Rabu, 29 Februari 2012

BUKAN THE STAR SAJA MENGHINA ISLAM..JIKA MENOLAK HUKUM2 ALLAH..DENGAN ALASAN TAK SESUAI..AKAN HURU HARA..ISLAM MENAKUTKAN...NI JUGA MENGHINA ALLAH...MENAFIKAN SIFAT ALLAH MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA MENGETAHUI....

Penghina Nabi rentung terbakar

Siti Nizar, 28 Feb 2012
Masih ingat lagi lukisan kartun kontrovesi yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia dahulu, di mana seorang pelukis kartun telah cuba menghina dan mengaibkan Nabi Muhammad S.A.W dengan keganasan.


Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.

Bagaimana dia boleh rentung tidak diketahui,kisah kematiannya juga dikhabarkan telah cuba disembunyikan, tapi sebusuk-busuk bangkai takkan mampu ditutup dengan daun.

Walaupun dia pernah beberapa kali cuba dibunuh kerana kontroversi lukisannya, namun beberapa kali juga dia telah berjaya menyelamatkan diri.

Akhirnya si penghina kekasih ALLAH telah menerima balasannya.

Mungkin dia mahu menghina kekasih ALLAH lagi, dia sekali lagi menggantikan jubah Nabi dengan bom, dan terus sahaja lukisan bom itu meletup.. siapa tahu..

Kuasa ALLAH mengatasi apa sahaja yang mampu difikir manusia./tukang lawan.

http://www.zimbio.com/Kurt+Westergaard/articles/7yQwV6okclH/Danish+blasphemer+burns+death

http://nizar-coretanku.blogspot.com

FGVH: Isa angkuh, tidak hormati warga Felda

Aiman Athirah al-Jundi, 28 Feb 2012
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memandang serius akan kenyataan terbaru  Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggambarkan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) akan tetap diteruskan meskipun selepas kegagalan mereka mendapatkan konsensus daripada warga Peneroka berikutan Perintah Mahkamah Tinggi Kuantan sehingga membawa kepada pembatalan EGM pada 22 Februari lalu.

DMPP menyifatkan kenyataan, hasrat dan tindakan Isa Samad ini sebagai angkuh, gelojoh dan tidak menghormati warga peneroka. Sewajarnya Isa Samad mengambil pendekatan serius untuk menyantuni kebimbangan serta ketidakjelasan para peneroka sebaik mungkin bukannya merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH.

DMPP percaya bahawa isu berkaitan penyenaraian FGVH ini akan terus membingit dan mengancam masa depan warga peneroka akibat kegagalan pentadbiran Umno BN dalam melakukan suatu tindakan yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat itu didahulukan melebihi daripada cita-cita besar Umno BN untuk memperolehi wang segera bagi tujuan Dana PRU13 Umno Barisan Nasional. Seterusnya menjadikan warga peneroka sebagai korban kepada nafsu besar dan ketidakupayaan Umno BN untuk mengurus tadbir negara ini dengan baik amnya dan Felda itu sendiri khususnya.

Janji transformasi dan penambahbaikan Felda seperti yang dilaungkan oleh PM dan Isa Samad sebenarnya hanya boleh kita sifatkan sebagai  slogan kosong! Tanpa isi, tanpa makna dan tanpa keinginan serta kesungguhan politik yang jelas melainkan “impian kesenangan-kemewahan kepada golongan yang selama ini hidup susah” melalui apa yang Umno BN sebut sebagai “durian runtuh”.

Hakikatnya “durian runtuh” ini adalah bayaran “one Off” selepas para Peneroka  seolah menggadaikan masa depan mereka kepada Umno BN bilamana menyetujui penyenaraian FGVH kelak. Kadar dividen KPF (antara yang tertinggi dalam Koperasi di Malaysia) yang para Peneroka perolehi selama ini  akan hanya tinggal menjadi kenangan manis yang mungkin sukar untuk diulang semula, impak selepas penyenaraian. Apatah lagi kredibiliti FGVH itu sendiri sangat boleh dipersoalkan selepas kita difahamkan FGVH pernah kerugian lebih RM500 juta, 2007-2010 dalam pelaburannya di luar negara.

DMPP menyifatkan janji “durian runtuh” ini sebagai satu lagi projek BN dalam meneruskan kelangsungan memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya kelompok marhaen. Walau bagaimanapun, DMPP percaya warga peneroka kini merupakan generasi yang lebih bermaklumat dan tidak mudah untuk tewas dengan janji manis pihak Umno.

Sehubungan dengan itu, DMPP menyambut baik usaha dan hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam memobilisasi Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang akan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri bagi memohon perkenan Tuanku Sultan untuk campurtangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak dipajak kepada FGVH.

DMPP juga menyokong penuh hasrat Anak untuk menyerahkan memorandum cadangan bagaimana tanah seluas lebih kurang 360,000 hektar di bawah Felda Plantation (yang kini kosong tanpa peneroka) boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri. Hasrat ini sesungguhnya selari dengan matlamat asal lebih kurang 55 tahun yang lepas ketika rancangan tanah Felda itu dibuka dan dibangunkan.

DMPP meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk  turut memberi perhatian dan mengambil tindakan wajar selari dengan Kuasa-Kuasa Kerajaan Negeri berhubung tanah rancangan Felda sepertimana yang diperuntukkan dalam Group Settlement Areas Act (Akta Tanah Penempatan Kawasan Berkumpulan), 1960 .

DMPP menyedari betapa sehingga kini hanya Kelantan yang memberikan respon positif dan solidarity terhadap perjuangan para Peneroka melalui kenyataan rasmi Datuk Paduka Husam Musa sebelum ini. Justeru, DMPP mencadangkan agar Selangor dan Kedah turut dapat memberikan perhatian yang sama dalam usaha kita membantu rakyat di semua peringkat.

Akhirnya, DMPP ingin menegaskan bahawa penyenaraian FGVH akan membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang saham; sekaligus menjejaskan kepentingan hak melayu atas Felda yang telah wujud sejak tahun 1956. Polisi Felda seterusnya akan ditentukan pula oleh “orang luar” tersebut dan tentunya ini suatu yang sangat malang kepada orang-orang Melayu yang selama ini telahpun tertipu dengan dakyah pembohongan Umno BN bahawa kononnya mereka adalah “Pelindung” kepada orang-orang serta kepentingan Melayu. Hakikatnya, Umno BN inilah yang telah banyak melakukan kerosakan terhadap masa depan serta kepentingan orang-orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

Isu debat pemimpin DAP Melayu-Umno P Pinang

Zulkifli Mohd Noor, 28 Feb 2012
Saya Zulkifli Mohd Noor selaku AJK DAP Negeri Pulau Pinang dengan ini menyahut cadangan dan serta desakan daripada Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang sepertimana yang telah disiarkan oleh melalui laman web Harakah Daily bertarikh 24/2/2012 untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Negeri ini. Cadangan debat oleh KMPP adalah mengenai isu yang melibatkan kepentingan politik serta ekonomi atau lebih tepat lagi halatuju dan masa depan orang-orang melayu Pulau Pinang.

Sebagai seorang pemimpin melayu veteran dalam Parti DAP semenjak hampir 25 tahun sehinggalah menjadi Kerajaan dibawah Pakatan Rakyat hampir 4 tahun lalu, saya secara peribadi dan ikhlas lagi jujur mengaku masih banyak lagi keperluan serta sumbangan yang harus dipertingkatkan bagi tujuan penambahbaikkan kepada orang-orang melayu Pulau Pinang. Ini termasuklah kekuatan politik, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya yang dikategorikan sebagai perkara wajib. Dalam istilah politik ada kalanya kumpulan minoriti lebih berharga berbanding kumpulan majoriti.

Kedudukan jawatan saya sebagai Ahli Majlis agak terhad disebabkan status saya yang bukan bertaraf Yang Berhormat menidakkan saya berada di dalam Kerajaan Negeri. Ini tidak bermaksud saya langsung tidak menyumbang kearah membantu bangsa saya sendiri. Saya sentiasa menegur secara belakang tabir. Justeru itulah menyebabkan wujudnya tanggapan bahawa tiada sumbangan daripada pemimpin melayu DAP dinegeri ini. Ingin saya tegaskan ini tidak bermakna soal politik dan ekonomi melayu disini diabaikan sepenuhnya. Sayangnya setiap niat murni kita telah dijadikan propaganda politik pihak tertentu dengan hasrat menodai kradibiliti sokongan melayu negeri ini kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti DAP.

Saya mengakui bahawa kewujudan pemimpin DAP Melayu sudah bertapak bagi suatu tempoh yang lama semenjak tahun 1969 dimana dalam catatan sejarah DAP Melayu pernah memenangi 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dun sewaktu menjadi pembangkang dahulu secara total. Sekarang sejarah telah bertukar dimana takdir telah menentukan bahawa kemunculan bakal calon-calon DAP Melayu dinegeri ini khasnya serta seluruh Malaysia amnya tidak boleh disembunyikan lagi menjelangnya PRU 13 nanti. Saya sedar bagaimana acap kali ahli DAP Melayu dikritik dan dihina tanpa sempadan daripada parti politik melayu seakan-akan melayu di dalam Parti DAP tidak memberi apa-apa faedah kepada orang-orang melayu dinegara ini. Timbul persoalan apakah ahli melayu dalam DAP bukan beragama Islam serta tiada akidah? Terkadang pandangan-pandangan negatif berkenaan sudah sampai tahap melampau dan berbahaya.

Satu lagi faktor yang menenggelamkan pemimpin DAP Melayu seperti saya adalah kerana telah dihukum terlalu awal iaitu tiada langsung diberi peluang dan ruang melalui media cetak dan elektronik. Tanpa publisiti media maka menyukarkan pihak saya dan pemimpin melayu dalam DAP untuk berbakti kepada bangsa kami sendiri. Bila tiada bantuan media atau sekatan keatasnya maka timbullah persepsi negatif orang-orang melayu terhadap kami. Alhamdulillah muktahir ini, isu calon-calon DAP Melayu telah mula dibangkitkan atas kerisauan pemimpin-pemimpin melayu sendiri yang begitu gusar ada kemungkinan peralihan sokongan mungkin berlaku pada PRU 13 nanti. Saya percaya bahawa pengundi-pengundi melayu khususnya di Pulau Pinang sudah bijak untuk menilai diantara kaca dan permata.

Justeru itu, cadangan dan desakan oleh KMPP melalui kenyataan Presidennya Rahmad Isahak yang mahukan satu debat yang sihat serta bersih semata-mata demi kepentingan melayu disini harus dipandang dari sudut positif. Saya tidak terkilan menyatakan bahawa NGO Melayu ini (KMPP) adalah satu-satunya NGO Melayu yang begitu lantang bersuara demi ingin melihat bangsa mereka tidak diperlekehkan samaada oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Bukankah lebih elok lagi kalau wujudnya lebih banyak NGO Melayu seperti KMPP di Pulau Pinang?

Akhir sekali atas nama orang-orang Melayu dinegeri ini maka saya dengan ini bersedia untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Pulau Pinang yang saya rasakan lebih afdal jikalau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang iaitu Dato Zainal Abidin Osman sendiri berdebat dengan saya tanpa sebarang syarat disuatu lokasi di Negeri Pulau Pinang.

Saya yakin banyak perkara berfaedah bakal dirungkaikan menerusi sesi debat berkenaan. Pelan transformasi masa hadapan adalah intipati terpenting yang perlu sampai ke pengetahuan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Semoga permintaan saya akan menjadi kenyataan. Soal penganjuran akan ditetapkan kemudian setelah mendapatkan persetujuan daripada pihak UMNO Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu.


KERUSI YANG PERNAH DIMENANGI OLEH CALON DAP MELAYU


KERUSI PARLIMEN:

Ahmad Nor (1990), Bayan Baru, Pulau Pinang.



KERUSI DUN:

Ibrahim Singgeh (1969), Tapah Road, Perak
Hassan Ahmad (1969) Si Rusa, Perak
Fadzlan Yahya (1982), Pasir Berdamar, Perak
Fadzlan Yahya (1986), Pasir Berdamar, Perak
Fadzlan Yahya (1990), Lahat, Perak – majoriti 429 undi
Mohd Asri (1990), Dermawan, Perak – majoriti 7540 undi

Zulkifli ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu merangkap AJK DAP Negeri Pulau Pinang.

Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung

Harakahdaily, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Pemuda PAS dan Mufti Perlis sepakat mencadangkan agar kerajaan menggantung permit akhbar The Star ekoran tindakan biadabnya menghina Islam.

(Sebahagian gambar yang disiarkan The Star baru-baru ini)

Dalam kenyataan berasingan mereka, kedua-duanya mendesak kerajaan bertindak segera kerana tiada alasan akhbar itu terlepas pandang.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang.

"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, biarpun The Star telah memohon maaf, namun ini entah keberapa kali The Star membuat kesilapan yang hampir serupa.

"Pastinya memohon maaf sahaja tidak mampu menyembuh luka ummat Islam akibat penghinaan serupa yang berulang kali," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, akhbar berkenaan menyiarkan juadah daging babi untuk dihidangkan di bulan puasa.

Ekoran itu, akhbar berkenaan memohon maaf selepas dibantah umat Islam.

Baru-baru ini, akhbar berkenaan menyiarkan gambar besar Erykah Badu dengan tatoo nama Allah pada dadanya.

Harakahdaily telah menyiarkan bantahan pembaca terhadap penyiaran gambar yang biadab ini.

Ekoran itu, The Star menyiarkan permohonan maaf.

Selain The Star, turut menghina Islam sejak akhir-akhir ini adalah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagaimana yang digambarkan dalam debatnya dengan Lim Guan Eng.

The Star adalah akhbar yang dimiliki oleh MCA.

Bagi Nasrudin, Erykah Badu, seorang artis African American begitu biadab dan keterlaluan apabila melukis tatoo kalimah Allah swt di dada kiri dan kanannya selain tatoo segitiga pyramid bahagian tengah dadanya pula.

Malangnya, beliau diundang untuk membuat persembahan di dalam negara kita.

Pula diberi ruang promosi yang hebat dalam The Star tanpa rasa bersalah dan menghormati sensitiviti ummat Islam.

"Saya menegaskan bahawa kerajaan mesti bertindak tegas terhadap penghinaan kepada agama seperti ini.

"Sekurang - kurang permit The Star mestilah digantung selama sebulan. Pihak penganjur juga mestilah diambil tindakan tegas kerana mengundang artis seperti itu," kata beliau.

Isu di sini, katanya, bukan konsert atau karyanya, tetapi penampilannya yang mengguris dan melukakan perasaan ummat Islam.

BERITA BERKAITAN

Editor kanan The Star dipanggil KDN

Konsert Erykah batal, Star mesti dihukum juga

The Star terus menerus hina Islam

Mohon maaf demi maaf dari The Star

Rasuah: Najib akui SPRM tiada kuasa, tak bebas

Harakahdaily, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan memberikan lebih kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika BN menang majoriti dua-pertiga dalam PRU-13 membuktikan suruhanjaya itu pada hari ini tidak bebas dan tiada kuasa.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, sebagai contoh, dalam isu National Feedlot Corporation, tidak ada tindakan dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

"Sudah jelas bahawa SPRM tidak bebas dan ini telah menjejaskan prestasinya sampai kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah menurun daripada tangga ke-56 pada tahun 2010 kepada tangga ke-60 tahun lepas.

"Keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan hanya menekankan hakikat bahawa SPRM dalam bentuk sekarang bukan sahaja tidak bebas tetapi tidak berupaya untuk membanteras rasuah dengan efektif," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib bahawa sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah akan ditubuhkan jika BN menang majoriti dua-pertiga parlimen.

Sambil menyelar tawaran politik Najib yang didakwa 'tidak ikhlas' itu, Guan Eng juga berkata BN tidak perlu menunggu mendapat dua-pertiga parlimen untuk memberi lebih kuasa kepada SPRM.

Ini kerana, Pakatan Rakyat ujarnya akan menyokong pindaan perlembagaan untuk memeberi lebih kuasa kepada SPRM itu.

"Kenyataan ini mendedahkan ketidakikhlasan Perdana Menteri.

"BN tidak harus bimbang tidak mempunyai majoriti dua-pertiga kerana PR bersedia untuk berunding dengan BN mengenai perkara ini dan secara amnya akan menyokong sebarang usaha untuk mengukuhkan institusi-institusi dalam usaha membasmi rasuah," jelas Guan Eng.

PAS bawa usul

Dalam perkembagan sama, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man memberitahu PAS akan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah itu pada persidangan parlimen Mac ini.

Ianya sebagai tanda bahawa PAS menyokong usaha membenteras rasuah dan Umno BN tidak perlu menanti dua-pertiga majoriti parlimen untuk meminda perlembagaan untuk melaksanakannya.

“Perdana Menteri tidak perlu menunggu untuk mendapatkan 2/3 majoriti dalam pilihanraya akan datang, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan BN terhadap usul yang akan dibawa PAS,” tambah beliau dalam kenyataannya hari ini.

 

Konsert Erykah batal, Star mesti dihukum juga

Harakahdaily, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: “Alhamdulillah, memorandum yang dihantar telah diterima dan konsert Erykah Badu telah dibatalkan kerana tidak menepati garis panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya di Malaysia.

“Terima kasih kepada pihak berwajib yang mengambil langkah tepat. Terima kasih Datuk Rais Yatim,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) dalam satu kenyataan.

Namun, katanya sebagaimana yang telah beliau tegaskan sebelum ini isu Erykah Badu bukan sekadar konsert dan hasil karyanya tetapi lebih besar daripada itu ialah bagaimana pula tindakan wajar ke atas The Star yang telah mempromosikan Erykah Badu dengan dada terdedah menampakkan tatu kalimah Allah di dada kiri dan kanannya.

“Saya telah menekankannya sebelum ini dan sekali lagi saya atas nama Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar akhbar Star digantung permitnya selama sebulan paling minima,” tegasnya.

Justeru, katanya ini bukan kesalahan pertama dan tidak mungkin mereka terlepas pandang kerana Star pernah ditegur beberapa kali sebelum ini dalam isu menggugat sensitiviti agama khasnya bagi umat Islam.

Tambahnya, lebih menarik apabila pemilik akhbar itu ialah MCA yang terkenal dengan sikap anti Islamnya.

Beliau berkata, bermula dengan Presidennya, Datuk Chua Soi Lek, semua orang sudah kenal dan tahu sikap permusuhannya terhadap Islam (Islamophobia).

“Saya bimbang ini adalah satu perancangan rapi untuk terus konsisten menghina dan menentang Islam secara terbuka. Mereka seperti mahu menguji tahap kesabaran ummat Islam,” ujarnya.

Tambahnya, lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA itu.

“Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA?” soalnya.

Menurutnya, harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam.

“Kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi.

“Soalnya sampai bila?” katanya lagi.

Isu Kedah selesai dalam masa terdekat

Harakahdaily, 28 Feb 2012
ALOR SETAR, 28 Feb: Ekoran pertemuan mereka dengan pimpinan PAS Kedah hari ini, pimpinan PAS Pusat yakin isu di negeri itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Exco kerajaan negeri Kedah yang belum mengangkat sumpah jawatannya hari ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu itu juga turut disertai oleh Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka telah berkunjung ke rumah Azizan dan Phalrolrazi dan mengadakan perbincangan hati ke hati untuk menyelesaikan masalah itu.

"Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian isu di kedah.

"Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Lapan anggota Exco kerajaan negeri Kedah mengangkat sumpah jawatan mereka hari ini  di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi dijangka akan mengangkat sumpah sebelum tempoh sumpah mereka untuk sessi yang lalu tamat pada 7 Mac ini.

Kedua-dua yang belum mengangkat sumpah adalah Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan