Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya.
Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian.
"Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...
"Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive," katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi.
Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya.
"Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu," katanya.
Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat.
Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan, yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah," tambahnya.
Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan.
"Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju," katanya.
Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat menghadiri perhimpunan "Bebas Anwar 901" Isnin ini.
Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan".
"Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir," katanya dalam ceramah yang sama.
- Haji Abas Haji Awang · Pengulas Tertinggi · umur 60 tahunPemimpin yg baik hadapi pelbagai ujian demi ujian, pemimpin tanpa hadapi.
ujian mcm ayam daging bila jatuh di atas jalan raya dia tak tau apa2 hanya tersyum tengok lori balak yg akan menerjahnya. - Muzammil Daud · Pengulas Tertinggi · Project Manager di Private multinasionalSaya setuju dengan DSAI. Sebabnya, apa jua yg mahkamah akan putuskan tidak lagi relevan bagi saya. Sudah lama saya buat judgment sendiri dalam kes 'istimewa' ini. Saya yakin dengan DSAI. Dan saya yakin jutaan lagi orang seperti saya di luar sana. LIKE jika anda spt saya
- Shaifuddin Qudeen · Top Commenter · High School Klang
- Shaifuddin Qudeen · Top Commenter · High School Klang
- Faisal Kaiba · Subscribe · Top Commenter · Works at Tidak ada kerja niShaifuddin Qudeen ..kau kalau kau fikir anwar temberang kena fitnah maka dah lama ahli pembangkang lain pun kena fitnah n meliwat orang juga lah spt nik aziz atau sbgai jadi kau jgn fikir kes liwat ni direka2 n tuduh org lain pula krn nak lari drp kesalahan sendiri....sedar kau skrg.....
- Shaifuddin Qudeen · Top Commenter · High School Klang
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysiasenang saja, anjurkan solat hajat perdana mintak ditunjukkan kebenaran dan laknat dan bala kepada sesiapa yg berbohong samada anwar atau saiful, ambik nik aziz ataupun hj hadi jd imam, ada berani ka? selalu sampai atas jln pun blh buat solat hajat xkan x boleh kut, panggil si saiful dan anwar sekali sama2..rasanya pakatan x de masalah nk panggil ratusan ribu makmum utk hadir.......
- IQone Mind · Top Commenter · London Business School
- Shaifuddin Qudeen · Top Commenter · High School Klang
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Putra Rayyan · Top CommenterLuk Man ye kesian aku dok dia org sokong penipu paling agung abad ini...dia tak nak defend kat mahkamah, azmin pun tak jadi saksi, azizah tak nak jadi sakis alibi..pastu ajak rakyat defend dia..tu la bodoh bangang penyokong dia...semua yg rapat ngan dia tak mau jadi saksi...hua hua
- Shaifuddin Qudeen · Top Commenter · High School Klang
- Mohd Ramlee · Top Commenter
- Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangorselepas reformasi 1998 malaysia telah menghasilkan ramai anak2 muda reformis....juika pakatan berjaya keputrajaya teknoktar2 muda reformis ini akan keluar beramai2 bantu kerajaan jadikan malaysia terbaik dan termaju diasia....insyaaalah...
- Heng Chang Hok · Top Commenter · Butterworth, Malaysia
- Abdullah Llah · Top Commenter · Sm telok chegaiUmno bakal tumbang...................
..........moga Allah swt beri kemenangan pd DSAI dan tawan Putra Jaya - Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at Guru
- Azrill Rii · Top Commenter · 21 years oldBerikut adalah 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya yang kami ringkaskan dari blog Zulkifli Nordin:
1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah.
2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?
3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah! Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah.
4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini? Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dan dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat!
5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?
6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah! Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.
7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.
8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!
Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!
9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!
10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia! Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan bersumpah laknat! - Rosli Omar · Top Commenter · SABS KuantanAzrill Rii sy nakbgtau kenapa kes liwat ni jd mcm kartun...
1...cctv kondominium dirosakn,bahan kes pihak pendakwa tknk bg
2...dlm bontot saiful ada 10 sample air mani org berlainan
....3....kenapa saiful perlu jumpa najib sblm buat report
4 kenapa sampel di bontot saiful ambik 26hb n repot di buat pd 28hb..tk pernah dlm sejarah buat pemeriksaan dulu baru buat report.
5....kenapa report perubatan blh di tulis oleh pegawai penyiasat polis?
6.....doktor pusrawi dh buat pemeriksaan dn dapati tiada kesan liwat pd bontot saiful
7....saiful dah akui menggunakan batang plastik menjolok bontotnya
8 ...kenapa si khir jamil tu yg beria2 batal kn qazaf masa di failkan di mahkamah syariah..
9....kenapa najib,rosmah,musa hasan tk berani ke mahkamah?
10....pada mula nya najib ckp tk kenal saiful...bila keluar pic ..najib ngaku pulak kenal.katanya saiful dtg minta biasiswa....blh ke anak2 sy jumpa najib jika nk minta biasiswa?
so buatlh perbandingan sendiri....... - Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Apa komen Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap Tun Mahathir? Nak tau mai tengok sini che' http://bit.ly/A1ra9S
- Putra Rayyan · Top Commenter
Pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.
Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.
Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Bukan salah lantik menteri kalah jadi anggota Dewan Negara. Tetapi janganlah ramai sangat.
"Ini yang ada dalam Dewan Negara sekarang ini," sindir bekas pensyarah undang-undang kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Sementara itu, Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.
"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.
Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.
Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.
"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.
Sambil membacakan laporan akhbar berhubung kes amil di Johor memulangkan wang zakat sebanyak RM19,510 dan dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, Anwar mendakwa, wujud dua undang-undang di negara ini.
"Saya tak terima ini! Ini salah," katanya sambil menghempas akhbar itu ke atas rostrum menyebabkan orang ramai bersorak.
Turut berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan aktivis Hishamuddin Rais.
- Sham JebatWang zakat digunakan tidak sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Sepatutnya wang zakat diagih-agihkan kepada 8 asnaf yang berkelayakan. Kelebihan hendaklah diberikan kepada Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin. Tetapi, golongan inilah yang mendapat paling sedikit agihan jika dibandingkan kepada Asnaf Fisabilillah yang digunakan bermacam cara, contohnya Lawatan Keluar Negara (kononnya untuk meningkatkan ilmu. Walhal, di Malaysia telah lebih maju dari negara yang dikunjungi), membayar kos guaman dan lain-lain. Walaupun dibenarkan, janganlah berbelanja sakan sampai terlupa golongan Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin ). Bantuan bulanan hanya diberi dari RM90 - RM350 sebulan. Mana cukup. Betul cakap Dr. Asri. Pejabat Zakat hanya tahu mengutip zakat, tapi tak tahu untuk mengagihkannya kepada golongan yang betul-betul perlu dibantu. Diahkhirat nanti, tahu lah nasib mereka-mereka ini. Saya yang tahu perkara ini, kadang-kadang terasa malas nak membayar zakat di jabatan-jabatan ini. Baik bayar terus kepada asnaf yang benar-benar berkelayakan. Apakan daya, sudah menjadi undang-undang. Sekian.
- Abdul Yahaya · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Makan gaji sendiri
- Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
- Abdullah Abe Lohramai ra, ayat malaysia sedang menunggu kamu, kamu lah harapan kami wahai Anuar Ibrahim, penyelamat bangsa dan negara malaysia...semuga ALLAH memberi kekuatan dan memberi perlidungan dari segala musibah ,,, AMIN,,
- Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · SMDB Taiping
- Iskandarnaim Zulkarnain · Pengulas Tertinggi · University of MissouriRokiah Khalid - mengubah landskap malaysia kepada negara gay dan menganajkkkan pelakuan tidak bermora.. Saudarai baca sejarah nabi dan Rasul. Jangan pakai tudung laksana Islam tetapi pemikiran masih jahiliyah. Menajdo penyokong tidak salah, tetapi perlu meletakan akal mengatasi emosi. wslm
- Abdull Anur Mohd Isa · Subscribe · Top Commenter · KulimBukti terang-terang, 'siapa' yang suka main 'belakang'.
Bab zakat pulak... kalau miskin kaya takda beza... semua wang zakat, orang kaya yang punya.- Zamri Razalan · Top Commenter
- Sheikh Apai · PiON at KPM
- RhZaaba Putra · Subscribe · Top Commenter · SM Seri AmpangUmno suka guna pintu belakang .Dari pintu belakang shitpol hingga lah pintu belakang" kepada menteri yang kalah.hahahahha
- Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITIpintu belakang untuk menteri yg kalah, pintu depan untuk org yg mengecam, memaki hamun, mencaci dan memfitnah anwar ibrahim dan keluarganya.....perangai umno mmg mcm tu....sapu duit zakat halal(walau pun bkn asnaf)pecah amanh duit perkim...halal, ambil duit rakyat beli kondominium, melancung, beli kereta mewah, beli tanah....halal.SU sulit menteri minta komisyen...halal......megh
alalkan cara. - Kong Bu Fenzi · Top CommenterMaklum lah. cybertrpooper umno asyik suka belakang , bagi mereka `belakang' ini ada kuasa. boleh kautkan rasauh. menteri umno pun disokong belakang.. kua kua kua.
- OOOi.. belakang punya pasal. malaysia pun jatuh belakang, indonesia semakin maju , thailand pun maju kedepa , malaysia tuju hala belalkang.
- Rasuah saja , kerajaan maju ke depan... kua kua kua ptuuuih.- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Tariq Ziyad · Top Commenter · Works at BerniagaDr zakat cakap; tidak salah guna wang zakat ; rakyat pun bersuara ; Haram bayar zakat kepada kerajaan wilayah tersebut.Tahun depan harap semua orang islam jangan bayar zakat kepada MAIWP; biar melayu UMNO saja yang bayar.
- Tariq Ziyad · Top Commenter · Works at Berniaga
- Fauzi Othman · Top Commenter · IKMS
- Wiramad Ku · Top Commenter · Maneger at Kerja sendirian berhaddua undang2 di msia satu undang2 berasakan perlembagaan dan satu lagu undang2 UMNO
- Zulkiflinordin Pak Uda · Subscribe · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaanjenis2 pintu ni banyak yg menjatuhkan ahli2 politik...pertama sekali pintu taubat..yg berasa banyak buat zalim pd rakyat dan negara banyak2lah bertaubat sebelum terlambat jgn hanya sibuk dgn dunia kerana dunia ni klu dikerjar makin jauh larinya dia dari kita..mcm tun kita tu..satu lagi pintu iaitu pintu depan yg mana hanya yg betul2 gentlemen saja yg sanggup menghadapi cabaran dunia yg dgn bermcm2 rencah fitnah terhadapnya tapi ia masih berdiri tegap menghadapi pancaroba utk menyelamatkan negara dari punahranah olih para2 pemimpin parasit yg kuat membaham kazanah negara..syabas anwar ibrahim dan pintu satu lagi adalah pintu utk para2 pemimpin umno yg kecundang dlm pru yg lalu namun masih diberi jawatan kerana kekontangan pemimpin yg bijak maka pandir2 politik yg dicucuk hidungya dijadikan lembu2 mandul yg kerjanya menarik kereta lembu yg diatasnya gembala yg zalim siap dgn cemeti ditangan mengarahkan kekiri dan kekanan..lembu mengikut saja dgn taat...alahai lembu2 sampai bilalah anda akan sedar atau anda akan disembelih sesudah tdk berguna lagi..
- Roberto Mancini · Top Commenter · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.LEPAS PRU13, RAMAI LE DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO YANG JADI SENATOR..
- Noriman Saari · Top Commenter
- Zamri Razalan · Top Commenter
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Fauzi Othman · Top Commenter · IKMS
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Razmie Hussian · Top Commenter
- Raja Mohd Shahrim · Top Commenter · CEO at NFCAku benci pada mereka yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri..Pusat Zakat Selangor is the real culprit.. menangis dan merayu minta bantuan tapi dihina dan disindir.. akhirnya pemohon dapat bantuan dari gereja.. maka bertempik sakanlah mereka.. MURTAD.. MUTRAD.. tapi bagaimana pulak kesilapan mereka yang MEMBANTU MEMURTADkan orang Melayu? Hasan Ali pun berkempen sana sini tapi org Kristian cuba berdakwah utk menukar agama org Islam tapi apa peranan dia.. tubuh USA tapi tak pernah ada office. yg ada budak opes yang bukan nak menolong tapi sekadar mengisi waktu kerja 8pg -5 ptg.. inilah akibat terlalu lama berkuasa hingga nyanyuk dan lupa tentang amanah dan tanggungjawab.
- Rokiah Khalid · Top Commenter · SMDB TaipingRMS: btolllllllllllll, yang wajib dberi bantuan tidak dpedulikan dan in lah puncanya yang menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan dari pihak gereja ..... apakah Islam mengajar begini kepada umat-umatnya .... mana pihakx yang berwajib bagi menangani masalah kesempitan hidup yang sedang melanda dkalangan orangx Islammmmmmm ...
- Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–LincolnKalau dah kalah....tutup buku jer kerna rakyat menolak kepimpinan seseorang.
Janganlah lantik jadi SENATOR....eloklah jadi pemimpin NGO saja.
Duit zakat bantu org fakir miskin supaya mereka tak pergi jumpa Pastor/ gereja minta bantuan.Sbb tu bila mereka pergi gereja , sibuk lah kata org Kristian murtadkan org Islam.Rupanya duit zakat bayar kos guaman.Gunalah duit gaji bayar kos tu bukan duit zakat wahai Mangkok44x. - Azman Abu Bakar · Top CommenterKetua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
maknanya tidak perlu lah lagi kita bayar kepada pusat zakat.. puluhan ribu digunakan bukan untuk membiaya fakir miskin, mungkin kutipan terlampau banyak sehinggakan fakir jamil pon dibiaya.. lepas ni kena cari sendiri baru puas hati.- Kru'din Kromo · Top Commenter · Senior Service Technician at RMAF
- Azman Abu Bakar · Top Commenter
- Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysiaDI MALAYSIA APA APA BOLEH JADI DAN BOLEH DI SELAMATKAN DARI SEBARANG UNDANG UNDANG ASALKAN DI DAHI ADA COP TERTERA LOGO UMNO, WALAUPUN SI PELAKU MELAKUKAN JENAYAH ROGOL , ZINA, BUNOH, RASUAH, PECAH AMANAH, SONGLAP DUIT ORANG KAMPONG, SONGLAP DUIT PPRT ASALKAN IANYA UMNO DURJANA...NASIB..NASIB MALANG MELAYU JADI MANGSA MELAYU UMNO..
- Muhammad Adiputra · Top Commenter · Works at PENYAMUN TARBUSawat bising2 ni..depa yakin duit zakat 2 kepunyaan depa...depa mne yakin janji ALLAH...kita yakin janji ALLAH suda laa..akhir zaman ni bnyk benda ALLAH bayar cash..lg2 d0a orang2 yg dizalimi...pd orang2 miskin yg t'aniaya..sila laa d0a bnyk2..yakinlah ALLAH itu maha berkuasa utk jatuhkn pemimpin zalim.
- Pakkatak Brahimali · Top Commenter · Toreh getahApakah benar Menteri pintu belakang:
i. Awang Adek - Terima wang dalam akuannya, kononnya untuk bantuan orang miskin
ii. Shahrizat - sudah terkenal dengan lembu NFC
iii. Jamil - Bedal pitih zakat
iv. Mashitah - Melacor boleh jika terdesak
v. lagi dan lagi? - Hanum Hizan · Top CommenterARAHKAN SEMUA GLC BAYAR ZAKAT - DULU ADA NAMPAK POSTER SURUH BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN SEKARANG DAH HILANG. INI SAPA PUNYA KERJA NI TAK BUAT KERJA MAKAN GAJI BUTA DAN AMBIL RASUAH. YANG AMBIL RASUAH TU PULANG KAN BALIK SEMUANYA DEKAT ZAKAT DAN BERTAUBAT! START SEMULA MINTA BANTUAN ZAKAT!
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Nor Din · Subscribe · Top Commenter · Pengurus Pemasaran at Mondar Mandir Cari Uangaku dah lama tak bataq zakat kt majlis agama islam sebab aku tahu mereka bknnya nak agihkan wang zakat tersebut kpd asnaf yang patut. Jika benar2 wang zakat diagihkan secara bertanggungjawab, rasanya tiada lagi umat islam yang hidup melarat di negara ni....
- Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University MalaysiaApalah yg boleh diharapkan kepada orang yang berkelulusan agama yang menyeleweng ini. Apakah taruhan kita kepada org lain lebih baik lagi, kerana yg kenal agama pun buat kerja terkutuk ini.
- Agus Yanul · Top Commenter · UKM,UNISELBukan itu sahaja Dewan Negara dah jadi tempat orang-orang yang dulunya orang kuat PR berpaling tadah jadi pelopor BN.Ada lagikah integriti bila membuat keputusan.Malang sungguh bagi negara Malaysia.
- Hariz Rosdi · Top CommenterAKU DAH LAMA TAK PERCAYA..WANG ZAKAT AKU..AKU BAGI TERUS KAT ORG2 MISKIN KAT KAMPUNG..KALAU KERAJAAN TELUS MENGGUNAKAN WANG ZAKAT..DAH TADAK UMAT ISLAM YG MISKIN DI MALAYSIA..
- Azmie DamakMemang pun di Malaysia banyak perkara ada 2 kategori : Yuran Makan Asrama murid, anak tiri kena bayar RM750 setahun tetapi anak emas (yang malas dan penipu) kena bayar RM250 setahun sahaja.
- Mohd Amri · Top Commenter · University of Malayasebagai contoh....sarizat lembu....dh kalah 2 kali namun tetap di lantik jadi menteri....MENTERI LEMBU....betul betul lembu la....
- Muhammad Hisham · Top Commenter · Musk Ox Hunter at Musk Ox FarmDewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah...... atau bunyi secara kasar..Dewan Negara jadi 'diliwat' menteri kalah.
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Apa komen Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap Tun Mahathir? Nak tau mai tengok sini che' http://bit.ly/A1ra9S.
- ArabThe Builder · Top Commenter · CEO at Am-Binabila pulak bayaran kos guaman jd asnaf penerima zakat? sebab tu lah ramai fakir miskin gagal menerima bantuan rupanya byk asnaf2 baru diwujudkan :)
- Razali Ismail · Institute Karya Pasir Masbagi la zakat tu pd yg berhak.Amanah mejaga zakat cukup berat bukan saja didunia tapi diakhirat juga diodit yg sebenar dan seadil2 nya.
- Fiza Nafizah · Subscribe · Top Commenter · Works at FTHWbukan setakat pintu belakang menteri yang kalah yg tak bertanding pun dibawa masuknya sekali.......
- Razmie Hussian · Top Commenterbayar guaman kau jamil igt skit ke.niat org bg zakat utk fakir miskin bkn utk guaman bodoh tu.
- Suhaimi Sidiqtak akan halal satu sen pun wang zakat diguna untuk bantu kezaliman....
- Amin Ab Latif · Top Commenter · Universiti Teknologi Petronaswalau apapun keputusan 901 nanti, kita pastikan BN tumbang PRU 13 nnti.
- Wa Aidi Knights · Subscribe · Universiti Teknologi MalaysiaJessenia Vice: Sexy Cooking.
http://bit.ly/zHfqbV - Jamal Ahmad · Top Commenter · Peniaga at Kerja sendiriDah tahu dan Aziz Bari memang penyokong pembangkang memang padan muka dia dan aku juga percaya aziz , nuar dan lain-lain pemimpin PR akan buat apa saja dan akan mencari jalan bagi mendapatkan apa-apa dukumen kononnya misi membongkar penyelewengan , pak sheikh ingat dia tu manusia yang terbaik lah tu , dulu masa jadi T/PM memang lah aku adalah penyokong tegar dan mempercayai kau 200% tapi kini tidak lagi nuar oi, aku dah menyampah dah kat kau .
- Kru'din Kromo · Top Commenter · Senior Service Technician at RMAF
- Kru'din Kromo · Top Commenter · Senior Service Technician at RMAF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan