Khamis, 26 Januari 2012

BILA PENYELEWENGAN NAK DITUTUP...PENIPUAN TERUS BERLAKU...BERTAMBAH MURKA ALLAH..MAKA MUNGKIN CEPAT KERAJAAN JATUH...SEBAB SEGALANYA DALAM KEKUASAAN ALLAH...JANGAN KITA JAGI PEMBUAT MUNGKAR@MAKSIAT...SERTA MENENTANG ALLAH...

Jemputan palsu hadiri Himpun disebar di masjid
Surat "rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan didakwa ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam di Kepala Batas pada hari Sabtu.

NONEAbdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala surat kerajaan negeri.

Beliau juga tidak dapat mengenal pasti individu atau pihak-pihak yang terlibat.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata beliau mengetahui tentang surat bertajuk 'Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Ummah Selamatkan Akidah' oleh sekumpulan NGO Melayu - Himpun - kononnya ditandatangani oleh beliau semalam.

Katanya, surat tersebut telah dihantar kepada jawatankuasa masjid pada 19 Januari, menjemput mereka menghadiri perhimpunan anjuran Himpun itu, yang dirancang diadakan Pusat Budi Penyayang Kepala Batas.

NONEAbdul Malik berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menyokong ataupun akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, tindakan menghantar surat palsu tersebut dengan tandatangan palsu, bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi tidak beretika dan mencerminkan sifat sebenar pihak-pihak tertentu.

Menurut pihak penganjur, Himpun disokong oleh NGO Melayu dan NGO Islam, termasuk pemimpin politik yang bimbang tentang ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.
Warga emas dituduh cabul cucu perempuan
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.
  
Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
  
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
  
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.
  
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.

- Bernama
  • Mat Kelabu Asap · Pengulas Tertinggi · USM Malaysia
    inilah hasil pemerinthan UMNO yang takut hukum islam.
    • Abdrahman Jaafar
      Klau PAKATAN memerintah mgkin lg dasyat! blm jd PM pn dh Tonggeng bnyk kali... kcian..
    • Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
      Orang tua tu hanya mengikut perbuatan pemimpin2 UMNO je..! Tapi dia bernasib malang..dia sangkut...,pemimpin UMNO lepas dan bebas.....
    • Abdrahman Jaafar
      Rohan Abd Rahman: xde plk dgr crite pmimpin UMNO buat mcmtu, tp pmimpin PkR, hntam blakang truss!! x caya tnyalh Azmin...hua hua...
  • Wan Don · Pengulas Tertinggi · Pembantu Tadbir (P/O) di Pesara
    Dah nak mampus buat2lah amal ibadat besok atau lusa kau dipanggil Allah Sepatutnya kau menjadi perlindung kepada kaum yang lemah lebih2 lagi kanank-kanak A'uzubilla minzalik.
  • Alan Razman · Top Commenter · Works at Kementerian pertahanan
    dunia2.. apa nak jadi lah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan