Rabu, 25 Januari 2012

YANG BAIK DAN YANG JAHAT MESTI@TETAP MATI..SIJAHAT BIASALAH AKAN DISEKSA DALAM KUBUR...AKHIRAT MASUK NERAKA...CUMA BIASA ORANG JAHAT TAK FIKIR BEGINI

Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

abu ceramah disturbed 220112 04Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

AirAsia disaman di Australia

AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tampang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

"Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggal keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media.

AirAsia tidak dapat dihubungi dalam tempoh segera bagi mendapatkan ulasannya.

  • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
    kalau di malaysia bukan airasia sahaja yg patut kena saman, mcdonald/kfc serta macam2 makanan segera tidak melatakan harga penuh termasuk cukai kerajaaan, ini semua bukan dasar syarikat tetapi dasar kerajaan umno/bn untuk merembat duit rakyat....
    • Tariq Ziyad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
      Beza negara luar telus dan tegas. Malaysia kena kipas dengan wang ringgit + dollar langsung mengelupur..terutama KASTAM dan IMEGRESEN.
    • Ubah Rakyat Mansang · Pengulas Tertinggi
      MAS pun sama
    • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
      terkini mendengar berita akan dilaksanakan sesiapa yg membuat lisen memandu kereta auto dengan kereta manual dah diasingkan ,menghalalkan cara untuk rembat duit rakyat.......
  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Kalau di Malaysia charge tersembunyi ni perkara biasa. Sejak dari dulu Air Asia buat tambang spt itu. Misalnya mula2 dia nyatakan tambang sbyk RM50. Namun bila pelanggan dah setuju atau comfirm nilai keseluruhan tambang itu akan dikeluarkan termasuk cukai lebih RM100.
    • Pprt Tsekah · Pengulas Tertinggi · Sekolah Pondok Rembia
      Pakai Otak ..... aku setuju , dah ler gitu, masa plak x tpt, asyik delay ajer , charge berganda jangan citer ler, sume kena .... skrng kat aussie baru tau .... selesaikan ler
    • El-Haneef Satc · Pengulas Tertinggi
      Emmm... sanjunglah Tony Fernandez tu lagi. Genius or whatever. 3rd country mmg boleh main benda macam ni. Nak pegi international, tak dapat.

      Sini Malaysia, boleh lah survive sebab ada kabel politik. Boleh buat keras tak bayar hutang. Boleh buat keras tak ikut regulation. Orang Malaysia tak exposed lagi game dalam airline.

      Tak apa, ada lori ada bas. Sampai masa kabel dah kong, jangan terbabas pula nanti.
    • Bako Tok Janggut · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
      Bisnes loyar buruk. Kat Malaysia bolehlah buat macam tu. Dia ingat orang Australia 'bodoh' macam orang Malaysia. Padan muka.
    • Joe Faris · Top Commenter
      alo bro..apa pun airasia jauh lg murah dr mas..pg.uk 2-3k je..dr mas 6-8k...pg bali 500 je return dr mas 1k lbh
    • Joe Faris · Top Commenter
      Bako Tok Janggut lu sakit hati dgn airasia kenapa..lu pg naik masla..lu org kaya kan..
    • Joe Faris · Top Commenter
      El-Haneef Satc org umno mmg anti dan sakit hati dgn airasia punya pencapaian..oi terima la hakikat mas mmg boddoh berniaga
    • Syaheed Noor · Top Commenter · Port Kelang, Selangor, Malaysia
      Dah namnata Air Asia,, semua dibodoh2kan .,, caj macam2 caj,, habis duit kita dikebasnya dengan tambang murah tapi kena bayar parah.
    • Black Soy Factories · Top Commenter
      Joe Faris Airasia sebenarnya lebih mahal dari MAS. MAS mahal, atleast ada makan, hospitality bagus dan bagasi x kedekut. Airasia cuma boleh diadjust harganya dgn mengurangkan perkhidmatan yg sediakan walaubagaimanapun saya amat sokong airasia disaman kerana sistem online airsia amat mengelirukan. Saya pernah terkena caj unknown RM10 yg mana Airasia tidak nyatakan apakah caj itu, bukan caj bagasi, caj kerusi atau lain2..
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Joe Faris - kenapa pula org UMNO anti Airasia? Tauke Airasia behind the scene tu orang UMNO. :). Banyak lagi hang tak tau ni. Tony Fernandes tu puppet ja ....
    • Sulaiman Abu · Open University Malaysia
      Setakat ini dah 2 kali adik saya terkena...Adik saya pernah beli tiket untuk musim perayaan. Lagi 2 hari nak berlepas, ada kerani dia call, kata flight ditunda ke tarikh seminggu berikutnya sbb kapalterbang tengah repair...bila check pd hari yg dah ditempah awal tu, rupa-rupanya ada flightnya terbang. Maknanya tiket adik saya sebenarnya kerani tu dah dijual pd org lain dgn harga yg tinggi (sbb hari perayaan), betultak?
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Tony pun dah fikir, kalau Air Asia lingkup, dia tau kerajaan akan sudi bail out. Alasan basi, nak selamatkan pekerja2 yang ramai. Lepas tu boleh cabut lari. Apa yg hairan, kenapa Air Asia boleh tertunggak berpuluh juta RM bayaran cukai lapangan terbang kpd MAB, sedangkan penumpang dah bayar terus masa beli tiket. Kalau rakyat tak bayar cukai, rumah dah kena sita walaupun nilai cukai cuma RM1-2k saja. Inilah bahaya sistem Kapitalis!!! ABU!!!!
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Jamil Awab - depa parking pun tak mau bayaq, boleh la cerita tambang murah no. MAS staff kena ikut regulation. Ariasia staff, kalau buleh tukang lap cermin kapalterbang tu depa nak suruh jadi pramugari. Actually, ada regulation utk certain responsibility mana MAS terpaksa follow. The funny thing is Airasia kebal, tak payah follow. By following the regulation, MAS kena staffing lebih orang.

      Pada pendapat saya, kalau orang yang betul diletak didalam pentadbiran MAS menggantikan board yg ada skrg, saya bagi 5 bulan, Airasia melingkup habis.

      MAS mmg perlukan pembaikan pengurusan, tapi Airasia tidaklah sehebat mana.
    • Mohamed Tarmizi Ahmad · Top Commenter · RAF College Cranwell, Kingston U Surrey, Cranfield U Bedford
      Ada juga bekas MB yang kena dakwa di Australia membawa wang yang melebehi tahap tampa 'declaration'. Beliau mengaku tak faham bahasa English.
    • Mohd Zahari Che Lah
      everyone can fly ''''''''''''''sendiri mau ingat.
    • Zainal Abideen Dan Zaleha · Top Commenter
      bn pun kaki tipu 2x lima. Pergi Australia habis
  • Iffliea Abdullah · Top Commenter
    Tony belit rakyat di third country bolehlah, bila nak belit rakyat kat negara maju terimalah padahnya.
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Semuanya tersembunyi untuk menipu rakyat. Ini adalah legacy UMNO/BN.
  • Mohd Faridz Ismail · Kuala Lumpur, Malaysia
    kena saman bang? aiyaaa...tak dpt la nk g australia lepas ni....kekeke.
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mohd Faridz Ismail, kau ingat Air Asia sahaja yg terbang ka Australia? Kalau nak pergi, pergi, jg tak pergi He he
    • Joe Faris · Top Commenter
      Musalmah Shaari kaya nya lu ni..airasia la jauh lg murah dr mana2 air lines..ke lu tk pernah travel ke mana2?
  • Ansar Durahim Puang Nakarung · Top Commenter · Works at Di Bumi ALLAH
    ya betul hanya negara dunia ke3 saja..big company boleh berlegar2 sukahati emakbapa dia mau tentukan cukai nyata dan trtapuk...pemikiran rakyatnya pun dunia negara ke-3. sekali kedapatan ke luar negara baru big.company dia tau..saya amat setuju dgn El-Haneef tuh. kali kedua kes yg melibatkan dgn negara Australia ini..bekas MB S'gor dulu bawa keluar duit CASH jutaan ringgit dlm suitcase pula tuh...bikin malu rakyat Malaysia saja..nasibbaik masa belumcukup umur mengUNDI, walau saya TIDAK undi ini umno be end, tapi tempias kena kat Rakyat M'sia juga..org luar negara akan brtanya 'APA RAKYAT MALAYSIA TIDAK PANDAI MEMILIH PEMIMPIN KAH?' asyik dengar Rasuah, Fitnah dan mcm2 lagi gempak oleh parti pemerintah umno be end waris penjajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan