Ahad, 11 Disember 2011

YANG MAMPU BERDOA...DIKHUATIRI IA DILINDUNGI....DOA AGAR ALLAH MEMBALAS SETIMPAL DENGAN PERBUATANNYA...ALLAH MAHA MENGETAHUI..TAWAKAL PADA ALLAH....

Tamatkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau | Print |
Muhammad Faizal
SHAH ALAM, 11 Dis: Kerajaan digesa tidak menyambung kontrak syarikat konsesi Tol Batu Tiga dan juga Tol Sungai Rasau yang akan tamat tempohnya tahun hadapan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi memberitahu ianya meruapakn peluang terbaik kerajaan untuk menamatkan konsesi tersebut dan menghapuskan kedua-dua tol tersebut demi kebaikan rakyat.

"Konsesi tersebut akan tamat pada tahun hadapan dan inilah masa yang terbaik dilakukan oleh kerajaan bagi meringankan beban pengguna yang selalu menggunakan laluan tersebut apabila ia ditamatkan.

"Bagi saya keuntungan berlipat ganda telah diperolehi oleh syarikat terbabit dan sekarang bukan masa untuk syarikat mahupun kerajaan mengatakan mereka mengalami kerugian sepanjang mereka beroperasi," jelasnya.

Khalid juga menjelaskan rakyat sudah dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, tindakan menamatkan konsesi tersebut akan memberikan penjimatan tambahan kepada pengguna.

"Walaupun kos yang dikenakan itu kecil hanya RM2.20 bagi sehala dan RM4.40 bagi pergi dan balik, jika ia dikira untuk sebulan setidak-tidaknya pengguna dapat berjimat sekurang-kurangnya sebanyak RM130 dan ini merupakan pendapatan tambahan mereka.

"Dengan secara tidak langsung ia dapat digunakan untuk keperluan persekolahan anak mereka ataupun pembelian barangan keperluan hari-hari," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar membuktikan sikap mereka yang didakwa mengutamakan rakyat dan tidak tunduk pada desakan syarikat konsesi demi keuntungan semata-mata.

"Soal di mana pekerja-pekerja tol akan bekerja itu sepatutnya sudah mereka fikirkan kerana konsesi mereka pun hampir tamat dan perkara tersebut tidak harus timbul sekarang," jelasnya.

Pakatan Rakyat katanya sejak dahulu berjanji akan berusaha menghapuskan tol jika berjaya mengambil Putrajaya sebagai langkah membebaskan rakyat di negara ini dari terbeban sejak pemerintahan Barisan Nasional.

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

“Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan.

Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.

Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan.

Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia.

“Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor.

Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah.


Gamis lapor polis, gesa siasat video hina Islam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dalang video Sembang Rakyat yang menghina Islam.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, mereka mahu siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video tersebut di laman sosial facebook dan youtube.

Video tersebut yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu jelas meraka dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

"Gamis memohon pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan dan Komunikasi, menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat islam," laporan itu dipetik.

Sementara itu, Presiden Gamis, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, laporan itu dibuat bukan kerana kepentingan politik mana-mana pihak namun ianya soal penghinaan terhadap Islam dan hukum Allah.

"Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut.

"Lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, beliau memohon agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud kepada masyarakat bagi mengelakkan salah faham seperti dalam video tersebut.

Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.

“Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti.


Debat: Anwar terima, mahasiswa tunggu respons Najib | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Perdebatan dan perbincangan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini semakin rancak dibahaskan.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, banyak siri perdebatan berkaitan Auku, Pilihan Raya Umum, demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.

Ini, katanya suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.

Menruutnya, dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.

“Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rentetan dari insiden debat di Universiti Malaya (UM) yang diganggu oleh pengawal keselamatan atas arahan TNC HEP itu, gerakan kebebasan akademik tetap akan terus untuk melaksanakan debat perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tambahnya, tajuk yang disepakati di peringkat mahasiswa untuk mereka bahaskan ialah ‘Mahasiswa, Universiti dan Negara’ pada 15 Disember ini di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur.

Makluman terkini, katanya Anwar telah menerima pelawaan tersebut sebagai pembahas di peringkat Pakatan Rakyat.

Namun, ujarnya sehingga kini masih tiada sebarang respons balas dari surat jemputan mahasiswa kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang mewakili Barisan Nasional.

“Selaku Perdana Menteri yang disegani, mahasiswa sentiasa berharap agar pelawaan untuk berdebat berkaitan isu mahasiswa itu diterima.

“Sekaligus penerimaan itu akan membuktikan bahawa Datuk Seri seorang yang sentiasa peka dan perihatin terhadap isu-isu mahasiswa,” katanya.

Beliau menambah, dalam kondisi pilihanraya umum yang semakin hampir, para pemimpin negara kedua-dua parti perlu lebih mendekati anak muda terutama mahasiswa.

Ini, ujarnya kerana jatuh bangun pemimpin yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti akan ditentukan oleh para pengundi.

Justeru, kata beliau mereka perlu ingat bahawa kuasa pengundian mahasiswa juga besar kesannya kepada kejayaan seseorang pemimpin itu dalam PRU 13 nanti.

“Semoga impian rakyat dalam mengimpikan Malaysia yang sejahtera dan universiti yang subur dengan budaya ilmu dan intelektual akan terus direalisasikan oleh para pemimpin negara dengan baik.

“Berikan ruang berakademik dengan sebaiknya kepada para pensyarah dan mahasiswa, pasti hasilnya negara kita akan lebih hebat dan makmur di masa depan,” ujarnya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan