Selasa, 21 Februari 2012

AGAK2 SAPE YANG BACUL...MASALAH DEBAT NI...MEREKA YANG PENIPU...MEREKA YANG PUTAR BELIT..AMBIK HAK RAKYAT...KAYAKAN DIRI DAN KRONI...MEREKA MEMANG SEDAR..MEMANG ADA RASA BERSALAH...TAPI PERASAN BERSALAH TU DIBUANG JAUH2...DIAKHIRAT AGAK2NYA ORANG2 INI NAK LARI KEMANA...

Guan Eng: Najib main api dengan sokong PERKASA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang bermain dengan api dengan menyokong kumpulan pelampau Melayu PERKASA, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

lim guan eng at asli debate 200212 01Mengulas kehadiran isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu, Lim (kanan) berkata sokongan itu tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaan.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu, jelas membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong “pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

NONE"(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".

Pada Sabtu lalu, Ibrahim memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".
Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

NONEMalah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.
Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA  turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

Abdul Hadi juga sedia berdebat dengan Najib
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.

"Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz.

"Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah."

Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat.

NONEPada masa itu, katanya, Profesor Diraja Ungku Aziz, juga telah dilantik bagi mempengerusikan perdebatan yang bertajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?", tetapi debat itu dibatalkan pada saat-saat terakhir.

"Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin (kanan) untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya.

Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno.
Dr M: Tiada apa yang perlu didebat dengan Anwar
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mahathir in perdana university event 150212Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.

"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.

"Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.

Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

lim guan eng chua soi lek debate question from audiencePada  sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.

Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.

Ditanya mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai projek IC di Sabah terhadap pendatang asing, bekas perdana menteri itu berkata:

sabah illegal immigrant"Saya rasa ini adalah satu masalah... Tidak perlu kepada suruhanjaya siasatan diraja untuk membuat perkara ini. Kerajaan perlu mengumpul statistik mengenai perkara ini".

Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ibrahim Ali.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai keperluan untuknya berdebat dengan Anwar.

Ibrahim mendakwa ketua pembangkang itu "tidak relevan" dan "tidak ada pendirian moral untuk debat dengan perdana menteri"

"Apalagi kita nak debat dengan dia. Kita dah kenal dia. Kalau kita kenal dia, perangai dia, apa lagi kita nak debat.

azlan"(Tetapi kalau saya) debat dengan Lim Guan Eng ada keperluan, nak tahu siapa yang rasis. Ini yang menarik," katanya

Ditanya berhubung dakwaan kapal Israel berdagang di negara ini seperti yang didedahkan oleh sebuah NGO PKR hari ini Ibrahim perlu melihat bukti dan mengetahui secara terperinci tentang latar belakangnya.
PERKASA cabar DAP berdebat tapi tanpa hadirin
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan siapa sebenarnya yang rasis.

"Sekarang trend debat sudah bermula, saya cabar Lim Guan Eng, untuk berdebat dan saya bersedia, debat atas tajuk " Who is more racist, DAP or PERKASA.

NONE"Dan siapa yang pencetus huru-hara, DAP atau PERKASA dan biarkan rakyat menghakiminya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas pada sidang medianya di Putrajaya juga mencadangkan agar debat tersebut diadakan tanpa hadirin tetapi perlu disiarkan secara langsung di stesen TV dan dipengerusikan oleh moderator yang adil.

"Saya cukup berminat untuk mengemukakan bukti termasuk keratan akhbar dan resolusi bahawa DAP adalah rasis dan mencetus huru hara," katanya.

Beliau juga berharap Lim mampu mengemukakan bukti, bahawa PERKASA adalah pertubuhan rasis dan pencetus huru hara.

Katanya lagi, debat itu boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Pada sidang akhbar itu, Ibrahim juga berkata PERKASA sedang menimbang cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Lim kerana mendakwa setiausaga agung DAP itu menuduh NGO itu sebagai pertubuhan rasis dan membuat huru hara.

NONEMenurut beliau, Lim membuat tuduhan "memfitnah" terhadap PERKASA dan tuduhan tersebut diulang dalam debat MCA-DAP baru baru ini.

Malah, tegas Ibrahim, pihaknya juga sedang meneliti rakaman video berhubung debat tersebut hujung minggu lalu.

"Saya sudah mengarahkan peguam PERKASA untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang, saman Lim Guan Eng.

"Tuduhan beliau tidak kita biarkan berterusan dengan melabelkan PERKASA ini pertubuhan (mahu menimbulkan) huru-hara. Atau nak tutup pekung sendiri, bahawa DAP yang racist, tapi lontar kepada orang lain yang racist," katanya.

Menurut Ibrahim, PERKASA juga berkemungkinan akan mengsapina ketua polis negara untuk memberi keterangan di mahkamah sama ada pertubuhan itu ingin membuat huru hara atau rasis.

NONE"PERKASA selama ini, tidak pernah terlibat dengan protes jalanan tanpa permit atau pergi ke jalan raya," katanya lagi.

Sebaliknya, Ibrahim mendakwa, pihaknya mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan.

Bagi beliau, pihak lain yang mengecop dan membentuk persepsi bahawa pertubuhan itu adalah rasis.

"Jadi kami mahu pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan