Isnin, 5 Disember 2011

TAK KIRA LEMBU ATAU KUDA...ATAU BABI...YANG PENTING PERJUANGAN ITU ALLAH REDA...BUKAN ALLAH LAKNAT...LAKNAT BERERTI MASUK NERAKA..ADA FAHAM...

Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu' | Print |
Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.

Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Umno ibarat 'kereta tiada brek' | Print |
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.


Sidang Umno terakhir sebelum Putrajaya jatuh? | Print |
Subky Latif
ADALAH benar Perhimpunan Agung Umno ke 64 bermula 29 Nobember lalu adalah yang terakhir sebelum PRU 13, tetapi ia lebih menjurus kepada menghadapi Anwar Ibrahim dari penghadapi masalah parti itu dan pilihan raya yang bakal dihadapi itu.

Mesyuarat agung bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan, baik ia diadakan sekali setahun atau dua tahun sekali, selain dari memenuhi kehendak undang-undang adalah satu acara muhasabah bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasinya.

Kalau tidak pun atas sebab kehendak undang-undang, ia wajar berhimpun bagi memeriksa apa yang telah dibuatnya setahun lalu sebagai persiapan lunjakan kerja setahun akan datang atau masa-masa mendatang. Apa kelemahan dan kegagalan setahun lalu dan apa pula kekuatan dan kejayaannya. Dari situ ia akan tahu kelemahan dan kekuatannya.

Tetapi bermula dari perasmian ketiga-tiga sayapnya – Wanita, Pemuda dan Puteri – ia dilambakkan dengan menghadapi Anwar Ibrahim yang ditendangnya dari UMNO hujung tahun 90an dulu. Sudah lebih sepuluh tahun Anwar tidak ada dalam UMNO, ia masih dihantui oleh bayang-bayang ketua pembangkang itu.

Keseluruhan ucapan perasmian sayap-sayap itu oleh Mahyuddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO, baik menyentuh soal dalaman parti dan luaran adalah dikaitkan dengan Anwar.

Serangan, kecaman dan hasutannya terhadap DAP, belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO dalam perhimpunannya sebelum ini, ada hubungannya kesan politik kerjasama Anwar dengan parti itu.

Kecaman Muhyiddin terhadap PAS adalah yang seketara sikap Dr. Mahathir sepanjang pimpinannya dulu. Serangan yang keras itu adalah disebabkan PAS menjadi sekutu kuat Anwar.

Sebelumnya PAS dan DAP adalah terkepung dalam pagar tebal yang dibina UMNO, tetapi pagar itu telah dipecah dan dirempuh dengan kedagangan Anwar. Kalau Anwar tidak datang, pagar itu tetap digegar, tetapi dengan penampilan bersama Anwar dengan mereka mempercepat ia roboh. Justeru robohnya pagar itu telah mara mereka menuju Putrajaya.

Maka bagai hendak pecah kepala Muhyiddin menumpukan sepenuh ucapannya mengerah hulubalang Pemudanya, serikandi Wanitanya dan permata Puterinya bagi mengepung soldadu Pakatan Rakyat bersama Anwar yang sudah meninggal jauh pagar roboh di belakang untuk memasuki tembok Putrajaya.

Kerana tumpuannya kepada Anwar lalu tidak dipedulikan segala retak dan sompek dalam partinya. Dalam responsnya, ketua serikandinya berlepas diri dari skendal lembu suaminya, bertumpu kepada persoalan Anwar juga. Seolah-olah Anwar jadi tema pidatonya di tengah wanita bertudung merah. Habis tenaganita perwakilan dan pemerhati bertepuk tangan di celah suara dan pidatonya mengenai persepsinya yang menyeluruh tentang Anwar.

Dibiarkannya hantu dan bangkai lembu yang dilambakkan kepadanya kepada suami dan anak-anakinya. Dia marah kepada Zuraidah PKR yang tidak marah kepada isteri Anwar kerana isteri Anwar membela suaminya.

Zuraida suruh ketua Serikandi UMNO itu letak jawatan tapi tak suruh isteri Anwar letak jawatan. Ketua Serikandi tak peduli tentang suaminya dengan lembu-lembunya, tidak bela suaminya. Isteri Anwar peduli dengan masalah suaminya dan dia bela suaminya.

Shahrizat Jalil marah Zuraida suruh dia berhenti tetapi tidak marah Bung Mokhtar yang lebih dulu dari Zuraida suruh dia berhenti. Mengapa? Zuraidah membela Anwar dan Bung Mokhtar tiada hubungan dengan Anwar.

Muhyiddin lantik Ketua Pemuda jadi ketua Hulubalang saja. Tidak jadikan dia Panglima. Agaknya panglimanya Muhyidin sendiri.

Maka sebagai ketua Hulubalang, habis segala ilmu yang dipelajarinya di Universiti Oxford dan pengalamannya membentu mertuanya dugunakan untuk membuat ucapan mengenai Anwar kepada perhimpunan partinya. Dia membuat reserach dan homework bagi memastikan hujahnya kuat tentang Anwar.

Cukuplah dengan tiga orang penting UMNO – Muhyiddin, Shahrizat dan Khairy Jamaluddin – mengepalai pembengangan tentang Anwar. Tentulah yang lain-lain terarah kepada topik yang sama.

Mengapa Perhimpunan Agung UMNO tertumpu kepada Anwar saja? Apakah Anwar saja masalah besar kepada UMNO dan kerajaan? Atau sidang itu dirasakan yang terakhir sebelum jatuh Putrajaya?


Pemuda PAS santuni penduduk Pulau Pangkor

Safarizal Salleh

LUMUT, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang dalam lawatan kerja ke Negeri Perak, baru-baru ini telah menyertai program misi jelajah mesra santun bersama penduduk Pulau Pangkor yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut.

Antara pimpinan yang hadir diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Bendahari Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar; Exco Pemuda PAS Perak yang juga Ketua Pemuda PAS Parit, Mohd Hakimi Shah Alani; Ketua Pemuda PAS Lumut, Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut.

Misi kali ini menyerahkan sumbangan kepada penduduk Pulau Pangkor yang memerlukan sumbangan yang telah memilih Kampung Sungai Pinang Besar dan Kampung Sungai Pinang Kechil untuk diagihkan barangan keperluan dapur.

Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Sungai Pinang Kechil yang ditemui masih sehinggi kini tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik dan airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja.

Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melawat sekitar pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor, antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung dan juga pelancong yang berada di situ.

Gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa.


Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri.

"Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily.

Sebelum ini, Bung Mokhtar mencadangkan agar Shahrizat melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan suaminya, Mohamad Salleh Ismail.

Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk projek itu.

Turut membuat desakan terbuka kepada Sharizat adalah Ketua Umno Bahagian, Syed Ali.

Media mendedahkannya manakala pihak kerajaan pula mengesahkannya namun Shahrizat berkata apa yang dibuat oleh suaminya tidak ada kaitan dengan beliau walaupun beliau seorang anggota kabinet.

Latar belakang NFC

NFC telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9. Ia disasarkan sebagai projek berimpak besar dengan sasarannya adalah membekalkan 40 peratus keperluan daging negara menjelang 2010.

Pada tahun 2007, kerajaan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC.

Pada Oktober 2011, Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salahguna wang berlaku dalam NFC melalui laporan yang lambat terbit itu.

Antara laporannya adalah pembelian kondominium mewah dan kereta mercedes.

Pengerusi NFC adalah suami Shahrizat, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengarah Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun), Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) dan Pengarah NFC Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun).

Gaji bulanan pengerusinya adalah RM100,000, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, CEO RM35,000 sebulan dan pengarahnya adalah RM35,000 sebulan.

PKR pula mendedahkan lebih terperinci iaitu pelbagai pembelian yang dibuat oleh NFC yang tidak ada kaitan langsung dengan penubuhan dan peranannya.

Antara pembelian yang dibuat oleh NFC adalah kondominium mewah di Bangsar di One Menerung bernilai RM9,758.140, tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363.507 dan kereta Mercedes CLS 350 CGI bernilai RM534,622.

Namun semasa berucap di persidangan Umno baru-baru ini, Shahrizat meminta semua ahli Umno bertenang dan mendengar penjelasan dari pemimpinnya.

Shahrizat bersingsing lengan ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan wanita Umno ini dan menjadi topik serangan para penceramah agama di masjid dan surau kerana lengan adalah sebahagian dari aurat wanita.

Namun Bung Mokhtar berkata, beliau tidak pasti apakah penjelasan itu telah diterima oleh orang ramai atau tidak.

"Saya setuju dengan pandangan Bung Mokhtar dan Syed Ali; Shahrizat Jalil mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau sebagai menteri," kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya yang menambahkan lagi panas Shahrizat di perhimpunan agung Umno itu.

Skandal itu juga telah menjadi topik perbualan yang paling hangat di kalangan ahli Umno sepanjang perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka menganggap Shahrizat boleh menjadi bala kepada Umno dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan yang sentiasa berlaku dalam kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan