kami mempunyai pengundi yangmendaftarkan nombor rumah misalnya 24, 32, 48, 101, 131, 180, 201, 222 dan 301, yang tidak wujud," kata Loke.

NONEMerujuk kepada daftar pemilih tambahan bagi suku keempat tahun 2011, beliau berkata kejadian seumpama itu juga berlaku di rumah pangsa di Taman Sri Amber.

Katanya, rumah pangsa itu hanya mempunyai satu blok, tetapi dalam daftar pemilih tambahan terdapat beberapa pengundi yang didaftarkan dengan alamat "Blok B" dan "Blok C", yang tidak wujud.

Satu lagi keanehan dalam daftar pemilih itu, kata Loke adalah bahawa 90 peratus daripada 670 pengundi baru yang didaftarkan pada suku terakhir itu terdiri dari bangsa tertentu sahaja.

Loke, yang juga ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini, mendedahkan penemuan itu kepada Malaysiakini selepas membuat aduan dengan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Seremban.

NONE"Saya percaya pengundi denagn latar belakang yang mencurigakan telah didaftarkan, Ini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana memberikan maklumat palsu dalam borang pendaftaran pengundi, "kata Loke, yang juga seorang peguam.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Loke merancang untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu hari ini.
Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui
Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar  pengundi yang meragukan.

NONEMimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya  230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke (kiri), taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

NONEMenurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.
Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

azlanSemasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan