Rabu, 18 Januari 2012

SHAHRIZAT OH SHAHRIZAT...LEMBU OH LEMBU...KONDO OH KONDO...BERHENTI O BERHENTILAH...

PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat
Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (bawah) berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.

NONE"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".

"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.

"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu.

  • Bang Wan Pekida · Pengulas Tertinggi
    Sebagai Menteri yang bertanggungjawab pada rakyat Malaysia, Shahrizat perlu berani tampil memberi penjelasan kepada rakyat dan mengemukakan bukti2 sahih menunjukkan bahawa tiada penyelewengan berlaku berkaitan NFC.Bukannya memcaci PKR kerana spin isu ini. Jika tak kerana audit negara memang rakyat tidak tahu akan isu ini. Cara shahrizat menjelaskan isu ini tidak menampakkan beliau sebagai menteri kerana tidak bijak. Beliau menggunakan media2 memberitahu beliau tidak bersalah tetapi mengapa tidak disertakan bukti2 kukuh yang menunjukkan shahrizat dan keluarga tidak bersalah dalam isu nfc. shahrizat menggunakan media untuk menghentam pkr. Biasalah jika bn dapat isu2 sensasi pasti akan spin berita ini dalam media boleh dikatakan tiap2 hari. Sekarang ni Shahrizat telah menggunakan duit rakyat RM250 juta. Bukan 1 jumlah yang kecil. Kalau dilihat bagaimana wang ini dibelanjakan saya amat terkejut dan hairan mengapa tiada tindakan undang2 terhadap beliau. Mengapa hanya seorang datuk ditangkap oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Mengapa tidak suami dan anak2 shahrizat merupakan eksekutif di NFC ditangkap untuk membantu siasatan? Mengapa perlu shahrizat bercuti panjang.Buktikan bahawa shahrizat dan keluarga tidak bersalah.
  • Othman Zulkefly · Pengulas Tertinggi · Uni of Wales, Swansea
    dia nak sinsing lengan dan selak kain dulu, nak berdepan dgn wanita keADILan...., tapi syg lembu dah masuk kondo......
    • Suhaila Ibrahim · Pengulas Tertinggi
      sblm ni dia ingat dgn singsing lengan, ugut nk selak kain maka selamat la dia.. sekali makin lama kain dia makin terselak..
    • Rempit Dari Ampang · Pengulas Tertinggi
      Dia bercuti untuk selamatkan dan hapuskan bukti2 penyelewengan dlm NFC...mana yg boleh bakar....bakar r file nye...mana leh lupus..lupuskan jer document penting kat NFC....tu sb dia amik cuti lama sikit...hahahahahaha
    • Musafir Di Dunia · · Pengulas Tertinggi · Kota Tinggi
      Jgn suruh dia selak kain, nanti ada lembu miang terkam masuk dlm kain dia, ha ha ha...........
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      dah gembala dia si Abang Najib yang suruh cuti.....!!
      orang lain mana dia nak layan.........
    • Amin Ariffin · Smv pertanian rembau
      Musafir Di Dunia jGN yOB, MALU..MALU...RABAK KAIN KENE TANDUK YOB...
SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta

Ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Pasangan dan ahli-ahli keluarga mereka dalam pentadbiran Persekutuan juga akan diperlukan untuk melakukan perkara yang sama.

"Ahli-ahli keluarga akan mengisytiharkan semua aset mereka melalui akuan berkanun untuk memudahkan bagi SPRM untuk memulakan apa-apa siasatan apabila diperlukan," katanya lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

azlanKemelut terbesar timbul apabila keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ia sehingga menyaksikan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu terpaksa bercuti tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama melaporkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mencadangkan salinan fail pengisytiharan harta anggota pentadbiran persekutuan termasuk anggota kabinet, disimpan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pengerusinya Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata selain mencerminkan ketelusan, usaha itu memudahkan siasatan jika berlaku dakwaan rasuah.

"Jadi kita cadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) supaya apa yang telah diisytiharkan di Jabatan Perdana Menteri, satu salinan dipanjangkan kepada kita untuk disimpan di bawah Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

Katanya cadangan itu dikemukakan semasa perbincangan dengan Perdana Menteri pada 12 Dis lalu.

Zaitun berkata pengisytiharan harta itu meliputi anggota keluarga terdekat iaitu isteri, suami dan anak, serta perlu dibuat secara akuan berkanun untuk memudahkan tindakan diambil jika berlaku penipuan dalam pengisytiharan.

"Kalau pengisytiharan hanya melibatkan individu itu seorang sahaja, tidak termasuk anggota keluarga, harta atau aset miliknya boleh dipindahkan kepada nama anak, isteri atau suami," katanya yang berharap cadangan tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata sebagai permulaan, langkah itu hanya kepada anggota pentadbiran persekutuan dan berharap dapat disusuli kerajaan negeri selepas ini.

Mengulas mengenai kerajaan Pulau Pinang yang melaksanakan langkah itu tanpa memasukkan anggota keluarga terdekat, Zaitun Zawiyah berkata: "Saya fikir mereka wajar masukkan anggota keluarga, sebab jika individu itu sahaja tidak memadai.

"...jika mereka tidak ada apa yang mahu disorokkan mengapa tidak."

Berhubung cadangan supaya pembiayaan politik dibuat atas nama parti dan bukan akaun individu, Zaitun Zawiyah berkata saranan itu telah dipersetujui dan dibentangkan di Parlimen.

Diharap semua parti politik akan ambil serius cadangan itu demi kebaikan semua, baik parti pembangkang mahupun kerajaan, katanya.

Keluarga Shahrizat didakwa guna RM600k kad kredit NFC

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

NONESementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.

"Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

"PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.
'Potong gaji RM215,000 sebulan eksekutif kanan NFC'
Pembekuan sementara ke atas atas aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah sia-sia jika ia tidak ada usaha bagi membendung gaji lumayan eksekutif atasan syarikat berkenaan, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

NONEJusteru, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor mencadangkan supaya gaji mereka - secara kolektif berjumlah RM215,000 dikurangkan sebanyak dua pertiga kepada kira-kira RM71,000 sebulan.

“Ini yang sekurang-kurangnya rakyat Malaysia harapkan,” kata Lim dalam satu kenyataan yang juga menamakan pengerusi, pengarah eksekutif, ketua pegawai eksekutif dan seorang lagi pengarah sebagai mereka yang harus dipotong gaji.

"Adakah ini akan dibincangkan dalam kabinet esok? Menteri mana yang akan berani membawa perkara ini pada mesyuarat jemaah menteri esok?” soalnya.

Lim mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat - Datuk Mohammad Salleh Ismail - mendapat gaji bulanan sebanyak RM100,000 sebulan sebagai pengerusi NFC.

Anak mereka Wan Shahinur Izmir, 31 pula dikatakan dibayar RM45,000 sebagai pengarah eksekutif, manakala seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran, 27 pula berpendapatan RM35,000 sebagai ketua pegawai eksekutif.

Seorang lagi anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah, 25, pula dibayar RM35,000 sebulan sebagai pengarah syarikat itu.

azlanBerhubung skandal dan pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan Rakyat, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.

Walau bagaimanapun, Wan Shahinur Izran, semalam mengumumkan bahawa NFC akan menjalankan "perniagaan seperti biasa" dan operasinya tidak terganggu dengan pembekuan aset berkenaan.

Ia untuk selamatkan air muka Shahrizat, kata PKR

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menganggap cuti tiga minggu daripada tugas menteri yang dipohon oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mulai esok - sewaktu siasatan dijalankan ke atas Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) - merupakan "langkah pertama" sebelum digugurkan daripada senarai calon BN.

NONEBeliau juga menyifatkan percutian tersebut hanya satu langkah untuk
menyelamatkan air muka menteri berkenaan.

Saifuddin (kiri) yakin menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak akan disenaraikan oleh perdana menteri sebagai calon dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dilihat sebagai satu satu liabiliti.

Ahli parlimen Machang itu berkata kes yang membabitkan Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno itu, jauh lebih besar daripada yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

"Ini tidak mengejutkan langsung, " kata Saifuddin yang mendakwa bukti yang mengaitkan Shahrizat dengan NFC "adalah terlalu banyak".

Shahrizat menjadi sasaran kritikan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan Oktober lalu.

Laporan itu menyatakan NFC, yang diuruskan oleh suami dan anak menteri berkenaan, berada dalam keadaan "kucar-kacir" selepas diperuntukkan RM250 juta daripada dana awam.

Shahrizat pula bertegas bahawa NFC - yang sedang disiasat berkaitan dakwaan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis - tidak ada kaitan dengannya.

NONEPKR mendakwa NFC telah menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM250 juta untuk projek ternakan lembu itu, dengan membeli hartanah mewah dan tanah yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (kiri) pula berkata Shahrizat sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Beliau sepatut mengambil cuti daripada jawatannya sehinggalah isu tersebut selesai," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan