Isnin, 13 Februari 2012

BIASALAH LA TU..MENJADI PROGRAM POLITIK...BAGAIMANA YANG LAIN...DI TV..DI RADIO...DI AKHBAR..DAN ACARA LAIN...DULU ORANG TERIMA..LAH NI TIDAK...SEBAB RAKYAT DAH CERDIK

Shahrizat senasib dengan Najib

Subky Latif, 13 Feb 2012
MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.
Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.

Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat  saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan  isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.

Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya  disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.

Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.

Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya  saja.

Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.

Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.

Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya.  Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.

Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah  dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.

Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.

Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.

Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.

Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.

Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya  dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.

Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.

Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.

Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.

Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.

Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi

Harakahdaily, 13 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang kelmarin.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.

“Lebih mendukacitakan apabila kumpulan samseng itu mengganggu ceramah sekumpulan mahasiswa, yang sudah tentu mereka ini bukanlah lawan ‘fizikal’ yang layak bagi samseng terbabit,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kecewa kerana insiden itu berlaku buat kali kedua selepas ceramah ‘Asalkan bukan Umno (ABU)’ yang diadakan di Jalan Kebun, Klang (gambar) beberapa minggu lalu telah diganggu dengan serangan ganas oleh sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan peserta ceramah tersebut.

Tambahnya, insiden kedua pula berlaku di kawasan yang tidak jauh dengan insiden pertama, seolah-olah ada kawasan tertentu menjadi ‘sarang kumpulan samseng’ yang akan menggangu ceramah siapa sahaja daripada pihak pembangkang atau rakyat.

Apa yang menghairankan, katanya bagaimana kumpulan samseng boleh dibiarkan hidup bermaharajalela tanpa pemantauan atau tindakan tegas dibuat.

“Adakah mereka ini sengaja ‘dibela’ atau ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan bagi ‘memutihkan’ kawasan berdekatan daripada ceramah aktivis atau pemimpin Pakatan Rakyat serta menghalang rakyat daripada mendengar ceramah mereka?” soalnya.

Lebih dari itu, kata beliau tindakan keganasan dilihat semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke 13, seakan-akan ada suatu tekanan daripada pihak tertentu yang merasa terancam dengan sokongan dan sambutan rakyat.

Katanya, lebih membimbangkan adalah budaya samseng dengan menjadikan keganasan, ugutan, pukul dan mencederakan semakin menular bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat.

“DPPM menganggap ini merupakan langkah terdesak pihak tertentu bagi menghalang suara rakyat dalam menyampaikan pandangan mereka dan seterusnya menafikan rakyat daripada mendengar kebenaran daripada hujah yang dikemukakan.

“DPPM bimbang sekiranya budaya ini tidak dicegah, semakin kuat tindakan jahat dan kotor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga boleh membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” ujarnya lagi.

Oleh itu, ujarnya DPPM meminta pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pelaku keganasan dalam insiden tersebut dan memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi.

Sepatutnya, kata beliau insiden pertama menjadi panduan bahawa kawasan terbabit atau berdekatan dengannya memerlukan pengawasan ketat supaya mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh sesiapa juga perlu dilindungi bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

NCR: Orang Asal Tambanuo jawab Peguam Besar Sabah

James Ait, 13 Feb 2012
Kenyataan Datuk Roderic Fernandez, Peguam Besar Negeri Sabah pada Jumaat lalu bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya  tidak ada NCR selepas tahun 1930, merupakan serangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO terhadap hak dan martabat Tambanuo di Sabah.
Siapa pun juga penggubal Ordinan Tanah Sabah dan apa juga peruntukan-peruntukan yang digunapakai dalam usaha untuk menghapuskan Hak Asasi Tambanuo di Sabah, ianya tidak mampu menidakkan keujudan dan mengurangkan sedikit pun martabat dan kesejahteraan Tambanuo di Sabah yang diiktiraf oleh masyarakat dan kuasa antarabangsa.

Artikel 24 hingga 31 bahagian 6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) adalah suatu penghormatan dan pengiktirafan Badan Dunia terhadap Orang Asal termasuk Tambanuo di Sabah dan Sarawak.

Malaysia, di bawah kuasa kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO berusaha menafikan kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud.

Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO juga pura-pura tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah ke Malaya dan puluhan billion ringgit cukai daripada Sabah di hantar ke Malaya setiap tahun untuk memelihara Malaya. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah dan puluhan billion ringgit cukai Sabah, telah memajukan wilayah Malaya.

Hari ini masyarakat Tambanuo sedang berhadapan dengan penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya yang kita pelihara tidak kurang daripada empat puluh tahun. Mereka tidak tahu berterima kasih langsung. Itulah sebab malapetaka politik sering menimpa mereka sekarang.

Masyarakat Tambanuo Sabah hanya ada dua pilihan. Masyarakat Tambanuo perlu bersatu dalam pilihanraya yang hampir tiba berjuang dalam satu parti STAR untuk menghalau UMNO dari Sabah. UMNO telah menggugat kesejahteraan dan keharmonian Orang Asal di Sabah.

Sesuai dengan pengiktirafan dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Orang Asal, masyarakat Tambanuo berhak untuk memilih melaksanakan Artikel-artikel 32 hingga 36 Bahagian 7 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal. Sudah tentu Orang Asal berhak mendapat perlindungan keselamatan daripada badan dunia itu.

Penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya dan kegagalan persyarikatan Malaysia terhadap rakan kongsi Sabah dan Sarawak, seolah-olah memberi Tambanuo ruang untuk memilih melaksanakan pemerintahan sendiri dan melaksanakan Undang-undang Asal Orang Asal di Sabah.

Sekian.

Artikel di atas adalah kenyataan media penulis selaku Ahli Jawatankuasa Pusat Star, Sabah chapter, pemimpin masyarakat Tambanuo Kinabatangan.

Guru kesal Karnival PIBG jadi program BN

Ahmad Danial, 13 Feb 2012
BUKIT KATIL, 13 Feb: Beberapa orang warga pendidik sekitar Parlimen Bukit Katil kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Melaka yang menggunakan kuasa politik untuk mewajibkan guru-guru dan murid-murid hadir pada Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu.


Lebih malang lagi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga dilibatkan untuk menjayakan program tersebut.

Walaupun program itu dilihat sebagai anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri tetapi jelas ianya dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program.

Surat jemputan program tersebut ditandatangani sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Osman.

Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aini Othman, 42, dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu itu terpaksa menangguhkannya semata-mata kerana karnival tersebut.

"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN.

Rakan beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36, berkata sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuk sekolah agama.

"Sekolah-sekolah wajib menghantar penyertaan, kalau tidak guru yang tak datang dikenakan surat tunjuk sebab.

"Bayangkan sekolah-sekolah parlimen Bukit Katil ada lebih kurang 35 buah sekolah, mereka akan dapat berapa sumbangan dari PIBG, duit itu pula siapa yang dapat," tambah Azani yang tinggal di Ayer Molek.

Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56, berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.

"Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival.

"Nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibu bapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN," katanya.

Antara pemimpin BN yang hadir selain Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan