Ekonomi Harimau Kertas
Nasrudin Hassan, | 16 Feb 2012 |
Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan
keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat
didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang
membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.
Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.
Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.
Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.
Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?
*Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pasca Islamisme: Racun halus musuh Gerakan Islam
Harakahdaily, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb:
Idea ‘Pasca Islamisme’ adalah racun halus musuh-musuh gerakan Islam
yang cuba diserapkan dalam pemikiran ahli-ahli Gerakan Islam pada hari
ini.
Demikian kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika mengulas tentang masa depan Gerakan Islam di Malaysia pada hari ini.
Menurut beliau, ‘Pasca islamisme’ cuba menjustifikasikan kesedaran masyarakat Islam pada hari ini untuk menentang kezaliman pemerintah umat Islam berpunca daripada kesedaran umum masyarakat Islam hasil tekanan ekonomi dan sosial yang menghimpit kehidupan mereka, bukannya berpunca dari kesedaran aqidah Islam yang ditunjangi dan digerakkan oleh Gerakan Islam sejak berdekad yang lalu.
Ujar beliau lagi, di samping itu sebenarnya istilah Islamisme itu sendiri bercanggahan dengan syarak yang mana ideanya juga adalah bercanggah dengan sunnah perjuangan Islam yang telah digarap oleh al-Quran dan Hadis.
Kata beliau, kesedaran politik Islam hari ini adalah hasil perjuangan panjang oleh Gerakan Islam.
Menurutnya, kesedaran itu perlu ditunjangi oleh aqidah Islam yang mengajar ummat tiga perkara asas.
Pertama, ujarnya, bahawa penentangan kepada kezaliman politik adalah tuntutan beragama bukannya tuntutan tekanan ekonomi dan sosial kehidupan semasa.
“Keduanya, bahawa punca kepada berlakunya kezaliman politik adalah kerana para pemerintah tidak memerintah menurut prinsip pemerintahan Islam.
“Ketiga, bahawa sekiranya pemerintahan jahiliah yang telah menzalimi rakyat dijatuhkan dan diganti juga oleh pemerintahan jahiliah baru yang tidak berprinsipkan Islam, akhirannya akan membawa kepada kezaliman politik juga,” ujar beliau lagi.

Kegagalan DEB kerana 'kecurangan' pelaksanaan
Aziz Muda , | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb:
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bawah Kerajaan BN sepanjang
pemerintahannya sejak 55 tahun lalu disebabkan berpunca dari kecurangan
di peringkat pelaksanaannya.
Oleh itu, Malaysia memerlukan suntikan baru pemerintahan yang berprinsipkan Islam bagi memberikan nafas baru kepada pelaksanaan DEB yang akan digantikan dengan Dasar Ekonomi Negara Berkebajikan.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam Seminar Wakaf baru-baru ini berhubung DEB yang bermasalah di peringkat pelaksanaannya, wajar diambil serius oleh seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, kecurangan tersebut berlaku apabila sesebuah pemerintahan hanya mementingkan unsur kebijaksanaan pentadbiran semata-mata tanpa melihat kepentingan unsur amanah dalam pentadbiran.
Katanya, kejadian itu sebenarnya adalah rentetan daripada dasar beragama yang tidak menjadi kriteria utama dalam pemilihan pengurusan dan pemerintahan.
"Dasar Ekonomi Negara Berkebajikan sememangnya boleh menjadi alternatif kepada Dasar Ekonomi Baru yang gagal mencapai sasarannya kerana dipacu oleh mereka yang kurang amanah dan ketelusan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Kegagalan DEB sememangnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi oleh para pemimpin Umno dan BN kerana ia turut menarik perhatian Raja Dr Nazrin Shah ketika bertitah pada Seminar Wakaf baru-baru ini.
Sebelum ini, pakar-pakar ekonomi di tanah air turut menyuarakan kekesalan mereka berhubung kegagalan DEB yang telah dikesan berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno sendiri terhadap rakyat terutama bagi orang-orang Melayu.
Menurut Khairuddin, Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS menekankan kepentingan kerajaan beramanah berpaksikan keadilan dan ihsan dengan berprinsipkan al-Quran dan Sunnah.
"Hal inilah yang gagal diterapkan oleh Barisan Nasional sepanjang 55 tahun memerintah sehingga menyebabkan kegagalan DEB dan turut mencetuskan pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran negara," tegasnya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri menambah, amanah adalah salah satu dari dua asas utama kepada pemerintahan seperti yang digarap oleh al-Quran menerusi kisah Nabi Yusof dalam surah Yusof ayat 55 yang bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (Hafiiz) lagi berilmu".
Begitu juga dengan kisah Nabi Allah Musa dalam surah al-Qasas ayat 26 dan kisah Jin dengan Nabi Allah Sulaiman dalam surah al-Naml ayat 39.
"Justeru, rakyat diseru memberikan mandat kepada PAS yang menjanjikan kerajaan beramanah bersendikan agama bersama Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan alternatif pada PRU Ke-13 akan datang," ujar beliau.

Sesat: Kenyataan Ahmad provokasi, terdesak
Khairul Azlam Mohamad, | 16 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Dewan Ulamak PAS Terengganu
menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya PAS
adalah ‘parti ajaran sesat’ kerana terdesak serta bersifat provokasi.
Ketuanya, Datuk Husain Awang menjelaskan bahawa ajaran sesat adalah ajaran yang menderhakakan Allah dan rasul-Nya.
Oleh itu, katanya siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran.
“PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang negara. Dasarnya ialah Islam dan hukum tertingginya adalah al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias.
“Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum syariat dan bertindak melalui kaedah amar maaruf dan nahi munkar,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini. (Gambar)
Menurutnya, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan orang nombor satu di negeri ini.
Katanya, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan di manakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.
Bahkan, kata beliau kerajaan PAS Terengganu pernah meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, sunnah, ijmak dan qias serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir.

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam