Selasa, 21 Februari 2012

MAKA TIMBULLAH PENYELAMAT2 MEMPERTAHANKAN HERO TAKUT DIMALUKAN..TIMBUL PULA HERO2 PENYIBUK..MR SERBA TAHU...MR SERBA BETUL...MR SERBA HEBAT...JANGAN JADI MR SAMPAH DAH LAH....

Polis pantau rapi setiap ceramah politik di Kelantan
Polis akan memantau rapi setiap majlis ceramah atau program parti-parti politik, sama ada yang mempunyai permit ataupun tidak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya sentiasa membuat penyiasatan setiap program yang melibatkan perhimpunan ramai, yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik tanpa menunggu aduan daripada orang awam.

"Ini untuk mengelakkan perhimpunan yang dianjurkan itu boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam," katanya ketika menjawab soalan peserta Program "Community Policing" Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata mengikut Akta Polis 1967, setiap parti politik mesti meminta kebenaran atau permit daripada polis untuk mengadakan sesuatu perhimpunan melebihi lima orang.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang mengadakan kegiatan ceramah tanpa kebenaran, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
  
- Bernama

Mahfuz mahu debat dengan Hisham, tertangguh 12 tahun
ZULAIKHA ZULKIFLI
20 Februari 2012
Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR- Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bersikap terbuka untuk berdebat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang telah tertangguh sejak 12 tahun lalu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata beliau menyerahkan kepada Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, untuk menentukan tajuknya.
“Mungkin pada waktu itu dilihat kurang sesuai untuk berdebat. Tetapi era itu telah dimulakan dengan debat antara Ketua Pembangkang bersama Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan baru-baru ini antara (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
“Jadi eloklah kalau saya dapat langsungkan debat saya yang tertangguh itu kerana hingga ke hari ini, tuduhan terus dilemparkan pada Pas. Maka pentas debat ini saya anggap sebagai satu penyelesaian untuk dinilai oleh masyarakat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Debat: PKR OK, harap SU Agung Umno serius
NURUL NADIA KAMARUZAMAN
20 Februari 2012
Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - PKR menyambut baik pendirian Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kesediaan parti itu untuk berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) susulan debat bersejarah antara pemimpin DAP dan MCA, kelmarin.
Sehubungan itu, parti komponen PR ini turut melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dengan Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pandangan Tengku Adnan itu dianggap skeptikal dan berbeza dengan pendirian Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menganggap debat tidak boleh dijadikan satu budaya.
“Saya menghormati pendirian Adnan dan saya menganggap itu bukan kenyataan yang saja-saja dibuat.
“Saya harap beliau dapat memulakan usaha ini dengan menemukan dua pemimpin hebat iaitu (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan (Ketua Umum PR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) untuk berdebat. Saya bersedia berbincang dengannya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Semalam, Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan bahawa BN sudah bersedia untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin PR.
Dalam kenyataan itu, beliau menyifatkan perbahasan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "sihat".
"Kami terbuka (untuk menyertai) jika terdapat mana-mana (cabaran)," katanya.
Kali terakhir debat membabitkan pemimpin BN dan PR adalah pada Julai 2008 iaitu melibatkan Anwar dan Datuk Ahmad Shabery Cheek, ketika itu Menteri Penerangan, mengenai isu harga minyak.
Ezam: Debat Anwar-Najib tak perlu
ZULAIKHA ZULKIFLI
20 Februari 2012
KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata,  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”
Sehubungan itu kata EzamAnwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.
"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.
Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.
Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik.
Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.  
"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," katanya.
Merdeka Center yakin Najib, Anwar akan debat
G MANIMARAN
20 Februari 2012
debat mca-dap
SHAH ALAM - Susulan debat antara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP kelmarin, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berharap debat nasional melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online, ketua firma kajian pendapat umum ini berkata, debat antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah memberi lonjakan kepada keperluan bagi debat melibatkan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
Beliau mengulangi pandangannya yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian Online awal bulan lalu.
"Saya rasa rakyat sudah mula mengharapkan dan ingin melihat debat-debat melibatkan pemimpin nasional, pemimpin kanan parti akan diadakan di peringkat nasional... rakyat sudah mula merasakan keperluan ini berbanding tiga, empat tahun lalu," kata beliau dengan merujuk kepada debat antara Anwar dan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 2008, beberapa bulan selepas pilihan raya umum lalu.
Ketika itu Ahmad Shabery mengetuai Kementerian Penerangan. Kini beliau Menteri Belia dan Sukan.
Ibrahim juga berkata, beliau tidak melihat debat yang diadakan melibatkan Najib dan Anwar, masing-masing Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan merugikan mana-mana pihak.
"Saya rasa tidak. Ia tidak akan merugikan, sebaliknya akan membantu rakyat khususnya membuat pendirian mengenai sesuatu isu," kata beliau.
Ketika ditanya mengenai pendirian yang berbeza antara pemimpin BN dan PR berhubung syor debat melibatkan pemimpin-pemimpin kanan, Ibrahim berkata, situasi itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan BN mendapat akses media yang meluas.
"Mungkin pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno merasakan mereka ada akses kepada media arus perdana dan ia sudah cukup bagi mereka menjelaskan isu-isu semasa," katanya lagi.
Sehubungan itu, Ibrahim yakin debat melibatkan pemimpin kanan antara BN dan PR akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.
"Kita sedang menuju ke arah itu," katanya lagi.
Laporan Sinar Harian hari ini memetik pemimpin PR berkata, Najib perlu sedia bersemuka dengan Anwar berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
Rakan sejawatannya dari PKR, Nurul Izzah Anwar juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.
Bagaimanapun pemimpin BN mencabar PR mengeluarkan dasar-dasar terperinci mengenai rancangan masa depan negara sebelum menggesa perikatan itu berdebat dengan mereka.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya Najib berdebat dengan Anwar sekarang, maka BN akan defensif dalam debat yang diadakan.

Hasan minta penjelasan MB wakilkan Ronnie
RISWANDI RAZAK
20 Februari 2012
KLANG - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meminta penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung ura-ura Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu diwakilkan bagi menyelesaikan isu insiden meletakkan kepala babi di hadapan sebuah masjid, di Rawang, sebelum ini.

Pengasas Jalur Tiga (Jati) itu berkata, sekiranya maklumat tersebut yang diperoleh menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.

Menurutnya, tindakan mewakilkan pemimpin bukan Islam menyelesaikan isu sensitif melibatkan umat Islam adalah satu usaha untuk memansuhkan garis pemisah di antara orang Islam dengan bukan Islam.

“Saya mendapat panggilan telefon pada jam 4.30 petang (semalam), saya harap ini tidak betul, bahawa menteri besar selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, mewakilkan Ronnie Liu untuk mewakilinya bagi bermesyuarat dengan ahli masjid berkenaan.

“Kalau ini benar, saya rasa kita boleh mengadakan bantahan keras, kerana beliau mencabar nilai-nilai insan, syariah, akidah dan akhlak,” katanya dalam ucapan sempena, perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya, di Jalan Kebun, semalam.

Hadir sama, Penaung Waris Malaya, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengerusi Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU), Norman Toha.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, tindakan ini akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor dan Putrajaya.

“Oleh yang demikian, saya menggesa anak-anak muda seperti dalam Waris Malaya ini, dijadikan tunggak utama menghalang PR daripada memerintah Putrajaya.

“Kita akan pastikan setelah Waris Malaya diberi latihan kursus intensif, mereka mampu memberi sumbangan bermakna untuk kita menukar kerajaan,” katanya.

Pada 31 Januari lalu, satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang.

Sementara itu, Ezam pula memberi jaminan bahawa NGO yang ditubuhkan beliau itu, akan menyokong perjuangan Hasan dalam menegakkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) di negara ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu menegaskan Hasan adalah tokoh perjuangan Islam sebenar di negara ini, berdasarkan sikapnya yang tidak mementingkan pangkat demi kepentingan agama.
Pemimpin BN sokong lebih banyak debat

19 Februari 2012
debat mca-dap
KUALA LUMPUR - Para pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata mereka bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat berhubung isu kepentingan bersama.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin BN pernah bersemuka dalam debat dengan tokoh pembangkang sebelum ini dan mereka
bersedia berdepan lagi dengan pembangkang asalkan ada forum serta isu yang bersesuaian untuk didebatkan.
"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka),
beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.
"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.
Beliau diminta mengulas debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,
semalam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan debat itu bukanlah platform tunggal bagi pemimpin BN melibatkan orang ramai dan menyuarakan pendapat mereka memandangkan Gerakan sendiri telah menghantar pemimpin parti itu untuk mengambil bahagian dalam forum anjuran pihak yang diketahui pro pembangkang.
"Ini juga di sebalik hakikat bahawa kami tahu penonton dalam forum seperti ini akan menunjukkan sikap bermusuhan terhadap BN. Kami pernah melakukannya
sebelum ini dan kami akan melakukannya lagi," katanya.
Presiden LDP Datuk V.K Liew berkata beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat antara ahli politik dan berharap debat seperti itu
akan diperluaskan supaya merangkumi pelapis kedua dalam kepimpinan parti.
"Dalam sebuah demokrasi yang matang, anda tidak boleh menghalang pemimpin parti daripada mengambil bahagian. Ini perkembangan yang sihat terhadap
demokrasi. Ia satu peluang untuk memperjelaskan tentang perbezaan kita," katanya.
Beliau berkata, ahli politik tidak boleh mengelak sentimen penyokong mereka dan memang sifat semula jadi untuk mereka menaruh harapan agar pemimpin
masing-masing mengeluarkan hujah bernas, lebih-lebih lagi membabitkan isu kepentingan bersama.
Bendahari Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Datuk David Teng berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan perdebatan yang sihat antara
pemimpin politik untuk menyuarakan pandangan atau dasar yang mereka galakkan.
"Bagaimanapun, perdebatan seperti itu tidak boleh digunakan sebagai platform untuk memarahi orang lain atas apa jua sebab. Jika tidak, ia tidak akan membawa
apa-apa makna. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam debat ini mesti memahami tujuan perdebatan," katanya.
Beliau berkata, bahasa bukanlah satu masalah memandangkan pendebat boleh menyuarakan hujah dalam bahasa ibunda mereka dan terjemahannya boleh dilakukan oleh penterjemah. - Bernama
Ronnie nafi dakwaan Hasan Ali jadi wakil MB
RISWANDI RAZAK
20 Februari 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakilkan beliau bagi meyelesaikan isu kepala babi di sebuah masjid di Rawang.

Menurutnya, beliau sememangnya hadir di masjid berkenaan sejurus mendapat maklumat insiden yang berlaku di Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, 31 Januari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu menjelaskan, kehadiran beliau adalah atas keprihatinan dan inisiatif sendiri tanpa mewakili menteri besar.

“Dakwaan itu tidak benar, saya prihatin dengan mengambil inisiatif melawat masjid dan cuba memahami isu ini.

“Saya juga telah meminta Adun kawasan terbabit untuk memberi segala bantuan kepada ahli jawatankuasa masjid termasuk dari aspek meningkatkan keselamatan,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Hasan bahawa Abdul Khalid selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam telah mewakilkan Liu untuk berbincang dengan ahli jawatankuasa kuasa masjid berkenaan ekoran isu kepala babi.

Semalam. Hasan menegaskan, sekiranya maklumat tersebut yang diperolehi menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.

Menurutnya, tindakan menteri besar selaku Exco hal Ehwal Agama Islam telah melanggar hukum syariah dan mencabar nilai-nilai insan.

Hasan, yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan itu akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakayat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor selain menawan Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan