Sabtu, 14 Januari 2012

BILA BUSUK TERUS MEMBUSUK...NANAH TERUS BERNANAH...LUKA KIAN PARAH..TENAT TERUS KE KOMA..MAKA INSYAALLAH TUNGGU NOKTAH AJE

Mat Sabu: Pakatan dapat 'kerjasama dari dalam' BN
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang

Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.

"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.

Mohamad turut mengulas mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang menarik perhatian ramai.

"Ramai tanya sebelum 9 Januari, kalau Anwar masuk penjara siapa nak jadi perdana menteri? Pemikiran akan datang, PM daripada Pakatan.

"Mereka tidak fikirkan lagi perdana menteri akan datang sama ada Datuk Seri Najib (Razak) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datin Seri) Rosmah (Mansor) jauh sekali," kata penceramah popular itu lagi yang disambut dengan ketawa gamat daripada kira-kira 2,000 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad turut mencanangkan slogan "BN Menang, Malaysia Bankrap" dan juga "Bersihkan Malaysia" yang turut disahut para hadirin.

"Kita nak selamatkan Malaysia daripada BN. Kita beritahu kepada rakyat, slogan mereka 'BN Menang Rakyat Senang' rakyant senang itu tukar kepada 'BN Menang, Malaysia Bankrap'."

Modal yang sama turut digunakan Mohamad dalam satu ceramah di satu kawasan pengundi Cina dalam kawasan parlimen Pokok Sena pada malam tadi.

Ceramah yang turut menampilkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang.

  • Sirajudeen Muhamed · Pengulas Tertinggi
    Kita mula kerja kempain dari sekarang, pakai facebook, e-mail dan apa sahaja yang boleh untuk tumbangkan perasuah dan menteri bodoh yang pandai kaut harta awam
    • Mengdez New Book · · Pengulas Tertinggi
      betui tu, kalau mahu molek lagi, kawan-kawan dan saudara-saudari semua, tolong ambil informasi-informasi dalam fb, email, twitter, blog apa saje sebar kepada saudara anda di kampung halaman, biar mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia ini. PR tidak dapat menawan putrajaya jika tidak mendapat bantuan/sokongan dari kita semua.
    • Mohd Suffian Abdullah · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      menyedari keerlibatan k.awam itulah agaknya SBPA ditangguhkan.
    • Hashim Ali · Pengulas Tertinggi · Duke University
      Ya betul, peliwat, pelanggan Chyna Doll pun kita serang sama
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Woit... kakitangan yang baik tak rasuah saja berupaya krjasama dengan pr.
    kakitangan yang kuat rasuah , rampas duit rakyat itu tetap sokong umno.
    Kakitangan yang mengamalkan dasar umno. ketuanan melayu masih menentang PR. takut masuk penjara kalau pr memrintah malaysia.
    - Umno ada taik lembu di birokrasi kerajaan , kakitangan pembodek umno jadi halangan untuk menentang pr secara diam diam.
    - Gejala ini berlaku di Perak, hingga pucuk pistol pun dibawa masuk dewan... kua kua kua.
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      ayuh kita pertingkatkan usaha untuk tumbangkkan BN (babi negara) pada PRU 13....!!!
    • Tahmil Mahidi · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
      Salam tuan. kalau bercakap tu pakailah fikiran dan hati. Jgn main langgar..kami ni kakitangan kerajaan jg. Tak ambik rasuah dan makan duit rakyat..jgn krn ssorg tu sokong Umno trus d label makan rasuah, makan duit rakyat...itu smua dari niat kita bekerja...yg tak sokong Umno pn sama saja...yg ptg keimanan dan kejujuran kita berkhidmat. Tuan rasa tuan ni sangat berhemah ka sampai nak tuduh org lain sebegitu? Tepuk dada tanya hati dan iman...apa sumbangan anda????
    • Kakanda Aduka · Pengulas Tertinggi · Puncak mandi angin
      Tahmil Mahidi kalu kita keja dan redho dgn apa yg mereka buat (kezaliman, rasuah dan lain2 yg menyalahi agama) kita pun sama aje, INGAT FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD,, JANGAN LAH SESEKALI KAMU CENDERUNG DENGAN ORG YG ZALIM, KELAK KAMU DISAMBAR API NERAKA........
    • Abul Abull · Director at I run my own company
      Tahmil Mahidi btl, ade yg mkn rasuah tp tk semua mcm tu kan...yg penting kite ade usaha ke arah kebenaran, samada kerajaan or pembangkang..kite same2...
    • Zamri Sapiee · Supervisor at BAYOU RESTAURENT
      Tahmil Mahidi : TAPIKAN KEBANYAKAN LAH ...ANGOTA AWAM NIE BYK MAKAN NASI LUAQ.....LEBIH2 LAGI POLIS .....RASUAH DI MANA MANA...CUMA SPRM TAK NAMPAK HAHAHA KALU NAMPAK TAKUT TERUS POLIS TU......
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      Tahmil Mahidi ,65% kakitangan kerajaan ada perbagai masalah
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Tahmil Mahidi
      oooi ... lu cari lah kakitangan kerajaan yang jadi ahli PAS , tengok mereka rasuah kah . OOOI ... kau baca faham apa statement aku tuliskan , baca dengan berhai hati... fahamkah apa aku tulis ?? pooordah .
      Kalau kakitangan kerajaan seperti guru besar pun ambil komisyen dari supplier..yang tak rasuah cuma tak ada peluang nak rasuah . kua kua kua
    • Tok Janggut · SEKOLAH MENENGAH TOK JANGGUT
      Tahmil Mahidi: anda pula jgn menyumbangkan diri anda dalam neraka Allah
    • Mohd Yunos Ali Ali · SMK Tun Sri Lanang
      Rosmi Mahmud ,setuju dgn ko,ruang dan peluang untuk mereka makan rasuah amat besar.
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      Basiran Hailani Bas, negara lain yang x ada BN, semua anak anak diorang x sekolah ke...??? kau sokong la BN, KERAjaan Zalim, songlap duit rakyat, tolak hukum Allah, tolak sunnah & segala macam kejahatan ada dalam Parti Tong Taik...!! maka benggong sampai ke K O lah engkau.....!!!
    • Alya Sejati · Top Commenter · USM
      Kakanda Aduka ADAKAH BERSEKONGKOL DENGAN ORANG KAFIR UNTUK MENJATUHKAN ORANG ISLAM TU TERMASUK ORANG BERIMAN.KALAU MACAM TU ANDA HEBAT.,,,,,,<<<<<<
    • Hafizul Faiz · Top Commenter · Works at Kolej legenda
      Salehudin Hanafi betul .......ABU...AKU BUKAN UMNO
    • Razali Ismail Rais · Top Commenter · Smk hamzah machang
      Tahmil Mahidi > betulllll tapi ABU ABU ABU ABU ABU kalau setuju TAKBIRRRRRRRRRR
    • Razali Ismail Rais · Top Commenter · Smk hamzah machang
      Kakanda Aduka > kesian kpd Tahmil Mahidi n anak bini dia
    • Pok Teh Salam · Sekolah menengah kebangsaan maran pahang 1979 -1982
      Ye saya setuju dosa-dosa rasuah tu....nyata...tapi dosa mulut dan lidah macam mane lak?????
    • Black Majesta Abu · Top Commenter · Works at NATSYS TECHNOLOGIES SDN BHD
      Salehudin Hanafi =HIDUP RAKYAT HANCUR-HANCUR KEZALIMAN HANCUR-HANCUR PEMFITNAHAN HANCUR-HANCUR BARUA UMNO
  • Albert Chin · Top Commenter
    Bro Mat Sabu....gua caya sama lu....mudah-mudahan citi-citi murni PR ke Putrajaya akan termakbul dengan keizinan Tuhan...ameen...
  • Wan Kasni · Top Commenter · Kolej telekom
    jangan terlalu awal untuk memperkatakan sesuatu...mungkin itu adalah umpan
    atau perancangan sesuatu pihak untuk menghancurkan pakatan...
  • Hasfar Mat Zain · Works at Retired Teacher
    Kenapa laaa abang mat kasi pecah lobang nih....simpan dulu rahsia tu...adoi!
    • Mohd Suffian Abdullah · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
      Supaya orang-orang besar panik, hilang keyakinan dan enggan memikirkan tektik kotor..buatpun jika dah ada musuh dr dalam buat apa.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Takpe PRU dah dekat.. biar pecah di mulut tak pun sakit, jangan pecah di perut tu sakit.. bercakap siang supaya ughang nampak, bercakap malam nanti ughang dah tidur, yang dengar hanyala nyamuk..
    • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
      ni taktik, biar UMNO sibuk cr sape nk pecah belahkn parti UMNO dr dlm, kita kat luar ni tekan UMNO kri kanan...kita nk UMNO lemh tu je...bila UMNO lemah x yah sush2 nk lwn ms PRU.
  • Mohamad Ismail · Top Commenter · Works at Al faqir billah
    Sekarang ini kerajaan macam mentimun, pembangkang umpama durian, menggolek luka digolek luka digolek pun luka......Memang rakyat tau lama dah yang orang dalam/kerajaan membantu sama dalam hal menyalurkan maklumat kejahatan kerajaan kepada parti pembangkang dan rakyat,, bukan semua kaum keluarga penjawat awam tu orang UMNO/BN. Semau parti ada. lebih2 sekarang ni penjawat awam faham sangat bos2 mereka kebanyakn adalah orang UMNO/BN.. meluat dengan gelagat thi minyakbos mereka yang bengga sgt jadi UMNO..... Tetapi saudara mereka ada yang menjadi YB dan menteri dan penggerak parti pembangkang apa kurang hebatnya,, Najib makin hari makin pening kepala, rakyat diberi insentif kewanagn itu dan ini rakyat ambil, beri kemudahan itu dan ini rakyat kata itu memang hak rakyat,, memang pasti UMNO/BN akan tumbang.. LAWAN TETAP LAWAN, PUTRAJKAYA TETAP DITAWAN.
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      mohamad,betul3kuatkan usaha tangga kejayaan utk ke putra jaya,pastikan abu pada oru 13 nanti
  • Selipar Putus · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Asalkan Bukan UMNO...A.B.U..
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    PR, harus memenangi PRU13 ini, ini untuk kemenangan Rakyat malaysia yang ingin kemerdekaan sebenar dan berdikari. PR harus menunjukan perbezaan dari kerajaan BN. harus memenangi hati pengundi secara jujur dan hormat.
    ingin saya katakan saya akan mengundi PR secara sukarela dan berharap PR mempunyai integrity yang tulin.. tak semestinya berpolitik habis habisan.
    yang haru menang adalah rakyat.
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Perkara ini memang sudah dijangka. Satu perkara yg hendak dikongsi ialah pegawai LHDN pun meluat dgn RM kerana membawa masuk barang berkontena-kontena setiap kali balik dari lawatan ke luar negara. Najib pula asyik hipokrit dan seolah-olah prihatin kepada rakyat dgn memberikan BR1M RM 500 sedangkan isterinya (suaminya?) berbelanja berbilion ringgit duit rakyat.
  • Tengku Utara · · Top Commenter · Works at Hino pilot
    Terbukti seluruh rakyat sudah benci dan tidak yakin dgn be and, khususnya umno. Namun, pr harus terus berusaha memberi penerangan pd kelompok umnO tegar agar pr mendpt kemenangan selesa,


Ambiga cadang Pakatan ampun perasuah kecil
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," katanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar hari ini.

Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil contoh daripada pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan badan anti rasuah ICAC.

Berucap dalam sesi sesi suara nurani rakyat Malaysia dalam konvensyen itu, Ambiga turut menyarankan supaya Pakatan menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam.

Beliau mengambil contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.

"Saya mahu tahu apakah pendirian Pakatan dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini," katanya

Jelasnya, kes berkenaan bertujuan untuk membolehkan anggota keluarga terlibat mendapat keadilan.

Tambahnya, Pakatan juga perlu mengemukakan rancangan untuk mendapatkan semula dana haram yang dibawa keluar daripada negara ketika pentadbiran BN, didakwa berjumlah lebih RM1 trilion.

"Apakah rancangan Pakatan untuk kembalikan wang tersebut ke negara ini?... Kita tuntut supaya sejumlah besar wang ini dikembalikan kerana ini wang rakyat," katanya yang disambut dengan tepukan.



Abdul Gani elak soalan mengenai rayuan kes Anwar
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengelak soalan pemberita mengenai sama ada pejabatnya akan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat Isnin lepas.

ghani patail gani 060409Beliau sebaliknya lebih suka untuk membincangkan mengenai
memancing, cuti Tahun Baru Cina dan hujung minggu, daripada melayan soalan media mengenai Anwar.

"Anda tahu, ini adalah hujung minggu dan hari ini adalah hari Sabtu dan dengan Tahun Baru Cina semakin hampir, saya ingin pergi memancing," katanya ketika dikerumuni pemberita.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan liwat Isnin lalu apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak keterangan DNA.

Pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah mengesyorkan supaya rayuan dibuat terhadap keputusan tersebut.

Pasukan itu telah mengemukakan syor tersebut Rabu lalu kepada bahagian perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, sehingga semalam, ketua bahagian tersebut, Kamaluddin Md Said berkata tiada lagi keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bapanya, Azlan Md Lazim telah menggesa pihak pendakwaan supaya memfailkan rayuan demi menjaga maruah mereka.

Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan dari tarikh keputusan itu dibuat dan kerana cuti Tahun Baru Cina yang akan datang, maka hari terakhir untuk berbuat demikian ialah pada 25 Januari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan