Kerajaan Selangor menuntut penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin mengemukakan butiran terperinci berhubung dakwaan berlakunya amalan rasuah di negeri itu melibatkan "usahawan Cina".
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ini kerana dakwaan berlakunya pemberian "duit kopi" untuk mendapatkan projek merupakan tuduhan yang serius.
"Kami menuntut RPK (Raja Petra) untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan," katanya.
Dalam wawancara eksklusif di Utusan Malaysia semalam, Raja Petra dilaporkan mendakwa terdapat ahli perniagaan Cina di Selangor bertemunya dan memberitahu mereka masih perlu membayar bawah meja RM2 juta, seperti amalan bawah pentadbiran lalu.
"Semua kata mereka ini benar dan mereka ingin beri saya buktinya. Saya tanya mereka, apa yang mereka hendak saya lakukan? Mereka beri saya bukti itu dan saya siarkan di dalam Malaysia Today. Orang akan kata saya Trojan Horse. Orang akan kata saya sudah kena beli," beliau dipetik sebagai berkata.
Raja Petra juga dilaporkan menafikan terdapat perubahahan drastik di negeri itu dan amalan rasuah masih berada di tahap sama dan rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal.
Sedia bayar kos pulang
Dakwanya lagi, orang Cina di Selangor sudah tidak gembira dan tidak puas hati kerana perniagaan mereka didakwa jammed.
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, kerajaan selangor juga bersedia membayar kos perjalanan Raja Petra pulang ke tanah air untuk mendapatkan maklumat itu.
Katanya, ia sebahagian daripada peruntukkan RM15 juta yang diluluskan dalam belanjawan negeri lalu bagi tujuan membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor.
"RPK (Raja Petra) tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban," katanya.
Faekah berkata, meskipun menghormati hak Raja Petra melakukan analisa politik, namun beliau musykil dan hanya peulis blog itu seorang sahaja mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
'Kekecewaan dalam buangan'
Pada masa yang sama saya, pegawai kanan Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim itu berkata, rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan tersebut yang disiarkan di beberapa lagi akhbar arus perdana yang dulunya "mengkritik dan mengutuk RPK secara keras".
"Walau apa pun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan," kata Faekah.
Dengan nada sini, Faekah berkata beliau "simpati" dan "amat memahami" kekecewaan Raja Petra yang hidup "terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi".
Bagaimanapun, tambahnya, tindakan melemparkan "dakwaan liar" tidak akan membantu membawanya pulang, sebaliknya hanya mencemarkan lagi imejnya.
"Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telah pun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini.
"Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum," katanya.
- Ezwan Kamarul · Pengulas Tertinggi · Managing Partner di Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhdlu cakap aje laa yang lu dah tak larat nak merempat kat london, nak balik duit tak de...kan ke senang.
- Siti Jarum · Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
- Siti Jarum · Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
- Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
- Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
- Mat Kelabu Asap · Top Commenter · USM Malaysia
- Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
- Haydar Muaz Khairul Anuar · Top Commenter · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
- Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years oldapa yg di katakan FEKAH ada banyak lojik nya..RAJA PETRA YOU ARE JUST A SMALL TINY PART OF REFORMASI..changes is not because of you..most people praised you fro your ideas..but dont loose your head...YOU HAVE BECOME BIG HEADED ...YOU THINK ONLY YOU THAT PEOPLE WILL LISTEN TOO...your just a pain in the ASS....TALKING TO PRO-GOVERNMENT MEDIA IS YOUR BIGGEST MISTAKE...Apa keburukan yg ckp pasal UMNO sekarang kau terdesak dan tikam kita semau dari belakang...PADA KAMI KAU ADALAH SEJARAH....JILATLAH NAJIB KALAU KAU NAK.KAMI TAK KESAH..KAMI ADALAH REFORMIS TULIN DAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP...TAK MUNKIN MENCEMARKAN DASAR PERJUAGAN DEMI KEDAILAN UNTUK SEMUA RAKYAT...KAMU BOLEH PERGI MAMPUS!
- Abdul Halid Hamdan · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Siti Jarum : kita kena kempen lebih kuat..... cerita yg benar kpd rakyat... tapi kita kena ingat dalam jabatan kerajan negeri masih ada suku sakat BN/UMNO... buat kerja sebagai yg didakwa oleh RPK, termasuk juga di jabatan Kerajaan tempatan... amalan yg susah hendak diubah..... Umpama di Jln Kebun, Masaalah Bas MB yang kena tanggung, TV3 lagnatullah memang suka ambil kesempatan. Bas tu siapa yg punya......(syarikat persarana, ahli ahli politik yg dulu) Pasar malam Kg. Delek dah selesai lama dah... Ada TV3 lagnat nak komen balek.... haram tak datang pun.... suka mengacau pentadbiran org.....
- Ummu Abdullah · Top Commenter
- Zulhainan Ahmad · Top Commenter
- Mohd Ayub Harun · Top Commenter
- Umar Buang · Top Commenter · 53 years old
- Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Owner/ President di Kelab MHATak kan beraninya RPK untuk balik, tuduhan terhadap BN dan Najib pun tak berani berhadapan inikan pula dengan kerajaan PR. RPK sejenis spesies yang suka menabur fitnah.
- Abg Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
- Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
- Shahril Haniff · Pengulas Tertinggi · Systemutvecklare di MAnalyze AB
- Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
- Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
- Muhammad Rezman Mohd Sobery · Top Commenter · 27 years old
- Nain Mamat · Top Commenter · Works at Affin Bank Berhad
- Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
- Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
- Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
- Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years oldShahril Haniff ..TU BUKAN isu dia..nak sokong siapa pun atau nak ckp apa pun tak kisah..itu demokrasai nama nya...isu nya ialah kenyataan nya sudah dua kali termasuk ini..pasala ALTANTUNYA DAN YG INI....dan ckp berputar putar....ckp biar dgn fakta yg betul...baru org boleh terima...ini dengar ckp org terus buat tuduhan...KERAJAAN SELANGOR SANGGUP BAYAR SEMUA BELANJA UNTUK DIA PULANG DAN BAWA BUKTI! kalau berani balek lah...pasti NAJIB takan halang atau tangkap kamu....balek la!
- Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years oldShahril Haniff ...pandangan kamu sebagai ULAT TAIK UMNO..apa yg kamu ckp sudah jadi fitnah..kamu nampk ke anwar bagi dia makan..tu sbb nya PEMIMPIN UMNO dan PENYOKONG NYA di jangkiti penyakit karonik yg dah tak boleh di ubat,antara penyakit nya ialh.....PENIPU,BANGSAT,PE
NYANGAK
,PENYELEWENG,PERASUAH,PENYAMUN.PEMBUNUH.PEROGOL,PEMA BUK,....mcm kau teruskan lah - Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
- Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
- Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato JaafarShahril Haniff ...aq pun nak gelak gak..hehe...lg satu si adam adli kt twitter ckp si sape tu anang ea ddah nazak...tup2 bley di interview lg haha disiarkan kat malaysia kini...aq plak yg dah confius sape yg benar...agknya tbe satu ari si adam adli ni sokong bn...ape persepsi owg pr ni ek???
- Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
- Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato Jaafar
- Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato Jaafar
- Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
- Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHAShahril Haniff aku bukanlah totok seperti manusia lain yang menyokong sesuatu secara melulu, aku tetap menyangkal kenyataan RPK tentang Najib dan Anwar cuma aku pelik sedikit dalam kes Antantuya yang didapati bersalah orang yang tiada sebab untuk membunuh Antantuya iaitu tiada kepentingan bagi dua orang yang tertuduh malahan bom C4 kalau ikut undang2 kalau nak keluarkannya hanya menteri sahaja yang boleh. Jadi ketika itu siapa Menteri Pertahanan? Tolong jawab
- Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
- Abdullah Llah · Top Commenter · Sm telok chegai
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam sebagai "pembantaian mahasiswa" yang amat membimbangkan.
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?
"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.
Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.
Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.
Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia
Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.
"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.
"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.
Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.
"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.
"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.
Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.
Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin hari ini membuat kejutan dengan mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.
Dalam wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, Raja Petra dilaporkan berkata, ketua umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.
Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat menayangkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.
Menurut Mingguan Malaysia lagi, Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan PAS tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," laporan itu dipetik.
- Muzammil Daud · Pengulas Tertinggi · Project Manager di Private multinasionalBottom line is kita rakyat Malaysia kena ada pilihan selain BN yang dah perintah lebih 50 tahun yang dah fikir mereka raja. Apa jua isu hanya isu yang boleh diselesaikan. Isu isu ini tidak mnjadikan BN UMNO lebih baik secara otomatis. Contohnya, jika kita tinggal di sebuah pulau yang hanya ada sebuah kedai runcit. Apa jua yang kedai tu jual kita terpaksa beli walaupun dia jual barang mahal atau barang rosak. Bila tiada pilihan, kita terpaksa juga beli di kdai yang satu tu lah. Bayangkan jika ada kedai kedua di pulau itu, maka kedai pertama kena mula buat perubahan tak jual lagi telur busuk atau kurangkan harga. Jadi, kita kena ada pilihan selain BN. Kena beritahu BN UMNO kau bukan raja, kami rakyat raja ada hak nak pilih BN atau PR!
- Al Fazli Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Valuation Executive di CH Williams, Talhar & Wong (Sabah) Sdn Bhd
- Pejuang Kebenaran · Pengulas Tertinggi
- Mohd Salimon · Subscribed · Kuala Lumpur, Malaysia · 242 subscribersAnother loose cannon beside Hassan Ali. RPK, if you got the balls to face everything just like Anwar, I salute you. But if you don't, then you are just a twisted old coward.
- Hawks Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utamaampu UMNO, kau selamat di Malaysia. d akhirat...malaikat maut sedang menunggu kau (RPK)...
- Mohd Firdaus · Top Commenter
- Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top Commenter
- Nur SlurrAku peduli apa dengan anuar, dia nak telangkup ke nak terbalik ker .... yang pasti ABU (asalkan bukan UMNO)
- Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
- Mohd Muzlimi Junoh · Top Commenter · SMK Convent Sentul, KL
- Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
- Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
- Mayup Ar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
- Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
- Mayup Ar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Ahmad Dani · Top Commenter · SMK Putrajaya Presint 8 (1)
- Mohamad Zaimi Mohamad Noh · Technical University of MadridPangeran Alang ...kami bukan menyokong tanpa bukti. Kami cuma nak perubahan. Manifesto PR lebih baik dari BN. Memang telah terbukti di negeri2 pemerintahan PR. Saya selesa dibawah pemerintahan PR daripada BN dulu.Kami bukan nak lupa pd arkitek yg membina jambatan dulu. Cuma arkitek tu skrg dah tak releven lagi buat masa skrng. Patut dia direhatkan.Kita kena guna teknologi dan kepakaran baru untk menggantikan arkitek dan teknologi lama.
- Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
- Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Salsabila Hans · Top Commenter
- Salsabila Hans · Top Commenter
- Mazlan Abd Malek · Top Commenter · IBKL ( 92 - 94 )siapa kenal RPK pasti x kan terkejut dgn tindakan beliau....beliau dibelenggu 1001 masalah.....jln selamat.....sujud kpd UMNO.......pasti selamat......kpd rakyat Malaysia....anda berhak membuat pilihan terbaik......pilihlah yg terbaik antara yg x baik.....ketika dan saat ini...UMNO /
BN bukanlah yg terbaik...dibuktikan dgn pelbagai pendedahan...penyelewengan.. salahguna kuasa..rasuah..pembunuhan misteri....pencabulan undang2.....penjualan warganegara......kongsi gelap......apakah masih waras anda utk meilih UMNO/BN dlm PRU 13? PILIHAN DI TANGAN SAUDARA SEKALIAN....JGN MENYESAL SELEPAS SETIAP KALI BERAKHIRNYA P/RAYA...CUKUPLAH 12 KALI PRU......KITA DIBEBANI PELBAGAI MASALAH HILANGNYA KAWALAN KERAJAAN TERHADAP HARGA BARANGAN DI PASARAN......... - Kong Bu Fenzi · Top CommenterJangan marah , ambil perhaian ini keluar dari Mingguan Malaysia.
Nampak Mingguan Malaysia... ini suratkhabar yang paling pandai putar belit.
Ini suratkhabar reject ,.... rpk kena putar jadi mangsa Mingguan Malaysia...
Awas.. tengok sumber berita dari Mingguan Malaysia!- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- John KZ Rizariel · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Razali Muaz · Top Commenter · Works at Pasir Gudang, Johor, MalaysiaAKU TAK PERCAYA KAT BOTAK NI LIDAH BERCABANG MACAM ZULKIFLI NORDIN.
- Abun Sui Anyit · Top Commenter · Sacred Heart SchoolTak usah kita terpengaruh dengan komen SEORANG ini, jikapun benar sumbernya dari RPK. Undi beliau hanya SATU - tak boleh halang perubahan yang didambakan majority rakyat Malaysia sekarang. RPK tidak boleh mengubah matlamat rakyat memilih kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan datang. Kita rakyat dalam Malaysia yang rasa susah akibat BN. Luar negara tak rasa apapun. Kita RAKYAT yang rasa susah, kita rakyatlah tahu UBAH.
- Abd Razak · Top Commenter · Executive (Document Controller) at Petronas Gas Berhad
- Nasir Khan Akbar Khan · Works at International Man of LeisureRPK ni akan menulis dan menipu mengikut berapa bnyk wang yg diterima. Lg bnyk masuk..lg bnyk penipuan dan fitnah yg ditulis oleh blogger upahan ni. Tak dpt upah camana nk sara hidup kat England tu..
- Amie Amir · Pegurus at Jual dan beli keretaVivien Analu ye betul 2 ckp awk... aku tgk rpk mcm bodoh je, rpk dia dah minum air kenci lembu kot...
Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, di Johor Baharu, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.
"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan 13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Baharu, hari ini.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
Beliau berkata berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan Pejabat Veterinar Sepang, Selangor bagi mengesahkan sama ada tengkorak dan cebisan daging itu adalah khinzir atau sebaliknya.
Jumaat lepas, jemaah Masjid Al-Falah berkenaan terkejut dengan penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir itu yang diletakkan di dua lokasi di masjid berkenaan.
Dalam kejadian pertama, kira-kira pukul 4.45 petang, Khamis lepas, empat kepala dipercayai khinzir itu ditemui di pagar belakang masjid berkenaan manakala lima lagi kepala dipercayai haiwan yang sama ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi esoknya, di perkarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.
Sementara itu, dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun berkawan selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Harmonium 18, Taman Desa Tebrau, di Johor Baharu, Jumaat lepas.
Beliau berkata dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis merampas pelbagai barangan yang disyaki hasil samun termasuk wang tunai RM10,000, 165 jam tangan, 30 telefon bimbit, 37 biji pil Eramin 5, enam paket plastik lut sinar mengandungi ketulan hablur dadah jenis syabu, enam komputer riba, sebuah kereta Mercedes Benz yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi dan lapan botol minuman keras.
Katanya, salah seorang suspek yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk menceroboh dan penyalahgunaan dadah.
"Polis berjaya menyelesaikan 29 kes samun berkawan menerusi penahanan terbabit. Kesemua yang berumur 20 hingga 47 tahun itu kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan