Selasa, 28 Februari 2012

HEBAT BELIAU...MENDAHULU TAKDIR ALLAH..MURTAD DIJUANG..PELACUR ...JUDI ..ARAK..BUKA AURAT DLL MACAM MANA...SEMUANYA ADA KAIT-MENGAIT...HUKUM MURTAD LAKSANAKAN DAN JUANGLAH..JANGAN BANYAK CITER...KALAU KITA JUANG MELAYU...RAJA...BAGAIMANA KALAU RASULLULLAH SAW MASIH HIDUP...BAGINDA SAW BUKAN MELAYU...BAGINDA SAW ARAB...DAN BAGINDA SAW BUKAN RAJA@RAJA2 MELAYU.JADI BAGINDA SAW TAK DIJUANG LAH...BAGILAH BAB2 AGAMA PADA ULAMAK2...BUKAN SEORANG PERANCANG BANDAR


AWAS~IMAN sese0rang tidak akan LURUS selagi sebelum HATINYA lurus , dan HATI NYA tidak Akan LURUS sebelum LIDAHNYA lurus~


 Hasan Ali ramal Pas kalah teruk
RAIHAM MOHD SANUSI
27 Februari 2012
Hasan Ali
KEMAMAN – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.
Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.
Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.
“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.
“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.
Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.
“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.
“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.
“Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat,” katanya.

HANYA ALLAH YANG TAHU..PERJUANGANNYA...IKUT ILMU YANG BODOH NI...DARI CAKAP2NYA...MEMANG DAH JAUH TERSASAR...DAH HILANG AKHLAK ISLAM...

Khalid: Hasan berubah bila saya tak sokong dia jadi MB
Bekas exco kerajaan Selangor dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Datuk Hasan Ali berubah selepas ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menyokongnya untuk menjadi menteri besar negeri itu.

Dalam tulisan di blognya, Khalid menyifatkan Hasan menjadi 'meroyan dan meracau' dengan menyerang pimpinan PAS, Pakatan Rakyat dan dirinya (Khalid) serta mendakwa perjuangan parti itu sudah tersasar selepas pemecatannya.

Ahli parlimen Shah Alam itu berkata Hasan bersikap seperti 'gila talak' serangan berterusannya terhadap dirinya (Khalid), PAS dan Pakatan Rakyat.

NONEMengimbau sejarah perkenalan mereka, Khalid berkata beliau
antara yang gembira dengan kemasukan Hasan (kanan) dalam PAS pada 1998 serta menyokongnya sehingga dilantik menjadi pesuruhjaya PAS negeri dan beliau (Khalid) pernah menjadi timbalannya.

"Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan Umno yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai menteri besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh Umno.

"Ketika usaha kerjasama dengan Umno dijalankan, Hasan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke mukanya, “Tan Sri Abdul Khalid”.

"Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya," katanya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula saat itu, hubungan mereka "sudah mula berubah dan Hasan Ali mula membawa agenda tersendiri" dengan menyerang DAP dan PKR serta beliau (Khalid) dipecat sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS pada 2008.

"Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama enam bulan. Hasan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa.

"Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media," tulis Khalid lagi.
  • Ahmad Fadhli Bin Alias ·  Pengulas Tertinggi
    Takpa YB Khalid...Biarlah si Hasan Ali Munafik tu melalak. Org yg gila talak meroyan mmg perangainya mcm tu...Tak malu betul si Hasan Ali tu..ada kah patut dia suruh PAS berubah baru dia akan masuk PAS semula....macam lah dia keluar PAS bukan sbb kena pecat...Ego dia tak habis2. mungkin dia ingat pengaruh dia tinggi and PAS akn merasai kehilanganya that why Hasan Ali behave mcm tu. Tengok2 org lagi suka PAS pecat beliau..dan Majority or 99.999999%mengharapkan dia tak akan merayu dlm erti kata yg lain yg beliau tak layak jadi ahli PAS.jgn kata nak jadi pemimpin jadi ahli pun beliau tak layak. semakin hari aku tengok Hasan Ali ni semakin bengong. Mcm manalah dia ni boleh dapat PHD dulu...sama2 lah kita tengok gelagat org frust tak boleh jadi MB ni...mlm ni dia kata PAS dah lari dr perjuangan asal sbb guna slogan negara berkebajika...Lihat seterusnya..
    • Ghazali Mohd ·  Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      kah!kah..ada hati najadi MB..(hasan ali)ukor dulu kasut..kau dgn D.S khalid mcm langit dgn bumi..meroyan le kau hasan ali gila oii.
    • Grehart Miruss · Institut Teknologi Perak
      kita kena baik sangka.. org ambik PHD ni tahap pemikiran dia tinggi dari kita org kebanyakkan ni.. dia aja yg paham... :).. kasik senyum kambing sket... mmmmbbeeeekkkk
    • Wan Adib Wan Roslan ·  Pengulas Tertinggi
      Hasan ali kena belajar byk lagi. Setakat ni, dia hanya layak jadi motivator. Tapi blom layak utk bersama jama'ah PAS. Itulah kenyataannya...
  • Wan Adib Wan Roslan ·  Pengulas Tertinggi
    Org yg ikhlas dlm perjuangan, akan terus istiqomah dgn perjuangan dlm jama'ah, & x kecoh2 samada dia dpt apa2 jawatan ataupun tak. Jawatan itu adalah amanah, ianya layak dibagi pd ssiapa yg layak sj, bukan pd ssiapa yg DAMBAKAN jawatan itu. Krn brg diingat, jawatan itu klau dipersia2kan, maka manusia itu akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Sekali lagi, ORG YG IKHLAS DLM PERJUANGAN X KECOH2 SAMADA DPT APA2 JAWATAN ATAUPUN TAK, YG PENTING DIA TERUS ISTIQOMAH (KONSISTEN) DLM PERJUANGAN. Pesanan utk diri saya sendiri & siapa2 yg berkenaan...
    • Radzi Suhaimi ·  Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang diKerja sendiri jeeee
      wan adib:yb:khlid samad x kebulo pangkat lah...beliau seorang pemimpin yg memiliki visi&misi yg jelas...beliau bukanya seorang pemimpin yg hipokrit...dan beliau seorang yg memiliki kelayakan sebagai individu yg profesional&memiliki jiwa yg vokal...
    • Zek Silana ·  Pengulas Tertinggi · umur 31 tahun
      Radzi Suhaimi Hahahahahaha...ye keeee?????
    • Wan Adib Wan Roslan ·  Pengulas Tertinggi
      Radzi Suhaimi, betul tu. Dia lulusan tinggi akademik, bila2 masa dia boleh dpt jawatan tinggi dlm profession. Tapi dia pilih utk bersama jama'ah PAS, demi utk berbakti pd Islam. Inilah jenis org yg x lapar pd pangkat/kedudukan. Dia amat berbeza dgn hasan ali...
    • Pemerhati Dunia
      ikuti sambungan nukilan @Khalidsamad : http://www.khalidsamad.com/2012/02/hassan-ali-dan-saya.html
    • Asri Ghazali ·  Top Commenter · M&E Engineer at TDK Lambda
      KESIAN KAT HASAN ALI DAN IBRAHIM ALI...SAMA2 KITA DOAKAN AGAR MEREKA SEDAR DAN INSAF DAN INGATKAN ALLAH.
    • Wan Adib Wan Roslan ·  Top Commenter
      Asri Ghazali, dia org akan sedar dgn sendirinya apabila kerajaan skrg ni runtuh dlm pru13, insyaallah. Bukan mereka sj, bahkan ramai yg tersesat jln skrg akan kembali kepangkal jln bila kerajaan bertukar tgn. Ini adalah antara hikmah & kelebihan yg akan berlaku bila kerajaan bertukar tgn...
    • Sungai Rapat ·  Top Commenter · UCLA
      Radzi Suhaimi nak termuntah bila ko komen Khalid gereja tak kebuloq jawatan
    • Radzi Suhaimi ·  Top Commenter · Pengurus Ladang at Kerja sendiri jeeee
      Zek Silana :yeeeeeeeeeeeeeeeee...beliau yb khlid samad seorang profesinal[juruter bahan api]kelulusan dari universiti di uk...ada bantah...?
    • Shaifuddin Qudeen ·  Top Commenter · High School Klang
      Sungai Rapat....aku tak heran dgn mulut jamban ko..
      gelar org sesuka hati ko aje...dgn komen ko,org tahu setinggi mana tahap keislaman ko...
    • Raja Rimba ·  ·  Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Benarkah Rakyat Selangor menanti BN ambil alih Kerajaan Negeri pada PRU akan datang? http://bit.ly/z1oulR
    • Ah Lan Gor ·  Top Commenter · Universiti al-azhar
      Sungai Rapat , muntah la dulu baru komen, ini lah hujah yg tak pakai akal, nanti jilat kau punya muntah , a,b,u
  • Kong Bu Fenzi ·  Top Commenter
    OOOI khalib 
    Hassan ini perjuang islam , hero islam , perjuan melayu.. hero melayu yang dapat ganti hang tuah.. 
    - Hassan Ali ni perjuag melayu - Hang Rasit - parasit...kua kua kua. 
    - Pakar parasit mesti lah gila talak... kalau tiada gila talak perut akan lapar. paymen akan henti... kua kua kua.
  • Mohd Fazlee Abd Rasip · Univversiti Al-Azhar
    Baliklah Ke Pangkal Jalan.Dalam Islam Kepentingan Jamaah Yang Berlandaskan al Quran Dan As sunnah Lebih utama daripada Kepentingan Peribadi.Seperti Seekor kambing Yang Hidup Menyendiri Lebih Senang Di Makan Serigala Daripada Kambing Yang Hidup Berkumpulan.Takbir!
  • Tokijan Abd Halim ·  Top Commenter · Works at Tibar Layar (M) Sdn Bhd.
    Baru dapat sedikit kuasa, dah berebut jawatan, apa tah lagi kalau dapat memerintah....dah tentulaha macama askar berebuta harta rampasan perang. Semuanya berjuang tak ikhlas....semua nak harta dunia. Dah bergaduh rahsia dalam kain pun didedahkan. Hai semua sama saja.
  • Neo QoiriMusa · Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh
    bapak munafik si khalid ni ckp sikit aku x percaya..dasar munafik ckp mmg bebelit2 nk lepaskan diri..padahal semua org tahu bapak munafik ni mmg dh terang2 nk hancur kan islam .segala tindaktanduk bapak munafik ni sedang diperhatikan oleh seluruh umat islam yg sygkan islam dimalaysia
  • Abdul Hadi ·  · Shah alam at Kuala Lumpur International Airport (KUL)
    Inilah acuan org UMNgOk. Mentornya Kunta Kunte Mamak tak sedar diri. Dah nyanyok msh lagi nak cakap. Dia rasa org suka. Dasar penghisap harta rakyat.
  • Raja Rimba ·  ·  Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Benarkah Rakyat Selangor menanti BN ambil alih Kerajaan Negeri pada PRU akan datang? http://bit.ly/z1oulR
  • Ali Imran ·  Top Commenter · University of Tokyo
    PAS lebih rela jadi keldai DAPig dari jadi keldai Umno , ABU = Asal Bukan Umno ,
    neraka pun neraka lah.......
    • Ah Lan Gor ·  Top Commenter · Universiti al-azhar
      pas bkn jadi keldai sesiapa, pas berjuang utk islam, kalau kau imran ali nk masuk neraka itu hak kau.permintaan kau,, asalkan bkn umno,
  • Syed Abdullah Osman Jamalullail
    hasan ali dari dulu lagi aku tak caya, lihat raut wajahnya aku dah tau siapa sebenarnya hasan ali.
  • Mohd Amri ·  Top Commenter · University of Malaya
    fokus PRU 13...jgn layan kerenah parasit ni.
  • Dzunun AL Misri ·  Top Commenter · UITM
    Hasssan Ali lancar kempen tabur fitnah. Manusia tak sedar diri, " byk ckp byk le bohongnya".
  • Charles Endion Esuh ·  Top Commenter · Institut tinggi kemahiran belia negara sepang
    gila kuasa itu org nya
  • Musang Berjanggut ·  Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    dalam PAS pun ada pemimpin2 yang berebut kuasa? makna mereka bukan berjuang kerana ALLAH.. tapi kerana nakkan kuasa, pangkat dan harta... tapi bila kutuk orang lain selain PAS berbakul2.. diri sendiri 2x5.
  • Faiz Voo Fasirul ·  Top Commenter · Unittar/OUM
    inilah jadahnya kalau berpolitik bukan kerana Allah....sedaq ler wahai hasan tanpa anda Pakatan Rakyat & Pas takan terkubur...
  • Mahzan Hashim ·  Top Commenter · King Edward VII School
    loooooooo baru kami tau....
  • Burhan Deen ·  Top Commenter
    Tuan tuan dan puan puan, Ini Hassan Ali punya cerita bukan semua orang tahu dia itu munafik no:1, dia hentam Cristian tapi buat banyak duit jual produck Shakalee, produck Christian. Orang Christian kata 3 dalam satu, dia pun sama juga dia lawan untuk 3 dalam 1
  • Muhammad Nazmi ·  Top Commenter · Al-Azhar University, Cairo
    ana nasihat YB Khalid jangan layan orang meroyan bimbang keluar cerita yg negatif..wallahu'alam
  • Farouk Harakiri ·  Top Commenter · Ground Support Engineer Team atMAS engineering Depot Subang
    setahu aku Khalid samad ini lagi tinggi taraf pendidikkan nya dari hassan alli kan.. Khalid samad memiliki Ir dalam bidang kejuruteraan lagi ssedangkan si hassan Ali hanya ada PHD untuk cakap cakap sahaja.. sebab itu bila dia bercakap mulut hassan ali dan sama saiz jubor Si saiful tu jer...
  • Zoro Merah
    politik..??baik aku tdo...zzzzzzzzzzzz
  • Shapki Jusoh ·  Top Commenter · UKM, Bangi
    hassan ali dpecat drp pas kerana dianggap mecemarkan imej PR dgn mgkritik anwar sbg rendah moral serta tindak tanduknya dkatakan merugikan pas.azmin ali desak pas ambil tindakan thdp DHA..Spatutnya pas juga perlu desak pkr pecat elizebeth wong bkaitan kes seksnya yg juga mecemarkn nama baik PR..PAS ADA BERANI ke desak pkr...tindakan mat sabu mngagungkan mat indera(komunis) juga sbenarnya merugikan pas kerna sudah pasti undi2 anggota keselamatan lari drp pas..mengapa mat sabu juga tdk diambil tindakan sama spt dialami DHA.
  • Abdul Rahim · Works at Swasta
    pr vs perasit hehehe.
  • Pantai Timor ·  Top Commenter · -
    Hassan Ali weh...janganlah ingat orang ramai sangat suka kat engkau..sedarlah diri wahai Hassan Ali...renunglah diri kau tu...kali ini biar aku yang jadi motivat kat kau pula..90% orang pas tak suka tengok perangai kau tu...yang suka melalak-lalak..kalau betul kau nak bagi pendapat dalam parti, kan kita ada saloran yang betul dalam parti..dah lah melalak wahai HASSAN..SAN...SAN...oi
  • Ahmad Albab ·  Top Commenter · SDH
    PARASIT.... DAH BERSUARA... KAH.KAH.KAH...
  • Abdul Malek Hassan ·  ·  Top Commenter · Sekolah Tengku Ampuan Rahimah
    Muka orang yang mengkhianati perjuangan islam tidak akan berseri (hilang seri) dan kehidupannya akan menjadi kacau bilau dan kucar kacir.. Sifat munafik akan jelas terselah sedikit demi sedikit secara disedari atau tidak.. Oleh itu kita boleh nampak dengan jelas sekarang raut wajah muka orang2 yang tidak ceria, stressful dan hilang serinya walaupun di segi luarannya bijak berkata2.. Bijak berkata2 dgn pidato yang menghentam pentadbiran Islam, konon menegakkan bangsa, raja dan akidah tetapi di pihak yang lain tidak pula memberi sokongan dan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya perlaksanaan hudud mesti di lakukan adalah satu perkasa asas yang amat penting melibatkan murtad dan akidah itu sendiri.. Janganlah hidup bertopengkan iblis dan syaitan.. nanti perangai pon ikut iblis dan syaitan..
  • Mohd Asri Saidin ·  Top Commenter · Works at Monavie Jus Ajaib
    Awat le pemimpin sekarang banyak yang tak jujur dalam usaha membantu rakyat yang dah banyak ikat perut tak sampai hujung bulan. Jadi pemimpin, kira nak songlap duit aje. Projek 100 juta, buat bajet 200 juta. Pastu songlap 100 juta. Manela duit rakyat yang diamanahkan untuk diurus dgn betul tu tak habis. ?. Urus duit rakyat tu amanah besar dan berdosa kalau tidak diurus secara jujur..tak takut ke dosa..
  • Abdullah Daud · Kuantan
    boleh jadi betul dengan gelagak bekas pemimpin tersebut....
  • Alif Haikal ·  Top Commenter
    Sudah sudahlah Hasan tutup buku je kita orang semua dah mual jangan menyalak tak tentu arah.Cara anda tak mencerminkan seorang yang beriman malah hati dan fikiran anda penuh dengan dendam kesumat iri hati sakit hati.Sedarlah ramai yang diluar sana sedang mentertawakan anda yang tak ubah seperti badut sarkas
  • Zainol Abidin Ben Ali
    mari kita bersama mencegah kepala maksiat bawa masok yahudi beramai2 kemari smuga ALLAH menimpa celaka keatas mereka musuh melayu islam
  • Pecinta Keadilan ·  Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Hasan gila kuasa. Patutlah kena terajang!
  • matk1971 (signed in using yahoo)
    berjuang kerana nak pangkat tak payah duduk dlm PAS tapi duduk le dlm UMPORNO.... bila tak dpt mula le meroyan semacam sampai roadshow seluruh negara.... dgn alasan Aqidah.... pirahhhhh
  • Pemerhati Dunia
    ikuti sambungan nukilan YB Khalid Samad berkenaan isu DHA: | http://www.khalidsamad.com/2012/02/hassan-ali-dan-saya.html |.


PAS tanya Hasan Ali, 'siapa taja kamu?'
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar.

generation 709 220711 khalid samadSambil menafikan membuat tuduhan, Khalid (kiri) yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, beliau melontarkan perkara itu supaya Hasan dapat menafikannya, jika tidak benar.

Khalid mengutarakan kemungkinan syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah kewangan sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya depan.

Hasan sebelum ini menubuhkan JATI untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja atau apa yang digelarnya sebagai IMR.
JATI, perjuang Islam atau alat Umno, soal Husam
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan motif sebenar penubuhan NGO baru, Jalur Tiga (JATI), yang diketuai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali.

NONEMenurut Husam, jika JATI benar-benar ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja, maka ia sepatutnya berganding bahu dan bukannya memilih bergaduh dengan PAS.

“JATI diperalat Umno untuk menyerang PAS,” kecam Husam yang juga ahli exco kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, jika benar pergerakan itu dibentuk kononnya untuk melindungi agama Islam, maka ia perlu dipimpin oleh seorang ulama.

"Kenapa (Mufti Perak) Tan Sri Harussani tidak mengetuai JATI sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama.

"Datuk Hasan Ali bukan ulama dan dia tinggalkan ulama (PAS). Malah menentang ulama PAS. Kontradiksi ini jelas,” katanya.

NONEHusam juga mempersoalkan mengapa JATI perlu menjaga orang Melayu sahaja sedangkan Islam melangkaui kaum dan tidak terhad kepada satu-satu bangsa sahaja.

Mengulas, ucapan yang dibuat oleh Harussani semasa pelancaran JATI bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum, Husam berkata, mufti itu telah mengambil pendekatan yang salah dan tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Tan Sri Harussani sepatutnya lebih berhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

“Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja,” katanya.

NONEMenurutnya, kenyataan seperti itu hanya membuktikan kegagalan Umno selama ini untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau turut memberikan contoh, mengenai beberapa institusi bagi membangunkan masyarkat Melayu pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah digugurkan.

Antaranya, Padiberas Nasional Berhad atau Bernas yang diswastakan dan tanah Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA di tengah-tengah bandar, katanya  telah dijual, manakala Majlis Amanah Rakyat atau MARA makin mati fungsinya.

“Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.

“Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan Umno,” katanya.
MB minta badan agama siasat dakwaan Hasan Ali
Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta badan agama negeri menyiasat dakwaan berlakunya amalan memurtadkan umat Islam, seperti yang didakwa bekas exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali.

NONEKatanya, ini kerana dakwaan Hasan itu dapat mewujudkan suasana tidak stabil dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Apa yang jelas, ia mewujudkan rasa tidak selesa dalam suasana masyarakat majmuk di negeri ini," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Khalid berkata perkara yang dimajukan termasuklah dakwaan penggunaan injil berkuasa solar untuk memurtadkan umat Islam, dakwaan terdapat mubaligh Kristian berjubah di tempat ibadat Islam dan pembaptisan umat Islam.
"Nasib baik menteri besar Selangor tak pakai jubah, kalau tidak susah," katanya berseloroh.

Khalid berkata, permintaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dibuat kerana dakwaan Hasan bersangkutan dengan peranan badan itu.

Tiada garis masa ditetapkan untuk siasatan itu diselesaikan kerana ia berkaitan dengan usaha dakwah.

Dalam masa sama, Khalid juga berharap pihak NGO yang membuat pendedahan itu menghormati keterbukaan kerajaan negeri memberikan tempat mengadakan program dengan membuat dakwaan berasaskan bukti.

"(Sepatutnya) Panggil orang bercakap, saya ada injil bertenaga solar. Itu mesti dibuat.," katanya.
Hasan Ali akan dedah video 'pembaptisan'
Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

NONE"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

NONE"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.

Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.

Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas).
Berdakwahlah secara percuma
YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Bapa parasit
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Turun padang tanpa bayaran
Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Siapa dalang taja Hasan Ali?
AHMAD NORMAN ABU TALIB
24 Februari 2012
jati dilancar
SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad meminta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk menjelaskan sama ada benar dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya,
Jalur Tiga (Jati) ditaja oleh dua syarikat besar.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan beliau membuat tuduhan itu, sebaliknya cuma mahukan penjelasan Hasan sama ada benar dakwaan yang dikatakan merupakan "cakap-cakap kedai kopi."
Menurutnya, beliau berpendapat kemungkinan dakwaan tersebut benar kerana syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, bukan dua syarikat itu sahaja, malah dipercayai banyak lagi kontraktor yang akan mendapat faedah tersebut kerana di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak berpeluang mendapat keuntungan seperti dahulu.
Hasan sebelum ini menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) di mana pelancarannya diadakan Selasa lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
“Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan.
“Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau ingin tahu dari mana sumber kewangan diperoleh Hasan bagi menampung siri jelajah ceramahnya itu, termasuk pelancaran Jati yang didakwanya sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk sewa dewan sahaja.
Secara sinis beliau berkata, mungkin Hasan menggadai rumah dan menjual keretanya sebagai pengorbanan bagi membiayai perjuangan politiknya.
Khalid berkata, beliau memberi peluang kepada ketiga-tiga pihak itu untuk tampil membuat penjelasan dan penafian.
Menurutnya, ketiga-tiga pihak itu perlu menafikan dakwaan mengatakan mereka mendapat keuntungan sekiranya PR tidak lagi memerintah negeri ini.
“Kalau betul mereka akan dapat untung sekiranya PR jatuh nanti, maka andaian rakyat dan percakapan di kedai kopi mengenai syarikat-syarikat itu sedang membiayai Hasan itu berasas. Saya tegaskan di sini saya tidak menuduh tetapi saya meminta penjelasan dan penafian,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Khalid mempertikaikan nilai kontrak baru Hospital Shah Alam yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bernilai kira-kira lebih RM400 juta.
Katanya, sebelum ini kontrak asalnya bernilai anggaran RM480 juta dan telah dibayar kira-kira RM200 juta.
“Sekarang ini nilainya mencecah RM600 juta, malah projek yang sepatutnya siap Oktober 2010 itu kini dijangka siap 2014. Adakah dia (Shaziman) bangga dengan pencapaiannya itu?” katanya.
HIMPUN papar video pengakuan bekas murtad
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) bertema 'Selamatkan Akidah' siri jelajah negeri Terengganu berlangsung di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Bernama melaporkan perhimpunan tersebut berjaya menghimpunkan  seramai 6,000 orang.
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengetengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.
  
"Kita mahu menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan isu murtad ini bukanlah serius di negara ini.
  
"Malah semasa ceramah tadi, kita turut memaparkan rakaman video pengakuan bekas murtad dan mahu memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa kini," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas tamat perhimpunan itu.
  
Aminuddin berkata kini terdapat 868 kes permohonan menukar agama oleh individu beragama Islam di seluruh negara sejak lima tahun lalu yang perlu ditangani kerajaan bersama NGO Islam daripada terus menular.

Dalam perhimpunan itu, bekas Pesuruhjaya PAS dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi ahli panel dan memberi ceramah selama satu jam mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.
  
Hasan bagaimanapun enggan ditemubual pemberita.

Himpun ini merupakan siri yang kelima sebelum Kepala Batas (Pulau Pinang), Paroi (Negeri Sembilan), Kuala Kangsar (Perak) dan Shah Alam (Selangor).
  
Aminuddin berkata Himpun mengetengahkan 10 tuntutan resolusi yang akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan undang-undang berkaitan.
  
Tujuan tuntutan 10 resolusi itu antaranya memastikan undang-undang
 pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

- Bernama
Pekida sokong perjuangan Hasan Ali dan Jati
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan menyokong perjuangan yang dibawa Jati, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan bekas anggota PAS Datuk Dr Hasan Ali, baru-baru ini.
  
Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata ini kerana konsep yang diperjuangkan Jati adalah selari dengan Pekida iaitu menjaga dan mempertahankan agenda umat Islam serta Melayu di negara ini.
  
"Kita berharap Hasan (Ali) akan meneruskan perjuangan beliau dan Jati, dan kita dengan perjuangan kita bersama Pekida.
  
"Di samping itu, kita juga bersedia mengadakan perbincangan bersama NGO lain jika ada aktiviti yang selaras dengan prinsip perjuangan kita, iaitu meningkatkan perpaduan umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pekida Pahang hari ini.
  
Selasa lepas, Hasan, bekas exco Selangor itu, menubuhkan Jati yang bertujuan mempertahankan agenda Islam, Melayu dan kedaulatan raja bersesuaian keadaan semasa yang menyaksikan orang Melayu semakin berpecah belah.

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata Pekida tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Permuafakatan Majlis Ayahanda 1Malaysia (Permas) walaupun ada di kalangan anggota pertubuhan tersebut adalah bekas anggota Pekida.
  
"Ada di kalangan ayahanda-ayahanda yang membuat keputusan untuk menyertai Permas, jadi secara langsung, mereka bukan lagi anggota Pekida, ini bermakna apa sahaja kegiatan mereka, tidak lagi mempunyai kaitan dengan Pekida," katanya sambil menasihati Permas agar tidak berprasangka buruk terhadap pihak lain demi menjaga perpaduan di kalangan NGO serta rakyat Malaysia.

Beliau juga menyeru Pekida di setiap daerah dan negeri, yang belum menjalani proses 'pemutihan' di kalangan mereka, supaya segera melaksanakannya bagi mengubah sikap anggota pertubuhan itu.

Program pemutihan dijalankan pertubuhan itu sejak 2008 bagi memperbaiki sikap negatif di kalangan anggota pertubuhan tersebut, yang didakwa terlibat dalam aktiviti 'samseng', sekaligus menjejaskan nama baik Pekida.

- Bernama
Tanya hukuman murtad PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   

--- In fikrah@yahoogroups.com, Tok Janggut wrote:Assalamualaikum
allah2.jpgPertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh?

Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada.

Di dahulukan dgn ucapan terima kasih.TJ

 
Jawapan (oleh Salafi2Sunnah):
wsm
1. Hukum murtad

Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had.
Dalil:
a. "
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217 (terjemahnya)

b. Hadis-hadis.

i) Jalur Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah kecuali* Muslim) 
{Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma' azZawaid: 6/261} * alJama'ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari - Muslim - Ahmad - Abu Daud- Ibn Majah - anNasa'iy - atTermidzi

ii) Jalur Ibn Mas'ood r.a., "Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama'ah (ummah)."
(HR alJama'ah)

iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., "Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur
setelah beriman, zina setelah merasai nikah atau membunuh tanpa alasan."
(Sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, annasa'iy dan Ibn Majah)

2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh?

a. Ianya ijma' menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami' alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu'aib alArnauth)

b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega.


Prosedur jenayah murtad


3. Takrifan hukum bunuh

Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada'iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat.

Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis:
a. murtad yg senyap dan personal
b. murtad yg disertai aktivitas memerangi Islam

Maka hukum bunuh dijatuhkan kepada yang (b), spt kemurtadan Salman Rusydie (tambahan s2s).

Dalil Ibn Taymiyah ialah Fiqh Umar alKhattab r.a. yg melaksanakan hukum murtad di zamannya (lihat Abd Razzaq, alMusyanif: 10/168 Atsar no 18707) ada unsur tolakansur Omar terhadap kaum murtad Iraq dan tidak memerintahkan mereka semuanya dibunuh sebelum dialog dan kaunseling.

4. Bentuk Hukuman mati:

Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld 8)

Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka)

Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu'iyah)

5. Prosedur jinayah murtad:

Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur.

a. Jika thabit kesalahan murtad, pesalah akan dikaunseling dan
dipinta bertaubat dalam tmepoh 3 hari. Jika masih enggan, maka akan dibunuh (Maliki, Syafi'iy dan Hanbaliah) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 9, ms 4 ke atas]

b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi'iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222)

c. Fuqaha' muttakhir
Imam Muhd Abu Zuhrah misalnya (alUqubah/195) mengkategorikan kesalahan murtad dari Muslim yang asli dan muslim convert (yg memeluk Islam dari agama lain). Jika Muslim yg asli tidak perlu diminta taubat dan jika muslim saudara baru, maka perlu diminta taubat dan diberi kaunseling. sekian
Kesamaan sosiobudaya galak pelacur China ke M'sia
Polis mendapati faktor bahasa dan pemakanan yang tidak jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat "freelance" mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelacur warga Republik China juga lebih selesa dengan suasana iklim di negara ini kerana tidak jauh berbeza keadaannya daripada negara mereka, terutama di bahagian selatan China.

prostitution, desa mentari, police raidBeliau berkata pelacur warga China itu bertutur dalam Mandarin dan ini memudahkan mereka untuk bergaul dengan masyarakat Cina di negara ini serta makanan di negara ini juga hampir sama dengan tempat asal mereka.

“Sosiobudaya yang seakan-akan sama dengan kita dari segi bahasa, pemakanan dan cuaca selain kemudahan pengangkutan menjadi galakan kepada pelacur di sana datang ke negara ini.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan contohnya ada ‘penerbangan kos murah’ dan mudah untuk dicapai melalui internet menjadi pemangkin untuk mereka hadir ke negara ini," katanya kepada Bernama.

Abdul Jalil berkata pendedahan itu dibuat setelah pihak polis menyoal siasat 13 wanita warga China yang ditahan dalam serbuan kerana menyalahgunakan pas pelajar dan salah guna pas lawatan sosial pada 16 Feb lepas di sebuah pusat urut, di Sri Petaling, Brickfields.

Beliau berkata mengikut siasatan awal, pelacur warga China yang pernah memasuki Malaysia sebagai pekerja seks melalui sindiket, akan kembali semula bekerja di negara ini menggunakan visa pelajar dan menjalankan kegiatan pelacuran secara 'freelance' kerana pendapatan yang lumayan.

prostitution, desa mentari, police raid"Ada dua taktik pertama iaitu mereka akan menggunakan ejen atau sindiket untuk bawa mereka masuk tetapi apabila mereka dah duduk sini mungkin dalam setahun, dah tahu kawasan, mereka akan gunakan pula taktik kedua iaitu dengan berpatah balik tanpa melalui sindiket.

“Mereka berani dan tidak ada masalah untuk datang secara sendiri kerana mereka dah tahu nak pergi mana, bekerja di mana, tahu sistem pengangkutan di Malaysia contohnya turun di LCCT, naik bus RM9 pergi ke KL Sentral kemudian naik teksi ke Pudu dengan kos RM20, sebelum menetap di rumah yang sebelum ini mereka pernah duduk seterusnya kembali menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya.

Abdul Jalil berkata kebanyakan warga China yang disoal siasat adalah atas kapasiti bukan untuk belajar tapi hanya menggunakan pas tersebut sebagai platform supaya nanti mereka boleh pergi ke satu tempat yang lain dan akhirnya langsung tidak mendaftar di institusi pengajian mereka semata-mata untuk menjadi pelacur.

“Mereka sebenarnya cuba mengaburi pihak berkuasa contohnya ketika berada di pintu masuk utama Imigresen, Imigresen tengok mereka pegang visa pelajar dan tengok mereka sebagai pelajar sahaja dan beranggapan budak ni nak belajar jadi tidak akan tanya banyak soalan sebaliknya kalau tengok mereka sebagai pelancong, Imigresen mesti akan tanya nak pergi mana, duduk hotel mana, dan sebagainya,” katanya.

prostitution, desa mentari, police raidStatistik terkini Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman pada Januari hingga 15 Feb menunjukkan warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu seramai 653.

Tangkapan itu diikuti dengan warga Vietnam (367), Thailand (300), Indonesia (177), Filipina (55), Uzbekistan (19), Myanmar (14), Kemboja (10), Bangladesh (9), Mongolia (6), Nigeria dan Sri Lanka masing-masing empat tangkapan dan India satu.

Berdasarkan statistik polis, warga China kekal mencatatkan tangkapan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009 seramai 5,753; 2010 (6,378) dan 2011 (5,922).

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan