Rabu, 7 Disember 2011

YANG DAH BUAT DAN ADA CITA2 NAK BUAT...NI TAK MAHU HUDUD...LAGILAH TAK NAK..ADA BUKTI DENGAN VIDEO...MENGAKU PULAK...

Harga barang naik mendadak
Syed Abdullah Jamalullail
Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.

Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.

Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo.

Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya.

SYED ABDULLAH JAMALULLAIL

AMPANGAN, SEREMBAN

Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad berkata, biarpun Soi Lek sebelum ini terbabit dengan skandal seks, namun dia tidak perlu risau kerana hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam.

"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam.

"Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau di mana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Kamaruzzaman lagi, kenyataan Soi Lek bahawa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak hanya menggambarkan ketakutan dan kekeliruan beliau terhadap prasyarat pelaksanaan hukum tersebut.

Dakwaan bahawa hudud akan menakutkan para pelabur juga tidak releven kerana tiada sebab untuk mereka yang tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk berasa takut dengan mana-mana sistem perundangan.

"Hudud bakal memelihara harta dan aset para pelabur dari dicuri dan dirompak sesukahati dalam negara ini.

"Bukankah itu satu kebaikan kerana dengan perundangan sedia ada, pencuri dan perompak keluar masuk penjara amat sedikit yang benar-benar kembali ke pangkal jalan walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka," soalnya kembali.

Berhubung dengan menjaga kepentingan Hak Asasi pula, hudud ujarnya memberikan ruang untuk setiap pendakwa membuktikan dakwaan dan yang tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah.

Malah kenyataan saksi-saksi juga didasarkan kepada fakta-fakta yang jelas dan tidak boleh diragui.

Wanita juga tambahnya, akan mendapat perlindungan dan manfaat dari terlaksananya undang-undang ini kerana mereka akan terpelihara kehormatan dan tidak sewenang-wenangnya dimangsakan dalam jenayah pemerdagangannya manusia dan dera.

"Kita berharap Dr. Chua belajar dan mengkaji prinsip dan bentuk pelaksanaan undang-undang ini dengan ulama-ulama serta pimpinan PAS.

"PAS membuka ruang forum dan sesi penerangan dengan mana-mana pihak yang mahu berbincang secara ilmiah, bukannya dengan emosi atau sekadar lontar politik semata-mata," katanya.


PAS Kerdau hargai pelajar cemerlang UPSR

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 7 Dis: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, semalam meraikan 33 orang pelajar daripada seluruh sekolah-sekolah rendah dalam Dun berkenaan 252 yang mencatatkan keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Darul Hikmah, Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau itu setiap pelajar telah menerima sumbangan wang tunai, medal cenderahati, sijil anugerah pelajar cemerlang dan senaskah buku tafsir surah Al-Fatihah.

Hadiah disampaikan oleh AJK Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Penyelia Dun Kerdau, Ustaz Kamal Ashaari dan Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Ahmad Nafiri Toazi dan Naib Ketua PAS Kuala Krau, Ahmad Mat Yaman.

Menurut Kamal Ashaari, program anjuran Dun berkenaan adalah tradisi sejak 10 tahun lalu setiap kali selepas keputusan diumumkan dan hadiah juga akan diberikan kepada semua pelajar cemerlang untuk peperiksaan PMR, SPM, STPM apabila keputusan diumumkan nanti.

Sementara itu, Shahril Azman yang juga Penyelaras Parlimen Kuala Krau dalam ucapannya di hadapan ibu bapa pelajar berkata hadiah yang disumbangkan merupakan galakan semangat kepada mereka serta rakan-rakan mereka supaya berusaha lebih keras menggapai kejayaan pada masa akan datang.

“Pihak Kawasan dan Dun juga akan berusaha meningkatkan sumbangan dan supaya hasilnya dapat sama berkongsi kejayaan dengan pelajar-pelajar cemerlang nanti kerana mereka adalah permata yang paling berharga dan akan menyumbang semula dalam bentuk khidmat bakti pada masa akan datang, insya Allah,” katanya.

Shahril berkata, pelajar luar bandar yang beroleh kecemerlangan pada peperiksaan ini bukanlah calang-calang berbanding dengan pelajar bandar yang cukup kemudahan dan tuisyen.

Justeru jika Pakatan Rakyat dapat memerintah nanti jurang luar bandar dan bandar akan dirapatkan dengan menyempurnakan prasarana yang perlu.


Kesan krisis Euro: Malaysia dijangka paling teruk | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (gambar) berkata, berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah.

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.

Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.

“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.

Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia akan berjaya dipertahankan.

Subbaraman juga berkata, Malaysia berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.

Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.

Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.

Antara komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai rakyat negara ini.

Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.

Jika harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.

Sebelum ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.

Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.


Selangor agih RM1.56 juta bantuan fasa 2 SRJKC | Print |
Khaulah Azwar

SHAH ALAM, 7 Dis: Kerajaan Negeri Selangor mengagihkan sejumlah RM1.56 juta sebagai Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, (SRJKC) Fasa 2 Tahun 2011.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, ianya merupakan tambahan kepada peruntukan 2011 yang berjumlah RM6 juta yang telah diagihkan sepanjang tahun ini.

Peruntukan itu, katanya bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

"Pada Fasa Pertama, sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta.

"Pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara 'direct grant' daripada kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek bantuan tersebut di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam di sini semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras-penyelaras Dun .

Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan akan ditutup pada 3 Februari 2012.

Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan