Khamis, 26 Januari 2012

MEREKA EGO AKHIRNYA TAK DE MUKA...ALLAH PUN TAK MENYUKAI ORANG YANG EGO...BUKU AJE LAKU..BUKAN KEFAHAMAN..SEKS MEMANG LAKU DIPASARAN..JANGAN KEMUKAKAN YANG TERSELINDUNG DULUNYA..BAHAWA SEKS JUGA MATLAMATNYA DULU...SEMUA AGAMA NAK MENGEMBANG PENGARUH@MENGAJAK MASUK AGAMA MEREKA..ITU NALURI@ADATLAH..ISLAM MENYEKAT ORANG JADI MURTAD DENGAN HUKUMAN YANG TEGAS...LAKSANAKAN HUDUD..NI HUKUM ALLAH..BUKAN CIPTAAN MANUSIA ATAU PARTI...JANGAN BERLAGAK MENENTANGNYA...MAKA NERAKALAH TEMPATNYA...BOLEHKAH KITA BERDALIH2 DIAKHIRAT KELAK...

Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek

Aziz Muda , 26 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.

Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.

Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.

"PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan.

"Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. 

Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu mengenai undang-undang Islam di negara ini mengatakan bahawa masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan mereka kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

“PAS yang akan menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya seperti yang dilaporkan media semalam.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Vincent, bagi orang-orang Cina di Malaysia sekarang, mereka tidak lagi boleh dipengaruhi dengan kenyataan yang bukan-bukan dari Umno BN yang memburuk-burukkan PAS kerana perjuangan PAS sudah difahami oleh mereka.

"Begitu juga jika mereka menggunakan isu hukum hudud. Ini sudah tidak memberikan sebarang kesan buruk bagi sokongan orang-orang Cina terhadap PAS kerana semua itu sudah difahami dengan jelas oleh orang-orang Cina setelah mereka memahami perjuangan PAS.

"Malah jika isu hukum hudud ditimbulkan, masyarakat Cina pasti akan tahu dengan sendirinya bahawa pilihanraya sudah semakin dekat kerana isu mengenai hukum hudud akan ditimbulkan oleh Umno BN setiap kali menjelang pilihanraya.

"Dengan itu, orang-orang Cina dengan sendirinya akan lebih bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya dengan memberikan sokongan kepada PAS," jelasnya.

Begitu juga jika ditimbulkan isu kononnya DAP perkudakan PAS, tambahnya, juga tidak akan berhasil kerana orang-orang Cina sendiri tahu realiti sebenarnya dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, setelah gagal mempengaruhi orang-orang Cina dengan isu-isu seperti itu, kini Soi Lek pula membangkitkan perkara itu  untuk menghalang sokongan orang Cina terhadap DAP dan PAS, tetapi ia tetap juga tidak berhasil.

"Orang-orang Cina sendiri sudah tahu dalam Pakatan Rakyat berbeza dengan BN yang tidak terdapat parti yang dominan. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat semua parti mempunyai peranan yang selari," tegasnya.

"Perkara itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno yang menjadi parti dominan dalam BN. Jadi jika benar itulah yang menjadi puncanya, Soi Lek kenalah berikan alasannya, bukannya dengan hanya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kenyataan Soi Lek itu hanyalah kenyataan politik dan tidak tepat sama sekali," katanya.

Beliau juga menegaskan, kerjasama erat antara DAP dan PAS sememangnya sudah tidak boleh dinafikan oleh sebarang pihak, malah sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa atau mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, DAP telah berjanji untuk terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Chua Soi Lek semakin kelakar, kata Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 26 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.

"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.

"Beliau membutakan matanya kepada hakikat yang terbukti dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan orang-orang Cina begitu takutkan Umno dan enggan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Umno yang sudah tidak ada ubat lagi dirasuk perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam temubual Malaysian Insider dengannya yang disiarkan semalam, pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan video lucah itu mendakwa, sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

Mahfuz (gambar) menasihatkan Dr Chua jangan berbohong kalaupun benar amat terdesak untuk menyelamatkan partinya dari terkubur di kalangan masyarakat Cina.

"Pembohongan Dr Chua sama dengan pembohongan Umno yang mendakwa sokongan kepada PAS akan membuka jalan kepada DAP untuk berkuasa.

"MCA mendakwa PAS akan berkuasa, Umno pula mendakwa DAP akan berkuasa. Nampak benar kedua-duanya berbohong," kata Mahfuz.

Beliau menasihatkan Dr Chua pergi berkursus politik dengan Presiden MCA sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Tidak seperti Dr Chua, Ong bercakap menggunakan akal," kata Mahfuz.

Ketika serangan terhadap negara Islam dan PAS menjadi tema utama kempen Dr Chua, dalam temubual dengan Malaysiakini sebelum ini, Ong berterus-terang menyatakan, rakyat lebih bimbangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding isu negara Islam.

Sambil menggambarkannya sebagai modal lapuk sejak sebelum 1990 lagi, bagi Ong, MCA tidak akan akan mendapat apa-apa keuntungan dengan tindakannya memainkan isu negara Islam.

Kepada bekas Menteri Pengangkutan itu, sesetengah orang melihat isu yang dibawa MCA itu sengaja diada-adakan dan dibesar-besarkan sedangkan tidak diketahui perkara itu akan dilaksanakan atau tidak.

Tetapi, kata Ong, "rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang memang kita rasai".

Kerajaan hanya memperolokkan undang-undang - CAP

Harakahdaily, 26 Jan 2012
PULAU PINANG, 26 Jan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.

Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.

Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.

"Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini," kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP.

Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api.

Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.

Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk, katanya.

Bagi beliau, jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.

"Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya," katanya.

Selanjutnya, kata Mohamed Idris, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung.

Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api, katanya.

Bagi beliau, pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sejak bertahun-tahun, katanya,  CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api.

Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.

Pihak polis dan Jabatan Kastam pula gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.

"CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang," kata S M Mohamed Idris (gambar).

Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api.

"Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan  lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini," tegasnya.

"Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.

"Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.

"Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan," tegas beliau.

Azmin Ali: Hasan Ali parasit, musuh dalam selimut

January 26, 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam Pakatan Rakyat oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam PR .
“Bagi saya keputusan kepimpinan PAS memecat Hasan adalah atas pertimbangan. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut.
“Saya cukup menghormati pucuk kepimpinan PAS, berani bertegas dan berani memberi isyarat keras supaya jangan menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan kerana muafakat yang cukup jelas atas dasar bersama,” kata ahli Parlimen Gombak ini lagi.
Menurut Azmin, pihaknya telah bersiap sedia menangkis segala dakwaan dan tohmahan Hasan Ali dalam jelajah "road tour" pihaknya yang akan diadakan ke seluruh negara seperti yang diumumkan bekas Pesuruhjaya PAS itu minggu lepas.
Tambahnya, kerajaan negeri yakin dengan segala bukti dan fakta yang dikumpulkan, mereka mampu menangkis serangan yang dilakukan Hasan dalam siri jelajahnya.
Katanya, persiapan itu bagi memastikan PR tidak terlibat dengan tuduhan yang tidak berasas mahupun fitnah.
“Kami bersedia untuk menjawab malah telah mengumpulkan fakta-fakta kerana tidak mahu terlibat dengan tuduhan tidak berasas dan fitnah. Kami telah melihat di mana kekuatannya, kami telah melihat siapa penganjur dan kami sudah tahu siapa di belakang Hasan.
“Kita serah kepada rakyat dan yakin rakyat cukup matang untuk menilai kenyataan itu sama ada berasas atau tidak atau sekadar emosi kerana dipecat oleh parti,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif di pejabatnya, semalam.
Menurut Azmin, kenyataan yang dilontarkan Hasan yang lantang mengkritik parti sebelum ini amat mengecewakan, kerana kenyataan itu tidak berlandaskan semangat PR.
“Hasan perlu berterus terang kepada rakyat apakah tindakannya itu atas kehendak atau keinsafan dirinya sendiri atau beliau sanggup diperlembukan oleh anasir luar.
“Beliau yang perlu berterus terang. Saya tidak mahu membuat spekulasi,” katanya mengulas apakah tindakan Hasan yang lantang mengkritik parti dipengaruhi oleh anasir luar mahupun sikapnya sendiri.
Azmin turut melontarkan cadangan kepada kepimpinan PAS "supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan.
"Apa bentuk tindakan, saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas. Saya yakin apa yang dilakukan kepimpinan PAS telah mengambil kira maklum balas anggota parti dan Kerajaan Negeri.
“Saya tidak menentukan jenis hukuman yang sepatutnya, kerana sebagai Exco Selangor, beliau sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan dasar negeri yang telah dimuafakati secara bersama oleh PR.
“Jangan dicari salah orang lain, sama ada saya atau Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada kaitan, ini keputusan yang dibuat oleh PAS,” katanya lagi.

PPP: Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif

January 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.
Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.
Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.
"Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti. 
"Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan. 
"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Zuhdi turut menjelaskan, pihaknya turut menjalankan tinjauan melalui kaedah wawancara terhadap 24 Yang Dipertua PAS kawasan, dengan anggapan pandangan mereka mewakili pandangan golongan pakar disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi di samping pengalaman mereka yang luas dalam kegiatan politik. 
Berdasarkan tiinjauan tersebut jelas Zuhdi, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS, pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif. 
Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, Sembilan Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan. 
"Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50 – 50," katanya lagi.
Berdasarkan kedua-dua tinjauan, penilaian terhadap komen-komen pembaca media baru dan wawancara yang dijalankan, kesan negatif dari pemecatan Dr Hasan Ali di kalangan masyarakat Melayu khususnya adalah sangat minima. 
"Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut. 
"Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," tambahnya lagi.

“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden

January 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan — Walaupun kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.
Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”
“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.
“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.
Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.
“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbyka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.
Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.
Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.
“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan...memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.
“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.
November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.
Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ rendahkan martabat Nabi Muhammad, tegas Muslimat PAS

January 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan — Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.
“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.
“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.
Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”
“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.
“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.
Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.
“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.
“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.
Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.
Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

Perkasa: Ancaman Kristianisasi lebih besar dengan MB Khalid sebagai exco Islam

January 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Jan — Perkasa hari ini memberi amaran cubaan golongan Kristian untuk memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.
NGO Melayu tersebut mempersoalkan kelayakan agama Menteri Besar Selangor itu berbanding Datuk Hasan Ali yang baru-baru ini digugur dari majlis mesyuarat negeri.
“Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam,” jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Beliau menggambarkan Hasan sebagai “pejuang Islam” yang tetap mempertahankan Islam dan memastikan masyarakat Islam yang murtad kembali ke pangkal jalan.
Hasan merupakan bekas pesuruhjaya PAS telah dikecam tahun lalu kerana mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah gereja atas dakwaan berlakunya cubaan memurtadkan masyarakat Islam.
Beberapa minggu sebelum Hasan digugurkan daripada majlis mesyuarat negeri awal bulan ini, beliau menyertai serbuan ke atas pub yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.
Seperti mana Perkasa, Hasan kerap kali mengatakan terdapatnya cubaan Kristianisasi oleh kumpulan tertentu terhadap umat Islam di negara ini.
“Hasan merupakan exco yang tegas, beliau seorang yang berpegang kuat kepada agamanya ... Khalid pula, bagaimana beliau akan menjalankan tanggungjawabnya? Beliau juga merupakan Menteri Besar, dan juga kurang pengetahuan agama.
“Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh,” kata Syed Hassan.
Awal bulan ini, Hasan telah dipecat keanggotannya daripada PAS dan digugurkan daripada badan eksekutif Selangor kerana melanggar disiplin parti.
Beliau turut dikecam kerana mendesak penyokong pembangkang untuk menjauhi diri dari perhimpunan 9 Januari di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi keputusan dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi di sini.
Portfolio hal ehwal Islam yang dipegang Hasan kemudiannya diambil alih Khalid yang turut melantik Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan kerusi Hasan.
Syed Hassan kembali mencabar Khalid, sepertimana Hasan, untuk mengetuai Solat Jumaat dan membaca khutbah.
“Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor,” Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan