Jumaat, 24 Februari 2012

BAGI SAYA NEGERI YANG MISKIN IALAH NEGERI YANG PALING BANYAK HUTANG...MACAM ORANG JUGA...ORANG BANYAK HUTANG ORANG MISKINLAH...ORANG TAK DE HUTANG MEREKALAH YANG KAYA...NAK KE SERTA...ORANG MENDEBIK DADA ORANG PANDAI..TAK KAN NAK BERPANAS2..BERSESAK2...BERKEADAAN TAK SELESA PULAK...SILAP2 KENA PEMEDIH MATA...

Mahathir: Jangan ulas apa anda tidak tahu

Harakahdaily, 23 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tidak mengulas isu 'bai'ah' dalam PAS kerana tidak semua benda yang beliau ketahui di dalam dunia ini.

(Laporan akhbar Umno, Utusan hari ini)


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, adalah lebih baik Mahathir diam sahaja dalam isu ini kerana beliau tidak tahu sebenarnya apa dia bai'ah dalam PAS.

Mustafa mengulas ulasan Mahathir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mahathir, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli PAS berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

"Sebab itu saya kata, Mahathir tidak perlu ulas semua perkara. Dia tidak tahu hal bai'ah ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, bai'ah dalam PAS sangat tersendiri kerana kesemua pemimpinnya berbai'ah untuk menegakkan perjuangan Islam di negara ini.

"Oleh itu, bila Mahathir minta kita berbai'ah kepada Allah dan bukan pemimpin, saya kata Mahathir tak perlulah ulas semua benda atas dunia ini...buat malu sahaja," kata beliau.

Tahniah MB Kedah hidup semula Kampung Buku

Salmah Mat Husain foto Rizal Tahir, 23 Feb 2012
KOTA BHARU, 23 Feb: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Canter (KTC), Aziz Desa (gambar)  mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana telah merasmikan 8th International Booktown di Kampung Buku, Langkawi.

Menurutnya, pelancaran pada 13 Febuari lalu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menggambarkan kerajaan negeri itu mementingkan budaya membaca dan ilmu.

Aziz Desa adalah Setiausaha Akhbar kepada MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid ketika Kampung Buku dilancarkan di Langkawi dahulu.

Aziz yang juga personaliti TV9 memberitahu, beliau menitis air mata apabila terbaca perkembangan kerajaan Kedah sekarang yang menghidupkan semula ‘Kampung Buku’ yang tidak berjaya sebelum ini walaupun ianya telah cuba dihidupkan oleh Menteri Besar Kedah yang terdahulu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dalam sesi temuramah dengannya di KTC tengahari semalam.

Menurutnya lagi, usaha Azizan menghidupkan semula Kampung Buku yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara itu membuktikan pemimpin tersebut seorang yang cintakan ilmu.

“Ianya  cukup membuktikan kepada kita beliau seorang yang mementingkan budaya membaca bersesuaian dalam Islam itu sendiri mengutamakan membaca iaitu ‘iqra’ ,”ujarnya.

Menurutnya, kerana kegagalan Kampung Buku yang telah diperkenalkan tahun 1992 di Langkawi, ia telah di bawa ke Melaka walaupun ianya tidak berjaya sepenuhnya.

Jelasnya, beliau sendiri tidak terfikir Kampung Buku akan dihidupkan semula oleh kerajaan negeri hari ini.

Anak kelahiran Pulau Langkawi itu seterusnya memberitahu Kampung Buku mampu menarik ratusan juta pelancong setiap tahun sekiranya ia diadakan dengan baik sebagaimana yang telah berlaku di negara barat.

“Saya berharap Kelantan sebuah negeri yang mementingkan ilmu Islam juga sewajarnya mengadakan program sebegini kerana banyak manfaat yang akan diperolehi,”ujarnya.

Perasmian Kampung Buku oleh Ustaz Azizan baru-baru ini turut dihadiri delagasi luar negara.

Sabah sebenarnya paling miskin - Husam

Rizal Tahir, 23 Feb 2012
KOTA BHARU, 23 Feb: Pakatan Rakyat akan menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.

Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

“Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya,  tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,”ujarnya.

Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.

“Saya sebenarnya  sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.

“Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.

Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.

Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.

“Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,”ujarnya.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi  wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

“Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.

“Malah baru ni pun Perdana Menteri  sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri  dan kini Perdana Pernteri,  tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,”ujarnya.

Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.


Hina al-Quran: Umno, Jati digesa sertai demo esok

Harakahdaily, 23 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, esok sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin. Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak perikemanusiaan dan menghina agama Islam.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam.
Tegasnya, al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri.
“Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia.
“Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu.
Katanya, Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat.
“Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat ‘Big Brother’ Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?” tanya beliau.
Menurutnya, mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana.
Mungkin juga, ujarnya pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam’ di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.
Justeru itu, katanya DPPM menggesa Umno dan rakan NGO bersamanya termasuk Jati untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan itu sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam.
“Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap Umno dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas,” ujarnya.
Namun demikian, jelasnya yang mengecewakan ramai adalah Umno dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas.
“Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam,” ujarnya.

Tanah Felda: Zaid sokong Kelantan, minta negeri lain ikut

Harakahdaily, 23 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tindakan Kelantan mahu mengambil alih tanahnya jika Felda menyerahkannya kepada Felda Global Venture Holding (FGVH) di sokong oleh bekas defacto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).

Bagi Zaid, langkah Kelantan ini patut diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri lain kerana tanah ini sepatutnya diberikan kepada peneroka dibawah Akta GSA 1960.

Zaid, Presiden parti KITA berkata demikian melalui Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik sekumpulan peguam bagi memberikan nasihat berhubung perkara ini.

Ini kerana, tindakan Felda ini salah jika tanah itu diserahkan kepada FGVB dan akan dicagarkan pula untuk mendapatkan pinjaman wang.

Kelantan telah menyerahkan 55,500 ekar tanah kepada Felda tetapi tidak dimasukkan peneroka oleh Felda.

Ia hanya dijadikan ladang dan diuruskan di bawah Felda Plantation.

Menurut Husam, dalam perjanjian itu hanya dua pihak sahaja yang berhak memiliki ladang seluas 55,500 ekar itu, iaitu peneroka Felda atau Koperasi Peneroka Felda.

“Buat masa ini Felda Plaintation dimiliki 51 peratus oleh peneroka  melalui Koperasi Peneroka Felda, namun sekiranya ia  dipajak pada Felda Global Ventures Holdings, pihak koperasi peneroka  hanya memiliki 37 peratus.

“Akibatnya koperasi bukan lagi pemegang majoriti dan ini melanggar Akta GSA 1990,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco, tengah hari semalam.

Husam menambah, Kelantan berhak mengambil balik ladang itu untuk diagih pada peneroka baru.

“Sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru akan disenaraikan di negeri ini dengan agihan 4 hektar kepada setiap peneroka baru,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan