Rabu, 25 Januari 2012

BERSIHKAN@PUTIHKANLAH...JIKA RAKYAT TAK MAHU TERIMA..BAGAIMANA@SUSAH GAK...AKHIRAT KETENTUAN ALLAH...SABIT SALAH@BERDOSA..SEMUA TERLIBAT PENIPUAN MASUK NERAKA..PENGADILAN ALLAH TEPAT...TAK TIMBUL JADI MANGSA....SEMUA DAH WAKTU SENJA..INGAT2LAH MATI SERTA DOSA PAHALA..SYURGA NERAKA....KITA TAK BOLEH TONGKAT LANGIT....

Soalnya, dana RM250 juta NFC ikut peraturan kewangan atau tidak?

Abdul Aziz Mustafa, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan.

"Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan?

"Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi.

Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan  Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan

"Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara," kata Mahfuz.

Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp.

Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang?

"Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau.

Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan.

"Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan berhubung dakwaan kekeliruan dalam laporan pihaknya itu.

Tiada parti dominan dalam Pakatan Rakyat

Aziz Muda, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dalam Pakatan Rakyat tiada parti yang dominan, sebaliknya yang dominan adalah prinsip bersama pakatan itu sendiri iaitu keadilan dan ketelusan.

Dakwaan yang mengatakan PAS atau PKR atau DAP yang akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat jika pakatan itu mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 akan datang ternyata tidak berasas dan hanya putar belit.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat ternyata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana dalam BN sememangnya terdapat salah satu parti yang dominan iaitu Umno.

Menurutnya, manakala dalam Pakatan Rakyat tidak sedemikian, sebaliknya kesemua parti yang terdapat dalam gabungan itu mempunyai peranan masing-masing bagi merealisasikan prinsip tersebut.

Katanya, perbezaan tersebut sememangnya telah begitu jelas dalam Pakatan Rakyat dan ia tidak mempunyai sebarang asas untuk diputarbelitkan oleh para pemimpin Umno BN.

"Sekiranya perkara itu ditimbulkan oleh para pemimpin Umno BN, ia ternyata sengaja diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai kerana ia ternyata tidak berasas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia berkata, masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

“PAS akan memerintah. PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa," katanya seperti yang dilaporkan media hari ini.       

Beliau menegaskan, ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut.

Menurut Mujahid, dakwaan Chua itu ternyata propaganda murahan MCA bagi menghalang masyarakat Cina menyokong DAP atau Pakatan Rakyat, tetapi ia sememangnya gagal untuk menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya, masyarakat Cina di negara ini sendiri sudah sekian lama faham perkara itu, malah mereka juga amat faham dengan perbezaan antara DAP dan MCA itu sendiri," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, perbezaan antara DAP dan MCA adalah kerana DAP merupakan parti yang berprinsip, iaitu berjuang bagi keadilan dan ketelusan, dan itulah yang menyebabkan DAP boleh bergabung dalam Pakatan Rakyat yang juga berjuang atas prinsip yang sama.

"MCA pula adalah parti yang tiada prinsip. Itulah sebabnya MCA hanya menurut sahaja segala arahan Umno yang menjadi parti dominan dalam BN.

"Jika MCA ada prinsip dah lama parti itu keluar dari BN disebabkan dalam BN sememangnya terdapat parti yang menjadi parti dominan iaitu Umno, manakala parti-parti lain hanya terpaksa menurut sahaja kemahuan Umno walaupun terpaksa mengenepikan kepentingannya," tegas beliau.

Gong Xi Fa Chai bergema seluruh dunia

Subky Latif, 25 Jan 2012

TIDAK terlewat saya ucap Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat Cina atas sambutan Tahun Baru yang tahun ini adalah Tahun Naga Air satu tahun yang penuh erti mengikut kepercayaan mereka.
Keriangan sambutan tahun baru itu dan tuah yang mereka harap untuk setahun akan datang boleh dijadikan permulaan kebaikan untuk semua yang berpanjangan dalam dan luar negara.
Saya mengikuti sambutan keriangan tahun naga air itu amat meriah bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia di mana-mana saja terdapat masyarakat Tiong Hua, hatta di Indonesia yang 30 tahun dulu penampilan kebudayaan berunsur Cina tidak digemari, tetapi ia disambut meriah tahun ini baik sebagai satu perayaan tahunan mahu pun acara kepercayaan agama.
Saya menonton berita dari stesyen-stesyen TV di negara ini ternyata sebahagian besar dari kandungannya adalah tentang sambutan rumah terbuka yang menghidangkan makanan yang boleh dimakan oleh orang  Islam disambut bersama oleh masyarakat bukan Cina.
Sekali pun siaran itu adalah tentang sambutan yang diadakan oleh orang-orang MCA dan Gerakan serta kerabat BN dari komuniti Cina lain, tetapi sambutan sama meriah juga dari parti politik pembangkang yang ramai penyokong Cina.
Di Malaysia sambutan perayaan itu digalakkan sebagai satu kaedah bagi memupuk semangatt setiakawan Bangsa Malaysia sehingga ia tidak dirasakan sebagai perayaan satu etnik penduduk saja. Orang Islam dan orang India bukan menyabutnya di rumah masing-masing sahaja tetapi meraikannya di tengah masyarakat yang terbuka.
Sambutan tahun baru Cina nampaknya telah menjadi satu perayaan penting dunia seperti perayaan Hari Raya Puasa dan perayaan Hari Natal. Hari Raya Cina itu bukan suatu yang baru tetapi gema Gong Xi Fa Chai secara sejagat mulai menyerlah. Justeru ia tidak saja satu perayaan bagi orang  Tiong Hua, malah ia  dirai sama oleh bangsa Korea dan Vietnam, maka ia tidak asing lagi bagi masyarakat dunia.
Perkembangan ketara ini memberi gambaran peranan dan pengaruh masyarakat Tiong Hua yang penting di dunia terutama ketika tamaddun barat berhadapan dengan krisis ekonomi dan kewangan sekarang.
Saya pernah terbaca satu analisis seorang profesor Turki lebih sepuluh tahun lalu tentang peranan pentingnya pengaruh China di dunia yang dalam proses menggantikan pengaruh Amerika.
Teorinya adalah berdasarkan pengamatan terhadap perkembangan dunia sepanjang lebih 2,000 tahun lalu. Paling awal tamaddun dan pengaruh besar di dunia ketika itu bermula di China. Ia menguasai perairan dan daratan dunia. Semua pelayar dan pengembara bertumpu ke sana. Magelan, Chisthoper Colombus dan lain-lain pelayar keluar dari Eropah adalah mencari benua China yang dipanggil Cathey. Hingga dalam Islam dirakamkan ajaran belajarlah hingga ke negeri China.
Pengaruh kuasa laut, pendidikan dan perdagangan itu beredar ke arah barat iaitu ke Timur Tengah semasa kegemilangan Islam sekitar lebih 600 tahun. Benua China mulai kurang penting. Benua Arab pula menjadi tumpuan dunia.
Selepas 600 tahun pengaruh itu beredar ke barat lagi hingga Eropah pula mengambil giliran menjadi kuasa dunia. Ia menakluki kebanyakan bumi Asia dan Afrika termasuk menjajah benua Amerika. Inggeris berkuasa di Amerika dan Kanada, Sepanyol bertapak di Latin Amerika kecuali Brazil yang dijajah Portugis.
Setelah sekitar 600 tahun Eropah menakluki dunia, pengaruh itu beredar lagi ke barat hingga kuasai dunia sekarang berada di  tangan Amerika. Amerikalah yang menentukan iklim daut, darat dan udara dunia di mana-mana saja. Amerika seolah-olah penguasa dunia dan dunia ini bagaikan Amerika yang punya.
Ramalan profesor Turki itu menyebutkan bahawa kuasa itu tidak kekal di Amerika tetapi ia bergerak ke barat lagi dan akhirnya tiba ke Tanah Besar China semula untuk satu tempoh tertentu. Yang bakal menggantikan pengaruh Amerika itu ialah pengaruh ekonomi dan perdagangan China.
Ketika Amerika berusaha untuk mempertahankan pengaruhnya, China terus membangunkan ekonomi dan dagangnya ke seluruh dunia. Ketika Eropah berdepan dengan krisis hutang, dan Amerika berhempas pulas dengan ekonominya yang lembab, China terus mara.
Sukar untuk dibantah bahawa China adalah pengaruh masa depan dunia. Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang meriah di seluruh dunia, terasa ramalan profesor Turki itu seperti menjadi. Hubungan baik Malaysia dengan China adalah persiapan awal menyamput perkembangan baru dunia.
Atas kehadiran masyarakat Cina yang ramai yang menjadi sebahagian dari masyarakat Malaysia dipercayai dapat meraih peluang yang lebih baik bila Tanah Besar China menggantikan pengaruh barat itu nanti.

MB Kedah tunjuk pelan surau gantikan Salihiah

Harakah cetak, 25 Jan 2012


(Azizan dan Amirudin menunjukkan gambaran surau baru di Aman Central yang bakal menggantikan Madrasah Salihiah - gambar Harakah)
ALOR SETAR, 25 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak menunjukkan pelan cadangan surau baru di Aman Central, yang bakal menggantikan Madrasah Salihiah.

Surau itu bakal dibuka 24 jam walaupun kompleks membeli belah itu tidak dibukan 24 jam.

Surau berkeluasan 4,800 kaki yang mampu memuatkan 400 jemaah akan dibina di aras bawah oleh pemaju, Belleview Sdn Bhd, bagi menggantikan madrasah yang diroboh.

Sebelum Timbalan Pengerusi Umno Kedah,  Datuk Mukhriz Mahathir, mencabar kerajaan negeri Kedah menunjukkan pelan cadangan surau bagi menggantikan Madrasah Salihiah.

“Saya hairan kenapa asyik bercakap pasal nak roboh surau tetapi tidak diuar-uarkan akan dibina surau baru yang lebih luas dan selesa.

“Sejumlah RM4.8 juta disumbangkan pemaju kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk bina surau ini, selain RM1.4 juta yang telah dibayar, menjadikan keseluruhan RM6 juta,” kata Azizan kepada media selepas meraikan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Seri Mentaloon.

Menurutnya, Maik telah pun mengenal pasti enam tapak di sekitar Alor Setar untuk dipilih bagi menggantikan tanah wakaf baru madrasah itu.

Menurut Azizan selain berhasrat membangunkan negeri ini, projek berkenaan Aman Central bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang.

“Selain kompleks beli belah, sebuah hotel lima bintang akan dibina berdekatan dalam usaha kita merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar. Kita mahu ubah kawasan ini menjadi seperti Orchard Road di Singapura,” katanya.
(Laporan lengkap dalam Harakah Jumaat ini)
Ketua Audit Negara akan perjelas tentang NFC
Jabatan Audit akan membuat penjelasan terperinci mengenai laporan audit 2010 tentang Pusat Fidlot Kebangsaan dalam masa terdekat, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam.

NONEDalam temubual dengan akhbar Sinar Harian, Ambrin (kanan)
berharap penjelasan itu akan menyelesaikan kemelut berlarutan tentang projek ternakan lembu itu sejak laporan audit 2010 diterbitkan Oktober lalu.

"Saya akan menjelaskan maklumkan berhubung perkara ini sedikit masa lagi," katanya dipetik akhbar tersebut.

Ambrin menegaskan demikian selepas pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail sebelum ini, menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu, tiada kaitan dengan NFCorp.

Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).

Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA.

NFC menjadi sasaran kritikan dan dituduh oleh pembangkang menggunakan dana awam untuk membeli kondominium mewah; membayar perjalanan ahli keluarga pengendali projek tersebut ke luar; dan RM600,000 perbelanjaan kad kredit. NFC telah menafikan dakwaan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan