Rabu, 21 Disember 2011

KADANG2 DIAM ITU PERLU...JIKA CAKAP..ORANG BOLEH KESAN...SAPE SEBENARNYA KITA..JANGAN KITA KATA ORANG ..ADAKAH KITA IKUT PRINSIP ATAU IKUT PERASAAN

Hasan: Mana bukti saya masuk jerat Umno?
Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

NONEMenyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.

Hasan turut menyifatkan pergeseran mutakhir sejak minggu lalu antara beliau dengan pemimpin parti itu berpunca daripada kenyataan Saari yang dipetik beberapa media - termasuk Malaysiakini.

  • Azman Shapawi · Cairo University & American University in cairo
    duduk semeja dan bincang, ada jln penyelesaian, mesti berlapang dada.
    • Mohd Zaidi · MPSB
      yes..betul yu ustaz...ingatkan isu ni dah reda..rupenye masih lagi gatal2 mulut nak press conference...ntah la...
    • Mohd Hafiz Hassan · · Pengulas Tertinggi · Kolej Sultan Abdul Hamid
      udah la YB semua,x uasah lah nak tunjuk sana dan sini sama2 cari jalan penyelesaian,klau dah tahu perbuatan tu dari umno apa yg nak kecoh2 lagi,kami rakyat dok harap jgn jadi macam2 pasal puak2 tu tggu peluang jer nak bagi kita kalut dan berpecah belah...ingat PRU 13 kita bagi depa makan buboq......
    • Nazman Yusuf · umur 36 tahun
      Ys benar
  • Mohamad Shafri Shamsudin · Bekerja di Harakah
    Alasan... Tanya diri sendiri kenapa x dapat cukup pencalonan. Muhasabah diri. Jangan kita asyik pandai bagi nasihat kat orang sampai kita lupa yang diri kita ini juga perlukan nasihat. Awak tu PM (Pakar Motivasi). Jadi sepatutnya kena pandai kawal diri dan keadaan. Hati kena baik beb.. Berlapang dada sikit. Hati kena bersih... Mustafa wajar buat kenyataan memandang dr Hasan asyik menyerang parti dengan menggunakan alasan Islam dan Melayu... Perbuatan minta Saari diambil tindakah seolah-olah mahu membalas dendam.
    • Jauhari Taib · Pengulas Tertinggi · Tsukuba University, Japan
      Amat benarlah pandangan Mohamad Shafri Shamsudin itu.
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Pengulas Tertinggi · Ceo syarikat di Ramlah draman s/b
      jawab apa yg hassan persoalkan, ,,,bukan bg alasan!
    • Zizi Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Parti KITA masih memerlukan ramai ahli dan bakal pemimpin. Mungkin Hassan Ali boleh bertukar angin di sana untuk menenangkan fikiran.
    • Abdul Aziz Aziz · Top Commenter · Sek Men Sheikh Abdul Ghani
      parti UMNO korang kater hari2 dan korang fitnah hari...kena parti korang sendiri baru tau..padan ngan batang hidup tuh...itu pun masih nak ckp salah UMNO lagi...
    • Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at Guru
      Sebagai manusia kita sering merasa buruk sangka sesama kita. Jika seseorang itu tidak bersama kita atau mempunyai pandangan yang berbeza dengan kita maka kita akan kutuk habis2an seolah-olah beliaulah insan yang paling hina. Tetapi jika dia bersama kita, kita akan terus mengiakan sahaja apa yang dikatakannya walaupun jelas orang itu telah melakukan kesalahan dan kesilapan. kita perlu berusaha untuk menegur dengan baik rakan kita kerana itulah contoh rakan yang terbaik dan bukan membenarkan apa sahaja yang kita lakukan tanpa sebarang teguran. Tidak berani menegur kerana takut kehilangan kawan. Mungkin pada kita insan tersebut terlalu hina tetapi mungkin di sisi Allah swt dialah insan yang terbaik. Whl
    • Ahmad Fitri Zainul · · 812 subscribers
      Harakah perlu clear-up dulu bang Mohamad Mohd Shafri Al-yahya.. kasik BERSIH dulu, dah lama dah patutnya... hehehe
    • Mohd Muzlimi Junoh · Top Commenter · SMK Convent Sentul, KL
      Baharudin Salleh Bin Awang ..hei bang nak jawab apa..kalau dah dapat projek tu nak jawab apa lagi bang oiiiiiiiii....tepuk dada tidur lena lah jawabnya...
    • Ahmad Faiz · University of Oxford
      memang benar,wkt ni belum masuk Umno,tapi rakaman di TV 3,jelas dah masuk jerat umno,sama sama kita ikuti rakaman nya yg akan di siar nanti dlm ranc.soal jawab di TV3,yg akan di siar nanti ,jelas menjurus dlm mengampu Umno,(spt kata nya ,perpaduan melayu entah dimana,perjuangan islam nya,samar,Instutsi raja nya kurang jelas,apa semua ni?,kan itu lakaran suara yg di nanti oleh lembu lembu umno,(umno ada kawan setia nya mca)yg sentiasa ,memperlekehkan islam,datuk hasan dan umno knapa membisu?)lain semasa ambil alih kerajaan selangor,kutuk abis, sekrg ampu umno,dlm mencari ruang sisa perjuangan bersama umno,ckp tak serupa bikin,wayang lebih,brsorak gembira si lembu lembu dan tuan tuan lembu...
    • Apiz d'Great
      setuju dgn mustafa ali...beliau berhak atas kapasiti sbgai s/u agong parti...ape yg sy perati kan hassan byk guna platform yg di luar jangkaan kepimpinan pusat....bah kan di luar jangkaan ahli dan penyokong parti...cuba bertindak mcm hero utk islam, raja, melayu bagai.. diri sendiri tdk mendengar nasihat kepimpinan dlm jemaah....sejak tidak lg memegang kuasa sbgai PJ s'gor, mcm2 hal dan perkara nak di buat yg bertentangan dgn parti....pemimpin mcm ni ke yg parti perlu kekalkan? rasanya x perlu krn luar sana masih ramai lg yg berhak ganti tempat beliau....ape2 pun berundinglah secara adik beradik agar jemaah tidak berpecah...masih ramai lg yg syg kan beliau dlm parti....
    • Nain Arshavin · Top Commenter · Ikm jasin melaka
      dato hassan ali jangan keruh suasana ...umno cari pasal....tv3suku musibat hari keluar citer
      ni...
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Aduhhh...Masuk jerat bukan bermaksud kena jerat mcm pelanduk...yg tu boleh lah kita lihat...Masuk perangkap ni maksudnya kita dipergunakan untuk kepentingan org lain...Inipun tak faham ka Hasan...Susahlah kalau ada pemimpin PAS yg lembab mcm ni...janganlah jd lembab mcm pemimpin UMNO..
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Ceo syarikat at Ramlah draman s/b
      Zizi Ariffin parti katak buat pe,
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Ceo syarikat at Ramlah draman s/b
      Ahmad Faijaz jawab ape yg hassan persoalkn, ,bukan bg alasan
    • Lateefa Ikhwan · University of Malaya
      wah orang Harakah pun "belasah" dr hassan ali. tentu ada maklumat dalaman yang umum tak tahu. apapun, jika ada duri dalam daging, pas mesti bersihkan untuk hadapi pru-13 nanti.
    • Muhamad Aidi Amin · Land Surveyor at Engeneering
      dr hassan ali bukan jenis itu zizi..kau tak kenal siapa dia..pernah kau dengar kuliah dia...khutbah beliau....
    • Amarisme Bin La Ni · University of Central Lancashire
      Tenang Dato' apalah sangat satu penggal berehat PRU14 boleh naik lagi...
    • Yusniman Yusof · Top Commenter · Hamba Allah SWT at LiLLahita'aLa
      Guru ku Saari Sungib tak akan bersuara sekiranya tanpa mendapat maklumat atau fakta tertentu...
    • Yusniman Yusof · Top Commenter · Hamba Allah SWT at LiLLahita'aLa
      pasti ada perkara yang tak kena...
    • Fareil Alfhat · Selangor, Selangor, Malaysia
      semua berpunca dari saari sugib yg tak sabar nk opini public
    • Atan Abdul Kudus · · SM Padang Tembak
      Hassan Ali takkan melompat parti selagi dia yb sebab ada baiah lafaz taklik..so buat kenyataan pedas supaya PAS pecat dia baru dia join umno
    • Nordin Ahmad · Top Commenter
      Atan Abdul Kudus ,macam Zul 110%(bukan menhina org menyimpan janggut,org macam zul kena buang janggut ,simpan saja misai macam Najib).
    • Mat Salleh
      Baharudin Salleh Bin Awang; Sebagai bukti, Hassan Ali terlibat dalam isu perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO.
    • Al-Ayyubi Ayahku · Top Commenter · Maktab Perguruan Kota Bharu
      Dalam keadaan UMNO lemah, pimpinan PAS pulak nak berperang sesama sendiri dalam media...Guna saluran le. Kalau sesiapa tak sebulu antara satu sama lain berlapang dada le. Wat pe guna media. Semua pimpinan ada pengalaman...bangang ke apa? Meluat aku tengok pimpinan PAS yang gila publisiti ni...Tak kira sape le..
    • Mohd Shukri Zakaria · Top Commenter · Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
      hassan ali player yg bakal dibeli umno..
    • Islam Menang · Top Commenter
      TUTUP MULUT LA HASSAN ALI.. makin cakap makin nampak keUmnoaanya...
    • Zamri Rockersz · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Dato'! Bila dato sering persoalkan jemaah dan membawa pula isu yang telah di tolak puluhan kalinyaa untuk bebaik dengan umno sebutlah atasnama apa pun samaada islam atau bangsa ertinya datok menunjukan dato membelakangkan jmaaah dan ini lah yang dikehendaki olih para pemimpin umno pada hal mereka lah lawan kita sekarangg..dato hentilah bebalah sesama sendiri...atau jika dato rase pandai sanagt... pergi lah... kami sayang dato ...tapi kecerdikan dato mengalahkan kamii...huhhh huhhhh huhhh...sedihnyaa hati...kami akan tetap dalam perjuangan inii... Allahhhh hu akbarr!!!!!!!!!!
    • Zamri Rockersz · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Dato'! Bila dato sering persoalkan jemaah dan membawa pula isu yang telah di tolak puluhan kalinyaa untuk bebaik dengan umno sebutlah atasnama apa pun samaada islam atau bangsa ertinya datok menunjukan dato membelakangkan jmaaah dan ini lah yang dikehendaki olih para pemimpin umno pada hal mereka lah lawan kita sekarangg..dato hentilah bebalah sesama sendiri...atau jika dato rase pandai sanagt... pergi lah... kami sayang dato ...tapi kecerdikan dato mengalahkan kamii...huhhh huhhhh huhhh...sedihnyaa hati...kami akan tetap dalam perjuangan inii... Allahhhh hu akbarr!!!!!!!!!!
    • Mohdrosli Othman · Top Commenter · Pengurus Syarikat at Berniaga Sendiri
      Ahmad Faiz ...aku setuju pendapat hang..kalau dok kritik parti sendiri kat TV3 suku tu,dah tunjuk petanda awal lah tu..ada tempat berbincang cara baik tak mau..nk guna TV3 suku gak..kalau dah rasa UMNOngok tu boleh bantu dato,dato pi lah kat depa..aku masih ingat lagi pesan/wasiat arwah Dr lo lo kat Dr Asri..bila jadi cerita macam ni,aku rasa sedih sangat sangat..Tapi walau apapun terjadi...aku tetap dengan PAS..
    • Ismahaji Abu · Top Commenter
      Ahmad Faiz ...Btul le tu..klau dah dpt liputan dr alat propa Be End,,msuk perangkap le namanye...Bkn sajex je Be End nak buat liputan...Aku dah lama buat telahan kemasukan Dr. Hassan dlm PAS akan timbul masalah..pemerhatian ketika dia pengerusikan forum perdana ehwal Islam...cara dia expose atau jual diri sbg motivator...Terpulang le Dato'...Klau PAS x lg jd wadah perjuangan...kami x leh nak kate ape..pujuk pun x...Tepuk dada tanye iman...
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Video Kenapa Melayu Miskin. Err...ada kena mengena ke? http://bit.ly/uD2WrZ
    • Mazuan Bin Mat Wan · Top Commenter · University of duniawaley
      jgn dia keluar parti, dan masuk parti umno sudah la..
    • Aki Tok · Top Commenter · No University
      tanya lah pengundi parit buntar masa hasaang ali jadi MP,dia cakap macam gunung berapi nak muntah laharnya,cakap hassang ali banyak TIN KOSONG,ORANG MACAM HASSAN ALI ELOK TAK ADA PUN TAK APA DALAM PAS,MASUK UMNO PUN DIA BIKIN PROBLEM ELOK DIA TUBUH PARTI BARU,IAITU PARTI ALI BABA
  • Ahmad Fadhli Bin Alias
    Matlamat tidak menghalalkan cara Dato.Matlamat Dato baik tapi cara Dato kurang bijak.Dato kata Dato tidak memerlukan pengiktirafan manusia atas usaha kecil Dato tapi kelihatannya Dato seolah2 melatah apabila ada sebahagian manusia yg tidak mengiktiraf Dato.Dato kata samada menjadi calon ataupun tidak penting tetapi Dato menjadi agak kurang rasional bila ada pendedahan yg mengatakan Dato tidak mendapat pencalonan yg mencukupi utk kekal menjadi calon...Paling dikesali bila Dato bersekongkol dgn TV3 utk menyatakan pendirian Dato sdgkan Dato sendiri sedia maklum yg kerja buat TV3 selama ini.( bukankah tindakan ini utk mendapat pengiktirafan manusia agar Dato dilihat sebagai pejuang yg dilihat tidak mememtingkan jawatan dan kuasa). Bagi saya Dato gagal menguruskan emosi Dato dlm menagani perbezaan pendapat begitu juga dgn kaedah yg Dato ambil dlm menyelesaikan kemelut ini. Mungkin kebijaksanaan Dato dlm berhujah dapat mempengaruhi sesetengah insan tetapi percayalah kekuatan jemaah lebih di pentingkan oleh ahli2 jemaah dlm memperjuangkan agenda agama (bukan setakat melayu dan golongan raja2 sahaja).
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Ceo syarikat at Ramlah draman s/b
      Ahmad fadhli ,,kata PR media kerajaan tak boleh di rujuk sebagai bukti fitnah semata mata.,aku rasa bukan hassan kt TV 3 tu kot,,,
    • Mat Mamat · Top Commenter
      DR HASAN BKN BARU DLM POLITIK NAK MELATAH TAK TENTU PASAL.. ADA KE HARAKAH NK MENEMU BUAL DR HASAN..? JGN MENUDING JARI KALAU JARI TELUNJUK TU BERKAIT....
  • Zolkharnain Abidin · · Darul Quran JAKIM
    Saya tidak menyebelahi Saari tapi saya tidak puas hati langsung dengan Hassan. Mustafa mempertahankan parti tetapi Hassan mempertahankan diri. Mengapa Hassan perlu menyerang Mustafa sedangkan kerana apa yang dia lakukan selama ini bukan sahaja Mustafa yang tidak puas hati, ahli bawahan pun tak puas hati dengannya. Full stoplah Hassan...
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    terbaik budak dek je dgn apa2 kenyataan hasan ali dan nasharudin mat isa...biarlah mereka nak melalak dlm utusan , berita harian, tv1, tv2 atau tv3....mereka ni saja2 cabar untuk dipecat dari parti...bila kena pecat mereka akan ligat macam zul katak mengutuk pakataN dan kipas kuat2 najib...biarkan siluncai terjun dgn labu2nya...
    • Tiara Slam · Top Commenter · High school
      kiranya hasan ali kuar pas masuk umno maka dia dlm golongan munafik dia parnah istihar bahawa dirinya ahli pas seumur hidup.
    • Kupasan Isu
      rakyat menilai perjuang yang betul2 berjuang untuk rakyat atau sedisebaliknya
    • Yasin Faizin · Top Commenter · SMA Wachid Hasjim Maduran
      pada saya, hasan ali dan nasha tak ada niat nak keluar parti, jauh sekali masuk umno. ini hanyalah rasa tak puas hati yang tidak diluahkan pada saluran yang benar, itu saja. mungkin minggu depan dah reda isu ini, amiiin.
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    OOOi ,, hasan ali.
    kau sudah kena reject , buat apa tunjuk sikap umno?
    - kalah sudah kalah lah , dalam pas sudah reject kau , tapi nampak kau nak tunjuk kepala besar pula? kua kua kua.
    - OOOi perjuang islam , [perrjuang melayu. masih ada kawasan ntuk kau , tahu dak dimana? masuk umno lah.
    - Hasan ini ibarat bangkai mayat yang luput , duduk lama bikin busuk saja , rakyat sudah muak dengan bau busuk kau.. kua kua kua.
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Yang ni pun nak bukti jugak...skrg semua main mintak bukti aja...teruskan berada di dlm PAS...boleh jd 'mata dan telinga'...
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Ceo syarikat at Ramlah draman s/b
      kong bu fenzi, ,kalau busuk tak kn anak pak nik pgl KEKANDA KU!!,,hua hua
    • Mat Mamat · Top Commenter
      TU LAH DASAR PARTI HIPOKRIT.... MASA DIPERLUKAN SEMUANYA WANGI.. BILA TK DIPERLUKAN MCM2 KELUAR.. BOLIH KE NAK DIJADIKAN PARTI CONTOH...
    • Abdul Razak · Top Commenter · Director at Gerakmaju taskforce
      Mat Mamat kalah dan khianat dua perkara berbeza.kita rai mereka yg kalah tapi bukan yang menjadi alat umno walaupun ilmu agama setinggi langit
    • Lee Hashim · Top Commenter
      hassan ali kalau nak berambus dari pas dipersilakan..kau join lah puak songkok tinggi tuuuuuu
    • Sukhaini Salim · Top Commenter · Nil
      Mat Mamat, bukan tak diperlukan lagi, tapi dia yang nampak macam nak bawak diri!
  • Md Khai · Top Commenter · Seri Kembangan
    Dato'Hassan Ali ni patut keluar PAS saja.dh jadi liabiti kpd PAS dah sekarang ni
  • Man Kadir · Top Commenter
    Inilkah akibatnya bila pemimpin politik melatah - Umno/Bn nersorak sorai gembira .... APA MACAM?
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Ceo syarikat at Ramlah draman s/b
      haaaaa haaaa ABU BUDAK NAKAL
    • Mat Mamat · Top Commenter
      TIADA YANG BERSORAK PUN... PUCUK PIMPINAN PAS KENA SEDAR APA YG MEREKA TELAH BUAT, JGN NAK MENGADAIKAN AGAMA DEMI PARTI..
    • Nordin Ahmad · Top Commenter
      Mat Mamat ,sepatutnya org UMNO kena berterima kasih kepada Dato' Hassan sebab dengan timbulnya isu ini , maka dgn sendirinya org kurang bercakap tentang Lembu dan Syarizat,pinjam RM250juta tapi tiada jadual pembayaran........
  • Mad Sixth Sense · Top Commenter · University of Liverpool
    Tak habis lagi ker....sudah-sudah laa....tak payah laa besar-besarkan isu ni...ada baiknya tumpu PRU13 lagi bagus.
    Secara tak lansung memang nampak pun Hassan terperangkap dengan tipu helah UMNO.
  • Razali Muaz · Works at Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    DATO HASAN DAN DATO MUSTAFA BERSABAR JANGAN BUAT KOMEN LAGI KAMI TAK DENGAR SIAPA BETUL SIAPA SALAH DUDUK SEMEJA BUAT PERBINCANGAN JAGAN GUNA MEDIA LAG CUKUP SAMPAI HARI OK KAMI SAYANG SEMUA PEMINPIN PAS SELAGI DIAORANG TAK LOMPAT OK.
  • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam Kelang
    Mari tolong redakan ribut dalam cawan....
    Wallahi usah sapukan luka dengan garam....
    Ikhtilafu ummati, rahmatun.... asal bukan umno!
  • Nur Diana Ahmad Fauzi · Top Commenter · George Washington University
    SABAR SABAR SABAR! Biarkan kenyataan demi kenyataan mereka lakukan. Kenyataan tu kalau elok tak pa jugak...biarkan, us hassan dan us nasha, anta berdua tak usah nak buat kenyataan apa2 pun. Kembalikan keyakinan rakyat dengan aktiviti kalian...biar ahli yang nilaikan. Sesekali, apabila di `sapa' press barulah jawab. Saya, sokong kenyataan Timb Pemuda Pas (Us Nk Abduh)...rakan2 ahli pas dan penyokong pas, biarkan pemimpin kita berhujah, kerja kita sokong mereka and sebarkan (kempen) agar rakyat TOLAK UMNO BN dalam PRU 13 nanti. Jgn nampak masuk sebelah mana2, biarkan pemimpin kita malu sendiri nanti....biar mereka nanti berfikir tentang kewajaran mereka bertelagah dalam saat2 begini...biarkan biarkan.....Pada hemat saya, siapapun mereka, terutama pemimpin, kenyataan atau apa yang kamu lakukan akan mencetuskan sesuatu fikiran dan prasaan baru di kalangan penyokong..adakah kamu WAJAR atau TIDAK WAJAR sebagai seorang PEMIMPIN. Cuba perhati Tuan Guru President dan Murshidul Am...mereka senyapppppppp sampai laaa...ini menunjukkan hal ini kecil....buang masa saja untuk ikut kes2 begini...Ayuh kwn2, bulatkan tekad: MEREKA SEMUA MASIH PEMIMPIN KITA SELAGI MEREKA DALAM PERJUANGAN. Ingat tu...semua itu adalah strategi, terdapat HIKMAH yang tuan puan belum nampak...SELAMAT BERJUANG.
    • Che Sukri Abu Bakar · Top Commenter
      Bagus KOmen saudari Nur Diana Biarkan merika berhujah kita semua jadi Juri dan penonton Ini menunjukkan Merika semua berani Mengeluar Kenyataan Bukan macam Parti yg satu tuuuu tak berani mencabar dan bertegang urat PENAKUT DAN PENGECUT SERTA PENJILAT. Dalam sejarah Islam Saidina Ali pernah berperang dgn tentera abu Sufian tapi kedua dua nya AHLI SYURGA. adah hikmah semua di sebalik itu.Tunggu masa nya Krana yang dah berlaku dalam pengetahuan Manusia dan ALLAH dan yg akan berlaku HANYA Dalam PENGETAHUAN ALLAH
    • Mat Mamat · Top Commenter
      BIARLAH DEPA BUAT KENYATAAN, SEKURANG2NYA KITA SEMUA TAU APA YG TELAH TERJADI. BUAT APA NAK PENDAM PERKARA YG TAK BETUL... APA NAK TUNJUK YANG WANGI AJE DAN YG BUSUK DIAMKAN...? MCM TU KE DASAR PAS....
  • فايز ناقمان · · Top Commenter
    KUCA LANA DOH PAS... yang sokong peliwat tegar terus asak Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa... baiklah buat solat hajat minta petunjuk... insyaallah petunjuk akan muncul 9 Januari 2012.
  • Bob Khairul · Top Commenter · Sekolah menegah seksyen 16 shah alam selangor
    assalamualikum....datuk perduka kena tanya org gombak setia lah...kenapa tak calonkan datuk perduka......jgn salahkan kertua penerangan lak...dah nama pom ketua penerangan.....yg datuk perduka lak komen dalam akbar lebih2 kenapak lak....cuba klu datuk perduka memdiankan diri..tentu tak PANAS jadi cam ni...........kena muhasabah diri
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    PAS JANGAN BERGADOH SAMA SENDIRI, LUPA KAN UMNO DAN KUNCU KUNCU NYA.
  • SalehuddinIsmail Ppki Smkjp · Works at Kementerian Pelajaran Malaysia
    wahhh dah berjaya perancangan pihak2 tertentu..untuk menjadikan isu dan mencari kekuatan dlm menghadapi pilanraya kali ini..... wahai pejuang2 yg mengaku menegakkan agama.....refleksi & korelasi diri masing2.....study balik sejarah islammmm.......apa yg dash jadi jika macam ni & macam tu.....
  • Nur Bisa · Top Commenter · Bahau
    Tg Guru Presiden Pas kena panggil mereka2 ni ddk berbincang klu tak perkara ni akan berpanjangan..hari ni Hassan Ali buat sidang media esk lusa mustafa ali pulak...sampai bila2 pun masalah ni takkan selesai..yg busuk nama Parti Pas juga..
  • Safari Wan · · Top Commenter · Paling atas at Batang Berjuntai, Selangor, Malaysia
    buang saja hassan ali dr pas, dia dh melampau kerana menghina pas kt tv3suku sebentar lg... tak layak jd pemimpin islam kerana takbur hebat sgt diri diri tu... apa tujuan beliau menyebarkan kt media2, sedangkan pas ada dewan ulama, kenapa tak berbincang. jgn kecewa klu tak dicalon pn....
  • Nik Azan Rasul · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Harap Tuan Presiden Hj Hadi dpt keluarkan gag order. Tidak dibenar sesiapapun buat statement atau press conference. Kalau ada yg langgar baru kita tahu siapa yg mmg sengaja cari pasal.
  • Hj Baharudin Husin · Top Commenter · Penolong Kanan at Guru
    Sebagai manusia kita sering merasa buruk sangka sesama kita. Jika seseorang itu tidak bersama kita atau mempunyai pandangan yang berbeza dengan kita maka kita akan kutuk habis2an seolah-olah beliaulah insan yang paling hina. Tetapi jika dia bersama kita, kita akan terus mengiakan sahaja apa yang dikatakannya walaupun jelas orang itu telah melakukan kesalahan dan kesilapan. kita perlu berusaha untuk menegur dengan baik rakan kita kerana itulah contoh rakan yang terbaik dan bukan membenarkan apa sahaja yang kita lakukan tanpa sebarang teguran. Tidak berani menegur kerana takut kehilangan kawan. Mungkin pada kita insan tersebut terlalu hina tetapi mungkin di sisi Allah swt dialah insan yang terbaik. Whl
    • Azri Zulfadhli
      Disebabkan mempertahankan hak Islam di Selangor beliau terus dilucutkan daripada menjadi calon. "Saya akan berjuang demi Islam tidak kira saya akan dilucutkan jawatan, hilang harta atau sebagainya", kata beliau semasa forum murtad di universiti utara malaysia baru2 ini.
  • Akmal Wafi · 31 years old
    Tak perlu lah ada pimpinan yang bersuara dengan nada kecewa kalu x dicalonkan pada PRU akan datang..Orang bawah yang berhempas pulas nak memenangkan PAS/PR langsung tak terpikir pun bab2 tu, patut ada rasa malu, teringat arwah Ust Hassan Syukri..Dia pernah tak dicalonkan dalam PRU 2004..Tapi saya lihat arwah tetap turun untuk memberikan sokongan kepada calon2 Barisan Alternatif ketika proses penamaan calon PRU 2004 di kawasan Gombak..Dia orang penting dlm Pas Pusat pada masa tu..Arwah Ustaz Hassan Syukri memang seorang berjiwa besar.
  • Selamat Bin Ujud · Top Commenter · Kota Tinggi
    mana ada.....hal ini berlaku ( tidak dicalonkan ) setelah awak tidak ada sifat wala' kepada pemimpin......tak datang mesyuarat perhubungan, buat tindakan membelakangkan majlis syura ( isu penyatuan melayu dengan UMNO), perasan kitalah yang terbaik dan bukannya PAS / Majlis Syura....ingAT dalam pimpinan PAS...kita ada Presiden dan Murshidul Am...AJK Pusat dan Majlis Syura serta Ulamak Pusat.
  • Din Awang · Top Commenter
    tak usah cabar mencabar lah datuk,,, sudah terang lagi bersuluh,,, segala tindak tanduk kita selama ini telah memberi segala jawapan. Bermuhasabah dirilah kita kpd Yang Esa, sesungguhnya Allah SWT jualah Yang Mengetahui akan segala2nya. Redha dgn apa yg diberiNya kpd kita selama ini. Buang yg keruh ambil yg jernih,,, jgnlah kita terpedaya dan terus terpedaya dgn makhluk2 perosak agama disekeliling kita.
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Aduhhh...Masuk jerat bukan bermaksud kena jerat mcm pelanduk...yg tu boleh lah kita lihat...Masuk perangkap ni maksudnya kita dipergunakan untuk kepentingan org lain...Inipun tak faham ka Hasan...Susahlah kalau ada pemimpin PAS yg lembab mcm ni...janganlah jd lembab mcm pemimpin UMNO..
Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

muktamar pas youth 020611 nik abduh"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

'Tungulah masuk Umno dulu'

Mustafa antara pemimpin tertinggi PAS paling lantang mengkiritik kedua-dua pemimpin itu melalui wawancara khas dengan Harakah dan edisi dalam taliannya Harakahdaily sebelum ini.

Pemimpin veteran itu antaranya dilaporkan berkata Nasharudin dan Hasan terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS atas tindakan yang seolah-olah mempersoal dasar Islam parti itu.

azlanBercakap di laman Facebook beliau, Nik Abduh menolak "tuduhan" dan kenyataan Mustafa ketika kedua-dua pemimpin kontroversiti itu "berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS".

"Tunggulah dulu dua (orang) itu masuk Umno jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan (parti)," katanya yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas isu itu dan meminta media merujuknya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Nik Abduh juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang dilihat mula menghangatkan isu itu apabila dilapor berkata Dr Hasan tidak menerima pencalonan cukup daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

"Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam?

"Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi," katanya lagi.


'Bukan ulama korbankan prinsip PAS'
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini bertegas bahawa PAS perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan tidak perlu tunduk kepada desakan DAP.

Beliau berkata perubahan prinsip perjuangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam bermula sejak ia menyertai pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.

Katanya, perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam adalah sesuatu yang "hampir tidak boleh dirundingi" dan tidak harus dilupakan semata-mata mahu meneruskan kerjasama dengan DAP.

"Kalau kita lihat yang menjadi "stumbling block" (penghalang) adalah pemimpin tertinggi DAP. Pengerusi (DAP Karpal Singh) kata langkah mayat dia dulu...nampaknya seperti pintu dah tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia masih hidup," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kuala Lumpur.

Hasan berkata seluruh peringkat kepimpinan PAS bertanggungjawab untuk menyorot semula hasrat penubuhan negara Islam dan meletakkannya kembali sebagai wadah perjuangan utama parti.

Sambil menyifatkan rancangan penubuhan negara berkebajikan sebagai suatu yang sia-sia, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, perjuangan asal PAS sudah rapuh ekoran parti itu mula dikuasai golongan bukan ulama.

"Untuk meletakkan asas negara Islam, kita perlukan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden ini. Saya yakin satu masa dahulu ulama PAS telah berjaya meletakkan inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat moden.

"(Tetapi), pada pengamatan saya, golongan bukan ulama ini lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya," katanya.

Malah, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia itu berkata, prinsip perjuangannya dalam memartabatkan Islam dan Melayu serta menobatkan Institusi Raja turut mendapat sokongan daripada penyokong akar umbi parti tersebut dan sebahagian besar rakyat negara ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata seandainya Islam-Melayu bersatu dan Institusi Raja dinobatkan, maka akan terbuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk penyatuan umat di negara ini tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

"Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada PAS lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan," katanya.

Hasan seterusnya menempelak sikap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustapa Ali dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menurutnya mencemarkan imej parti itu berdasarkan komen-komen bersifat peribadi yang mereka lontarkan terhadapnya.

Mustapa sebelum ini mengatakan bahawa Hasan telah terjerat dalam perangkap Umno untuk melemahkan PAS, akibat pandangannya mengenai Islam, Melayu dan Institusi Raja, malah Mahfuz pula secara sinis mempersilakan Hasan menyertai Umno.

Sementara Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menggesa Hasan untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti itu.

Beliau berkata Hasan sebenarnya mencemarkan imejnya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan kepada media yang jelas bertentangan dengan pendirian parti.

- Bernama

PAS: Masih ada kawasan lain mahu Hasan Ali

Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

generation 709 220711 khalid samadKatanya, pihaknya faham kemungkinan Dr Hasan kecewa kerana tidak mencapat pencalonan cukup untuk dipilih semula sebagai calon Gombak Setia, tetapi perkara itu tidak harus merosakkan dirinya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, PAS Selangor kini cuba menyelamatnya, bukan menghentamnya.

Menurutnya, parti sentiasa mengiktiraf sumbangan Dr Hasan sebagai anggota kanan dan masih ada anggota akar umbi PAS yang masih bersedia mencalonkannya di kawasan lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan