Rabu, 18 Januari 2012

APA KITA BUAT MEMANG TUJUAN POLITIK..AMBIK HATI RAKYAT..SERTA TANGGUNG JAWAB..YANG TAK ELOK BERLAKU KETIRISAN@PEMYELEWENGAN..SABIT NERAKALAH TEMPATNYA

TI-M: MP Bebas juga perlu isytiharkan aset mereka
Ahli-ahli parlimen Bebas juga perlu mengisytiharkan aset mereka, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

NONE"TI-M (juga) menggesa semua wakil rakyat yang dipilih sama ada dari kerajaan, pembangkang atau Bebas, untuk mengisytiharkan aset mereka secara terbuka sepenuhnya apabila memegang jawatan dan pada setiap sela masa yang ditetapkan selepas itu," kata presidennya, Paul Low (kiri) dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, bagi memberikan gambaran sebenar mengenai aset mereka, mereka perlu juga mendedahkan segala liabiliti, pinjaman dan hutang yang ditanggung.

Dalam jangka panjang, kata Low, tindakan itu akan meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur-pelabur asing di Malaysia berhubung integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Sehubungan itu, beliau berkata TI-M menyambut baik pendedahan aset oleh wakil rakyat Pulau Pinang secara terbuka minggu lalu.

Ini adalah inisiatif kedua oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin, dengan ahli-ahli exco Selangor merintis jalan.

Cadangan Ketua Hakim Negara supaya hakim-hakim mengisytiharkan aset mereka juga dipuji.
Muhyiddin yakin Sabah kekal 'simpanan tetap' BN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih baik dan cukup mantap.

Dalam hal ini, katanya, BN masih yakin dalam mengekalkan Sabah sebagai "simpanan tetap" untuk parti gabungan itu.

azlan"Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya dan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan dengan pemimpin Umno dan BN Sabah (di Kota Kinabalu) semalam, sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus.

"Namun BN tidak berhenti setakat itu kerana tugas kita ialah memperbaiki hidup rakyat dan program Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) yang kita lakukan merupakan permulaan kepada banyak perkara yang kita buat untuk mengurangkan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam di Dewan Masyarakat di Semporna hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas situasi politik terkini di Sabah, negeri yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

"Kita bukan angkuh. Berdasarkan maklum balas yang kita terima termasuk daripada Ketua Menteri dan pemimpin BN yang lain, sokongan untuk BN di Sabah masih baik," katanya.

Mengenai penubuhan parti baru termasuk di Sabah, beliau berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membenarkan sesiapa sahaja menubuhkan parti baru asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kita tidak risau dengan kewujudan parti baru kerana kita sudah melalui proses ini banyak kali tetapi syukurlah rakyat masih menyokong BN dan Umno kerana mereka tahu BN dan Umno benar-benar memperjuangkan nasib mereka," katanya.

Ditanya mengenai ramalan pihak tertentu tentang pelbagai kemungkinan yang berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata BN tidak "terganggu" dengan apa juga kemungkinan kerana BN lebih fokus untuk membela nasib rakyat jelata".

Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan untuk menaikkan kadar elaun yang diberikan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sabah.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam kerana ia membabitkan kos pengurusan yang mungkin menelan belanja yang agak besar,' katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian akan terus membantu membina dan menambah baik infrastruktur pendidikan di Sabah.

- Bernama

Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

NONEKetika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

NONE"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar pada 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.
Pakar sejarah: Hang Tuah, Hang Li Po tak wujud
Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

TPM nafi BR1M bermotif politik
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

muhyiddin yasinTimbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan proram turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.

Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.

Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.

"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.

"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.

"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan