Rabu, 15 Februari 2012

BODOHNYA TAK BOLEH DIAJAR...PANDAINYA TAK BOLEH DIIKUT...KALAU OBOR PERPADUAN..SEMUA KAUM ADA DIDALAM...JANGAN KITA BERSIFAT BERPURA2...KAKI BODEK TAK BERGELIGA...

Penyenaraian FGVH: Sahih, KPF bakal hilang kuasa

Dr. Rosli Yaakop, 14 Feb 2012
Akhbar media baru, http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13 Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki 37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF). Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?

Ahli lembaga pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVHB dan KPF. Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC.  Juga, dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri.

Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri?

Penubuhan FAHC didakwa akan menjamin 37% saham FGVHB yang dimiliki KPF itu “tidak dijual sewenang-wenangnya.” Ini memberi gambaran bahawa jika saham itu dipegang terus oleh KPF, maka dikhuwatiri ahli lembaga pengarah KPF akan menjual saham-saham itu sesuka hati.

Walau bagaimana pun, penulis berfirasat bahawa penubuhan FAHC berniat serong bertujuan mengenepikan kuasa pengawalan dan penguasaan oleh KPF ke atas FGVHB sekaligus memberi jaminan kepada pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia khasnya pelabur-pelabur asing bahawa syarikat tersenarai FGVHB bukan dikuasai dan dikawal oleh sebuah koperasi.

Harus diingat bahawa FAHC adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah akta syarikat yang bakal memiliki pengurusan sendiri yang bebas daripada kawalan lembaga pengarah KPF. Akhirnya, KPF yang dimiliki oleh 207,913 ahlinya terdiri daripada peneroka, ahli keluarga peneroka  dan kakitangan Felda akan dinafikan kuasa untuk mengurus dan mengawal harta mereka sendiri.

Antara lain, perwakilan ahli KPF yang akan menghadiri mesyuarat agong khas pada 22 Februari 2012 ini akan diminta meluluskan usul yang membenarkan FAHC memegang 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF dan menyerahkan secara mutlak pengurusan dan pengawalan harta ini kepada FAHC.

Penyahan kuasa KPF ke atas pengurusan dan pengawalan FGVHB selepas penyenaraian ini bertujuan memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pelabur-pelabur asing khasnya rakan pelabur strategik asing yang akan diberikan milikan 20% saham di dalam FGVHB. Dikatakan badan koperasi tertakluk kepada dan dikekang oleh undang-undang koperasi, termasuk undang-undang kecilnya sendiri, yang ketat yang bakal menyukarkan proses pembuatan keputusan di dalam FGVHB khasnya dalam hal urusan penstrukturan dana. Rakan strategik pelabur asing itu tidak mahu FGVHB yang disenaraikan didominasi oleh KPF. Penubuhan FAHC yang memiliki 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF adalah “pemanis” yang ditawarkan Felda kepada pelabur-pelabur asing. 

Disamping menyuntikkan tanah perladangan seluas 360,067 hetkar di bawah Felda Plantation Sdn. Bhd. Ke dalam FGVHB, proses penyenaraian FGVHB di bursa Malaysia seterusnya melibatkan FGVHB mengambilalih 51% saham milik KPF di dalam Felda Holding Berhad beserta 10 buah anak syarikat FHB. Sumber yang dipercayai memberitahu bahawa anak-anak syarikat yang terlibat ialah Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (FPI), Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FAS), Felda Vegetable Oil Sdn. Bhd. (FVOP), Felda Marketing Sdn. Bhd. (Felma), Felda Rubber Industries Sdn. Bhd., Felda Transport Services Sdn. Bhd., Felda Kernel Production Sdn. Bhd., Felda Prodata Sdn. Bhd., Felda Engineering Sdn bhd. dan Felda Security Services Sdn. Bhd.  Kebanyakan anak-anak syarikat ini adalah syarikat teras yang menjana keuntungan bagi Felda. Dengan suntikan ini, FGVHB akan menjadi “gemok dan bernilai tinggi” bila disenaraikan.

Sebagai balasan, FGVHB akan menerbitkan saham baru sebanyak 2.421 bilion unit pada harga tara (par value) RM1.00 se unit (bermakna nilainya RM2.421 bilion) dan diberikan kepada KPF. Ini bermakna, KPF akan dibayar dalam bentuk saham, bukan dalam bentuk tunai. Kalau hendakkan tunai, KPF juallah saham itu.

Pada masa ini (merujuk kepada kedudukan kewangan tahun 2010), saham FGVHB berjumlah 1.768 bilion pada harga tara RM1.00.  Dengan terbitan baru, jumlah saham FGVHB menjadi 4.189 bilion unit  bernilai RM4.189 bilion (pada harga tara RM1.00). Ini bermakna, dengan menyerahkan miliki  51% dalam FHB dan 10 buah anak syarikat di bawah FHB, KPF akan mendapat 2.421 bilion unit saham di dalam FGVHB bernilai RM2.421 bilion pada harga tara RM1.00 se saham atau 57.8% saham dalam FGVHB.

Sebelum suntikan-suntikan aset dilaksanakan FGVHB mempunyai nilai NTA sebesar RM2.283 bilion (berasaskan kedudukan kewangan tahun 2010). Selepas penyuntikan, nilai NTAnya naik kepada RM5.414 bilion.

Pada asas aset tangibel bersih (NTA), keseluruhan saham yang bakal dimiliki KPF bernilai RM3.13 bilion (NTA tahun 2010). Dengan kata mudah, andainya KPF mahu menjual kesemua 57.8% saham ini sekarang, ia akan mendapat wang tunai sebanyak RM3.13 bilion (jualan pada nilai NTA).   Saham selebihnya di dalam FGVHB, iaitu, 42.2% dimiliki oleh Felda bernilai (NTA) RM2.28 bilion.

Juga didedahkan di dalam laporan Malaysiakini.com pada 13 Februari 2012 itu ialah bila FGVHB disenaraikan nanti, nisbah milikan saham oleh KPF di dalam FGVHB akan berkurangan kepada 37% dengan nilai “market capitalisation” mencecah RM21 bilion, iaitu, 6.7 kali ganda nilai NTA sebelum penyenaraian.

Seandainya pada ketika itu KPF menjaul kesemua sahamnya dalam FGVHB, ia akan memperolehi wang tunai sebanyak RM21 bilion, melonjakkan ia kepada sebuah koperasi yang paling kaya tunai di Malaysia.  Bila wang ini diagihkan kepada 207,913 ahlinya, maka setiap ahli akan mendapat, secara puratanya, RM101,004 seorang.  Hakikatnya, semakin tinggi saham yang dimiliki di dalam KPF, semakin tinggilah bahagian yang diperolehi. Inilah dia durian runtuh yang dijanjikan, agaknya.

Persoalannya: Apakah ahli-ahli koperasi yang 87.81% terdiri dari peneroka dan ahli keluarga, redha dan rela untuk hilang kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas harta mereka sendiri? Apakah mereka bersedia untuk meletakkan tanah hak mereka di dalam rancangan Felda kepada risiko dipindah milik kepada pelabur-pelabur yang bukan peneroka yang tidak pernah mencurahkan keringat walau setitik pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah perladangan yang luas terbentang itu?

Arwah Tun Abd. Razak memberi tanah kepada orang kampong tiada bertanah untuk mengeluarkan mereka dari cengkaman kemiskinan. Seandainya beliau hanya mengambil pertimbangan untuk memajukan ekonomi. Malaysia dengan cepat, maka lebih baik beliau menjual tanah-tanah di negara ini kepada kapitalis-kapitalis yang sedia ada di dalam negara dan dari luar negara untuk dibangunkan. Beliau tidak perlu memeningkan kepala. Itu bukan hasrat beliau.

*Penulis adalah bekas pegawai Bank Negara dan AJK Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

Jom Ubah dekatkan anak muda dengan PAS

Harakahdaily, 14 Feb 2012
JASIN, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS (DPP) Melaka telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau, kelmarin.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, program itu merupakan program yang dirancang oleh DPP Malaysia dan digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Pengarah Pilihanraya, Sany Hamzan dan beberapa AJK.

“Program ini dilaksanakan sepanjang hari sehingga malam dimulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya.

“Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik,” katanya.

Selain itu, ujarnya program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut dilakukan di sekitar bandar Merlimau.

“Program ini mendapat respons yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini,” ujarnya.

Justeru, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti itu dapat diteruskan sepanjang masa kerana ianya sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Beliau menambah, ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat agar Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada mereka kenapa wajar bersama PAS dan secara langsung mendekatkan anak muda dengan PAS.

Suhakam kecewa Malaysia usir pulang Kashgari

Harakahdaily, 14 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kecewa dengan pengusiran pulang secara terburu-buru kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang telah ditahan di bawah Polis Malaysia pada 9 Februari, dilaporkan atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Pengusiran beliau menjadi satu kejutan walau selepas rayuan bertulis dibuat oleh Suruhanjaya kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan kesnya agar selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan-refoulment di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut,” Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pengusiran pulang Kashgari akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa terutama sekali yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, di mana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin bahawa setiap orang mempunyai hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan; bahawa setiap orang adalah berhak secara sama rata kepada perbicaraan yang adil dan terbuka; dan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah mengikut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka.

Katanya, Kashgari telahpun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.

“Dalam hal ini, Suruhanjaya mengulangi seruannya kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menunjukkan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini,” ujarnya.
PERKASA: Thaipusam, Najib bawa obor perpaduan
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini beranggapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves di ibu negara, minggu lalu adalah dengan niat bagi memberi perhatian kepada semua kaum dengan membawa obor perpaduan.

NONE“Mungkin beliau memberi observation (pemantauan)... Saya bukan mufti. Hal berkaitan dengan hal ehwal Islam, saya tak mahu komen kerana tidak mahu disalah petik,” kata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau pada sidang akhbrnya di Kuala Lumpur diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lawatan Najib itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas, Pasir Mas, jika Harussani membuat kenyataan seumpama itu, wartawan perlu merujuk kepadanya sama ada benar atau tidak.
"Kena tanya orang yang lebih berpengalaman. Saya serah kepada alim ulama sebab ini bidangnya. Bidang orang agama, kena tanya orang agama," katanya.
Nik Aziz juga hadir

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

najib thaipusam 2011Tindakan itu mencetuskan kemarahan NGO dan PAS serta umat Islam yang membidas tindakannya itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu.
"Datuk Najib mungkin pergi ke Thaipusam, mungkin dengan niat dalam konteks untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia.

NONE"Mungkin dia tidak lihat dari aspek agama. Kalau dia diberi nasihat, sudah tentu dia akan patuhi," katanya.

Namun, menurut beliau, terdapat juga pemimpin Islam lain termasuk dari pembangkang yang menghadiri upacara keagamaan bukan Islam.

"Macam Menteri Besar (Datuk) Nik Aziz Nik Mat pernah pergi ke kawasan dan kegiatan agama lain. Contohnya di Kelantan dia masuk masuk wat Buddha. Banyak kali.

"Dan kalau Nik Aziz masuk di wat Buddha, kalau orang tanya, kenapa Nik Aziz masuk di wat Buddha, itu perayaan agama, pihak mereka menjawab, Nik Aziz pergi berdakwah. Maksudnya tak salah bagi Nik Aziz. Kalau Datuk Najib salah," katanya.
najib thaipusam batu caves 070212Menurut Ibrahim, beliau berpendapat perayaan Thaipusam, Wesak, dan Krismas adalah perayaan agama.

"Perayaan agama, saya diberitahu, tidak boleh kita turut serta. Sebagai orang Islam sebab ia bertentangan akidah dan syariah," katanya.
  • Chottii Bashar · Pengulas Tertinggi
    OOOoooo...bila time kene kt ajib, perpaduan la, obor bagai..bila tang DSAI, sesat la, fahaman plural agama la..kalaula ade taik anjing dgn katak bodoh ni depan aku, aku sanggup pilih taik anjing.
    • Mohd Zaki · Pengulas Tertinggi
      lawak arr dato najib ni..cmne arr bleh jd pm..lps ni jd mp plak arr
    • Norzan Kh Yeet · · Pengulas Tertinggi · Sek men clifford kuala lipis
      sikatak ni nak lobi jawatan mufti perak sbb harussani dah nak pencen.lepas pru13 tentu dia dah x jadi mp.nanti x de kerja ngamok lak bini dia.
    • Zul Sakan · Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
      Hidupmu tak akan berkat wahai Berahim Katak
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Dah Mufti kata mcm 2 pun berani Brahim Katak ni nk sanggah lg???.... Kalau Nik Aziz p wat Budha pun, adakah Nik Aziz tukar pakaian beliau???
    • Md Shukri Aziz · Top Commenter · Johor Bahru
      Bagi BN itu perpaduan namanya!!!!PR itu penghianat namanya?????Oiii ibrahim katak!!!!jaga mulut celopak kau tu!!!!!jangan kasi ku jumpa.kalau kasi ku jumpa,ku sepak sampai tengak mampus.siap kau!!!
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM, Bangi
      Masalahnya NajiboRosmah sama2 menyambut Thaipusam, terlibat dlm upacara tu...Dgn Gambarnya lebih besar dr Patung berhala...nmpk terang join sekali dlm Program... MUFTI DH CAKAP BANYAK KALI DAH... TAPI JENIS DEGIL, NK BUAT MCMANA..
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM, Bangi
      Memang tak layak memimpin org2 Islam...dan jadi PM Malaysia. RAKYAT MALAYSIA PATUT BUAT PROGRAM.."TUKAR PM"
    • Khairul Pool
      apa pula pasni kata naib presiden zul katak..???...ataupun dia hanya akan duduk diam di bawah tempurung aja?..
    • Tipah Tertipu · Top Commenter · U-M
      Md Shukri Aziz ludah de ba....
    • Fadhli Adnan · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
      "Dan kalau Nik Aziz masuk di wat Buddha, kalau orang tanya, kenapa Nik Aziz masuk di wat Buddha, itu perayaan agama, pihak mereka menjawab, Nik Aziz pergi berdakwah. Maksudnya tak salah bagi Nik Aziz. Kalau Datuk Najib salah," katanya.....Kepala otak mu wat buddha tu perayaan agama, wat buddha tu kuil org buddha, bengong la bereheng ali ni, wat buddha pon x tau ape..cube g tanya bereheng ali, gereja tu perayaan agama ke?masjid? adoiii..tlg la malaysia kini, xpyh la g interview manusia ni lg..perayaan dgn tmpt ibadat pon xleh beza..
    • Md Shukri Aziz · Top Commenter · Johor Bahru
      Fadhli Adnan Tok Guru berdakwah untuk islamkan orang yang belum islam.itu niat suci.Najib pergi Thaipusam untuk tipu undi.itu niat jahat.tau beza???ada paham bahlui UMGOK!!!
    • Nazri Omar · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Md Shukri Aziz ..dia sokong ajib sebab keduniaan...nak jadi calon PRU13 nanti, sebab PAS dah tentu tak nak dia...kalau jadi calon bebas, dah tentu kalah....mudah-mudahan Allah beri petunjuk pada dia....agar tidak MATI KATAK nanti....Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.....
    • Max Farina · Top Commenter
      pantat mak kau la ibrahim katak...agama dan akidah jangan di politik kan...bangsat punya ibrahim ni...mmg mak bapak dia masa berjimak tak baca doa jimak...
    • Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah at Shimizu Corporation
      Mnazrima Mdb brahem katak tgh lobi najib tu, maklumla PRU dah dkt...
    • Salleba Osman · Top Commenter · Pekerjaan sendiri Kounselor agama at Pekerjaan swasta
      Betul...betul....
    • Lima Papah · Top Commenter · University of entahmano
      Katak ni ulamak ke? dia cerita lah dunia aje yang dia nampak...
      Kat akhirat dia belum nampak lagi la tu???
      Belajar kat tempat orang putih mcm mana nak jadi mufti...? Dia menuntut ilmu hal dunia bukan akhirat dan islam boleh jadi mufti ke?
    • Samsu Hilmy Abdullah · Top Commenter · UTM International Campus Kuala Lumpur
      Kenyataan paling bodoh saya pernah baca... ""Dan kalau Nik Aziz masuk di wat Buddha, kalau orang tanya, kenapa Nik Aziz masuk di wat Buddha, itu perayaan agama, pihak mereka menjawab, Nik Aziz pergi berdakwah. Maksudnya tak salah bagi Nik Aziz. Kalau Datuk Najib salah," katanya."... Memang la bahlol... Takkan Najib pergi berdakwah pulak kat Batu Caves... Kalau dia pergi berdakwah pun... Rasanya ada orang nak dengar ke... Bangang...
    • Nrrm Man · Top Commenter · Skck at Kg lawang
      Mnazrima Mdb ..aku setuju komen kamu..takbir
    • Mael Khande · Works at Ceo GLC, pm of malaysia 2040, minister cabinet of malaysia
      hey brahim ali, umno dah tak hingin la ambik kau balik, kau ibarat layang2 tiada tali..haha :p
    • Tarmizi Othman · Land surveyor at PESONA METRO
      Norzan Kh Yeet katak yg bodoh sombong... brat sbelah... jenis natang..
    • Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
      Obor perpaduaan nenek ko ibrahim katak..ko dgn najib elok dijilat obor api neraka la...hahahahahhhahaha
    • Nasrul Amri Azhar · Top Commenter
      Mnazrima Mdb dah sah pasir mas katak ni pakai lambang bn pulak
    • Bantayan Bobohizan · Universiti Malaysia Sabah
      knapa bkan taik babi je..
    • Mohan Kannan · Top Commenter · INSTITUT TECHNOLOGY INDUSTRIAL
      Norzan Kh Yeet ya betul si katak begitu juga
    • Isa Bin Ahmad Isma · Top Commenter · Sulaiman
      sudah lah katak kaki bodek,penasihat najib kali bodek jamil khir kaki bodek semua nk jaga perut sndiri je sb 2 tk nkntegur najib takutttttt sb tadaq teloqqqqqqqq....
    • rial4496 (signed in using yahoo)
      ibrahem ali mcm mana kau boleh jadi manusia sebangang ini kau tak tau ugama ke mak ayah kau mungken tak didik kau melalui ajaran islam macam najeb t,m dolah semua orang ni tak tau hukum islam macam mana nak jadi pemimpen macam katak puru ...................... bodoh betol presiden perkasa ni
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Mnazrima Mdb benci saya tengok muka Ibrahim katak.. syaitan!!!
    • Dkh-kd Haron · Ngabihkan masa je at DDS sdn bhd
      Mnazrima Mdb tok guru tak tukar baju tak kalong bunga besar tak diarak
    • Ismail Malek · Top Commenter
      Dah Mufti tegur banyak kali..patuhlah..Klu Mufti tegur patuh sajalah..kan Mufti ketua agama Islam..lain kali nak buat satu2 perkara hal agama lain rujuklah pd Mufi...jgn main langgar je.
    • Azman Abas · Top Commenter · Any way you like it at Juru Ukur Panjang & Lebar Rel Keretapi Tanah Melayu
      Ismail Malek : si tambi Najib Nambikei tu perasan dia lebih hebat di puja diagungkan oleh kaum India dimana poster patungnya lebih tinggi dr patung dewa diBatu Caves tu. Dia rasa zaman Mahathir pun x ada dilayan sebegini...maklum lah.
    • Mohd Kheder Omar · Top Commenter · Padang tembak
      Mnazrima Mdb , tumpang tanya... saya makin tak suka dengan si ibrahim ali ni... berdosa tak kita ni kalau tak suka satu2 orang tu. tak tau la semenjak dua menjak ni makin tak suka dengan dia ni.
    • Namakkal Tg Malim Namakkal · Top Commenter
      Norzan Kh Yeet ,mau brahim katak ke Perak sorryla di Perak dah banyak sangat yg dah kena HIV tunggu nak mampus.lagi pun kena mintak kebenaran drpd bapak segala katak nak tau sapa dia ceng2..........sapa lagi N59 la .hahahaha
    • Noo Rey · Top Commenter
      PATUTLAH 2/3 hari ni Kilat Sambar -menyambar rupanya dia ni ...NAK KLUA.. Terkadang Aku masih memikir apa yg buat tengkok dia asyik Gatal je.
    • Omar Jais · Top Commenter · Works at JKR dan RTM
      Mengkhianati pngundi2 yg myokong kamu memenangi kwasan Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS,dan slepas tu declare jadi calon bebas mesra Um...NOK pun dikira berdosa...apa komen kamu?...jgn pi jauh sampai ke Batu Caves...hal berlaku dlm kain kamu tu pun kamu ta nampak!
    • Arizam Shaila · Top Commenter · Works at PDRM
      Mohd Zaki itu pun kalau menang parlimen,kalau kalah ketua umno bahagian je lah.
    • Paya Datu · Top Commenter · Congo
      Perkasa ni badan bebas ke biro penerangan Umno Pasir mas?
  • p479609 (signed in using yahoo)
    woi brahim kangkong...perpaduan palak hotak hg. itu nama bodek kaum india. kami bukan bodoh mcm hg. lain la hg terserlah kebodohan bagi kaum cina envelope puteh.
    • Ahmad Zaihan Amran · Sek men seri teja gopeng perak
      kalo kangkong ok lagi bleh makan, ni bukan kangkong tapi kongkang... hahahhaa
    • Zul Johari · Pengulas Tertinggi
      Katak Longkang ha.ha.ha
    • Jin Po Buragas · Pengulas Tertinggi · University of My Own
      Woi Brehem dFrog bawa obor ke ikut jubor BikMAMA...Brehem2 org Klate semua bijok kecuali mu BODO NAK MAMPOS!
    • Nasruddin Sidek · Kangar
      Awat buyers teruk sangat Ibrahim nih..... ini yg dikatakan pemimpin belum abis berbicara, dia dah angguk tanda setuju... Kaki ampu nombor WAHID......
    • Mnoor Mansor · Top Commenter
      Masalahnya Brahim ni tak baca Malaysiakini tp dia baca Utusan Meroyan. Sbb tu komen Harussani dia tak baca. Komen Harussani ialah dah byk kali (ertinya lebih sekali la tu) ditegur tapi buat jugak... Apa itu dinamakan "TAKSEMPAT MENGAMBIL NASIHAT DR MUFTI or ULAMA MUDA UMNO" ka namanya tu...... Baghal punya MP.... Nak kuag statement tak kaji dulu, main bedal ikut sedap mulut jer. Bila org kata PERKASA penabur fitnah or kumpulan ekstrem marah.... Allah taala bg akal gunalah sebik2nya. Jgn ikut sedap mulut jer... PRU13 mu dah Xda dlm senarai PR or UBeNd dah Brahim oooiiiiiiii..... MCA, GERAKAN or MIC pon X suka kat hang. PR lagilah menyampah....
    • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam Kelang
      Kah...kah...kah....Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu.

      Kah...kah...kah...."Datuk Najib mungkin pergi ke Thaipusam, mungkin dengan niat dalam konteks untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia.Korek...korek...korek...
    • Kun FaYa Kun Trg · Top Commenter
      Woi brahim bengong...Lagi demo kecek bab Thaipusam lagi napok belit rupo thaipusam jugok..duk diem jah demo katok pise..
    • Che Intan Haque · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
      bukan kangkong sekarang dah jadi tahap berahim kangkang. penjilat no 1. jilat la berahim sapa mampos.
    • Mohd Mahathir · Top Commenter · Oxford university london
      Tahniah Datuk..ulasan yg ringkas tp berisi. Rakyat mst memahami dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, toleransi dan perpaduan menjadi teras. LOgik ke PM ada kat BT Caves nak jual agama??? Kita tggu je apa kata Majlis fatwa atau ulamak yakni org yg lebih layak beri ulasan...bukan pencacai PAKATAN yg berlagak pandai. Puak ini kan cari salah org dan mencaci aja..itu aja kebijaksanaan nya dalam memperbodohkan diri yg sedia bodoh.
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      berahim katak buat kenyataan tak ikut hukum,dia buat2 tak faham antara pergi kuil budha dan ikut sama dalam perayaan taipusam,dia tak ikut ajaran islam yang betul,bela pm sebab nak jadi calon p raya ke 13.
    • Rahman Ramli · Top Commenter · Tak sempat habis cikgu mati
      ibrahim ali kan bodoh nak mampus tak ada otak apa punya fikiran la dia ni... bangang nak sampai mampus memalukan melayu dan islam je dia punya kenyataan..... memang binatang tul la dia ni nak membodek pun jangan la sampai jadi bodoh satu badan...ekkkkkkkkkkkkkk tuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • Adam Ramli · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
      malaun punya katak...nak mengampupun janganlah yang HARAM nak di HALALKAN.
    • Mat Akmal Akmal · Top Commenter · Works at Felda lu
      Biasa la presiden Perkasam ni,,,bodek la nak masuk UMNO semula..obor perpaduan konon...!!
    • Ashraf Aidil · Seri Kembangan
      Mohd Mahathir oii.. hukum dah sgt jelas.. mufti dah cakap..dalam paper pon ada.... ko naik keretapi pukul berapa ni??
    • an_supercharger (signed in using yahoo)
      Mohd Mahathir ko lebih hebat dr ulamak ke... kitab mane ko mengaji kalu ko dh mngaji smpai kitab hikam buat komen cmni baik ko ngaji smula dr bwh.. dh harusaini buat kenyataan lg mau pertahan si najib ape jenis manusia ko nih
    • Zanirun Baba · Top Commenter · Phnom Penh
      Mohd Mahathir ..Dgn penjilat dan pencai MELAYU UMNO NI..Kita gunakan bahasa kasar dan kesat SEBAB NYA TU YG PALING MULIA BUAT ..melayu bangsat ni!

      ABU..ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Dato Hilmi · Top Commenter
      Mohd Mahathir,Brahim Katak dok jilat jubur Najib hang pulak jilat jubur Brahim.Baguslah tu ampu-mengampu memang amalan UMNO dulu kini dan selamanya.Itu pasal UMNO skang dah nak tumbang pun masih nak menjilat lagi.Nanti Anwar jadi PM, muka macam Brahim katak dan muka hang nilah yang dulu pergi jilat jubur Anwar pulak.Dasar melayu bangsat.Tak ada maruah diri.Puak macam korang semua inilah jadi pencacai British dan jepun zaman dulu.Kerja mengampu untuk keuntungan diri sendiri biar pun Negara tergadai.Buat malu bangsa melayu je hakkk...tuihhh..
    • Pttold Schools ·
      Ahmad Zaihan Amran ,,,+ SKITTT,,,,KONGKANG NYANYOK
    • Arongan Sebang · Top Commenter
      braim kau dah tau bertentangan akidah dan syariat..yg hang kata najib bawa obor buat ape..baek kau kata najib bawa kelapa pastu pecahkan kat jalan pastu rosmah kutip kan elok..apa punya katak ni
    • Zul Zm · Top Commenter · SGB
      Mohd Mahathir tak pyh tunggu fatwa pun dah terang lg bersuluh. betul la kata datuk harussani. syirik. masuk rumah ibadat agama lain tak salah. nak solat dlm tu pun tak salah. yg salah meraikan sambutan agama lain. maknanya kita setuju ada tuhan lain selain allah. itu yg syirik jadinya. pak berahim pun mcm tak tau. sengaja putar belit. TGNA mmg ada pergi rumah ibadat agama lain tapi bukan masa perayaan. tak gitu.
    • Nasir Mohd · Top Commenter
      selama ni tak pernah bawa obor perpaduan ke? heh heh heh dekat pilihanraya macam2 perpaduan plak, tak kra tempat pak tu, heh heh heh
    • Miskan Mis · Top Commenter · SAINTIS TEMPE at Kilang tempe
      Ha yo yo braahemm.. itu hari lu cakap selamatkan akidah.hari lu apa boleh cakap.
    • duliza_abnor (signed in using yahoo)
      dek dek dek bo bo bo bodek............
    • Norzan Kh Yeet · · Top Commenter · Sek men clifford kuala lipis
      Mohd Mahathir kesianko.semua org kutuk ko.lain kali jgn buat bangang sangat.duduk kat umah nangis lagi bagus.
    • Ahmad Termizi Bin Hamidunsani
      bangang pernye.. kat kelantan semua pemimpin kerajaan negeri kelantan orang islam.. dalam kerajaan malaysia da takde menteri agama hindu ker...
    • Pakchu Pkb · Top Commenter · The Ohio State University
      Mat Akmal Akmal -OK BERTANDINMGLAH DIKAWASAN RUMAH DIA, WAKAF BHARU. TANAH SAWAH SEKELILING RUMAH DIA BANYAK. KLU KALAH, BOLEH JADI PETANI...
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      jgn layan arr dia ni..dh nanyok mcm dr m gak
    • Mohd Murtadha Mohd Norddin · Top Commenter · Works at Swiss Federal Institute of Technology Zurich
      aduhai mohd mahathir.. hang pun nak jadi mufti jugak ke?.hai kuat hang jet brahemm ni, ada apa2 ko?hang kenal ke brahemm tu.selain katak dia tu orang panggil mat boom.tapi ambo rasa demo boleh dok serumah dgn dia.he.he.
    • saadabd_2010 (signed in using yahoo)
      Jin Po Buragas pok brehem kali ini masuk tanding PRU13 guna lambang katak demam.???
    • Nizman Ella · Top Commenter · Maritime Academy Malaysia
      Mohd Mahathir : Saya kira anda munkin salah saorang (atau satu-satunya) calon yg layak untuk anugerah ibrahim ali (jika anda frm itm) dan menang wang ...-Bangga gila Ibrahim ali dgn anda.....tapi kami tidaaak.
    • Razalisolution Latif · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Mohd Mahathir -Kamu ni Oxford Uni Pasir Mas ke? Sejak bila pulak si Berahim tu jadi ulamak(ular dlm semak) nak mematuk tak tentu pasal? Kan ke Mufti Perak dah sebut yang ianya boleh merosakan Akidah, tambahan pula ada patung Najib yg lebih besar dari yang ada kat Bt Cave. Masa Mahatir dan Pak Lah jadi PM dulu dia cuma hantar wakil saja. Sepatutnya Najib boleh hantar Panivel atau S Subramaniam sebagai wakil ketua kerajaan sebab kedua2 nya adalah menteri kabinet. Satu ketika dulu Menteri Besar Selangor{UMNO} pernah hadir dan akibatnya pentas utama telah roboh..dan ada yang cedera. Agak nya Punahsihat Agama Najib MC pada hari tu.. Tiba2 Berahim pulak kata Obor Perpaduan..Hukum hakam dlm Islam tak boleh kompromi.. Kpd Berahim..Selamat Bertanding di Pasir Mas guna logo Bee End.
    • Wilan D Bulan · Top Commenter · Works at Satelit puaka kuala lumpur malaysia
      deepavali dia sambut...thaipusam pun dia join siap dgn gambar gergasi lagi kt patung2 berhala tu...agak2 lah klu nk bodek pun brahim katak kodok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan