Khamis, 16 Februari 2012

JIKA IA DIAM TAK BERCAKAP...ORANG TAK TAHU IA LEMAH BAB AGAMA...BILA CAKAP MAKA CONFIRM LAH IA MEMANG TAK BEBERAPA RETI BAB AGAMA....KESIAN...MUNGKIN TAK TAHU FATWA TELAH DIKELUARKAN PADA 2005 LAGI...

PPR: Surat terbuka untuk Raja Nong Chik

Nurul Izzah Anwar, 15 Feb 2012
YM Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

15 Februari 2012

Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) : Menentukan kaedah pembiayaian terbaik untuk pembeli
Pertama, Pakatan Rakyat ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni skim pembelian rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, selagi pelaksanaan dibuat secara teratur. Ini jelas dinyatakan di dalam kenyataan akhbar rasmi dan memorandum Pakatan Rakyat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tidak timbul persoalan bahawa kami tidak menyokong skim ini.

Kedua, isu dasar bukanlah seperti tuduhan tidak berasas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kebolehan bakal peminjam untuk membuat bayaran - tetapi isu dasar adalah mengenai sumber dana untuk skim ini yang akan datang dari KWSP.

Kenyataan Menteri mengenai peranan KWSP juga telah menyebabkan timbulnya reaksi meminta penjelasan sepenuhnya bukan sahaja dari Pakatan Rakyat malah dari rakyat, ahli lembaga KWSP, MTUC dan CUEPACS kerana ia melibatkan tabungan simpanan hari tua pekerja; sedangkan sudah ada sumber dana lain yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya bakal pemilik sendiri.

Maka, Pakatan Rakyat telah meminta dan telah hadir di dalam satu taklimat bersama KWSP di mana beberapa maklumat penting telah didedahkan:
i) tawaran KWSP masih belum diluluskan dan perjanjian belum dimeterai;
ii) pinjaman adalah terus kepada kerajaan dan bukan peminjam;
iii) sebuah institusi kewangan akan diminta menguruskan pentadbiran kredit;
iv) hanya RM300 juta akan diberi untuk tahun pertama dan bukan RM1.5 bilion seperti yang dicanang Menteri.

Ketiga, soal kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Dato Mohd Amin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah DBKL (pada 31 Jan 2012) adalah 6.5%, di mana 1% adalah untuk kos perkhidmatan dan 5.5% kepada KWSP.

Pakatan Rakyat berpendapat kadar faedah 6.5% terlalu tinggi; kenapa kadar yang lebih rendah, seperti 2% yang dikenakan kepada pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC) melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat tidak digunakan?

Kerajaan sepatutnya tidak membezakan di antara kadar faedah pinjaman untuk golongan kaya dengan golongan berpendapatan rendah. Pada kadar 6.5% selama 25 tahun, harga rumah asal RM35,000 mencecah RM70,800, iaitu dua kali ganda harga rumah asal.

Sekirannya kadar 2% digunakan, sama seperti yang diberi oleh kerajaan BN kepada projek NFC, peminjam akhirnya hanya membayar sebanyak RM44,400.

Pemberian kadar faedah yang hanya memihak kepada golongan atasan juga dilihat di  dalam projek Lebuhraya Pantai Barat bernilai RM7 billion, di mana pinjaman mudah (soft loan) RM2.24 bilion diberikan oleh kerajaan pusat kepada Kumpulan Europlus pada kadar faedah 4%, termasuk subsidi 3% ke atas pinjaman komersil kumpulan tersebut.

Di mana letaknya pertimbangan untuk membantu golongan berpendapatan rendah secara adil dan saksama?

Keempat, Pakatan Rakyat mencadangkan demi membela penduduk PPR-PA dan menjadikan pemilikan rumah sebagai sumber penjana ekonomi rakyat, satu konsep mudah milik patut dilaksanakan iaitu konsep ‘Sewa Hingga Milik - Tanpa Faedah’ (SHM - TF).

Sebagai contoh harga rumah RM35,000 dengan masa bayaran melalui sewa selama 25 tahun akan menjadikan bayaran bulanan hanya sekitar RM117 tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan. Pendekatan ini bertepatan dengan konsep merakyatkan ekonomi kerana rumah PPR-PA DBKL sudahpun siap dibina serta diduduki manakala kos pembinaannya sudah diambil kira.

Kerajaan juga tidak perlu meminjam daripada KWSP atau institusi kewangan lain. Konsep ini akan juga mengurangkan kos pentadbiran kerana sistem kutipan sewa sedia ada sudah mencukupi. Ini adalah konsep “semua menang - rakyat senang”.

Kelima, untuk memenuhi aspirasi dan membela rakyat berpendapatan rendah, skim memiliki rumah PPR-PA ini juga mestilah diperluaskan kepada semua rakyat di seluruh negara kerana rakyat berpendapatan rendah bukan semuanya tinggal di Kuala Lumpur.

Skim ini mesti memberi peluang kepada semua penyewa tidak kira status ekonomi atau bangsa untuk memiliki rumah yang dapat memberi jaminan tempat tinggal serta menjadi asas membangunkan harta keluarga dengan mudah dan telus.

Keenam, untuk memperkayakan lagi proses demokrasi ‘mengutamakan rakyat’, dicadangkan penduduk PPR-PA diberi peluang melalui satu referendum memilih di antara tiga cadangan:

i) cadangan Kerajaan untuk skim pinjaman tajaan KWSP pada kadar faedah 6.5%;

ii) cadangan untuk skim pinjaman mudah (soft loan) pada kadar faedah ala-‘NFC’ sebanyak 2%; atau

iii) skim Sewa Hingga Milik - Tanpa Faedah.

Pilihan (ii) dan (iii) boleh ditawarkan kerana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan memiliki dana mencukupi walaupun keputusan yang beliau ambil adalah untuk menggunakan dana KWSP.

Oleh demikian, Pakatan Rakyat menerima cabaran berdebat yang dikeluarkan Menteri di mana tajuknya hendaklah “Apakah kaedah pembiayaian terbaik untuk Skim Pembiayaian Khas Program PPR-PA?”.

Debat ini juga mesti disiar langsung di kaca televisyen seperti mana debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden MCA akan disiarkan dalam saluran Astro. Ini barulah demokrasi yang berdasarkan keperluan rakyat untuk mendapat informasi telus dan tepat untuk membuat pilihan yang adil.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Abu Jahal pun tuduh Rasulullah s.a.w. sesat

Aziz Muda, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tuduhan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS adalah parti ajaran sesat telah menjadi sunnah kepada penentang perjuangan dakwah dan politik Islam sejak awal Islam.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, sepertimana Abu Lahab, Abu Jahal dan konco-konco mereka menggelar Rasulullah s.a.w. sebagai sesat dan memecahbelahkan masyarakat Arab ketika itu, begitulah juga dengan mereka yang mewarisi perjuangan mereka.

Katanya, pada hal realiti sebenar mengenai PAS dan seperti yang telah ditegaskan oleh Dewan Ulama PAS Pusat, PAS berperanan sebagai sebuah gerakan dakwah dan politik sejak awal penubuhannya pada tahun 1951.

"Sebagai gerakan dakwah, PAS istiqamah memperjuangkan akidah, syariat dan akhlak Islam," katanya ketika dihubungi  Harakahdaily dan seperti juga catatan ringkasnya pada laman Facebooknya hari ini.

Ahmad Said baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kotor berniat jahat untuk memburukkan PAS dengan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu itu sebelum ini telah dibidas teruk oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuk dari kalangan pemimpin PAS negeri itu kerana jelas bertentangan dengan realiti sebenar parti itu.

Menurut Khairuddin, bagaimana PAS boleh dituduh sebagai parti ajaran sesat, malah sejak ditubuhkan, PAS sendiri sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan dakwah telah berusaha memperbetulkan sebarang kesesatan dalam pemikiran ummah menerusi pelbagai medium seperti ceramah, seminar dan juga menerusi medium bercetak.

"Sebagai gerakan politik pula, PAS istiqamah memperjuangkan politik Islam yang bermatlamat mengembalikan pemerintahan berprinsipkan Islam di bumi Malaysia," katanya yang juga lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Beliau turut membaca ayat Al-Quran yang menyentuh secara langsung mengenai perkara itu khususnya yang terdapat dalam surah al-An'am, ayat 112 yang bermaksud:  "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap Nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin yang mengilhamkan sesama mereka kata-kata indah (tetapi mengarut) demi memperdayakan manusia Sekiranya Rab kamu kehendaki mereka pasti tidak melakukannya. Oleh itu biarkan mereka dan apa (kata-kata) yang mereka ada-adakan".

Buku Jingga: Ahmad Maslan hilang pertimbangan

Hazayani Zakaria, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah di hadapan pemimpin Felda disifatkan sebagai tidak matang.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin BN yang menolak budaya perdebatan terbuka sebaliknya memilih memburuk-burukkan lawan di belakang.

"Ahmad Maslan hilang pertimbangan hingga bertindak mencampakkan Buku Jingga sedangkan kita telah beberapa kali tawarkan untuk berdebat secara terbuka.

"Kerajaan seharusnya menyuburkan budaya intelektual, berdebat mengenai dasar-dasar penting secara sihat, bukan sewenang-wenang buang Buku Jingga dalam tong sampah tanpa membincangkan isi-isinya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahmad Maslan bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan Felda daripada 317 tanah rancangan dekat sini, kelmarin.

Beliau seperti dilaporkan media berkata, tindakan itu dibuat kerana beberapa perkara yang diketengahkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga tidak berdasarkan maklumat tepat.

Buku Jingga yang mengandungi tawaran 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat turut berkata, tindakan Ahmad satu tindakan terdesak dan cemas kerana sokongan peneroka terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia semakin merosot.
"Saya yakin tindakan ini kerana Ahmad terdesak dan cemas kerana semakin ramai peneroka yang tidak menyokong penyenaraian FGVH.

"Tambahan pula mesyuarat agung khas membincangkan perkara ini semakin hampir, jadi Ahmad terpaksa menarik sokongan peneroka," katanya.

Beliau juga mengingatkan Ahmd agar lebih rasional menghadapi perkara ini dan tidak bersikap kebudak-budakan.

"Ahmad sepatutnya kena rasional. Tindakan campak Buku Jingga di hadapan 1,200 ketua peneroka hanya menujukkan wajah dan sikap hodoh beliau," katanya.

Dalam pada itu, Anak akan ke Ibu Pejabat Felda jam tiga petang esok bagi menyerahkan notis kepada Lembaga Pengarah Felda untuk menuntut diadakan mesyuarat agung khas menolak penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Pemuda PAS minta Shafie Apdal cermin diri

Harakahdaily, 15 Feb 2012
SHAH ALAM, 15 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno BN agar cermin diri dahulu sebelum cuba mengajar PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu perjuangan Palestin.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilapor media semalam kononnya BN konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel, hanya 'cuba tunjuk hero'.

Padahal kata Hasbullah, Mohd Shafie perlu sedar bahawa hubungan Umno dan Barisan Nasional dengan Israel bermula sejak tahun 1960 an lagi dengan hubungan dagang dua hala Malaysia Israel pada tahun 1967.

"Pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Isrel dan Afrika Selatan.

"Pada Mac 1997 pasukan kriket daripada Israel telah diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di dalam kejohanan antarabangsa di Kuala Lumpur dan pada tahun 2008 kerajaan Malaysia telah membayar sebanyak RM 77 juta setahun duit rakyat Malaysia kepada APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding dari Israel untuk menaikkan imej Perdana Menteri dan nama Malaysia di mata dunia antarabangsa," katanya sambil mendakwa firma tersebut juga yang mengilhamkan 1Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Dengan bukti itu kata Hasbullah, pemimpin Umno BN tidak layak untuk menjadi ‘hero’ dan bercakap tentang perjuangan rakyat Palestin.

Ini kerana katanya, merekalah yang mengkhianati perjuangan tersebut dan membuat hubungan dengan Israel secara ‘gelap’ serta tidak mengiktiraf kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Hamas, yang memenangi pilihanraya Palestin secara sah.

Berhubung 'nasihat' Mohd Shafie bahawa lebih baik PAS keluar dari Pakatan Rakyat ekoran permintaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam supaya Anwar menarik balik kenyataan yang didakwa menyokong Israel atau menyaman Wall Street Journal, Hasbullah berkata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu tidak perlu mengajar PAS.

"Tidak perlu mengajar dan menghasut PAS di dalam membuat teguran dan nasihat kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"PAS akan tetap kukuh dan setia di dalam persepakatan Pakatan Rakyat dan sebarang teguran dan nasihat adalah di dalam semangat muhibbah, tolak ansur dan setiakawan tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional yang berpakat berdasarkan ugut dan ancam," tegasnya.

Abdullah Ali sertai PAS tempelak buat Ahmad Said

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penyertaan lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali (kiri) ke dalam PAS merupakan satu tempelak kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ini ekoran menteri besar itu ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal minggu lepas, dilaporkan menuduh perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan parti itu ‘parti ajaran sesat’.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid (kanan) berkata, sikap terbuka Abdullah yang juga rakyat negeri itu menyertai PAS bukan sahaja membuka mata banyak pihak tetapi sekaligus memberi tamparan kepada Ahmad yang membuat tuduhan jahat itu.

Katanya, bagi mereka yang berfikiran waras, tuduhan Ahmad yang juga pengerusi Umno negeri itu amat dangkal dan tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang menjadi ketua kerajaan negeri.

Apa yang pasti, katanya, kemasukan Abdullah ke dalam PAS merupakan tempelak terhadap tuduhan celupar Ahmad Said kepada PAS yang tidak masuk akal.

Abdullah, 57, menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Anak kelahiran Bukit Payong itu mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.

“Kenyataan Abdullah itu jelas menerima PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau adalah antara kepimpinan PAS Terengganu yang turut hadir pada majlis itu selain timbalan pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Abdullah yang dianggap pakar tendangan sudut melengkung, inswinger adalah antara penyerang pasukan negara pada Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pada 1972.

Dalam perlawanan pembukaan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen hitam putih ketika itu, Malaysia berjaya mengikat Jerman Barat 0-0 selama 60 minit sebelum bolos 0-3.

Selain Abdullah, tonggak serangan pasukan negara dibarisi oleh Shaharuddin Abdullah dan Salleh Ibrahim. Pemain lain ialah Wong Kam Fook (penjaga gol), Namat Abdullah, Shukur Abdullah, dan Soh Chin Aun.

Jerman Barat diketuai oleh Uli Honess, seorang pemain profesional.

Dasar luar Malaysia juga berkiblat Amerika, Israel

Harakahdaily, 15 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar luar Malaysia dibawah kerajaan BN sebenarnya berkiblatkan Amerika Syarikat dan Israel apabila tidak pernah memberi layanan konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan kepada media, beliau merujuk kepada layanan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada  pilihanraya 25 Jan 2006.

Ketika itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai  ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar.

Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Namun yang aneh menurutnya, Malaysia telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf  Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006) malah menjemput Farouk berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

"Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

"Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya," katanya sebagai respon kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib terdahulu membidas Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

Malah Najib mendakwa kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Tindakan kerajaan Malaysia ketika persidangan NAM itu kata Saifuddin tidak sukar difahami kerana Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

Katanya, hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

Amerika Syarikat dan Israel seperti yang diketahui umum tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS sebaliknya lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya, kata Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin lagi, Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya  memulau persidangan NAM tersebut dan menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Dr AlZahar dakwanya turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau, malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’.

"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur.

"Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten," soalnya.

Penyenaraian FGVH: Berapa jumlah durian runtuhnya?

Dr. Rosli Yaakop, 15 Feb 2012
Peneroka di 317 rancangan Felda di seluruh negara – 112,635 orang kesemuanya – dan ahli keluarga mereka – 1.6 juta orang kesemuanya - bakal dibayar durian runtuh – bukan kecil tetapi besar jumlahnya dan bukan sekali tetapi dua kali – berikutan penyenaraian FGVHB pada Mei ini. Kerana jumlah durian runtuh itu kononnya amat besar, ianya menjadi hak istimewa Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin dalam bulan Februari 2012 ini juga. Belum diumumkan jumlah unit saham FGVHB yang akan diapungkan dan nilai tawaran awam permulaan (IPO price) tetapi 37% daripada jumlah saham FGVHB bakal dipegang oleh KPF. Di samping KPF, peneroka, pelabur institusi seperti PNB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji bakal memiliki saham FGVHB. Juga, bakal diberi hak istimewa untuk memegang kepentingan dalam FGVHB termasuklah kakitangan Felda, kerajaan negeri, rakyat Malaysia terpilih dan pelabur asing.  Lumrahnya, pelabur yang telah dinamakan ini akan menerima peruntukan saham masing-masing melalui borang merah jambu. Mereka tidak perlu berebut-rebut untuk membeli melalui borang putih – yang belum pasti dapat kerana melalui pengundian - bersama-sama orang awam.
Peneroka bolehlah sediakan wang dari sekarang bagi membeli saham melalui borang merah jambu itu kerana ia pasti dapat. Ada dakwaan bahawa setiap peneroka akan diperuntukkan 15 lot (15,000 unit) saham setiap seorang. Kalau harga IPO RM2.00 se saham, maka peneroka kena bayar RM30,000 bagi membeli kesemua saham yang diperuntukkan. Kalau tidak ada wang, tidak boleh belilah saham ini. Meloponglah tengok orang lain beli. Kalau saham ini sudah dibeli, janganlah jual serta merta. Tunggulah nilainya naik 7 kali ganda, baru untung besar.
FGVHB dijangka disenaraikan pada 10 Mei 2012. Urusan rasmi penyenaraian telah 90% selesai. Datang hujan atau panas, ada penentangan atau tidak ada penentangan, saham FGVHB tetap akan diapungkan. Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda (dan Pengerusi “tidak sah” KPF) dan pasukan beliau sedang bekerja keras siang dan malam bagi menjamin cadangan penyenarai direstui peneroka. Pada 13 Februari 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi taklimat mengenai penyenaraian FGVHB kepada 3,000 orang ketua peneroka dari 317 rancangan Felda dan 1,300 orang kakitangan Felda. Mereka dikehendaki mengundi “ya” kepada pemindahan 51% saham KPF dalam FHB kepada FGVHB pada mesyuarat khas KPF dijadualkan pada 22 Februari 2012. Pastinya, ANAK akan memfailkan injunksi lagi. Tetapi kalau hakim tidak membenarkan injunksi dan perwakilan mengundi “ya,” maka jalan ke penyenaraian bertambah lapang.
Pengapungan FGVHB adalah yang terbesar di Malaysia dengan market capitalisation dijangka mencecah RM21 bilion, 7 kali ganda nilai bersih aset tangibel (NTA) syarikat itu sekarang.  FGVHB bakal menjadi syarikat perladangan tersenarai yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Penyenaraian ini bakal menjemput pelabur-pelabur asing dan juga tempatan kembali masuk beraksi di bursa Malaysia, merancakkan pasaran dan memacu harga naik. Pelabur dikatakan amat dahagakan terbitan baru bertaraf “blue chip.”
Soalan: “Rakyat Malaysia terpilih” yang bakal mendapat peruntukan saham melalui borang merah jambu itu siapa? Mungkin sahaja – ini spekulasi penganalisis - mereka ini penama-penama yang mewakili sebuah parti politik. Pastinya, pada peringkat pra-penyenaraian (primary issues), mereka ini diperuntukkan beratus-ratus juta saham. Mereka ini tidak berniat untuk pegang lama. Saham-saham yang mereka perolehi secara istimewa ini akan segera dijual secara borong pada harga yang tinggi kepada badan-badan kumpulan dana kaya tunai yang telah dikenal pasti, mungkin juga pelabur asing yang bakal menjadi “strategic partner” kepada FGVHB. Dilaporkan Felda sedang berunding dengan dua rakan kongsi antarabangsa berpotensi yang bakal diberi, menurut sumber terpercaya, 20% milikan dalam FGVHB.
Penama-penama mengaut untung segera dalam jumlah yang pastinya mencecah ratusan juta, mungkin juga bilion. Wang ini akhirnya akan masuk ke “warchest” parti berkenaan bagi dibelanjakan dalam PRU 13 yang diramal akan diadakan dalam bulan Jun 2012 ini. Inilah sebabnya Felda beria-ia sangat hendak menyenaraikan FGVHB dan dengan cepat, sebelum Jun 2012.
Tentunya peneroka berdebar-debar menunggu tawaran durian runtuh yang bakal diperolehi. Durian runtuh ini tentulah diberi percuma. Takkan kena bayar pula. Berapa besar jumlahnya? Bila hendak dibayar? Dibayar semuanya dalam bentuk tunai atau semuanya dalam bentuk saham atau sebahagian dalam bentuk saham dan sebahagian lagi tunai?   Dengan andaian ia akan dibayar tunai, penganalisis cuba meneka jumlahnya.
Khabarnya, durian runtuh akan dibayar dua kali. Sekali sebelum penyenaraian dan sekali lagi selepas penyenaraian. Wang untuk pembayaran sebelum penyenaraian tentunya dari sumber dalaman, wang Felda atau wang KPF. Kalau dari sumber KPF, maka itu wang peneroka yang menjadi ahli keporasi. Jadi, peneroka mendapat duit mereka sendiri.  Bayaran kedua mungkin datang dari wang yang dijana dari penjualan saham FGVHB kepada orang ramai, dianggarkan berjumlah sekitar RM6 bilion. Tetapi wang ini telah ditanda untuk membiayai pengembangan perniagaan FGVHB ke peringkat antarabangsa.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri lagi, quantum durian runtuh ini memang besar, jauh lebih besar dari bonus hari raya dan bonus khas tahunan.
Bonus raya tahun lalu (2011) ialah RM400 seorang (bagi peneroka yang bersama Felda) dan RM200 seorang (bagi peneroka yang tidak bersama Felda). Jumlah bonus raya yang dibayar kepada peneroka berjumlah RM42.6 juta. Bonus insentif yang dibayar dalam tahun 2011 ialah antara RM400-1200 tetapi peneroka yang usahakan ladang sendiri tidak lansung dibayar bonus insentif. Jumlahnya ialah RM102.584 juta.
Jadi, jumlah duit raya dan bonus insentif yang diagihkan dalam tahun 2011 berjumlah RM145.184 juta. Katalah jumlah yang akan dibayar kepada peneroka juga 7 kali ganda (sama dengan kenaikan nilai saham FGVHB selepas penyenaraian), maka durian runtuk bakal berjumlah RM1,016,288,000 juta, bermakna, setiap peneroka bakal menerima sekitar RM9,000 se orang.
Ada ramalan bahawa setiap peneroka (tidak termasuk ahli keluarga) akan di bayar RM20,000 tunai setiap seorang. Ini nampaknya satu jumlah yang munasabah kerana sebarang jumlah yang lebih kecil tidak layak dipanggil durian runtuh. Dengan andai semua peneroka akan dapat, maka jumlah durian runtuh yang bakal dibayar kepada 112,635 orang peneroka mencapai RM2,252,700,000. Ini satu jumlah yang besar, kira-kira 38% dari dana RM6 bilion yang bakal dijana dari pengapongan. Felda memang mampu membayarnya tetapi rizab tunainya akan merosot banyak. Atas alasan ini penganalisis tidak yakin durian runtuh akan mencecah RM20,000. Ini akan mengeringkan rizab tunai Felda. Apatah lagi kalau 1.6 juta hali keluarga peneroka juga dibayar RM20,000 seorang. Jumlahnya diluar jangkauan.  Kalau Felda ada sumber dana lain, penganalisis tidaklah tahu.
Timbalan Menteri memberitahu, bukan sahaja 112,635 orang peneroka yang akan menerima durian runtuh tetapi juga 1.6 juta ahli keluarga mereka (lihat tajuk kecil di dalam akhbar New Straits Times, Selasa, 14 Februari 2011 yang berbunyi “Big Gains: Settlers and family members to receive windfall before and after listing”).  Berapa pula yang akan dibayar kepada setiap ahli keluarga peneroka? Tidak mungkin satu jumlah yang lumayan kerana bilangan mereka besar. Kalau mereka juga dibayar sekitar RM9,000 sepertimana peneroka, maka jumlahnya mencapai RM14.4 bilion. Angka RM500 seorang lebih munasabah. Itupun akan melibatkan jumlah yang besar sekitar RM800 juta.
Oleh itu, penganalis menjangkakan bahawa jumlah durian runtuh untuk peneroka adalah sekitar RM10,000 se orang dan ahli keluarga peneroka RM500 se orang. Kurang mungkin tetapi lebih tidak berani nak ramal.
Angka makronya memang besar, berbilion-bilion ringgit. Tetapi bila diagihkan kepada peneroka, jumlah yang peneroka dapat amat kecil, tidak berbaloi langsung dengan risiko bahawa pemilikan tanah seluas 360,067 hektar dan pelbagai anak syarikat yang lain akan berpindah kepada pelabur bukan peneroka yang memang sudah sedia kaya raya.  Pastinya “Rakyat Malaysia terpilih” akan mengaut untuk segera beratus-ratus juta ringgit dari eksersais pengapongan ini.
*(Penulis adalah bekas Pemangku Timbalan Pengurus di Bank Negara Malaysia dan Ahli Ekonomi kepada ANAK).

Valentine: Nazri disaran tarik balik kenyataan

Jaringan Profesional Muslim, 15 Feb 2012
Jaringan Profesional Muslim (Muslim Profesional Network) memandang serius kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagaimana yang disiarkan dalam New Straits Times, bertarikh 13 Februari di halaman 9 yang menyatakan, “What is wrong with celebrating Valentine’s Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down…?” ("Apa salahnya merayakan Hari Valentine? Bolehkan acara satu hari itu menyebabkan nilai-nilai moral rakyat Malaysia jatuh ...? ") adalah satu kenyataan yang menghina hukum Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mewartakan akan haramnya Sambutan Hari Valentine tersebut bagi umat Islam sebagaimana muzakarahnya bagi kali ke-71 pada 22-24 Nov 2005 yang lalu (rujuk laman rasmi Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim).


Bagaimanakah seorang menteri Islam boleh menghalalkan suatu hukum yang haram semata-mata sambutannya hanya sehari? Kalau begitu, bolehkah umat Islam meninggalkan solat sehari? atau minum arak sehari? Atau berzina sehari?

Malah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang akan disambut itu (rujuk Bernama, 13 Feb).

Beliau tidak seharusnya begitu terburu-buru membuat kenyataan semata-mata untuk kepentingan politik bagi menarik sokongan penganut agama Kristian, kerana kenyataan itu hanya akan menjejaskan akidahnya dan mengelirukan umat Islam yang tidak mengetahui hukum yang sebenar.

Kita tidak seharusnya mencampur-adukkan amalan agama lain dengan Islam. Bukankah Islam sangat menjaga kehormatan penganutnya dengan melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan mempunyai definisi sendiri terhadap maksud kekasih?

Malaysia telahpun berada dalam keadaan 'tenat' untuk mengawal kesan dari gejala pergaulan bebas.

Laporan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Apakah ini berita yang baik untuk generasi Malaysia akan datang? Apakah ini yang harus dihasilkan dari gejala kekasih di luar pernikahan?

Sebagai jaringan profesional yang prihatin dengan masa depan umat, Jaringan Profesional Muslim (Muslim Profesional Network) sangat kecewa dengan peningkatan kes-kes anak luar nikah ini dan sangat mengalu-alukan sebarang usaha pencegahan, penggubalan undang-undang dan penguatkuasaannya bagi mencegah pergaulan bebas termasuk mencegah penganjuran program yang mendorong kepada pergaulan bebas seperti Sambutan Hari Valentine ini.

Justeru itu, kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz itu sangat mengecewakan, mempersendakan Islam dan Majlis Fatwa sendiri. Oleh itu Jaringan Profesional Muslim (Muslim Professionals Network) menggesa agar beliau menarik balik kenyataannya dan segera bertaubat bagi menyelamatkan aqidahnya.

Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Sulaiman Ahklakan
Dr Ghazali Hasbullah


Muslim Profesional Network adalah sebuah jaringan professional muslim bagi membela Islam dari sudut professional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan